terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







15 May, 2009

110. MAYONIS...SUMBANGAN RAKAN RESPEKS

bahan:

bahan:

2 Biji Telur
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil gula
1 cawan minyak masak

1. Satukan semua bahan ke dalam blender kecuali minyak 2. Blend bahan-bahan tadi sehingga sebati 3. Masukkan sedikit demi sedikit minyak dan blend hingga semuanya sebati

masukkan mayonis tadi ke dalam mangkuk dan sedia di hidang, campurkan sedikit serbuk kari sedikit untuk sedap lagi(macam dalam iklan tu)

Sedap dimakan segera. rasanya sejibik macam mayonis ladies choice...


IRA MENAMBAH....
masa blajar hot cat dulu..egg yolk sahaja.. telur merah tu dipukul sehingga kembang, pastu taruk sikit vinegar..kaler dia akan jadik putih...pastu taruk salt and pepper secukup rasa and gula skit..

yg tu mak tak blajar lagi... boley try ganti ngan telur itik atau telur angsa la kot

109. CUCUR PENERAM - SUMBANGAN DEWI_CEMPAKA RESPEKS GROUP.

bahan-bahan:

250 g tepung beras
250 g tepung Ayak tepung gandum dan tepung beras.
2.Masukkan gula pasir dan gaul rata.
3.Larutkan gula kabong dan garam ke dalam air, tuangkan ke dalam adunan tepung. Kacau rata dan ketepikan selama 30 minit.
4.Panaskan minyak dengan api perlahan.
5.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram, samada menggunakan acuan yang dijual atau dengan menggunakan tangan (secara manual).
6.Goreng kueh hingga timbul dan masak (sentiasa kacau supaya kueh masak sama rata) .
7.Jika adunan melekat ketika menerap, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.

09 May, 2009

108. ROTI GULUNGAN SOSEJ BERSALUT TELUR

aku masak untuk minum petang tadi 9 mei 09 dah lama juga tak buat...


lihat kepingan roti yg sudah digelek nipis ia akan bertambah besar saiz dr asal kalau tak digelek tebal sgt dan tak cantik utk digoreng,



cara:

10 keping roti digelek supaya menjadi nipis
5 keping sosej dibelah 2 dan direbus sehingga masak
1 biji telur dicampur sedikit garam dan pukul

gulungkan sosej dalam roti ketatkan dan celup dlam telur kemudian digoreng dlm minyak yg sederhana panas. makan dgn sos cili.

dalam telur tadi boleh dicampur cili mesin daun bawang dan sup utk penambah rasa.

08 May, 2009

107. PUTERI AYU KU

ku kukus pada hari ni utk minum ptg 8 mei 09

setelah dikukus selama 25 minit begini lah hasilnya


penuhkan adunan ke dalam acuan separas nya


setelah dimasukan susu cair beginilah rupanya, boleh lah di kalakan ikut citarasa



masukan susu cair atau santan pekat pilihlam mana mahumu


tepung gandum yg telah diayak dimasukan dan balikkan berseli dgn susu


telur diputar sehingga gebu macam ni baru masukan tepung


bahan:

4 biji telur diputar sehingga gebu dan masukan
1 sudu teh ovellet putar lagi bersama
1 1/2 cawan gula halus sehingga gebu masukan
2 1/2 cawan tepung gandum yg diayak bersama dgn
1 sudu teh baking powder dikacau rata kemudian masukan
1 1/2 cawan susu cair atau santan pekat , berselang seli dengan tepung.
kacau sehingga betul sebati

kemudian masukkan ke dlm acuan yg telah disapu minyak dan ditekan kan dasarnya
dgn kelapa parut putih yg telah dicampurkan garam dan sedikit tepung jagung,
kemudian kukus selama 25 minit api yg kuat nahhh nanti tak jadikkk aku tak jamin...

106. KERABU CAMPURANKU..



lunch aku hari ni8 mei 09
bahan:

semangkuk kerang
secawan pucuk paku dicelur dan potong sama saiz kacang
secawan kacang panjang dicelur dan potong pendek
secawan taugeh dicelur
secawan kelapa parut putih yg dikukus 5 minit
1 batang serai dimayang nipis
sedikit bawang besar dimayang nipis
cili merah di mayang nipis

gaulkan kesemua bahan itu bersama cili dan kerisik 2 sudu besar dan perahkan sebiji limau kasturi. dah siap ....tadddddaaaaaa muahhh sedap tol.... lunch aku tgahari ni siap ikan bakau lagi nyum nyum...

bahan cili..sambal belacan

6 biji cili merah
10 cili padi
2 sudu besar belacan dibakar
garam
gula

dimesin halus.

105. IKAN BAKAR PERASA SOTO JY





lunch aku pada 8 mei 09
senang jer resepi dia..

gaulkan garam dan kunyit berserta rempah soto dlm 1 sudu besar, perap jer dan bakauuu leerr

104. CHEESE TART...INTINYA TERPULANG ....

Hari ini hari ibu 10 mei aku sudahkan tart yg disimpan tuuu...
inilah hasil nya setelah dibakar 10 minit dgn suhu 170 drjah. selepas tu bekukan dlm petiais.. baru lah enak dimakan sbb keju nya cair tak berapa sedap gi kunyah...
tak sempat dah nak tunngu 17 mei anak2 dah minta nak makan..huhu.. begini lah caranya menyudahkan tart aku ni...initi blueberry aku guna..minggu depan strawberry pula



bakar dlm suhu 170 darjah selama 20 minit dan keluarkan dari acuan sedia utk digunakan
masukkan kedlm acuan dan cucuk dgn garfu supaya keluar udaranya
canaikan menggunakan lpastik sebagai pengalasnya
campurkan telur uli sehingga lembut dan simpan 20 minit dlm petiais
tepung dan kesemua bahan digaul menjadi serbuk roti
aku bakar pada 7 mei 09 utk disimpan sampai 17 mei tunggu hubby balik baru diisi intinya... tttunggggguuuuuuu....

bahan:

360 gm mentega
360 gm gula halus
600 gm tepung gandum
2 susu besar susu tepung
gaulkan menjadi serbuk roti masukkan pula
2 biji telur dan diuli sehingga lembut dan simpan dlm petiais selama 20 minit
keluarkan dan terap dlm acuan pilihan spt digambar dan bakar 170 drjh selama 20 minit
lebih kurang 60 keping dapat dari adunan ini

isikan inti bluberry dan cream cheese yg diputar....bakar semula dlm 10 minit sahaja.
keluarkan dan sejukan dlm petiais sebentar supaya cream keras

bahan inti:

krim atasnya:
2 buku krim keju ( philadelpia) dah mahai dah la ni dekat 10rm sebuku..huhuhu
80 gm gula halus
40 gm marjerin kalu bater lagi sedap laaa
2 biji telur
6 sudu besar susu cair lebih sikit tak pee nanti krim tu cair sikit.. jimat laa hahaha

caranya:
putar keju, marjerin, gula sehingga jadi krim, masukkan telur dan susu cair kacau sebati.

inti:
blueberry, strawberry, nenas, mangga, dll yg anda suka utk intinya

06 May, 2009

103. IKAN KELI MASAK LEMAK CILI PADI BEREMPAH..

aku masak dan reka pada 6 mei 09

bahan:

1.ikan keli di bakar dalam oven sampai masak
2.santan cair di mesin bersama kunyit hidup, halia dan cili padi dan sedikit rempah sup garam
3.panaskan santan itu sehingga mendidih, bersama serai diketuk dan asam keping,
supaya masak semua bahan2nya terutama rempah sup,
4.selepas itu masukan ikan keli bakar tadi bersama santan pekat masak sehingga mendidih sekali lagi.
kenalah dgn selera aku ni...tak yah boh bawang atau daun kunyit ker...lain dah rasa kalu kalian nak taruh ok juga...

05 May, 2009

102. MOI DGN LAUK PAUK YG RINGKAS BEBENAU...


aku masak hari ni 5 mei 09
dah lama sgt tak makan moiiii... resepi ni utk org sakit juga boleh makan.. nyum nyum nyum

ikut putaran jam 12..

1.brokoli dan kentang yg direbus menggunakan stok ayam
2.sayur sawi juga direbus dgn stok ayam
3.ikan bilis goreng dan cili kering dipotong nipis2 buang biji goreng garing penambah pedas,
4.ayam direbus sehingga empuk dan disiatkan dgn garfu isinya
airnya digunakan utk merebus sayuran
5.lobak asin dicuci bersih dan potong kiub dan goreng sebentar
6. nasi di masak dgn air yg banyak sehingga kering. macam bubur tapi tak ada kuah.
BOLEH DITAMBAH IKAN MASIN TELUR ASIN KANGKUNG GORENG BELACAN DLL
hentam saja maaa apa kau org mau....

04 May, 2009

KEK BIRTHDAY ANAK BONGSUKU HARI NI, 2 KEK DIA BW G SEKOLAH

tahu tak menyediakan makanan ni..senang jer
brown sos dah ada dlm resepi ku ni..
kentang just rendam dgn air garam dan kapur toskan goreng la..
kacang pangang beli lah yg ready made tu..
nasi masaka jer laaa dan goreng la kalu suka....
sayur tu cuma campur dgn mayonis..dah siap...
ayam tu sapukan garam letakan sikit lada sulah perapkan sekejap. pas tu sapu putih telur..selepas itu sapukan tepung jagung..celup sekali lagi dlm serbuk roti dan gorenglah...senang jer... hiaslah seperti itu....

03 May, 2009

101. SAMBAL IKAN BILIS KENTANG GORENG..

piqa yg masak 3 mei 09 khas utk kak jihah nya nak tunjuk dia pandai la ni heheh kira dah lulus dah ni....4 bulan bercuti semua dia tahu masak dah....

TAK PAYAH MASUK RESEPI LAH TENTU KALIAN DAH TAHU CARANYA....
atas permintaan ..aku masukan cara membuatnya 8 mei 09

bahan:

10 tangkai cili keringsecukupnya
1 labu bawang besar
4 ulas bwng putih

dimesin sehingga hancur dan tumiskan sehingga pecah minyak. campur sedikit sos tiram dan garam dan gula sedikit penambah rasa.....
masukan sedikit air asam jawa. masak sehingga pekat.

bahan lauknya:

ikan bilis digoreng garing
kentang di potong baji digoreng sehingga kuning
kacang tanah digoreng

masukan bahan2 ini ke dalam cili tadi dan kacau sebati dan angkat.

02 May, 2009

100. MUFFIN KIUT MIUT KU....

masak pada pagi tadi 2 mei 09 dapat 100 biji +-

99.SATAY AYAM KEGEMARAN KU


nak resepi juga ker..hehehe kejap lah nak pikir jap...lama dah x masak satay ni..sebab dekat kedai satay senang je beli jer laa...apapun aku akan postkan resepi sikit masa lagi sabauuu...