terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







31 January, 2011

273. roti naik JY

bakar magrib 31 jan 2011.. fuhhh gebusss niiii perasan sendiri niii

adunan setinggi 1/4 tin jer naik sampai membumbun...

selamat malam para sahabat dan rakan taulan.. hari cuti dah hampiri kita... CNY..
pagi tadi sibuk layan anak sulung najihah p carikk tempat praktikal jun nanti.. dr pagi sampai jam 5 baru selesai.. penat laa.. balik mmg malas nak masak... ada tepung roti dlm dapo dlm 3 cawan kot..terus buat roti dgn mood yg kureenggg tadi..jam 5.30 baru nak menguliiii apa lagi ilah jy perap dlm oven panas lah adunan tuu supaya cepat naikkk hahah mana belajar ni ilahjy???? tah la hentam saja lah labuuuuu.... petua yg bagus niii ada sapa pernah buat?
lagi sekali resepi tiada sukatan hancuss org nak ikut...

bahan:

3 cawan tepung roti
1 sudu besar shortening
1 sudu besar pelembut roti
1 sudu besar yis mauripan
1 biji telur
5 sudu besar gula
air secukupnya utk menguli
tak guna marjerin pun.. nak kasi roti putih tauuuu
maafkan ilahjy tertinggal 2 bahan... ampun kak cm yg telah amek resepi jgn2 dah buat roti ni mungkin teruja sgt masa buat N3 tadi terlupa : jam 2.30 am repair balik ayat ni
1 sudu teh soda baikabonat dan
1 sudu teh baking powder
harus diayak berasama tepung yaa kalu tak masukk pun ok tapi ilahjy nak kasi dia lagi gebusss... memandai jer sendiri niii

macam biasa lah campur kesemua bahan kecuali telur dan air gaul sebati.
masukkan telur dan air dan uli lah sehingga kenyal adunan tuu mcm kalian buat tuuu ilah jy guna tangan jer belum beli en Bm yg tak de stok di cosway..c4 wangsa maju..tah bila nak sampai...
uli lembut macam buat donat semalam tuuu... kalau keras roti tu keras laa yaa...
tapi inilah kali pertama mengunakan tepung roti..selalu tu guna tpg biasa jer.. fuhh mmg lembut dan gebusssss roti ni ..berebut kita makan anak2 beranak kejap tadi siap cicah sos kastard yg ada lebih tuuu..

petua ilahjy:
selepas uli perap naik 2 kali ganda: ilah jy perap dlm oven sebab nak cepat makan..
macam mana tu ya? panaskan oven 3 minit padam api... pas tu masukan adunan tpg setelah naik 2 kali baru dikuarkan dan uli lagi sekali dan bulatkan perap lagi sekali baru dibakar..

sos kastard ilahjy buat senang jer

1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin

kacau sebati dan panaskan dgn api pelahan kacau sehingga pekat/sederhana... tutup api dan terus kacau sehingga sedikit sejuk... kalu dibiarkan lama nanti ia akan keras.. pengalaman lepas mmg terukkk berketoiiii2.. ni dah tau dah kelemahan dia...


30 January, 2011

272. makan malam 30 jan 2011


assalamualaikum
selamat malam. salam 1 malaysia...

malam ni ilahjy masak yg ringkas jer... lunch tadi kat semua house.. sebab kuar beli sedikit barang2 keperluan. so, tak p pasar la hari ni.. masak apa yg ada dlm aisbox tu je laaa..hehe..
sabtu semalam p c4 beli bebola ikan keli.. apa lagi terus goreng dan buat sos dia.
pastu pasta alphabet pula dah lama beli dok tido dlm botol tak sudah buat sup sayur laa.
ikan temenung pula ada 2 ekor jer nak meriah buat la sos kuah rasam
pernah kah kalian makan masakan makanan berkenaan? sebenarnya ilah jy suka mengubah resepi /mencipta kelainan rasa dlm setiap masakan.. kalu di suruh ulangi mmg tak mampu menyediakan buat kali ke 2... apa nak buat itu minat ilah jy dari sekolah lagi.. suka suki cipta resepi... tapi kena dgn selera kami sekeluarga laa..resepi bebola ikan keli:

25 biji bebola ikan keli/apa2 jer yg kalian suka. goreng sehingga kekuningan
bawang besar dimayang
bawang putih di ketuk
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar soso cili
1 sudu besar kicap
2 heai daun limau purut/sebab bebola ikan ni ada sedikit rasa..
daun sup daun bawang

caranya:
tumiskan bawang2 masukkan rempah sup dan sedikit air kacau sehingga pecah minyak.
masukkan kesemua bahan dan tambah sedikit air lagi . masak sehingga mendidih dan pekat.
masukkan bebola tadi bersama daunan tadi an garam. gaul sebati dan sos mesti pekat dan bersalut pada bebola.resepi sup sayur alphabet:

macam biasa la tumis bawang2 dan masukkan sotong kacau sebentar masukkan air secukupnya.
setelah mendidih masukan alphabet tuuu b ila dah kembang baru masukkan sayuran dan sos tiram. ringkas kan.

ikan masak rasam:

ikan digoreng sehingga garing.

tumiskan bawang2 halia dan kayu manis dan bunga lawang dlm jumlah yg kecik jer jgn byk sgt nanti berbau lebih pula..amek rasa jer..
masukkan 2 sudu besar rempah rasam... bersama sedikit air. setelah pecah minyak baru masukan cili api dan cili2 yg lain juga buah tomato dadu.
kacau sebentar masukkan sedikit lagi air kemudian baru masukkan ikan tadi. kacau sebati . rasa lah garamnya.

tahu kah kalian apa itu rempah rasam??? hehehe tak tahu ker? nanti ilah jy cuba masukkan gambar nya.. sebenarnya rempah tu utk buat kuah semata2 utk hirup pembuka selera/menghilangkan muak..... tapi itulah tabiat ilahjy suka suki buat apa yg dia suka..hehehe... tapi rasa nya mmg sedap la ada kelainan makan malam ni.. jommm layanzzz peroit dah lapau ni.. en hb belum balik dari surau lauk2 dah sejuk tuuuu eeeeeeeeeee gerammnyeeeeee...


29 January, 2011

271. pau ilahjy inti kelapa muda

kukus malam tadi 28 jan 2011 bersama puding roti yg ke 4 kali masak..
puding roti yg kosong ilahjy tak masukkan jem kerana kehabisan ...
pau ini ilah jy guna tepung pau dan sedikit tpg roti mmg gebussssss lembut sampai ke pagi...
yg ini pau yg diperap sebelum dikukus .. bila dah naik dari saiz yg kecil contoh ditengah tuu menjadi saiz yg tepi tuu baru dikukus menjadi seperti di bawah niii.. dek kerana malas nak guna kukus yg besar maka padat sendat laa depa niii hihihiii.. kesian kau pau.. sempit sampai melekat2 ...hahaha
minta maaf resepi pau gebusss ini ilahjy tak ada sukatan main masuk2 jer maka tak pandai nak agak2.. tapi kalu ada yg berminat nanti ilah jy cuba masukkan..
*********
hari sabtu kembali lagi silih berganti macam tu juga masakan kita hari2..
malam tadi tah macamana mood utk masak kuih datang bertalu2 silih berganti..hehehe
ini kerana anak sulung najiha dah balik dari UMP gambang utk CNY seminggu.. maka mama dgn besar hatinya masak ke dua2 jenis kuih ini pada 1 masa yg sama malam tadi dan dimakan selepas masak jam 10 pm..ada baki utk sarapan pagi ni 29 jan 2011.
kebetulan hari ni hari wilayah disambut awal kerana CNY. anak bongsu kuss nur liyana terlibat dlm perbarisan PBSM.. jam 4.30 pagi tadi dah bergerak ke dataran merdeka..
maka kami sekeluarga tak ke mana2 minggu ni..

ilah jy cuba masukkan resepi yg main agak2 ni:

bahan:
3 cawan tepung pau beli kat giant setiawangsa jer ni tak de jenama pun pek dlm plastik jer
1/4 cawan tepung roti /terpaksa guna sbb tpg pau habis dek krn bancuhan lembut tak blh uli nasib baik menambah baik pau jadi gebusss..kebetulan agaknya
1 sudu besar lemak sayuran/shortening
1 sudu besar yis mauripan
2 sudu besar gula
air secukup lembut adunan/macam cuping telinga> tempat pakai subang tuuu hehehe punya kelembutan..

caranya:
campurkan kesemua bahan dan gaul rata..baru masukkan air. uli sehingga lembut perap sehingga naik 2 kali.. baru dibentuk..

petua2 utk pau tidak jadi permukaan bulan:
1. leperkan aduan sekeliling tapi yg tengah harus ditebalkan.
2. masa kukus hendaklah di perlahankan api. kukus 10 minit jer.

selamat mencuba ya.. kalu tak jadi jgn maree sbb tak de sukatan yg tepat ya...


28 January, 2011

270. sup ikan merah jy

masak utk lunch hari ni 28 jan 2011
dibawah ni adalah sayur kubis panjang.. selepas dicuci bersih dikembangkan wah bukan main cantek lagi terus ilahjy amek gmbr...

assalamuaalaikummmmm....
dah solat zohor? bagi yg lelaki tentu dah lepas jumaat... dah lama ilahjy tak masukan masakan utk dimakan bersama nasi. asyik2 kuih. bukan bermakna tak masak cuma ada yg tak berkenan utk dimasukkan..
ahaahh! tah macamana pula hari ni rasa nak buat N3 pasal sup ikan merah ni.. dan letakan juga pelakun tambahan utk mencantikan dapo ilahjy ni...ngeh ngeh ngeh... macam biasa lah ye resepinya cuma ini mengikut citarasa ilahjy... sebab tu kasi nama sup ikan merah jy... jom lihat apa bahan2nya...

bahan:

2 keping isi ikan merah dipotong dadu besar
1 biji kentang


bahan tumis:
1 inci halia dimayang
2 biji bawang putih dimayang
1/2 biji bawang besar dimayang

rempah sekawan:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh jintan manis

rempah serbuk : ini adalah rempah kegemaran ilahjy jika buat sup...sendiri punya sukatan.
2 sudu besar rempah soto
1 sudu besar rempah sup

sedikit daun sup daun bawang potong panjang baru sedap...

caranya:

1. tumiskan bahan tumis sehingga kuning
2. masukkan rempah sekawan sehingga kuning
3.masukkan rempah serbuk bersama sedikit air dalam 1/4 cawan kacau sehingga pecah minyak/ garing baru masukkan air secukupnya dalam 3 cawan lebih kurang..suka hirup kuah...
4.masukkan ubi kentang masak sehingga 3/4 empuk baru masukkan ikan biarkan mendidih dgn api perlahan berikan garam. setelah siap masukkan daun2 sup dan bawang. dah siap.. kalu dipotong dadu mmg tak enak..dpt makan daun2 itu bersama2 sup mmg sedap.. bagi ilah jy laa ...

selamat mencuba ya kalu berminat....


25 January, 2011

269. talam cendol ku lariiii... ke mana???hehe

kukus petang 25 jan 2011.. siap jam 6.30 ptg
sikit kekurangan 1. cendul tak cukup sukatan beli 1 paket tapi guna 1/2 paket jer..ingat dah cukup penuh rupanya tak.. pastu 2. lapisan bawah tak dicakar2 maka lari laa dia antara putih dan merahnya tuuu huhuuuuu tak pe tak peee lagi sekali kena ikut peraturan ya cik ilahjy...
yang paling best ialah rasanya cukup sedap lemak2, manis2 buah jer... guna kelapa biji dari melaka tempoh hari.. selalu guna santan kotak.. kali ni guna santan ori weyyy mmg terangkat sedapnya hahahaha...

apapun ilah jy nak ucapkan pada yatie JB sinar kehidupan ku atas sumbangan resepi yg diambil dari kak hanieliza kalu tak silap.. ilah jy ni ..kalu dah memang "hantu talam" tak jemu2 nak bertalam jer..jgn talam dua muka dah ler...kuikuikkk

yatie kak ilah nak masukkan resepi supaya senang kak ilah rujuk dimasa akan datang ya... jom layan.....

LAPISAN BAWAH
bahan A:
200 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sudu besar tepung jagung
150 gm gula
1 suduteh garam

satuka kesemua bahan dan kacau sebati .. panaskan sehingga naik wap angkat dan masukkan cendul. kukus sehingga masak/20 minit

bahan B:
1 paket cendol

LAPISAN ATAS
bahan A:
300gm gula merah/ilahjy guna 250gm sbb tak cukup gula huhu
50 gm gula/ilahjy tak buh pun
500ml air
2 helai pandan

masak sehingga cair dan tapis.

bahan B:
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tpg jagung
3 biji telur
250ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

campurkan kesemua bahan A dan B kacau atas api naik wap kukus atas bahan cendul sehingga masak lebih kurang 30 minit..
sekian t.kasih..
*****************