terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







23 February, 2009

82. AYAM MASAK BERIANI

masak pada 23 feb 09 ..resepinya aku guna rempah segera beriani

81. NASI TOMATO

masak pada 23 feb 09

NASI TOMATO

Bahan:

3 pot Beras direndam sejam

Bawang merah dimayang

Bawang putih dimayang

Halia dimayang

Bunga lawang

Kayu manis

1 tin kecil tomato puri

1 helai daun pandan

1/2 tin susu cair


Cara:

Tumiskan kesemua bahan2 sehingga wangi, masukan tomato puri

Masukan susu cair dan air secukupnya dan daun pandan


80. BUBUR PULUT HITAM

masak 4 feb 09

BUBUR PULUT HITAM


Bahan:

Pulut hitam direndam semalaman rebus sehingga kembang

Gula melaka/gula merah dan gula pasir dimasak sehingga cair tapiskan

Santan pekat secukupnya

Garam

sedikit tepung gandum dibancuh dgn sedikit air utk memekatkannya

cara:

panaskan kesemua bahan2 bersama sama sambil di kacau jangan sampai pecah minyak

masukan daun pandan.


79. NASI BERIANI GAM SEGERA..hikhik

masak pada 3feb 09

NASI BERIANI


Bahan:

Beras direndam sejam

Bawang merah dimayang

Bawang putih dimayang

Halia dimayang

Bunga lawang

Kayu manis

1 paket rempah beriani


Cara:

Tumiskan kesemua bahan2 sehingga wangi, masukan rempah beriani

Masukan susu cair dan air secukupnya dan daun pandan



78. KERANG MASAK LEMAK

masak pada 18 jan 09

MASAK LEMAK KERANG


Bahan:

1 kilo kerang direbus separuh masak dan ambil isinya shj

(kalau nak amek kulitnya sekali, kena cuci bersih)

Santan secukupnya

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit kunyit hidup

Cili padai secukup pedas

2 batang serai di ketuk

1 helai daun kunyit di siat

Cara:

1, blend kesemua bahan bawang2 dan kunyit hidup dan cili padi sehingga hancur

2. panaskan kesemua bahan2 dgn garam daun kunyit dan serai, sehingga mendidih jaga jgn pecah minyak.



20 February, 2009

77. KOLEH KACANG PESTIME AKU MASAK...manis sgt lak..

baru lepas masak....20 feb 09 mcm mkn gula hikhik

bahan:

2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula melaka dan gula pasir (campurkan)
5 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh garam

cara:

1. masak kedua2 gula hingga hancur
2. bancuhkan tepung kacang dgn 5 cawan santan (jumlah ni termasuk jumlah air gula)
3. kacau atas api sampai kental 1jam lebih kurang, api perlahan.
4. tuangkan ke dalam loyang. hiasakan dgn tahi minyak.
5. 1 cawan santan dimasak sehingga kering dan garing.( cara masak tahi myk)

18 February, 2009

76. PACERI NANAS....hari ni genap 2bulan usia blog masakan ku ini

masak pada 18 feb 09 yg ni aku guna rempah paceri org kg melaka punya produk muaahh sedap juga

PACERI NENAS

Bahan:

½ biji nenas di potong bulat dan belah dua

1 paket serbuk kari daging/ rempah paceri

½ biji kelapa jadikan santan secukupnya

5 sudu gula pasir

1 kuntum bunga lawang

1 inci kayu manis

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

1 inci halia

2 sudu besar kerisik

2 sudu besar udang kering ditumbuk halus

Garam


Cara:


1. Tumiskan bawang2 dan halia yg dimayang bersama bnga lawang dan kayu manis.sehingga wangi, masukan udang kering sehingga garing

2. masukan rempah kari atau rempah paceri bersama sedikit santan pekat sehingga pecah minyak

3. masukan baki santan lagi bersama nanas dan kerisik juga gula dan garam secukup rasa.

14 February, 2009

75. AYAM MASAK ACAR.... dr email sorg kenalan respeks.. 14hb feb 09

AYAM MASAK ACAR

Bahan-bahan;

1 ekor ayam (dipotong kecil)
3 sudu makan cili kering
2 inci halia

Bahan A (dikisar)
5 ulas bawang putih
1/2 santan
5 sudu makan cuka
Sedikit gula (secukup rasa)

Bahan B
Sedikit garam (secukup rasa)
1 batang timun (dibuang empulur dan potong sesuka hati)
2 labu bawang besar (dibelah enam)

Bahan C
2 biji lada merah (dibelah dua)
2 biji lada hijau (dibelah dua)
jagung muda

Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat;

1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan A sehingga garing
3.Masukkan pula bahan B dan ayam
4.Apabila mendidih,masukkan bahan C dan angkat untuk dihidangkan

Dari AYU untuk akak....terimaksih ayu....kita kongsi sama2 yer....mudahan dpt berkat

13 February, 2009

74. AYAM GORENG BEREMPAH OLAHANKU

Ayam goreng berempah ciptaanku


Bahan:


6 ketul Ayam dipotong ikut saiz yg kita suka

3 sudu ketumbar biji

1 sudu jintan manis

1 inci halia

5 ulas bawang putih


Cara:


Kesemua bahan2 dimesin kasar dan digaul bersama ayam dan garam serta kunyit serbuk lagi sedap guna kunyit hidup. Perap sebentar kmdian goreng sehingga garing

73. ICE CREAM KU CIPTA SENDIRI MASA FM3 1981

ice cream ku yg ringkas


Bahan:


1 tin susu cair

Perasa vanilla, koko, milo dsbnya yg anda suka

Gula secukup rasa


Cara:


1. masukan susu cair dlm loyang tin. Bekukan dlm petiais ¾ beku

2. keluarkan putar dgn menggunakan pemutar kek, bersama bahan yg lain sehingga gebu.

3. bekukan semula sehingga beku sepenuhnya dan sedia utk dimakan.

Maaf…ice cream ini tidak la sama mcm dipasaran…sekadar lepas laaa utk mkn seisi keluarga lagi menjimatkan dan halal….

10 February, 2009

72. NASI KAROT pernah aku masukan dlm RESEPI BAKAT ATM DAN 12 BRIGED


aku masak pada15 april 2010

Nasi karot

Bahan:

3 pot beras direndam 1jam
1 batang karot
2 biji tomato
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar
3 ulas bwng putih
1 inci halia
1 helai daun pandan
2 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
3 sudu marjerin utk menumis

Caranya:


1. tumiskan bawang2 yg dimayang bersama halia, kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.

2. karot dan tomato yg dimesin bersama sehingga hancur. Masukkan ke dlm bahan tadi bersama susu cair dan air secukupnya utk memasak nasi.
3. masukan daun pandan dan garam
4, parutkan sedikit karot utk dimasukan ke dlm nasi ketika api dipadamkan. Gaulkan sekata dan biarkan ia akan layu.

04 February, 2009

71. KUIH CARA MANIS

masak pada 4 feb 09

bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3helai daun pandan amek air secukupnya
pewarna hijau

caranya:

mesin kan kesemua bahan2 sehingga hancur (kepekatan lebih kurang dadar juga)
panaskan acuan sapu minyak supaya tidak melekat
masukan adunan dan 1/2 sudu teh gula bakar sehingga masak

02 February, 2009

70. NASI DAGANG AIR TANGAN ORG KEDAH

sajian tengahariku pada 2 feb 09

NASI DAGANG

Bahan:

2 pot beras
1 pot beras pulut
Kedua dua direndam 1jam
1 sudu teh halba
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
2 inci halia dimayang haus
Santan secukupnya

Caranya:
Kukuskan kesemua bahan2 diatas sehingga ¾ masak. Selepas itu masukan pati santan dan separuh lagi bahan2 sampingan itu. Kukus sehingga masak.

69. GULAI IKAN TONGKOL

tumisanku pada 2 feb 09

Gulai nasi dagang..ku olah ikut selera ku..hehehe

Bahan:

1 ekor ikan tongkol potong dan rebus bersama asam keeping dan garam sebentar jer..dlm 10minit baru lah ikan tu tak keras mcm kayu hehehe, kalu dah keras nama nya ikan kayu lah…

20 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar rempah kari ikan
1 inci halia
1 inci kunyit
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Dimesin bersama sehingga halus

Sedikit gula melaka
2 btg Serai diketuk
2 inci Lengkuas diketuk
Santan secukupnya
4 keping asam keping
1 biji timun dipotong

Caranya:

1. tumiskan bahan2 mesin bersama rempah kari sehingga pecah minyak
2. masukan air rebusan ikan tadi bersama timun, asam keeping, serai dan lengkuas. Masak Sehingga timun empuk kemudian masukan ikan bersama garam dan gula melaka.
3. masukan santan masak sampai mendidih.

Jangan marah org kelantan aku dah ubah resepi kau org hehehe ikut selera ku…org kedah