terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 January, 2009

68. ACAR TIMUN DAN KOBIS PEMECAH SELERAKU...ku buat pd 30jan09

30 jan 09 ku sediakan utk makan bersama nasi oren

BAHAN:

kobis dicincang halus
timun dimayang nipis
bawang besar dan cili merah dimayang halus
gaulkan kesemua bahan ini bersama mayonis
atau
kalau tak ada mayonis gaulkan cuka gula dan garam secukup rasa.

67. DADAR HIJAU INTI KELAPA MUDA

30jan 09 kudadarkan kelapa muda dari kampung

bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit pewarna hijau
3 helai daun pandan dimesin bersama air secukupnya

cara:

1.tapiskan air daun pandan masukan ke dalam blender
2.masukan perwarna hijau, tepung gandum, telur blend sehingga hancur
3.tapiskan bancuhan ini.
kepekatan bancuhan ini mengikut kesuaian semasa kita melengang atas kuali kita sudah tahu ketebalannya. kalau kuih cara pekat sedkit darinya.

29 January, 2009

66. ROTI CANAIKU YG RINGKAS





ku sediakan khas utk pelawat blog ku pd 26 jan 09

Bahan:

1/2 kg tepung gandum
1 biji telur
1sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin
sedikit garam dibancuh bersama air

cara:

1. masukan tepung kedlm bekas, lubangkan ditengah2nya
2. masukan kesemua bahan2 tadi bersama air garam
3. uli semua bahan sehingga menjadi lembut ( lembut sedikit dari karipap)
4. bulatkan2kan seperti dlm gambar dan rendamkan kedalam minyak masak seketika
5. buatkan kuah nya. selepas itu tebarkan roti canai dan bakar.

24 January, 2009

65. KEK BATIK JAWA

KEK BATIK JAWA

Bahan:

250 gram biskut marie dipecah2kan
45 gram nestum
170 gram mentega
45 gram milo
170 gram air
10 gram serbuk koko
100 gram susu manis
4 biji telur
70 gram gula
1 sudu ten vanilla
(Sedikit kacang goreng ditumbuk kasar tambahan drku)

Cara:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukan telur dan pukul lagi
2. susu koko milo nestum dan air disatukan masukan mentega dan vanilla kacau sebati.
3. masak diatas api sederhana selama 20 minit masukkan biskut kacau lagi sebingga sebati.
4. masukkan dlm loyang dan mampatkan sejukkan dlm petiais

64. APAM AIS KRIMSODA...

APAM AIS KRIM SODA

Bahan:

5 biji telur1 cawan gula pasir
2 cawan epung gandum
1 sudu teh baking powder
Esen ros
½ gelas air ais krim soda
Pewarna kuning

Cara:

1.Pukultelur dan gula sehingga kembang pekat
2.campurkan tepung yg diayak dgn baking powder, kacau sebati masukkan ais krim soda. Kukus sehingga masak.

63. MEE HOON GORENG SERINGKASNYA...utkmu ana...

i masak pada 24 jan 09 ku reka atas Permintaan dari sorang yang jauh diperantauan

Bahan:

mee hoon setengah paket dicelur dgn air panas
2sudu besar ikan bilis
1sudu teh lada hitam
sayur bayam
bawang merah dan bawang putih
sos tiram
kicap cair masin
cara:

1. tumbuk lada hitam sehingga hancur masukan ikan bilis tumbuk lagi sehingga lumat
2. masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk lagi sehingga hancur
3. panaskan minyak tumiskan kesemua bahan tumbuk sehingga garing, masukkan sos tiram, kicap cair
4. setelah sebati masukkan meehoon bersama bayam goreng sehingga masak

23 January, 2009

gambar tak dapat dimasukkan ke dlm blog ku huhuhu

AMAT KECEWA SUDAH 5 HARI KALAU TIDAK SILAP AKU TAK DAPAT MASUKKAN GAMBAR KE RESEPI2 KU INI...MUNGKIN SISTEM DI BLOGGER ADA MASALAH KOT...ADA BEBERAPA MASAKAN TELAH KU BUAT TAPI SAYANG ..... SABAR AJE LA....HARP2 WAKTU TERDEKAT NI OK LAH...

19 January, 2009

62. DONAT......alahai anak mama

ku masak pada 20 jan 09

BAHAN:

1/2 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
sedikit garam
1 sudu teh baking powder

cara:

1. ayak tepung dgn baling powder
2. masukan yis kacau rata
3. masukan marjerin kacau menjadi serbuk roti
4. masukan telur, susu, dan air bancuhan garam
5. uli sehingga lembut(5minit jer uli) perap sehingga naik 2 kali
6. uli semula 3 minit dan terap dgn acuan donat. goreng dlm
minyak yang sederhana panas. gaul dgn gula pasir halus

61. MEE UDANG OLAHANKU

masak pada 26 ogos 09 utk buka posa hari ke 5

Bahan:
1 bungkus mee kuning
½ kg udang kertas
2 sudu udang kering
½ cawan cili mesin
1 labu bawang bear
5 ulas bawang putih
Sos cili
Sos tiram
3 biji telur
3 ekor sotong
Sedikit sayur sawi
1 sudu besar tepung jagung


Cara:

1. Tumis cili yg dimesin bersama bawang2 dan udang kering sehingga
wangi. Masukan sos cili dan sos tiram.dan sedikit air tepung jagung
2. masukan udang dan sotong. Sayur sawi dan mee
3. akhir sekali masukan telur yg dipecah tanpa di kacau biar mendidih.

18 January, 2009

60. AYAM MASAK KICAP ALA CINA..OC wife bg pd ku di sri aman

sajian lunch kami pada 3 feb 09

AYAM MASAK KICAP ALA2 CINA

Bahan:

½ ekor ayam dipotong
2 keping asam keping
2 sudu minyak bijan
Kicap biasa secukupnya
3 sudu sos tiram

1 inci halia
10 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam

Bahan ini dimesin halus dan digaulkan bersama ayam perap seketika bersama kicap, minyak bijan dan sos tiram
Panaskan minyak dan tumis bawang putih yg diketuk sehingga wangi , kemudian masukan ayam tadi, asam keping dan ditambah sedikit air untuk mengempukan ayam. Masak sehingga pekat.

59. BUBUR KANJI KEDAH...resepi tinggalan datuk ku..chef masjid...

aku masak pada 23 ogos 09 utk berbuka posa ramadan

5. setelah mendidih rasa garamnya...
4. masukkan santan..
3. masukkan ke dalam bahan tumisan tadi
2. masak beras sehingga kembang
1. bahan2 telah ditumis..
BUBUR KANJI KEDAH…seakan bubur lambuk

Bahan:

2 pot beras

3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
2 batang serai diketuk
1 sudu teh halba
1 sudu the lada hitam
½ cawan daging dipotong halus
½ cawan udang hidup
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa

Cara:

1. panaskan minyak tumiskan bawang2 bersama halba dan lada Hitam sehingga wangi.
2. masukan daging dan udang serai kacau sebentar.
3. masukkan santan cair secukupnya dan beras dan garam. Masak Sehingga Beras pecah2 masukan pati santan, masak lagi sehingga mendidih.

cara yg senang seperti gambar2 diatas. masak dulu beras sehingga kembang baru dicampur ke dalam kuah tadi... itu cara ilahjy..nak cepat masak lah katakan..

58. IKAN KELI ASAM PEDAS SIAM ... Mak njangku 1984

aku masak pada 5feb 09

IKAN KELI ASAM PEDAS SIAM …mak njangku1984
Asam pedas kegemaran ku muahh sedap ooo…

Bahan:

3 ekor ikan keli di potong dua
1 biji timun dipotong
Sedikit daun kesum
2 batang serai diketuk
3 keping asam keping

10 tangkai Cili kering (ikut pedas)
6 biji cili padi
1 sudu beras
3 sudu besar rempah biji
1 sudu besar jintan manis
2 inci belacan
1 labu bawang besar
1 inci kunyit

Bahan ini dimesin halus bersama air yg banyak secukup kuahnya untuk 3 ekor ikan.
panaskan kuah ini bersama timun, daun kesum serai dan asam keping sehngga mendidih kemudian masukkan ikan.

57. NASI KERABU KEDAH..warisan nenekku




aku masak pada 25 sept 09 posa ke 25

NASI ULAM/KERABU KEDAH…warisan nenekku

Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi

B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalu suka lebih lebihkan lah.

Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.

C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan2 ini di mesin halus

D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik

Cara:

Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…muahhh sedapnya…org kedah jer suka…org luar aku tak tahu

******************************************

SAYUR KELADI (aku gantikan sayur keladi dgn ikan ...apa2 ikan bole jeer)

Bahan:

1 batang keladi disiang dan dicelur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering dibersihkan
2 inci belacan
Udang kering/ikan bilis
3 keping Asam keping

Caranya:

Mesin kesemua bahan2 tadi bersama air yg banyak sehingga hancur,
Masukan ke dalam periuk bersama asam keeping garam dan perasa
Masak sehingga mendidih masukan keladi sehingga mendidih sekali lagi.
Makan bersama nasi ulam.

UPDATE HARI  NI2  OKTOBER  2012 JAM  2..RAKAN  FB  TELAH  MENCUBA DAN  KAK  ROZIE  NOR  AMAT  SUKA  BEGITU JUGA  KELUARGANYA  MAKAN   BEGITU  SAJA  NASI ULAM...TANPA  SAYUR  KELADI KATANYA.. JOM  TGOK  HASIL NYA:.  terima  kasih   kak ...kerana  telah  mencuba  resepi  ilahjy  nie

56. STEAM BOAT. Dari sorg chef mess. 1998 di kangar perlis

STEAM BOAT
(Boleh buat kenduri ni hehehe aku dapatkan resepi ni dari chef terkenal…di satu mess)

A. BAHAN UTAMA

1. DAGING LEMBU 1 KG
2. DAGING AYAM 1 EKOR
3. IKAN KURAU/SIAKAP 1 EKOR
4. UDANG KERTAS 1 KG
5. ISI KETAM 1KG
6. SOTONG KEMBANG 1 KG
7. BEBOLA IKAN ½ KG
8. TELUR PUYUH 30 BIJI

SAYUR-SAYURAN

1. BUNGA KOBIS 1 KG
2. SAYUR KAILAN 1 KG
3. KACANG SEPAT ½ KG
4. KOBIS PANAJANG 1 KG
5. SALAD BUNGKUS 1 BIJI
6. CENDAWAN BUTANG 1 TIN
7. DAUN BAWANG 200 GRAM
8. SAWI POCAHI ½ KG

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

1. BEE HOON 1 BUNGKUS
2. ANAK SAWI 100 GRAM
3. TEPUNG JAGUNG 1 PAKET KECIL
4. TELUR AYAM 4 BIJI
5. MINYAK BIJAN 1 BOTOL KECIL
6. MINYAK JAGUNG 1 BOTOL KECIL
7. LADA SULAH 1 BOTOL KECIL
8. KIUB AYAM 4 KETUL
9. KIUB IKAN BILIS 4 KETUL
10. SERBUK PERASA
11. UBI SENGKUANG 2 BIJI
12. HALIA 100 GRAM
13. CILI MERAH 2OO GRAM
14. BAWANG PUTIH 100 GRAM
15. BAWANG MERAH 200 GRAM
16. LIMAU KASTURI 8 BIJI
17. CUKA 1 BOTOL KECIL
18. KICAP MASIN 1 BOTOL KECIL
CARA MEMBUATNYA:

B. KUAH/SUPNYA

1. ASINGKAN ISI AYAM DR TULANG
2. SENGKUANG DIPOTONG SETEBAL 2” DIREBUS BERSAMA TULANG AYAM BERSAMA 4 LITER AIR
3. BILA MENDIDIH MASUKKAN KIUB-KIUB SERTA LEMAK AYAM JIKA ADA
4. CAMPUR LADA SULAH DAN PERASA
5. SESUDAH MASAK TAPISKAN

C. PERSIAPAN BAHAN UTAMA

1. DAGING LEMBU DIPOTONG SETEBAL 2CM DAN PANJANG 5 CM
2. DAGING AYAM POTONG SAMA DAGING
3. IKAN KURAU/ SIAKAP POTONG SAMA DAGING
4. SOTONG POTONG SAMA DAGING
5. UDANG KERTAS DIBUANG KULITNYA TINGGAL KAN EKOR NYA SAHAJA
6. BEBOLA IKAN DAN KETAM DI POTONG IKUT SUKA
7. TELUR PUYUH DIREBUS KOPEK KULITNYA
8. SAYUR2AN DIPOTONG IKUT SELERA

D. CARA MENYEDIAKAN BAHAN UTAMA

1. DAGING -
TUANGKAN 3 SUDU BESAR MINYAK BIJAN, ¼ SUDU TEH BAHAN PERASA
1 SUDU BESAR LADA SULAH, 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
GAUL RATA KESEMUA BAHAN DIATAS
2. AYAM - BUAT SEPERTI DAGING
3. ISI IKAN - 1 BIJI TELUR DIAMBIL PUTIH MASUK KE DALAM SATU BEKAS, DICAMPUR DENGAN 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG, 1 SUDU BESAR LADA SULAH,
¼ SUDU TEH PERASA, PUKUL SAMPAI BERBUIH SAPU PADA IKAN
4. UDANG BUAT SEPERTI IKAN
5. SOTONG - HANYA DITABUR DGN LADA SULAH 1 SUDU BESAR DIGAUL RATA
6. KESEMUA BAHAN2 TERSEBUT YG TELAH SIAP DIPROSES DIPERAP DAN SIMPAN DLM PETI SEJUK

E. PERSIAPAN MINYAK BAWANG

1. BAWANG MERAH DIHIRIS NIPIS. BAWANG PUTIH DICINCANG
2. TUANGKAN 2 CAWAN MINYAK JAGUNG KE DALAM KUALI DAN PANASKAN, GORENG BWNG MERAH KEKUNINGAN
3. MINYAK YANG SAMA GORENG BAWANG PUTIH SEHINGGA KUNING DAN KEMUDIAN TUANG MINYAK SERTA BAWANG PUTIH TADI KE DALAM BEKAS TAHAN PANAS, BIAR SEJUK. CAMPUR DGN BAWANG MERAH TADI KACAU RATA.

F.PERSIAPAN SOS CILI MERAH

1. 400 GRAM CILI MERAH DIPOTONG DADU BUANG BIJI, HALIA SETEBAL 1” DICAMPUR DGN 10 ULAS BAWANG PUTIH YANG DITUMBUK HANCUR KESEMUANYA, KEMUDIAN
ASINGKAN KE DALAM BEKAS YG SESUAI DAN DICAMPUR DGN SEDIKIT GARAM DAN PERASA SERTA PERAH AIR ASAM LIMAU KASTURI SECUKUPNYA
2. AMBIL 2 BIJI KULIT LIMAU KASTURI YG PERLU DIHIRIS HALUS DAN ICAMPURKAN DGN CILI /HALIA/BWNG PUTIH DITUMBUK HANCUR TADI, SERTA KACAU RATA
3. AMBIL SEDIKIT MINYAK LEMBAK YG TIMBUL DLM SUP TADI, DICAMPUR KE DLM SOS CILI YG SIAP DIPROSES TADI, SERTA DIKACAU RATA, KEPEKATAN IKUT SUKA
4. JGN SESEKALI DICAMPUR CUKA, KRN CUKA UTK CILI POTONG SAHAJA

G. CARA MEMASAK BAHAN2 STEAM BOAT

1. KUAH SUP TADI YG TELAH SIAP DIMASAK, DIMASUKKAN KE DALAM BOAT YG BERSIH . TUTUP DULU. MASUKKAN BARA ARANG BAWAH BOAT
2. BUKA TUTUP BOAT, DICAMPURKAN 2 SUDU BESAR MINYAK BAWANG E KE DLM BOAT. DISEKELILING TIANG TENGAH SUPAYA TIDAK MELEKAT
3. MASUKAN DULU DAGING,AYAM, UDANG, ISI KETAM DAN SOTONG BEBOLA IKAN SELAMA 2-3 MINIT. SIAP UTK DIMKN
4. KUAH PERLU DITAMBAH JIKA KURANG

H. CARA MEMASAK BEE HOON SUP

1. BILA SEMUA BAHAN UTAMA TERSEBUT TELAH HABIS DIMASAK DAN DIMAKAN, MAKA SAMPAI MASA UTK MENU AKHIR.
2. GUNA SAKI BAKI KUAH DLM BOAT DAN MASUKAN 1 SUDU BESAR MINYAK BWNG E
3. PECAHKAN TELUR DAN MASUKAN KE DLM BOAT DAN TUTUP BOAT SELAMA 1 MINIT SUPAYA MENDIDIH
4. BUKA TUTUP DAN MASUKKAN BEE HOON DAN ANAK SAWI SECUKUPNYA DAN TUTUP 1MINIT DAN HIDANGKAN.

SELAMAT MENJAMU SELERA


16 January, 2009

55. BINGKA TEPUNG GANDUM..sumbangan jiranku di gerik

contoh jer ni....nanti ku masak..aku masukkan laa BINGKA TEPUNG GANDUM

Bahan:

4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
6 cawan santan campur air daun padan dan garam

Caranya:

Blend sampai hancur dan tapis, kemudian bakar.

15 January, 2009

54. APAM BALIK...KAMPUNG KOT




APAM BALIK

Bahan:

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
3 cawan air
1 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh soda baikabonat

Campurkan kesemua bahan dan perap 15 minit

½ tin jagung manis
300gm kacang tanah
Sedikit marjerin
Utk ditaburkan semasa membakar

resepi ni aku belum cuba cuma sekadar masukkan dlm koleksi di sini jer.. gambar aku aku masukan ni aku telah masak guna resepi dr ummi kuantan kalian boleh tengok di n3 tahun 2010.

53. KEK KUKUS MASAM MANIS,,sedappppp

KEK KUKUS MASAM MANIS

Bahan:

1 cawan gula
1 cawan mentega
1 cawan biskut
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
4 biji telur
Sedikit vanilla
Haw flake (bulat2 bentuknya)
Pewarna hijau dan merah

Caranya:

1.putar mentega dan gula hingga kembang
2. putar putih telur dan kuningnya secara berasingan
3. masukan telur, susu, vanilla, biskut dan tepung. Gaul rata
4. bahagikan dua bahagian atau 3 bahagian
5. ratakan bahagian bawah dlm loyang yg bergris/beralas kertas putih. Lapisakan haw flake kukus 5-10 minit
6. ulangi sehingga habis.

52. PIE TEE...jadikan sumber pendptan

gambar di atas ilahjy masak 5 jan 2011, setelah 6 tahun berlalu.. baru di masak semula.. 6 TAHUN LEPAS BERADA DI PD...BLOG MASAK BELUM PANDAI BUAT LAGI..

resepi dibawah pula dimasukan tahun pada 15 jan 2009
terlupakan acuan nie tertidur dlm periuk besar yg tak digunakan...(akibat pindah randah)

KUIH PIE TEE ILAHJY

Bahan:

4 sudu besar tepung gandum
¾ cawan tepung beras
¾ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit air kapur
Gula dan bahan perasa

Cara:
1. ayak tepung-tepung dan garam
2. masukkan lada sulah, bahan perasa dan air kapur
3.campurkan telur dan air gaul sebati
4. pukul bahan tadi sehingga kembang dan berbuih
5. peramkan selama 20minit
6. rendankan acuan calung pi tee dlm minyak panas.
7. celupkan dalam bahan tadi dan masukkan dlm minyak goring sehingga garing


INTINYA:

1. tumiskan bawang masukkan isi ketam udang dsbnya
2. masukkan Timun, sengkuang, karot dan taugeh di mayang memanjang tauhu goring di dadukan
3. masukkan bancuhan tepung jagung kacau sehingga masak
4. Masukan ke dalam sarang pie tee tadi dan makan bersama sos cili.

NOTA: PIE TEE BOLEH DISIMPAN DLM BEKAS KEDAP UDARA SELAMA SEBULAN..

51. KUIH LAPIS TRADISIONAL HOT BAY dato k

kukus pada 3 feb 09 setelah 2 tahun aku tak sentuh resepi ni krn agak susah menyediakannya

resepi ini aku amek dari koleksi majalah masakan persatuan kami pada tahun 1988 majalah itu keluar saban tahun. sekarang tiada lagi ..mungkin pengerusi tertinggi tak idupkan semula..tradisi ini.. maka berkuburlah ia...

Bahan:

1cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 cawann santan dari sebiji kelapa
1 biji telur

Caranya:

1. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
2. panaskan loyang kukusan
3. bahagiankan adunan kepada dua bahagian warnakan merah dan satu lagi dibiarkan warna asal
4. mulakan melapis dgn warna merah kukus sehingga mask dan dikikuti lapisan ke 2 dan seterusnya sehingga habis.
5. sejukkan baru di potong.

50. KUAH PASEMBOR/ROJAK

KUAH PASEMBOR/rojak

Bahan:

2 helai daun pandan
1 batang serai diketuk
50 gram cili kisar
250 gram gula merah
250 gram gula pasir
2 sudu the garam
200 gram kacang tanah goring dan kisar
100 gram biskut marie dikisar
1 liter air

Cara:

Didihkan air masukan daun pandan, serai, cili sehingga masak
Masukkan gula merah gula pasir kacang tanah dan garam
Masak sehingga mendidih. Akhir sekali biskut marie

Makan bersama timun sengkuang salad cucur udang dan mee kuning yg digaulkan bersama2.

13 January, 2009

49. APAM MENTEGA

muat turun gambar pada 4 march 09 lebih kurang ini laa...

bahan:

Gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air
250 gm mentega

Panaskan sehingga kuning masukan air dan mentega

3 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 camca teh soda baikabonat

Pukul sehingga kembang

1 tin susu cair
3 cawan tepung gandum
1 sudu the esen vanilla

Masukan bahan ini ke dalam bahan telur secara berselang seli dgn air gula hangus
Masukkan dlm acuan kecil2 kukus 2 minit.

48. TALAM BERLAUK....mmg sedap.. muahhhh

aku masak pada 18 april utk ajk bowling amal RESPEKS_GROUP

TALAM BERLAUK ILAHJY (koleksi resepi tahun 1990)

Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan

Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.


SOSNYA ILAHJY REKA SENDIRI

Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

talam ini telah dicuba oleh eliza:http://elizasfamily.blogspot.com 18 julai 2010
T.KASIH ELIZA kerana ada komen balas..hehe..

UPDATE  HARI   NI2  OKT 2012 JAM 2 PM FIZA  TELAH  EMNCUBA  TALAM  INI  DGN  MENGANTIKAN  INTINYA  DGN  AYAM.. TAHNIAH  FIZA.. KAK  ILAH MOHON  SHARE  DISINI GMBRNYA YA..PENGHARGAAN..KRN  TELAH   MENCUBA
http://fizanordin.blogspot.com/2012/10/talam-berlauk.html

http://fizanordin.blogspot.com/2012/10/talam-berlauk.html

47. PUDING MARBEL...20 tahun ku simpan

aku masak hari ini 24 jan 2010 sempena hari jadi farah af2.

Bahan:

1 tahil agar2
2 ½ gelas gula pasir
5 gelas air
1 tin susu cair
8 biji kuning telur
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu the esen vanilla

Cara:

1. masak agar sehingga hancur dan masukan gula.
2. pukul telur,susu,mentega dan tepung kastard sehingga hancur masukkan ke dalam agar2 tadi.
3. kacau sehingga pekat bahagiakan 2 bahagian
4. 1 biarkan warna asal dan 1 lagi warnakan dgn serbuk koko.
5. tuangkan beselang seli dianatara warna itu sehingga habis dan bekukan.

46. TALAM KELADI..belajar dipersatuanku P.D N.9

aku masak pada 10 mac 2010 keladi tak de aku ganti laici.. resepi lain sikit.. yang ni guna telur tapi talam laici ni tak ada telur...sedap juga..
TALAM KELADI belajar dipersatuanku

Bahan:

Lapisan bawah:

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 ½ cawan santan
1 sudu teh garam
1 cawan keladi yg didadukan dan direbus

Kacau sebati dan masak sampi pekat dan kukuskan sehingga masak.

Lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula
Pewarna ungu

Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga pekat dan tuangkan atas bahan bawah tadi.
Kukus sehingga masak.
Sejukkan dan potong.

45. KASIDAH MAK SAUDARAKU

aku masak pada 25 ogos 09 berbuka hari ke 4 posa...
KASIDAH

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
¾ cawan gula
3 sudu marjerin/minyak sapi
2 ½ cawan air..kalu keras tambah semasa kacau

terima kasih tok busu dr respeks groups krn respon .. akak terlupa masukkan pewarna kuning /oren
kalu yg ori tu tak de warna..putih jer..tapi kalu taruk warna nampak menarik sikit heheh

Caranya.

Campur kesemua bahan2 tadi kacau sebati dan kacau diatas api sehingga pekat dan tuangkan ke dalam loyang bekukan dan taburkan bawang goreng diatasnya.

44. PUDING ROTI

PUDING ROTI

Bahan:
1 bungkus roti
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 biji telur ayam
1 camca besar mentega
1 camca the esen vahilla
Secubit garam
Gula secukup rasa ½ cawan-+

Cara:
1. carik2kan roti
2. pukul gula, mentegadan telur masukkan garam, esen dan susu dan air kacau sebati.
3. rendamkan roti ke dalam bahan tadi sehingga kembang dan kukus sehingga masak.

12 January, 2009

43. SERIKAYA.. mak cik di gerik ajarkan

SERIKAYA

Bahan:

4 biji telur pukul hingga kembang
½ bji kelapa ambil santan pekat
1 cawan gula digoreng dan dicampurkan santan tadi

Panaskan semula hingga hancur, sejukan
Campurkan telur dan kacau atas api sampai pekat
Masukan pelaga dan daun pandan.

42. TEPUNG PELITA KU JY


aku masak pada 22 april 09

TEPUNG PELITA KU rasia ilham dariku...

Bahan:

1 cawan tepung beras
6 cawan santan cair dimesin bersama daun pandan tambah sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
Sedikit air kapur

Kacau sehingga sebati kemudian panaskan sehingga pekat dam masak masukan dalam acuan kotak daun pisang.


Bahan atas:

1 cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam

Kacau sebati, panaskan sehingga pekat dan tuangkan atas bawah tadi.

Kukus sebentar saja.

41. KEK SPAN PISANG


masak pada 29 ogos 09
Bahan:

7 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 camca the baking powder
1 camca the soda baikabonat
1 cawan pisang lecek
1 cawan minyak masak
1 camca teh ovellete

Cara:

1. pukul telur dan gula sehingga kembang dan dicampur ovelette
2. ayak tepung dgn soda dan baking powder masukan ke dalam telur tadi berasama esen, pisang. Minyak masakk dan baker lah.

40..KEK KARAMEL 2 LAPISAN....belajar di MAKTAB TURUS A.T

KALAU NAK WARNA MCM PELANGI TUANGKAN BERSELANG SELI.. WARNAKAN SELEPAS BAHAGIAN B DAN C DICAMPURKAN SEHINGGA SEBATI. WARNAKAN IKUT SELERA KITA. ILAHJY BUAT HANYA WARNA HIJAU.. YG BAWAH TU WARNA ASAL YA PUAN2...
aku masak pada 27 mac 09
terliur tak kalian tengok
INILAH HASILNYA SETELAH AKU SEJUKAN SELAMA 2 JAM
masukan air ke dalam loyang hitam, bakar lah selama 1 jam. biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dr loyang. kalu tak, nanti karamel atas dia akan pecah.. hikhik nasib kau org lah kalau tak jadikkk..aku dah berpuluh kali buat ada juga sesekali x jadi.

lihatlah keajaiban depa tak bercampur....yg bahan kuning tu masih di bawah tak bercampur dgn yg putih tu.. bila bakar hasilnya seperti di atas lah

campurkan bahan BC ke dalam bahan A

bahan campuran B dan C dalam bekas putih. kanan bahan A dalam loyang

campurkan bahan C ke dalam bahan B gaul sebati

bahan C iaitu tepung dan susu cair juga minyak masak dan air ais
bahan B putih telur putar sampai berkrim


bahan A di tuang ke atas gula hangus

bahan A

lapisan gula karamel bersama marjerin sapu loyang


SILA BACA BERULANG KALI SUPAYA FAHAM PERHATIKAN LANGKAH2 DI ATAS DENGAN TELITI. HARAP MAKLUMLink

Bahan: klik sini utk gambar dan kali ke 2 kek dibuat

lapisan gula hangus:

sapu loyang dgn marjerin-supaya mudah tanggal.
masukkan 6 sudu besar gula pasir. panaskan sehingga kekuningan dan cair, renjiskan sedikit air ke dalam loyang tadi biarkan sebentar sementara menyediakan bahan2 lain.


A. lapisan atas karamel

5 biji merah telur
¾ cawan gula pasir halus
1 tin susu cair
1 sudu besar esen vanilla

Kacau semua bahan sehingga sebati

B.

5 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
¾ cawan gula halus

Pukul kesemua bahan sehingga gebu mcm buih sabun

C.

3 biji kuning telur
¾ cawan minyak masak
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan air ais

Campurkan kuning telur dan minyak masak kacau sebati. Campurkan tepung berselang seli dgn air. Kacau sebati.

Cara:

1. campurkan bahan C ke dalam B kacau sebati. bolehlah diwarnakan 3 warna atau kosong mcm ilahjy buat.
2. Buat gula hangus atas peti tin yg hendak dibakar kek tersebut.
3. tuangkan bahan A, kemudian bahan B + C tadi.
4. bakar dlm oven yg berbekas kan air. Sehingga masak.

ketika membakar guna loyang hitam seperti dlm oven masukkan air kemudian masukkan loyang yg berisi adunan tadi. teruskan membakar sehingga masak. 170 darjah selama 1 jam. paras air hendaklah separuh loyang adunan..