terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







28 December, 2008

19. ACAR IKAN BEREMPAH CITARASAKU


ku masak pada 21jan 09

ACAR IKAN

BAHAN2NYA:

2 KEPING IKAN MERAH ATAU APA JER IKAN YG SESUAI
½ BIJI TIMUN (POTONG MEMANJANG)
1 BATANG LOBAK MERAH (POTONG MEMANJANG)
2 ULAS BWNG KECIL DIMAYANG
1 BIJI BAWANG BESAR POTONG BAJI)
3 ULAS BAWANG PUTIH MAYANG
5 ULAS BAWANG PUTIH (BELAH DUA)
2 SUDU BESAR IKAN BILIS UTK PENAMBAH RASA (TUMBUK HALUS)
2 SUDU BESAR SOS CILI
1 SUDU KICAP BIASA
1 SUDU TEH SERBUK KUNYIT
2 SUDU BESAR SERBUK KARI IKAN
1 SUDU BESAR BIJI SAWI
1 SUDU CUKA MAKAN
SEDIKIT GULA PENAMBAH RASA

CARANYA:

1.GARAM KUNYITKAN IKAN MERAH YG DIPOTONG 4 ( DARI SEKEPING IKAN) GORENG SEHINGGA GARING.
2. DALAM KUALI YG LAIN TUMISKAN BWG KECIL DAN BWG PUTIH YG DI MAYANG. BERSAMA BIJI SAWI. SEHINGGA WANGI. MASUKAN IKAN BILIS.
3. MASUKAN SERBUK KARI DAN KUNYIT BERSAMA SEDIKIT AIR. KACAU SAMPAI PECAH MINYAK. MASUKAN SOS CILI, KICAP DAN CUKA JUGA GULA.
4. MASUKAN TIMUN DAN KAROT DAN JUGA BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH, MASAK SAMPAI EMPUK BERSAMA SEDIKIT AIR, KEMUDIAN MASUKKAN IKAN GORENG
5. HIASI DGN CILI HIJAU DAN CILI MERAH DIPOTONG NIPIS ATAU DIBELAH DUA SEMASA HENDAK MENUTUP API DAPUR. KALAU LAMA NANTI LEMBEK.. TAK CANTIK..

18. KUIH PAU ku yg mudah..



ku masak pada 22jan09

KUIH PAU OLAHAN KU

BAHAN2NYA:

½ KILO TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR YIS BASAH
ATAU 1 PAKET YIS KERING
1 SUSU BESAR SHORTENING (BERWARNA PUTIH)
AIR SECUKUPNYA
2 SUDU BESAR GULA PASIR

CARANYA:

1. CAMPURKAN YIS DGN AIR SUAM BERSAMA 2 SUDU BESAR GULA. KACAU SEBATI.BIARKAN SEHINGGA BERBUIH (10 MINIT).
2. MASUKKAN TEPUNG DALAM BEKAS, CAMPURKAN KESEMUA BAHAN2 YIS, SHRTNING GAUL SEBATI, MASUKAN AIR SECUKUPNYA.ULI HINGGA SEBATI,
3. PERAPKAN SEHINGGA NAIK DUA KALI GANDA SELAMA 45MINIT.
ULI SEKALI LAGI, KEMDIAN BULATKAN KECIL, LEPAERKAN DAN MASUKKAN INTI KELAPA.
4. BIARKAN KEMBANG/NAIK SEKALI LAGI DAN KUKUS SELAMA 5 MINIT DGN API YG PERLAHAN.

26 December, 2008

17. NASI EMPET JY YG SENANG DIPOTONG WALAUPUN 1/2JAM DISEJUKKAN



masak pd 27 sept 09
BAHAN2NYA:

1 CAWAN BERAS (SUKATAN MENGIKUT KEPERLUAN KELUARGA ANDA)
3 CAWAN AIR
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK ( PETUAKU..MEMUDAHKAN KITA MEMOTONG)
GARAM

CARANYA:

1. BASUH BERSIH BERAS. CAMPURKAN KESEMUA BAHAN2. MASAK DLM RICE COOKER SEHINGGA KERING.
2. TUMBUK NASI ITU MENGGUNAKAN GELAS SEHINGGA HANCUR.
3. MASUKKAN DLM BEKAS DAN MAMPATKAN, KEMUDIAN LETAKAN BENDA BERAT DIATASNYA.
4. 1/2 JAM DAH BOLEH POTONG...

16. CILI UNTUK SUP ATAU SOTO (LAIN DR YG LAIN)

BAHAN2NYA:

20 BIJICILI PADI (MENGIKUT PEDAS)
2 ULAS BAWANG PUTIH
KICAP PEKAT
GULA SECUKUPNYA
SOS CILI
GULA MELAKA
CUKA SEDIKIT SAJA...1 SUDU BESAR(KALAU SUKA)

CARANYA:

CAMPURKAN KESEMUA BAHAN ITU DAN MESIN KAN SEHINGGA HANCUR HALUS DGN SEDIKIT AIR.
MASAKAN SEHINGGA MENDIDIH.
BOLEH SIMPAN SEMINGGU DALAM PETI AIS.
MUAAAHHH MUAAHHH BEST..... aku reka sendiri niii

15. KARIPAP PUSING...rekaciptaku....dipaternkan secara susah payah huhuhu

ku buat pada 4 jan 09 minum petang


caranya bermula dari kanan sbelah atas..lawan jam semoga kalian faham.. gulungan pertama agak panjang. gulung kali ke dua pendek sedikit sedia untuk dipotong bulat2


keperluan..inti ... kulit luar sebelah kiri, bahagian dalam sebelah kanan bulatan nya agak kecil sedikit dari bulatan kulit luar..perhatikan. pisau untuk memotong , pencanai, dan papan mamar untuk mencanai




aku rakam kan setiap step ini utk kemudahan kalian


BAHAN2NYA:

BAHAN A: KULIT LUAR

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR MARJERIN DIPANASKAN
AIR AIS SECUKUPNYA UNTUK MENGADUN

1. PANASKAN MARJERIN DAN TUANGKAN KEDALAM TEPUNG GANDUM
2. MASUKKAN AIR AIS SECUKUPNYA, ULIKAN SEHINGGA SEBATI
3. BULATKAN SEBESAR BOLA PING PONG.
4. MASUKAN BAHAN B YG DIBULATKAN KECIL SEDIKIT DARI BAHAN A.
5. BULATKAN KEDUA2 BAHAN TADI, KEMUDIAN CANAIKAN SEHINGGA LEPER
6. GULUNGKAN SEMULA MACAM KUIH DADAR.
7. CANAIKAN SEMULA SEPERTI BENTUK MEMULA TADI.
8. GULUNG BUAT KALI KE2, POTONG DGN PISAU SETEBAL 1" LEBIH KURANG, CANAIKAN NIPIS.
9. MASUKKAN INTI DAN GORENGLAH DLM MINYAK YG SEDERHANA PANAS.

BAHAN B:

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN MARJERIN (SECUKUPNYA UTK MENGADUNKAN TPG)
2 SUDU BESAR AIR AIS

CARANYA:

GAULKAN BAHAN2 DIATAS SEHINGGA MENJADI GUMPALAN.
BULATKAN KECIL SEDIKT DARI BULATAN BAHAN A.


INTINYA:

KENTANG DIDADUKAN
DAGING CINCANG
SERBUK KARI
BAWANG

TUMISKAN BAWANG SEHINGGA WANGI, MASUKAN SERBUK KARI AYAM.
MASUKAN AIR DAN KENTANG DAN DAGING SEHINGGA MASAK.
TOSKAN MINYAKNYA, BARU DIMASUKAN DLM KULIT KARIPAP TADI.

KALAU X FAHAM YM SAYA YER..SUSAH SIKIT KARIPAP NI..SAYA BERKALI2 MENCUBA BARU MENJADI....DGN TABAH HATI....

25 December, 2008

14. ACAR LIMAU KERING..dari koleksi

Acar Limau Buah Kering AKU PINJAM GAMBAR RESEPI DARI KOLEKSI...NAMPAK MENARIK PULA RESEPINYA..SEMOGA DAPAT PAHALA TUAN PUNYA... WALAUPUN AKU ADA RESEPI SENDIRI...(NENEKKU..AJAR) TAMBAH CILI DAN SERBUK SUP SEBAGAI REMPAH ACARNYA..

Bahan-Bahan:

Bahan A :
10 biji buah limau kering (dibelah 2)
300 gm buah belimbing kering
300 gm buah mangga kering
200 gm lobak masin (dipotong dadu ½in)
(Kesemua bahan A diatas direndam 1jam)

300 gm buah kurma
300 gm kismis kuning
300 gm halwa kundur
1 cawan gula pasir
30 biji cili kering (dibuang biji dan goreng tanpa minyak kemudian dikisar kering)
5 butir bawang besar(dikisar)
1 cawan cuka

Bahan B :

300 gm bawang merah
200 gm bawang putih
300 gm halia muda (dimayang)
½ cawan bijan(digoreng tanpa minyak)
Garam secukup rasa

Cara:

Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia bersama 3 cawan minyak.
Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar.
Masukkan 2 cawan air dan cuka.
Masak sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan bahan A dan masaklah sehingga pekat.
Akhir sekali masukkan bahan B. Renihkan diatas api kecil.

Tambahan:

Buah limau, belimbing dan mangga lebih sedap kalau direndam kemudian di sira dengan gula terlebih dulu dan diperap selama 1 malam sebelum dimasak.

13. SPAGETHI RINGKAS




CONTOH YG KU MAKAN DI PIZZA...BARU2 NI
BAHAN2NYA:

SPAGETHI SECUKUPNYA DI RENDAM SEKETIKA DAN DI REBUS BERSAMA SEDIKIT MARJERIN. SEHINGGA KEMBANG DAN TOSKAN.

CILI KERING DI MESIN BERSAMA BAWANG DAN TUMIS BERSAMA BUTTER.

MASUKAN SEDIKIT SERBUK SUP MASAK SEHINGGA PECAH MINYAK. KALU SUKA BOLEH DIMASUKAN JUGA SOS YG SEDIA ADA DISUPERMARKET,TERPULANG KPD SELERA ANDA.

MASUKAN DAGING DAN UDANG SOTONG DLL IKUT KEGEMARAN ANDA.
MASAK SEHINGGA EMPUK.

MASUKKAN SEDIKT SOS TIRAM DAN BAHAN PERASA SEPERTI DAUN BASLI BELI DR SUPERMARKET..

JADIKAN SOS INI BERKUAH SEDIKIT SETELAH ITU BARU MASUKAN KE DLM SPAGETHI BILA HENDAK MAKAN. RENJISKAN DGN KEJU PARUT..

12. IKAN SIAKAP MASAK STIM RINGKAS



masak pada 2 mei 09 sebelah tu sambal belacan..kalu air asam pun ok..

BAHAN2NYA:

SEKOR IKAN SIAKAP
BEBERAPA POTONG NENAS DI KIUB KAN KECIL2
2 BIJI TOMATO POTONG DIKIUB KECIL
1 BIJI BAWANG BESAR DI HIRIS NIPIS BULAT2
DAUN SUP DAN DAUN BAWANG
1 BIJI AIR LIMAU NIPIS
GARAM

CARANYA:

KESEMUA BAHAN2 TADI DI CAMPURKAN BERSAMA AIR SECKUPNYA.
DIDIHKAN SEHINGGA IKAN MASAK. TABURKAN DAUN BAWANG DAN DAUN SUP.BERSAMA CILI POTONG.

11. DESERT FRUIT KOKTAIL


yang ni aku masak pada 28 ogos 09
gmbr dekat sikit nii.. dari yg bawah tuuu, tapi yg atas tu aku mmg buat bg pekat betul...tapi tak laa sampai beku mcm puding kastard tuuu baru puas makan... yg bawah niii cair sikit...



KU BUAT SEMASA JAMUAN DI RUMAH SEORANG JIRAN

BAHAN2NYA:

1 TIN BUAH2AN CAMPURAN
1 TIN SUSU CAIR
1 TIN AIR
1/2 CAWAN GULA
3 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD
1 BIJI TELUR

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. CAMPURKAN KESEMUA BAHAN2 KECUALI BUAH2AN, KACAU SEBATI.
2. PANASKAN SEHINGGA MENDIDIH.
3. SEJUKKAN KEMUDIAN MASUKKAN BUAH2AN TADI BERSAMA AIS KIUB.

10. SET BBQ... belajar di sri aman sarawak 1995

1.PEMERAP BBQ (RESEPI TAMBAHAN DR KOLEKSI KU)

Bahan:

Blend sehingga halus:

Serai
Bawang putih
Bawang merah
halia
kicap manis
bahan perasa
serbuk kunyit


Goreng tanpa minyak dimesin halus:

Ketumbar biji
Jintan manis
Jintan putih

Caranya:
Gaul kesemua bahan2 ini ke dalam daging atau ayam perap dan bakar.

2. NASI GORENG BBQ

3 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 CAWAN IKAN BILIS
1/2INCI HALIA
6,7 BIJI CILI PADI IKUT PEDAS

KESEMUA BAHAN2 INI DIMESIN HALUS, DITUMISKAN SEHINGGA WANGI DAN MASUKAN SAYURAN CAMPURAN ..JAGUNG KAROT DAN KCG PEAS SEHINGGA EMPUK DAN MASUKKAN NASI DIGORENG SAMPAI MASAK.


3. SOS BBQ UTK KAMBING ATAU DAGING

3 ULAS BWNG PUTIH
1 KIUB AYAM
2 SUDU BESAR LADAHITAM DITUMBUK HALUS
MARJERIN UTK MENUMIS
TEPUNG GANDUM
KICAP BIASA ATAU PEKAT HITAM
1 BIJI BAWANG BESAR YG BERWARNA KUNING (DADUKAN HALUS)

1.TUMISKAN BAWANG PUTIH YG DIKETUK DGN MARJERIN SEHINGGA WANGI
2. MASUKKAN KIUB AYAM DAN LADA HITAM SEHINGGA WANGI
3. MASUKKAN TEPUNG GANDUM KACAU SEBENTAR(MEMENG BERKETUL2).
4. MASUKKAN AIR DAN KICAP SECUKUPNYA KACAU SEBATI
5. ANGKAT DAN MESIN KAN SEHINGGA HANCUR
6. PANASKAN KEMBALI MASUKKAN BAWANG BESAR DADU TADI SEHINGA LEMBUT,
KEPEKATAN DAN KEHITAMAN SOS BERGANTUNG KEPADA SELERA KITA, LAGI BYK LADA HITAM LAGI SEDAP. UBAH SUAIKANNYA.


4. BAHAN UTK PERAP BBQ

CAMPURKAN SERBUK SUP BERSAMA SERAI DAN HALIA YG DIMESIN HALUS
PERAPKAN KE DLM DAGING ATAU AYAM

KALU NAK KAN AYAM TU CEPAT MASAK SEMASA MEMANGGANG PADA MALAM NYA..HENDAKLAH AYAM ITU DIREBUS SEBENTAR 3/4 MASAK KMDIAN DICUCUK2 DGN GARFU SUPAYA BAHAN2 CEPAT SERAP. BEGITU JUGA DAGING. TETAPI DAGING TIDAK PERLU DI REBUS.


5. KENTANG BAKAR

KENTANG HENDAKLAH DIREBUS 3/4 MASAK BERSAMA GARAM DAN DI BALUTKAN DGN ALUMINIUM FOIL DAN DI PANGGANG

6. SOSEJ

SOSEJ HENDAKLAH DICUCUK2 DGN GARFU DAN DIRENJISKAN LADA SULAH DAN SI PANGGANG JUGA BERSAMA KENTANG KALAU TAK DIA AKAN MELETUP HEHEHE

PENGALAMAN MENYEDIAKAN BBQ INI KU BELAJAR SEMASA MESS PEGAWAI MENGADAKAN MALAM BBQ KAMI DI AJAR OLEH PAKAR MASAK MESS..
SEMOGA PIHAK AJK AKAN JADIKAN INI PANDUAN

9. TAHU FAH aku olah sampai 8X baru menjadi resepi ini...belajar buat 1993 di tapah perak bakat 25 melayu


TAHU FAH KU BUAT PADA 25DIS 08

RESEPI TAHU FAH

BAHAN2NYA:

3 CAWAN KACANG SOYA (RENDAM 8JAM)
1 CAWAN TEPUNG JAGUNG
18 CAWAN AIR (GUNA UNTUK MENGISAR KACANG)
1 CAWAN AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU TEH UBAT TAHU FAH/SAIKO (KAT KEDAI UBAT CINA ADA)

AIR GULA MERAH SECUKUPNYA UNTUK DIMAKAN BERSAMA TAHU FAH NI...ATAU AIR GULA PUTIH PUN BOLEH IKUT SELERA KITA

CARA MEMBUATNYA:

1. KISAR KACANG SOYA DGN AIR 18 CAWAN TU SAMPAI HANCUR.
2. TAPIS GUNA KAIN PUTIH. JANGAN SAMPAI ADA TERMASUK SISA KACANG DLM AIR TU..NANTI TAK JADI PULA
3. PASTIKAN JUMLAH AIR KACANG SOYA CUKUP 18 CAWAN SETELAH DIMASUKAN KEDALAM PERIUK.
4. DIDIHKAN AIR TERSEBUT.
5.DALAM BEKAS YANG TAHAN PANAS..PERIUK ATAU BEKAS SIMPAN NASI TUU... YG SECUKUP BESAR DGN AIR SOYA. (BEKAS KE DUA LAH NI..)
6. BANCUHKAN 1 CWN AIR DGN 1 SUDU TEH SAIKO TADI SAMPAI SEBATI. MASUKAN KE DLM BEKAS DI ATAS.
7.KEMUDIAN TUANGKAN AIR KACANG SOYA YG MENDIDIH TADI KEDALAM PERIUK BERISI BANCUHAN TUUU.. TUANG TINGGI2 TAU.
8.TUTUP DGN PENUTUP PERIUK BIAR BEKU. 15 MINIT DAH BOLEH MAKAN.! JANGAN DIUSIK2 SELEPAS TUANG KE DLM PERIUK TU NANTI TAK JADI PULA KALAU DAH 1/2 JAM TAK BEKU.. MAKSUDNYA TAK MENJADI LAH.. KENA LAH CUBA LG...
9.KACANG MESTI YG BERKUALITI BARU JADI. KACANG YG ROSAK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK TAK AKAN JADI TAHU FA KITA TU

SELAMAT MENCUBA... BANYAK DAH SAYA MENGAJAR DIKELAS SECARA PERCUMA RAMAI KAWAN2 DAH BUAT BISNES SAMBIL2LAN BW PERGI TEMPAT KERJA ....

ADA SESAPA TAK TAHU TAHU FAH NI MCMANA? ALAH KAT PASAR MALAM BYK JUAL...DLM BEKAS PLATIK DICEDUK GUNA SENDUK NIPIS TUUU DIJUAL BERSAMA AIR KACANG SOYA TUUU..
RESEPI NI PAYAH ORANG NAK KASI...(KEDEKUT ILMU).. SO SEMENTARA DAH ADA NI AMEK LAH BUAT KOLEKSI BAGI YG BERMINAT LAH...

TERIMAKASIH. . KALAU TAK MENJADI TAN! YA SAYA SEMULA...

BOLEH DIWARNAKAN SEMASA MENDIDIH TADI...PINK ATAU HIJAU.... TAPI AIR GULA PUTIH AJE LAH..MAKANNYA. .

PETUA DARI SEORANG AHLI RESPEKS

kalu ikut apo yg den belajar dgn adik chef li tu ( pengarang buku jutawan senyap )
sukatan kacang soya tu 1kg nisbah dgn air 10 liter. kacang soya yg bagus dari kanada.
dio tak pahit. yg lain tu ada sikit pahit.
maso nak campurkan air soya tu ngan saiko, kono masukkan saiko dulu dlm bokeh ( yg kato cik jalilah, periuk )
tuangkan laju ( dlm kiraan 10 saat ). sobab, kalu lambat soya tu akan beku. fungsi saiko ialah membekukan
air soya tu. lopeh dah curah abih. pokap atau tutup permukaan ateh soya tu dgn kain ( selalu org guno tuala
good morning ) ini untuk merapatkan molikul2 soya tu. kalu tak dio akan memocah. tak berapo jadi la kiro
permukaan dio tu. laie satu, kalu dah buleh makan, buangkan permukaan ateh dio yg berbuih tu. bukan apa,
ko ado yg goli kang nampak buih2. pas tu maso makan tu kan, campur dgn air soya. lotak lak ais dlm 4~4 kiub,
fuhh amek2 sodap jang.

8. TANAH LIAT MAINAN KANAK-KANAK

BUKAN MAKANAN YER Ini anak buah setelah perkahwinan 14thn baru dia lahir....hukhuk

TANAH LIAT (MAINAN KANAK2)

BAHAN-BAHANNYA:

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 CAWAN AIR
1 CAWAN GARAM
1/4 CAWAN MINYAK MASAK
1 SUDU BESAR CREAM OF TATAR
PEWARNA MAKANAN YG DIBENARKAN


CARA MEMBUATNYA:

1.CAMPURKAN SEMUA BAHAN-BAHAN TADI
2. MASAK ATAS API YG KECIL DI DALAM KUALI
3. KACAU SAMPAI PEKAT BERKETUL
4. ANGKAT SEJUKKAN, ULI BIAR SEBATI...
5. CAMPURKAN WARNA KESUKAAN KITA

HAAAH DAH BOLEH GUNA..
BERIKAN PADA ANAK2 KITA UTK APA JER PROJEK DIA ORG MASA LAPANG...HE HE HE
KETAHANAN DOH INI TIDAK LAH LAMA...DIA AKAN BASI BILA SAMPAI MASANYA.RASANYA SEMINGGU KOT.. PANTANG DIA MASA ANAK2 MEMAIN TU... JGN KENA AIR NANTI LEMBEK DAN
MELEKIT LAH...
MAKLUMLAH BUAT SENDIRI D I Y.....

7. NASI LEMAK JALILAH JY


sarapan pagi... ku masak pada 16 mac..siap dgn vantage ku.. baru la cantikk walaupun lauknya tak cukup set hikhikhik..

masak 1feb 09 makan di RNR temerloh sebab tu pinggan plastik je ni sowe ye

RESEPI NASI LEMAK SPECIAL JALILAH JY

BAHAN-BAHANNYA:

3 POT RICE COOKER BERAS(RENDAM SEKETIKA)
1/2 BIJI KELAPA PARUT(MAU LEMAK TAMBAH KELAPA)
1 INCI HALIA DIMAYANG HALUS
3 ULAS BAWANG MERAH DIMAYANG HALUS
SEDIKIT HALBA
SEDIKIT JINTAN MANIS
DAUN PANDAN
GARAM SECUKUP RASA

KALAU NAK NASI LEMAK ANDA BERDERAI PERAH SEDIKIT LIMAU NIPIS BERSAMA SANTAN
(PETUA SAYA.. RAHSIAKU..) KONGSI DGN RESPEKS

CARA MEMASAK:

1. PERAH SANTAN SECUKUPNYA.. SUKATANNYA. .MELEPASI PARAS NASI SETINGGI 2 RUAS JARI KITA..PETUA NENEKKU.. ATAU IKUT LAH KEHENDAK MASING2 DAN JENIS BERAS APA YANG DIGUNAKAN
2.MASUKAN SANTAN KE DLM BERAS BERSAMA SEMUA BAHAN2 TADI...MASAK MCM BIASALAH..
3. NASI MESTI DIKACAU SETELAH KERING SUPAYA CANTIK BERDERAI..

NASI LEMAK KU INI HARUM WANGI.. PASTI MEMIKAT SELERA ANDA...KALAU X SUKA JGN LER MAKAN BAGI JER KAT JIRAN...


SAMBAL NASI LEMAK JALILAH_JY

BAHAN-BAHANYA:

20 TANGKAI CILI KERING
1 BIJI BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH(KALAU LEBIH LG SEDAP)
SEDIKIT BELACAN..(KALAU TAK SUKA JGN BOH..SEDAP OOO KALU BOH..MEWANGIKAN SAMBAL HE HE HE)
IKAN BILIS SECUKUPNYA

CARA MEMASAK:

1. CILI KERING DIMESIN BERSAMA BAHAN-BAHAN DIATAS KECUALI IKAN BILIS
2. TUMISKAN DGN MINYAK YANG SECUKUPNYA. SEHINGGA GARING DAN PECAH MINYAK.
3.MASUKAN SEDIKIT AIR ASAM JAWA DAN GARAM
4. IKAN BILIS TADI MENGIKUT SELERA SAYA. DIMESIN SEKETIKA TIDAK BERAPA HANCUR SANGAT..
5. MASUKKAN KE DLM CILI TADI..MASAK SEHINGGA PEKAT
6. TAMBAH SEDIKIT GULA MENAIKAN RASA..YG ADA DIABETIS JGN LER..HE HE..
7. PETUA AKHIR SAYA..MASUKAN SEDIKIT SANTAN PEKAT SUPAYA SAMBAL INI BERTAMBAHAH KAW-KAW... RASANYA.
SESIAPA YG TAK SUKA BUAT LAH IKUT SELERA SENDIRI.
PAYAH ORANG NAK BERI PETUA ATAU RASIA TAMBAHAN..
APAPUN CUBA DULU BARU TAU..

HAK CIPTA TERPELIHARA DALAM MEMORYKU...KESALAHA N TIDAK ADA DLM MANA2 UNDANG2 DINEGARA INI...KALAU TAK CUBA YG MENJADI KESALAHAN
..HA HA HA

6. SOS KENTANG PUTAR OLAHAN KU DARI 1996 sri aman



masak hari ini 5 july 2010 setelah 2 tahun masuk resepi


SOS KENTANG PUTAR

BAHAN2NYA:

1 KETUL KIUB AYAM
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU TEH LADA HITAM DITUMBUK HALUS
5 SUDU TEPUNG GANDUM (IKUT KEPEKATAN YG KITA SUKA)
SEDIKIT KICAP BIASA (IKUT WARNA YG SESUAI..KLAU BYK HITAM LAH)
GARAM
AIR SECUKUPNYA.. KALAU TERLALU PEKAT TAMBAH AIR
5 SUDU MINYAK MASAK


CARA MEMBUATNYA:

1. KETUK BAWANG PUTIH, TUMIS SAMPAI WANGI. MASUKKAN KIUB AYAM
2. MASUKAN TEPUNG GANDUM, KACAU SEBENTAR SEHINGGA SEBATI. (API MESTI KECIK)
3. MASUKKAN AIR DLM ANGGARAN 1/2 CAWAN.GARAM, KICAP DAN LADA HITAM.KACAU SEBATI SEHINGGA MENDIDIH.
4. KALAU PEKAT TAMBAH AIR .. KALU CAIR TAMBAH SEDIKIT TEPUNG LG
PEKATNYA SOS MENGIKUT KESUKAAN KITA.
5. SETELAH TU, BLEND KAN SOS TADI KERANA IA BERKETUL2
6. SETERUSNYA BOLEHLAH DI MAKAN DGN KENTANG PUTAR ATAU PUN STEAK..

RASA SOS BOLEH DIUBAH IKUT SELERA..TAMBAH LADA HITAM KALAU NAK POWER..

5. KENTANG PUTAR....wife OC ajarkan..di Sri Aman 1996


masak 27 julai 2010 utk buka posa nisfu syaaban

KENTANG PUTAR (terimakasih kpd yg menjadikan resepi ini sbg paparan dlm web nya..amin) cuma ayat sahaja diubahnya... terasa dihargai tak sia2 sumbangan ku ini)

BAHAN2NYA:

5 BIJI KENTANG (SEDANG2 SAIZNYA)
3 SUDU BESAR MENTEGA SEDAP SIKIT...(MARJERIN PUN OK)
GARAM SECUKUP RASA
PETUA TAMBAHAN, SEDIKIT (1 SUDU TEH) SERBUK PENAIK- BAKING POWDER YG BUAT KEK TU...UNTUK MENGEBUKAN LAGI KENTANG KITA...

CARA MEMBUATNYA:

1. KUPAS KULIT KENTANG DAN POTONG NIPIS2 SUPAYA CEPAT EMPUK
2. REBUS DGN AIR SECUKUPNYA SEHINGGA EMPUK.
3. TOSKAN AIRNYA. TERUSKAN KERJA INI SEMASA KENTANG MASIH PANAS2.. KALAU SEJUK TAK MENJADI NANTI.
4. MASUKAN MENTEGA, GARAM, DAN SERBUK PENAIK KEDLM KENTANG TADI,
SEGERA DITUMBUK MENGUNAKAN ALAT PENUMBUK CONTOH ANAK BATU... ATAU BOTOL. SEHINGGA IA HANCUR HALUS MACAM KAT KFC TU... KENA SABAR LA SIKIT... SEBAB PANAS22
5. SETELAH SELESAI, MASUKAN KENTANG KE DLM BEKAS MANGKUK DAN BENTUKAN SECANTIK YG MUNGKIN MENGUNAKAN SUDU.
6. HIDANGKAN BERSAMA SOSNYA.. YG WARNA COKLAT TU....

RESEPI SOSNYA MENYUSUL NANTI... SABAR..

4. DADIH

DADIH JALILAH_JY

BAHAN2NYA:

2 CAWAN SUSU TEPUNG (EVERDAY-apa jenis pun blh)
1 CAWAN COFFEMATE
( KEDUA-DUA BAHAN DIATAS HENDAKLAH DIBANCUH BERSAMA 3CAWAN AIR SUAM SEHINGGA HANCURI)

8.75 GRAM AGAR-AGAR RENDAM SEKEJAP
5 CAWAN AIR
170 GRAM GULA (KALAU X SILAP 1 CWN)

CARA MEMBUATNYA:

1. AGAR2 DIMASAK DENGAN 5 CWN AIR SEHINGGA HANCUR.
2. MASUKKAN GULA PASIR MASAK SEHINGGA HANCUR. TAPISKAN.
3. MASAK SEMULA , KEMUDIAN MASUKKAN BANCUHAN TEPUNG SUSU DAN COFFEMATE TADI KEDLM AGAR2.
4. MASAK SAMPAI MENDIDIH. KEMUDIAN BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA WARNA. CONTOH PERASA SIRAP ROSE, JAGUNG, KELADI, DLL. DIDALAM BEKAS2 YG BERASINGAN. KEMUDIAN TUANGKAN DLM BEKAS YG SESUAI. SIMPAN DLM PETI AIS SEHINGGA SEJUK...
SEDAP.... CUBALAH ....

3. KUIH CAKOI jy yg ku belajar 1995



aku masak pada 13hb feb 09
KUIH CAKOI

BAHAN2NYA:

500 GRAM TEPUNG GANDUM
1/2 SUDU BESAR SODA BAIKABONAT
1 PAKET YIS MAURIPAN
1 BIJI KUNING TELUR
2 SUDU GULA
1 SUDU TEH GARAM
1 SUDU BESAR CUKA
1 SUDU BESAR TERPUNG BERAS
2 SUDU MINYAK MASAK
2 SUDU BESAR SUSU TEPUNG

CARA MEMBUATNYA:

1. AYAK TEPUNG GANDUM DAN TPG BERAS BERSAMA SODA
2. BANCUH YIS, SUSU TEPUNG, GARAM DAN GULA DGN AIR SUAM
3. MASUKKAN MINYAK, TELUR DAN CUKA KE DALAM TEPUNG BERSAMA BANCUHAN YIS. GAUL RATA.
4. MASUKAN AIR... NI PAYAH NAK CAKAP...
5. LEMBUTNYA BANCUHAN, KERAS SEDIKIT DARI JEMPUT2... KALAU DONAT TU KERAS SANGAT KENA LEMBUT LAGI.. BOEH FAHAM KE TAK TAHU LAAA
ULI CAMPURAN TERSEBUT SEHINGGA LEMBUT... KALAU IKUT LEMBUT TAK BOLEH ULI SEBAB LEMBUT SANGAT... KITA KENA TEPUK TEPUNG TU SAMPAI TAK MELEKAT DITANGAN BARU BOLEH DIPERAP SAMPAI NAIK 2X GANDA.....
6. BILA DAH NAIK 2 X GANDA TEPUK SEKALI LG BIAR GELEMBUNG UDARA PECAH
7. POTONG DGN PISAU SEDIKIT... LETAK ATAS PAPAN CANAI YG BERTEPUNG. TANGAN KITA JUGA BERTEPUNG ELAK MELEKAT.
8. GELEKKAN MENJADI 4 SEGI. POTONG MEMANJANG KALAU TAK FAHAM TENGOK KAT PASAR MALAM APA DEPA BUAT BALIK UMAH TRY.. HE HE..
LETAK KAN AIR ATAS TEPUNG TU GUNA COP STIK
9. LETAK 1 KERATAN ATAS KERATAN TPG YG 1 LAGI ,TEKAN DGN JARI GORENG LAH SAMPAI KEKUNINGAN.. .

MAAF KALAU TAK FAHAM... KENA TENGOK BARU FAHAM....APAPUN KALU NAK CUBA TAK DE ALASAN SUSAH KAT PASAR MALAM RAMAI CHEF NYA YG AJAR PERCUMA... CUMA BAHANYA RASIA.....HE HE HE SAPA NAK BAGI PERCUMA... SAYA JER ....TAK RUGI APA PUN.... SUKA TGOK KWN2 PANDAI MASAK.

APA2 MSLH TANYA SAYA KMDIAN...
SELAMAT MENCUBA...
KALAU TAK HABIS ADUNAN NI BULATKAN BAKAR JE...JADI LAH ROTI
KENA PANDAI DLM MASAKAN NI JGN BAZIRRR...TARUK INTI KELAPA PUN SODAPPP

2. NASI OREN ihlam hubby kusss.... wangiiii muahhh



masak pada 30 jan 09


NASI OREN JALILAH_JY (ILHAM MY HUBBY 2000)

BAHAN2NYA:

1 BIJI BUAH OREN (PARUT KULITNYA DAN PERAH AIRNYA)
3 CAWAN BERAS (RENDAM 1JAM PALING LAMA ELAK JELANTAH)
1 TIN SUSU CAIR
1 HELAI DAUN PANDAN DISIAT
MARJERIN SECUKUP UTK MENUMIS
MINYAK PUN BOLEH TAPI KURENG SEDAP
1 KIUB AYAM KALAU SUKA(PENAMBAH RASA)

BAHAN UTK TUMISAN:

1 KEPING KAYU MANIS
2 KUNTUM BUNGA LAWANG
3 ULAS BAWANG MERAH MAYANG
3 ULAS BWG PUTIH MAYANG
SEDIKIT HALIA MAYANG


BAHAN UTK DIMESIN HALUS:

1 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BWG PUTIH
1 INCI HALIA


CARA MEMASAK:

1. TUMIS BAHAN PENUMIS SEHINGA WANGI, MASUKKAN BAHAN DIMESIN HALUS.
2. SETELAH WANGI MASUKKAN SUSU CAIR DAN AIR SECUKUPNYA.
3. SETELAH MENDIDIH MASUKKAN BERAS,,DAUN PANDAN, AIR PERAHAN OREN, GARAM DAN KIUB AYAM.
4. 3/4 MASAK MASUKKAN PULA KULIT LIMAU OREN TADI. TUTUP SEMULA PERIUK SEHINGGA MASAK
5.SEBELUM DIANGKAT GAULKAN KISMIS DLM NASI OREN TADI.
6. MAKAN DGN AYAM MASAK MERAH... MUAAHHH SEDAP.... BILA BUKA PERIUK WANGI SATU RUMAH NASI TU, CUBALAH KALAU X PERCAYA.

SEJARAH RESEPI INI..ADALAH HASIL IDEA MY HUBBY..SAYA MENGUBAH RASA...TERUS SAYA BERI IZIN DIBUKUKAN BERSAMA RESEPI DALAM PERSATUAN TERBESAR KAMI...BAKAT ATM. SECARA PERCUMA...BERSAMA RESEPI YG LAIN.

19 December, 2008

1. SERI MUKA JY..beberapa kali olah sampai jadikkk..huhuhu



aku masak pada 18 april 09 utk bowling amal RESPEKS_GROUP

kalau api kuat begini la rupanya menjadi kawah2 bulan hehehhe...terlupa nak amek gmbr yg dah dipotong sbb terlalu bz pada pg tu takut terlewat ke damansara utk berbowling sbb aku masak 3 jenis kuih dan nasi lemak pada hari ni...lain kali aku masak aku potong dan amek gmbrnya..

BAHAN2 BAWAH:

3 CAWAN PULUT DIRENDAM 3JAM
SANTAN CAIR SECUKUPNYA
GARAM
1 SUDU TEH TEPUNG JAGUNG (PETUAKU UTK MAMPATKAN PULUT)

CARANYA :

1.KUKUS PULUT DI DALAM LOYANG BERSAMA SANTAN CAIR YG DIBANCUH BERSAMA TEPUNG JAGUNG, MELEPASI PARAS 2CM PULUT TERSEBUT.

2.KUKUS SEHINGGA MASAK. TEKAN KAN DGN KAIN BERALASKAN PLASTIK SUPAYA PULUT ITU MAMPAT

3.SELEPAS ITU KUKUS SEMULA SUPAYA PANAS, KEMUDIAN TUANGKAN ADUNAN ATASNYA.

BAHAN ATAS:

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
3 BIJI TELUR
1 1/2 CAWAN GULA
AIR DAUN PANDAN
PEWARNA HIJAU
5 CAWAN PATI SANTAN
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK (PETUAKU MENCANTIKKAN ADUNAN)

CARA:

1.KACAU SEBATI KESEMUA BAHAN2 DIATAS.
2. MASUKKAN DLAM PERIUK KACAU DI ATAS API SEHINGGA BERWAP
3. TUANGKAN KE ATAS PULUT YG SEDANG PANAS TADI
4. KUKUS LAGI SEHINGGA 25 MINIT SAMPAI MASAK DGN API YG SEDERHANA. AIRNYA MENGGELEGAK.

MASAKAN KU ILHAM KU MAI CUBA-CUBA

HARI INI AKU MELAKSANAKAN MISI AKU, MENCIPTAKAN SATU BLOG RESEPI YG BOLEH DIKATAKAN AKU REKA CIPTA SENDIRI SEHINGGA MENJADI.

DIHARAP AKAN MENDAPAT MENAFAAT KPD KALIAN SEMUA. SEKIRANYA TIDAK MENJADI KALIAN HENDAKLAH BERSABAR KERANA SETIAP MASAKAN ITU MEMERLUKAN KEMAHIRAN KITA DI DALAM MENOKOK TAMBAH BAHAN2NYA SEHINGGA MENDAPAT HASIL YG MEMUASKAN.

AKU SENDIRI SERING KALI KECEWA DLM MISI MASAKANKU TAPI DGN BERKAT SABAR AKHIRNYA BERJAYA, KINI AKU MENJADIKAN MASAKAN KU SEBAGAI "CENDERAHATI" DIAJAR KPD SAHABAT2KU SECARA PERCUMA. MEH LA KITA RENUNG2KAN APA YG ANDA MINAT PILIHLAH....

KALAU ANDA ADA RESEPI YG BAIK INGIN DIKONGSI BERSAMA KU SILAKAN EMAIL KEPADAKU jalilah_jy@yahoo.com AKAN KU MASUKKAN DLM LAMAN KU INI.