terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







30 June, 2011

326. SELAMAT DATANG AHLI BARU DAPO KUSSS


SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU
BREAD MAKER DAN SNACK MAKER
SNACK MAKER 3 IN 1
SM NI BOLEH BAKAR 3 CARA. ROTI, WAFFEL DAN SALAD. 2 JENIS LAGI AKAN DITAYANG KEMUDIAN YAA..
HASIL PERTAMA YG AGAK SEDIH. TAPI GEBUSS HALUSSS MULUSS..
SEDIKIT HANGIT /KERAK TEBAL TU YG SEDAP DIMAKAN...RANGGUP..
memula ilah jy nak ucapakan selamat datang ke pada ahli baru dalam dapo kuss
iaitu tak lain tak bukan ialah BM bread maker aka bibik melayu...cosway..

setelah sekian lama, sejak awal tahun lagi bertanya khbar dan merisik berita dgn mas dunia ku.. mas yg syorkan kak ilah beli dari cosway.. ilah jy cuba mencari di c4 wangsa maju tak de stok.. siap booking.. sehingga malam semalam baru lah sampai... alhamdulillah..
sebelum tu ilahjy tak duduk diam berjalan mencari juga di cosway ditempat lain. pun sama tak de stok..

bila cina cosway tu call malam rabu jam 9.15 malam terus ilah jy konfom dgn dia nak p beli esok pagi. maksudnya semalam lah hari rabu 29 jun 2011.. nasib baik gaji dan rumah sewa dah masuk akaun akusss, apa lagi langkah panjang laaa pagi tu jam 11.30 pagi... g c4 sorg2..

cina tu bgtau ada 2,3 stok SNACK MAKER.. bukan snake yaaaa puan2....sari yusa..hikhikkk.. kak salah eja ...maaf sari..pening sari...sat... apa lagi ilah jy rembat lak kedua2 produk tuuu hancusss duit bulan ni.. tapi berbaloi222222 sebab hasilnya (ROTI PERMULAAN) en hb memujiiii sakan. siap suruh buat jualan..hahaha... SNACK MAKER TU 3 IN 1, nanti tiba masa ilahjy tunjukkan semuanya ya... sabarr...

sekali lagi t.kasih pada adinda kuss mas dunia ku.. kerna beri no akuan.. tapi bila tiba di sana cina tu syorkan buka akaun sendiri.. tak pee kan mas sama jer kan mas... apa pun jasamu dek tetap kak ilah kenangi.. pas tu mas sudi pula melayani kerenah hakak niii yg kurang faham penggunaan BM ni... muahhh cyg masssss....

jom layan roti di atas: sumber dari rujukkan kesemua kawan2 kita menggunakan resepi ini ..BASIC DOH.. dari tahun lepas 2010 ilah jy dah simpan.. baru hari ni nak cuba adunan ni..
dari pembacaan dlm n3 tu resepi beliau amek dari umah nor secubit garam...
tenung2 dlm watermark..gmbr ada tertulis..>>>kurniaanmu .blogspot..
siapakah gerangan mu dek???...tegur/sapa lah dakusss selepas ni ya..
maaf setiap ayat tiada penggunaan nama beliau..huhuu..


walaupun ilahjy menggunakan tepung gandum biasa hasilnya tidak mengecewakan...
bahan:

380 gm tepung roti-ilahjy guna tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
80 gm gula
3 sudu kecil yis mauripan
1 biji telur gred A
100 ml air
100 gm water roux
30 gm butter
30 gm shortening
1 sudu teh serbuk penaik/ilah jy tambah..

cara BM:

1. air dan telur dikacau dlm bekas sehingga sebati .
2. masukkan dlm BM, diikuti tepung,
3. masukkan yis dan gula sebelah kanan dan ga ram sebelah kiri mangkuk adunan BM.
4. tekan suis ON pada BM. pilih DOH. NO 8. setelah Bm stop masukkan butter dan shortening on lagi utk kali ke 2 mengguli.. lebih baik 2 kali...
5. setelah itu perap sehingga naik 2 kali ganda. uli buang udara dan bulatkan mengikut selera.
6. canaikan adunan itu dan gulung/bulatkan, letak dlm loyang bersapu marjerin.
7.perap lagi sekali sehingga naik 2x ganda. renjiskan air dan sapu marjerin picitkan sos kastard
8. bakar selama 180 selama 25 minit ikut o ven masing2 ya.
9. setelah keluar sapu dgn susu cair..
7. bakar 180 selama 25 minit.

inilah rupanya water roux/kanji gandum ilah jy buat lagi petang 2 julai 2011 pojek ke 2 roti
water roux:(kanji gandum)
sejarah disebaliknya... zaman dulu2 kanak2 diberi makan kanji ini supaya mudah hadam.. mana ada makan dlm tin.. nenek ilahjy ajar cara makan kanji gandum ni tapi di beri gula sedikit.. tapi utk buat roti begini seadanya...

50 gm tepung gandum
250 ml air

campur semua bahan dan kacau atas api sehingga pekat sejukkan dan boleh digunakan.simpan lebihan dlm bekas bertutup dlm peti sejuk.. 3 hari jer tahan.. 3 kali adunan roti utk 1 adunan WR

sos kastard:

2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1/2 biji perahan limau

cara:
campurkan kesemua dan kacau atas api sehingga pekat..sedia utk digunakan..
wangi 1 rumah...semasa membakarnya. bila makan apa lagi enak sekali..

325. ROTI KIRAI A K A ROTI JALA

Aduhaiiiii
begitulah keluhan semua kwn2 hari ni agaknya.. ramai ssungguhhh tak dpt sign in DAPO masing2.. nasib baik lauk pauk kuih muih tak basi yaaa.. sebab dari pagi sampai saat ini jam 9 malam ni baru ilah jy dpt sign in. tu pun selepas bebual dgn mas dunia ku melalui tepon jam 8.40 tadi.. mas bgtau blog mas dah ok... alhamdulillah...naz juga khabarkan dlm fb dah ok...

jom kita layanzz dulu sarapan pagi tadi.
org kedah sebut roti kirai sebab kirai dgn tangan ketika dulu2 tak de acuan lagi. tapi di sini sbelah selatan sebut roti jala... sama la tuu.. tapi hari ni ilah jy silap terjala ayam.. maka terbuat lah kari ayam.. hahaha..
alkisah pagi tadi punya lah menaip pulon sakan masuk gmbr.. tup2 dia kata bad request.. aik awat lak.. tapi tau dah mesti kerja2 menaik taraf niii..
jadi mlm ni cuma tayang gmbr jer resepi semua pakar2 masakn dlm blog dah tahu .. tak gitu semuaa???..
kejap lagi muncul bibik melayu yaaa.. tungguuuu...

28 June, 2011

324.. LOMPANG DURIAN & APAM PELANGI CUTE

baru hari dpt buat n3 kuih muih..
tidak bermakna ilahjy tak masak kuih dll.. hari2 masak cuma masakan itusss tak berapa molek kejadiannya maka tak masuk lah jadi catwalk kat dapo maya ni.. jalan dah betul tapi baju tak lawa nanti penonton ketawakan model kan kesiannnn huhuaahuaaa.....

hari ini jam 3 petang ..28 jun 2011 jiran ilah jy puan zanty tingkat 10 akan ke TURKI mengikuti suami nya yg akan bertugas disana selama 2 tahun. maka seorang sahabat baik beliau ditgkat 3 akan mengadakan jamuan ringan utk zanty. jadi dikesempatan ini ilah jy ingin menyumbangkan 2 menu yg manis ini. maindish BAKSO INDONESIA... best sedap tau.. raya dulu dah makan. puan yuni tuan rumah berasal dari indonesia berkahwin dgn org MELAKA... jadi dpt lah hari ni makan lagi sekali BAKSO kesukaan ilahjy...

mari kita saksikan kuih yg telah ilah jy siap buat baru kejap ni tadi.... resepi ulang tayang ni cumaaa lompang durian jer resepi baru masuk dapo ILAHJY.

alkisah lewat ptg semalam buat lompang amek resepi asal dari rumah CT DELIMA. ct pula amek dari my resepi... lompang ct ada lesung pipit tapi ilahjy langsung 1 biji pun tak ada pipit sebab kesemua burung PIPIT dah terbang...ke rumah ct delima ngeh ngeh... mungkin kesilapan guna air gula yg masih panas.. tak pe ct lain kali kak ilah ikut petua ct yaaaa..... dah faham.. semlam kelapa kehabisan di kedai hari baru ada . barulah hari ni dpt jamah lompang durian ini...saja masukkan durian yg ada dlm simpanan...lebih buat bubur jagung...dan serawa... disebabkan kejadian tak cantik maka ilah jy cuba selimutkan lompang ini supaya cantik kuikuikuiiii... cover maluuuuuu... tapi sedap juga la ada perasa durian tuu... jom layanzzzzzz..... lagi sedap kalu air tu gantikan dgn santan.. lain masa nak buat lah...

resepi asal amek dr dapo CT DELIMA. tapi ilahjy tambah 3 ulas buah durian.

lompang durian

bahan:

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu/ubi
1 cawan gula
1 sudu teh air mawar
4 cawan air
(2 cawan bancuh tepung dan 2 cwn lagi masak gula dan daun pandan kemudian sejukkan )
daun pandan
3 ulas isi durian (di blend bersama 2 cawan di atas sebelum dibancuh dgn tepung.)

caranya:

satukan kesemua tepung dan bancuh dgn air durian. sehingga sebati. kemudian masukkan pula air gula kacau sehingga sebati.
panaskan acuan lompang selama 5 minit. kemudian tuangkan adunan dan kukus selama 25 minit. buka tudung seketika biar lubang terbentuk. baru diangkat.. begitulah petua CT DELIMA ya puan2.. terima kasih ya ct...

apam pelangi resepi ulang tayang

bahan:

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
300gm tepung gandum
300gm gula halus
250 ml santan kotak
1 sudu teh serbuk penaik

caranya:

putar telur, gula dan ovellet sehingga gebu.
masukkan tepung yg di ayak dgn serbuk penaik, berselang seli dgn santan kacau sehingga sebati guna senduk kayu. warnakan dan kukus selama 15 minit acuan kecil/lompang. kalu acuan besar 30 minit. hari ni guna acuan kecil supaya senang tetamu amek dan makan muat2 mulut jer hehe...

19 June, 2011

selamilah hati kusss sempena hari bapa..

kalu kalian sudi selamilah... aku tidak bermaksudkan apa2 terpulang pada diri masing2 menerimanya..selepas kalian membacanya... kenyataannya ialah jelas sekali.... huhuuuuu

diblog peribadi ilahjy khas utk hari bapa klik sini utk menyelaminya

KEPADA EN HB KUSSS SELAMAT HARI BAPA KERANA MENJADI ABAH KEPADA 4 ORANG ANAK PEREMPUAN KUSSSS.... SEMOGA KITA KEKAL BAHAGIA KE AKHIR HAYAT SIHAT SEJAHTERA..DISAMPINGA ANAK2 YANG SOLEHAH.. AMINNNN

323. PUDING KASTARD KOKO BERSIRAM

selamat pagi ahad buat kalian yg sedang berehat bersama keluarga..

diketika ini ilah jy mungkin berada di taman tasik titiwangsa utk acara mingguan yg wajib...
senam ramai2... N3 ini dibuat pada jam 3.15 pagi... sebab bila dah hari minggu mcm ni jarang dpt mengadap lappy mcm biasa...
inilah yg dijanjikan petang semalam bersama puding tembikai kuning tuuu.. ilah jy juga buat puding kastard koko ini yg bersirami sos kastard. jam 9 malam baru rasa hasil nya... fulamakkkk mmg sedap...terasa koko dan nescafe indon nie.... tapi..dek krn peruit dah kenyang cuma dpt habiskan seketul jer laaa... 1 adunan ni dpt 10 acuan jer..

dipudingkan pada ptg 18 jun 2011
bahan: (adunan ini agak kental jika suka lembut sila tambah air) ilah jy suka mcm nie cepat kenyang..ahakksss)

3/4 cawan tepung kastard
1/2 cawan serbuk koko-maaf tertinggal
3/4 cawan susu cair
1 cawan santan (100ml santan kotak +air)
1 3/4 cawan air
1 cawan gula
1 sudu besar indocafe
1 sudu teh garam
1 sudu besar marjerin

cara:

satukan kesemua bahan2 kecuali marjerin kacau sebati dan masak sehingga berkilat dan akhir sekali masukkan marjerin kacau sehingga sebati dan tuangkan kedlm acuan. utk elakkan cepat beku.. api hendaklah di kecilkan.. sambil dituangkan dlm acuan2 yg disukai...

kuahnya:

1 cawan susu cair
1 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
6 sudu besar gula
sedikit garam

caranya:
satukan semua bahan dan kacau atas api sehingga pekat kalau berketul sila tapis dan sedia utk disirami ke atas puding koko tadi.. kalu terlalu pekat sila tambah air... ubah suai ikut selera masing2...


18 June, 2011

322. puding tembikai kuning pula...

dipudingkan sekali lagi pada 18 jun 2011

inilah rupa acuan 3 segi tuuu adunan tu ngam2 jer dgn acuan.. perhatikan lorekkan kulit tembikai tuuu.. nak buat mcm ori tapi tak jadi... haha... hentam sajalah tembikai.....

selamat malam....
siaran hari ni lewat sikit sbb lap top baru balik dari pusat tuisyen petang tadi... dek ann bawa utk kerja sejarah dgn kwn2nya... lap top lagi 1 tenet tak leh guna tah apa kena tak tauuu...

puding ini adalah kali ke 2 ilahjy buat. pertama kali warna merah, hari ni buat warna kuning lak... guna pula acuan 3 segi ni mcm ita buat.. acuan ni dah lama ada dlm simpanan tapi tak terpikir nak guna hari tuu.. bila nmpk ita buat baru ilahjy nak tiru..hehehe... pas tu guna biji selasih utk bijinya... bukan apa niii..saja nak layan en hb yg masih sakit ulser mulut tuuu... makan pedas2 tak leh lagi..siannn... lepas amek gmbr tadi terus en hb makan 3 keping...

mai kita layan jer gmbr2 yg tak seberapa ini... asyik kuning jer n3 kebelakangan ni... sebenarnya selepas masak puding ni ilah jy juga buat puding kastard koko utk dimakan dgn sos kastard... tapi belum beku lagi...

hai2 rajin pula hari ni yerrr??... itulah mood namanya...kejap rajin kejap malas... bila rajin sampai 2 jenis sekali ilah buat... puding tembikai buat jam 2 ptg tadi.. tapi puding kastard koko jam 6 tadi selepas berkebun.... aiiiii berkebun kat maana? alaaa kat depan balkoni tu je laaa.. bersihkan pokok2 yg byk sgt daunnya tuuu....
apa pun jom kita layanzzz dulu tembikai kuning yg dipetik kat kebun tadiii hehehe.. pas ni kita tgok pula puding koko itupun kalu menjadiiii...hahaha....sebab resepi derhaka...


13 June, 2011

321. PUDING MANGGA JY

dipudingkan utk master taici di taman tasik keramat 13 jun 2011
punyalah gedik2 sampai dia nak duduk pun sengget bengget..hehehe...
salam sejahtera buat peminat2 puding/agar2...
ilahjy baru mencuba buat resepi ini sebab puding ini khas utk dibawa dan diberi kpd master taici... di tasik kermat pagi ni isnin 13 jun..ilahjy dengar khabar beliau buat permintaan ini semasa hari jumaat lepas sambutan harijadi dato aminah/sahabat kami .. tetapi hari jumaat ilahjy telah berada di pengkalan balak... maka disebabkan org ptg dlm taici maka ilahjy cuba memudingkan mangga yg ilah jy bawa balik dari melaka pada 4 jun lepas.. byk sgt hingga tak termakan oleh kami.. maka elok benau lah dipudingkan...
kawan kita nazrah bakery ada buat agar2 mangga nampaknya dah 2 kali naz buat..sempat pula tuu sambil2 rempit dia buat agar2... caya lah naz......

bahan:

1 paket jelly konnyaku 250 gm
1000 ml air (kalu nak keras sikit kurangkan air.) sukatan ini ala2 gedik gituuuu.dah molek benau utk tekak ilahjy
180 gm gula pasir
600 ml puri mangga yg dimesin halus
100 ml santan kotak
4 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh garam

caranya:

1. masak serbuk jelly dgn air, gula, sehingga mendidih.
2. masukkan puri mangga, santan, garam, susu cair dan tepung kastard. masak sehingga pekat
3. masukkan dlm acuan yg disukai.. sejukkan dlm peti sejuk supaya enak dimakan...

selamat mencuba..

07 June, 2011

320. BINGKA JAGUNG

salam sejahtera ...
kita masih dlm mood /suasana bercuti lagi kan... tentu ramai yg sedang bercuti.. tapi agak kurang bernasib bagi keluarga kusss.. kerana percutian yg tidak sempurna kerana anak2 dlm mood exam..
si sulung najihah masih di UMP amek koz tambahan khas utk yg terpilih sahaja .. sepatutnya masuk praktikal jun di tunda ke ogos..
sementara anak ke 2 shafiqah masih juga dlm exam UTM...hujung minggu ni baru habis
anak ke 3 pula bakal SPM pun bz dgn seminar2 sepanjang minggu ni..
apa nak buat selagi mereka bergelar pelajar tak akan berhenti waktu itu utk santai2 dgn cuti yg en hb dah amek seminggu ni... apooo nak dikatooooo....
en hb bercuti tapi terpaksa masuk meeting hari ni.. krn tak de org ganti.... owwhhh tidakkk!!!
cuma tinggak si bongsukusss sahaja yg tak ada aktiviti.. cuma dia mengadap fb dan blog sama macam mama dia juga..hahaha.... apa nak buat kan...

hari nie juga merupakan hari ulang tahun pemergian ayahanda ilahjy 1980-2011 ce kireee berapa tahun...huhuuuu ketika itu ilahjy berumur 14 tahun tgktan 2.. ayah telah pergi meninggalkan kami yg masih kecik2 lagi.. tapi nasib baik ilahjy nenek yg bela... cuma adik2 shj agak kurang bernasib baik... terpaksa berhijrah kerumah baru...

sekarang masing2 dah tua bangkasss hehe semalam semasa hantar mak ke PPUM utk cekup doktor kami 4 beradik jalilah rusli jalina ruslan berkumpul .. jalina turun dari arau utk 4,5 hari bercuti melawat mak... nampaknya mak dah pulih dr stroke.. cuma pertuturan dia tak berapa teratur... kesan sakit tuu... terlupa pula nak amek gambar 4 beradik yg berkumpul semalam.. aduhhh terlupaaa betul.... bukan senang nak kumpul semula setelah sekeian lama...

apa pun terjadi.. aktiviti makan tak terhenti..cuma kadang2 ikut kesempatan saja la... jom kita layanzzz bingka jagung.. enak lemak berkrimmm..emmmmm...sarapan 7 jun 2011
bahan: sumber yatie sinar kehidupanku ilahjy dah ubah suai t.kasih dek yatie kita kongsi resepi yaaa..selamat bercuti utk yatie yg kini berada di kedah negeri kelahiran kusss..winduuunya nak balikkk.....

4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla-ilahjy guna 2 sudu besar perasa jagung-yakin
2 sudu besar marjerin
2 cawan keledek (rebus dan lecek)-ilahjy guna jagung dlm tin
4 sudu tepung kastard- ilahjy tambah

caranya: ilahjy permudahkan:

masukkan kesemua bahan dlm blender kisar sehingga halus.
bakar selama 1 jam suhu 200 darjah.
acuan disapu minyak bakar sehingga panas baru dituangkan adunan.




02 June, 2011

319. talam cincau

lagi lagi talam... emmm gara2 nak menghabiskan cincau lebihan buat puding tembikai.
asas resepi dari talam cencol.. sudah tentulah resepi dari yatie JB sinar kehidupanku..ratu talam.. ilahjy kukus malam tadi jam 10 malam baru siap.. dan dipotong pagi ini utk sarapan dan dibawa ke taman tasik utk kwn2 di situ...rasa talam ni kenyal2 lah sebab cik cincau tuuu ilahjy cuba parut tapi tak boleh terpaksa guna pisau tak berapa molek kejadiannya... apapun jom layanzzz resepi ...

sarapan 2 jun 2011

bahan bawah:

200 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sudu besar tepung jagung
150 gm gula
1 sudu teh garam

cincau secukupnya.

bancuh kesemua bahan sehingga sebati kacau atas api sehingga naik wap baru dimasukkan cincau. kukus selama 20 minit atau kering. cakar dgn garpu tuangkan kepalanya. kukus selama 30 minit. loyang hendaklah disapukan minyak.

bahan atas:

300 gm gula merah/150gm gula merah sebab kehabisan stok
50 gm gula/150 gm ilahjy tambah kalu suka manis kena lebih lagi.. ini setakat manis2 buah ajer ya puan2...
500 ml air
daun pandan

kesemua bahan ini dimasak sehingga mendidih .

150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1 sudu teh garam

bahan ini bancuh sebati dan dikacau sehingga naik wap dan tuang ke atas bahan cincau dan kukus sehingga masak selama 30 minit.