terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







25 February, 2011

279. sup ikan merah berhalba jy

salam hari jumaat dan selamat pagi buat semua
maafkan ilahjy jika ada kesilapan dan tutur taipan yg kurang enak disepanjang memblog dialam maya selama ini bersama kalian ada yg terkecil hati mahupun terasa hati dsbgnya. harap di maafi yaa...kawan2.. sempena hari jumaat yg mulia ini..
pagi ini ilahjy nak kongsi resepi sup ikan merah berhalba yg dimasak tengahari semalam.. masak sebelum ilah jy menghantar anak ke 2 piqa ke kolej nya di PJ..dan terus ilah jy duduk melepak dlm surau kolej tu sampai jam 5 pm baru balik. kalu balik ke keramat tentu mkn masa dan buang minyak jer jadi ilah jy amek keputuusan utk tunggu sehingga piqa habis kuliah begitulah seadanya sehingga piqa dibuka balutan simen kaki tuuu..
mari kita kongsi resepi ciptaan ilahjy sendiri... ilah jy masak utk en hb yg masih berpantang luka operate tuuu

bahan:

1 ekor ikam merah berat hampir 1 kilo/beli dipasar tani PULAPOL (murah2 brgan disitu.)
1 bungkus kecil suhun
1/2 biji bawang besar dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar rempah soto
1 sudu besar halba ditumbuk kasar kalu tak tumbuk rasa halba tak bangkit
1 keping asam gelugur
daun sup dan bawang utk penambah rasa juga bawang goreng.

caranya:

1. tumis bawang, halia, lada hitam, pelaga,halba, kulit kayu mais, bunga lawang sehingga wangi.
2. masukkan rempah soto bersama sedikit air supaya rempah dapat garing sebelum dimasukkan air utk kuah.
3. setelah pecah minyak baru dimasukkan air utk kuah yg secukupnya.
4. masukkan ikan merah, asam gelugur dan suhun, masak dgn api yg perlahan supaya mesra bahan2nya. tambahkan garam dan perasa..

selamat mencuba ya... kalau tambah asam limau lagi sedap dan cili api kicap..



21 February, 2011

278. red velvet cake

bakar petang 21 feb 2011..

adunan yg siap utk dibakar amboii merahnya.. koko campur merah terang serbuk..

setelah seminggu berehat dari masak kuih muih hari ini ilah jy bertekad nak buat red velvet cake ni.. semalam ilah jy buka dapo sorg sahabat kita.. terjumpa blog kawannya/ilahjy baru melawat dan belom add list lagi..... tapi malangnya ilah jy terlupa siapa pemilik blog yg ada resepi ini.. digambar pun tak ada watermark.. ilahjy pun satu..tak take note sapa punya.. bila nak semak kembali buat n3 ini maka tak dpt lah carikkk..huhuuu!!! apa yg ilah jy nak dari resepi ini ialah telur yg digunakan cuma 2 biji sahaja.. berbeza dari resepi yg ilah jy jumpa dari dapo kekawan yg lain dah tentu ramai yg dah buat kek ni.. ilah jy saja yg ketinggalan ...hehehe...
caranya sama cuma berbeza kandungan telur itusss...
mohon maaf kepada tuan punya blog yg sudi kongsi resepi ini dimana beliau juga amek dari kenalannya... mohon ilahjy cnp resepi ya... kalu anda terjumpa resepi ini dah dimasukkan disini tolong ucap sesuatu ya hehehe..."salam..ini resepi saya..."

22 feb 2011 >>> catatan terbaru dah jumpa dah blog yg ilah jy amek resepi ini t.kasih CATLINA klik sini ya nak rujuk resepi ini dan beberapa cerita..

nanti ilah jy masukkan resepi yg agak panjang itu.. maceh byk2 ya yg empunya resepi.. kek ni mmg moist dan mudah lerai ketika potong masa masih panas.. sbb dah tak sabar nak makan..tak dan nak sapu toppingya...


Bahan-bahan ( 1 biji )

Kek (Sila guna penyukat khas)

  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk

  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting

  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  5. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  7. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  8. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  9. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  10. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

11 February, 2011

nak kongsi bersama sahabat maya

lt kol yaakob hashim sedang dipakaikan pangkat oleh isteri dan PANGLIMA TENTERA DARAT
ucapan tahniah oleh PTD dan pemberian buku kepada ATM DARI pegawai2
seramai 42 org dinaikkan pangkat ke lt kol dan kol..bersama isteri masing2. ini sebahagian jer tak muat laaaa weyyy..

***salam sahabat yg sudi menatapi pengalaman yg pertama dan mungkin terakhir dalam sejarah en hubby bersama perkhidmatannya.

kalian masih ingatkah lagi N3 pada 10 jan 2011 yg lepas ilah jy ada memaparkan mengenai kenaikkan en hb dlm perkhidmatanya. semasa paparan itu ilahjy mengatakan akan paparkan sejarah ilah jy naik ke pentas memakaikan pangkat en hb bersama PANGLIMA TENTERA DARAT PTD maka hari ni genap la sebulan gambar tersebut dah pun siap.. gambar ini diambil oleh jurufoto cawagan sumber manusia.. jadi kami beli dari mereka . semalam gambar ini telah sampai ke rumah. maka hari ni selepas balik dari hospital pakar TUNKU MIZAN seksyen 2 wangsa maju anak ke 2 piqa kena simen kaki kerana retak tulang..jatuh motor disondol teksi.. maka waktu ini baru ilah jy kelapangan memaparkan gambar2 ini.

maaf ya bukan nak tunjuk2 bukan lah apa sgt en hb di pandangan umum. cuma ilah jy sgt teruja dgn pengalaman ini... sejarah pertama dan mungkin terakhir.. sbb en hb ada 3 thn lagi perkhdmatannya.. tak merasalah nak naik kepentas bersama PTD lagi... org paling atas dlm sejarah ATM..

pemakaian pgkat ini dibuat di WISMA TRANSIT KL sebelah kuaters kami. pada 10 jan 2011. SERAMAI 42 org dipakaikan pgkt baru... kesemua isteri2 diberi penghargaan memakaikan pangkat di bahu suami masing2.. kerana setiap pengorbanan kerjaya suami adalah isteri disisi mereka.. biar apa org nak kata.. itulah hakikatnya.. sudah menjadi tradisi ini diteruskan sehingga kin dan selamanya agaknya.. tahniah sekali lagi buat semua.. semoga kalian bertambah semangat dlm urusan masing2 dan senyumlah dlm segala jerit dan payah selama ini duhai PERWIRA2 NEGARA KU.... ****

277. apam mentega sofea penang

kukus utk minum petang 10 feb 2011...
ada 2 versi asli dan versi pewarna coklat... tapi yg asli lah paling sedap walaupun warna dia tak pekat..

semalam semas melawat dapo kak sofea after 6 am dan hari ni nampak kat dapo izah daut,,, terus ilahjy terpikat dan ingin mencuba walaupun ilah jy dah ada resepi tersendiri di N3 2009 tak silap kusss... tapi sukatan mentega tiada..itulah yg pening..sebab tu nekad nak buat guna resepi terbaru ni dari dapo kak sofea dan izah..
dah tak sabar2 nak makan...selepas diperap tak sampai 20 minit terus ilah jy kukus dan tanpa sejukan terus di keluarkan dari acuan lompang hijau yg baru dibeli 2 hari lepas.. sebab yg kala merah tu tak cukup ada 24 biji jer kali ni ilah jy beli lagi 48 biji supaya semuat kukusan gedabak tuuuu hahaha.. sekali jalan jer kukus dah habis tak yah ulang2 lagi..jimat tenaga kusss...
mohon izin kak sofea utk ilah jy taipan disini utk tatapn masa hadapan.. kak sofea pandai la kak reka cipta resepi ni..sedap laa..hehe hai nak bodek ker ni?? hehe tak lah mmg puji ikhlas ni kak..

bahan
a:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

panaskan gula hingga cair masukkan air panaskan sehingga hancur. masukkan mentega sehingga cair.

bahan
b:
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak dgn
2 sudu teb soda baikabonat
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

caranya:
putar telur gula dan esen sehingga gebu.
masukkan gula hangus kacau sebati
masukkan tepung gandum berselang seli dgn susu kacau sebati
perap 1/2 jam kukus dlm acuan lompang 15 minit sahaja.


10 February, 2011

276. cara berlauk molet2/bulat2

dibulatkan ptg 10 feb 2011
guna acuan tako TAWA
inti karipap> ayam cincang dgn serbuk kari masak mcm biasa lah ya kwn2
sayuran> daun salad ungu, isi ketam, tomato dadu, karet, cili merah dan hijau dadu

cara ni dibuat lewat petang semalam 9 feb 2011. kerna ada kawan2 anak bongsu si nurliyana datang umah ramai2.. sekolah depa cuti kerana serangan histeria yg tak henti2 sejak tahun lepas.. ilah jy naik geram sebab pelajaran tak dpt berjalan.. mcm mana anak SPM PMR DAN STPM? anak ke3 raihan SPM thn ni.. kesal juga.. nak pergi campur tangan kang dikata menyibuk lak.. dengar cerita berbgai bomoh datang. tapi masih lagi terjerit2.. lagipula sekolah tu dlm kawasan kem.. mungkin susah org luar nak masuk bagi khidmat kot... ilah jy rasa nak jer pergi mengadap pengetua bertanya khbar.. tapi belum masa lagi masih sabar lagi.. kerana ilah jy tak pandai dlm bab2 hantu misteri tuuu..

meh kita tinggalkan bab histeria tuu balik kpd cara berlauk ala2 takoyaki hana jepungg..
ilah jy sediakan inti ayam hancur dimasak dgn serbuk kari aka inti karipap... dan sediakan sayuran iaitu campuran isi ketam tomato bawang daun salad ungu di gaulkan kemudian dimasukkan seperti kuih takoyaki hana jepungg.. tuang adunan tepung masukkan inti ayam dan sayuran DAN tuang lagi adunan ...itu saja.. makan lah dgn sos cili mayonis..mmg sedap...



08 February, 2011

istimewa! SARJAN SAJI bersama ilahjy

sarjan saji pun tak lokek berposing dgn ilah jy.. ilah jy dok pomot blog masak kat sarjan.. konon nak masuk dlm blog ni lahh pastu sarjan terkejut lah ilah jy ada blog masak... jgn diundang masak dah laa hehe bukan artis pun haha
dengan tak rasa malu ilah jy mohon izin didie nak bergambar kenangan..

celoteh ketika merasa masakan mmg melucukan ..didie alias selamba jer buat lawak..

selepas masak depa pakat promot la suruh kita tengok depa dlm rancangan ni... ruangan iklan laa kiranya... tengok gaya didie dan chef siap bernyanyi2 lagu apa tah..tak ingat

kumpulan POCO2 kami dipanggil masuk setelah selesai rakaman poco2.. lebih 10 org jugalah

ini konon2 aksi baru balik dari pasar ni...agaknya laaa.. tapi selepas rakaman masak. sebab ada rakan depa dok kat luar bawa barang2 dari pasar

inilah wajah sarjan saji yg ori yaaa hehehe... baru selesai rakaman dia nak balik laa tuu .. sempat dia buat lawak..

petang tadi jam 4 petang 8feb 2011 ilah jy dapat menyaksikan rakaman rancangan masakan yg terkenal di TV3 iaitu SARJAN SAJI yg disiarkan setiap rabu jam 11 pagi waktu malaysia ya... disamping masakan kumpulan kami dijemput utk rakaman senam poco2 .. ilah jy tak dapat join kerana menguruskan anak di saat akhir...
kali ini ARTIS JEMPUTAN IALAH DIDIE ALIAS.. saksikan tayangan nya pada bulan JULAI 2011 nanti ya... tapi tak de la muka ilah jy..huhu hanya rakan2 yg terlibat jer laa.. kawasan lokasi rakaman di TAMAN TASIK KERAMAT...


07 February, 2011

pengkukus kesayangan ilahjy dan apam comel

inilah 2 buah pengukus kesayangan ilah jy. yg seusia perkahwinan ilahjy 22 thn ialah kukus yg kecikk tuu.. beli di KL. setelah lahir puteri ke 4 si bongsuu nur liyana.. (sekarang usianya 13 tahun..)baru ilah jy beli yg besar gedabak tuuu, beli di PEKAN GOLOK KIRIM KAWAN YG PERGI KE SANA. semuat 35 biji apam salju saiz lonjong..seperti n3 lama tuuu..sejarah hitam kwn kena kejar sebab masuk tanpa permit..sampai jatuh bertaburan pengukus ni ada sikit kemek dipenutup..yg ni pula 2 adunan apam comel/dot2 dibuat oleh anak ke3 raihan utk dibawa kesekolah ada bacaan yassin ptg niii disekolahnya yg kena serangan histeria dah lama sejak tahun lepas... tahniah dek ann kerana pandai membuat apam ni mama cuma tolong mengedot jer laaa byk sgt 100 biji juga 2 adunan....