terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








31 July, 2011

340. SERUNDING DAGING DAN KELUARGA JY KEMBALI BERSATU

masak pada malam 31 julai 2011 utk ramadan 1432
santan tak payah byk2 nanti lambat nak kering weyyy....
30 julai 2011-dihadapan asrama baru najihah UMP pahang. sebelum ni di dalam kawasan kampus. baru berpindah ke sini hanya utk 2 bulan dan terus pindah keluar aka tamat pengajian.

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA YANG MENYAMBUTNYA PADA MALAM INI. 31 JULAI 2011.

syukur kita kehadrat ilahi kerana Dia telah memanjangkan usia kita utk bertemu lagi dibulan yg penuh kemuliaan ini. pada malam ini semua umat islam sedang mengerjakan ibadat solat tarawikh yg pertama utk bulan ramadan pada thn 2011 ini. dukacitanya akusss kerana terpaksa menahan dahulu disebabkan akusss seorang wanita yg tiada daya... semoga selepas ini akusss berpeluang menikmati malam2 dan hari2 ramadan bersama kalian semua.. bukan apa biasalah org pompuannnnn syhhhh syhhh..... jgn terfikir yg bukan2 pulaa tauu...

buat pengetahuan kalian, sabtu semalam 30 julai 2011 ilahjy bersama en hb pergi ke gambang UMP pahang utk mengambil si sulung kusss najihah.. yg telah pun menamatkan 3 tahun pengajiannya dlm peringkat ijazah SAINS KOMPUTER. setelah 3 tahun berada di gambang. alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar kami tiba di gambang jam 10 pagi. isi barang dlm keta jam 11 selepas sarapan di restoran sebelah asrama UMP kami terus pulang ke KL semula tanpa lengah2... kerana byk urusan sebelum puasa perlu diselesaikan.
mohon maaf kepada HANA MEMORIES KERANA kita tidak dpt bertemu. kebetulan hana sibuk dgn sekolah daniel yg ada sukan. rasanya kita akan bertemu thn depan semasa konvo najihah ya hana.
dengan itu keluarga ilah jy kembali bersatu setelah 4 thn terpisah termasuk matrik di kuala pilah najihah belajar. selepas ini jihah akan mengikuti priktikal di kawasan PJ boleh lah berulang alik saja ke rumah. alhamdulillah...

berbalik kepada sempena sambutan ramadan. en hb meminta ilahjy membuat serunding daging. saban tahun kami beli dari KG LAUT KELANTAN. Kali ni nak merasa air tangan sendiri. alhmdulillah serunding yg di masak jam 5 petang tadi telah siap pada jam 9 malam ini. anak2 semua berpuasa hati dan puji sakan... emmmm mama apa lagi kembang kempis idung... waktu ini mereka semua sedang solat di masjid baru MINDEF. seronoknya ada masjid baru yg siap ekon dgn cahaya bergemerlapan.. ilah jy akan bersolat 5,6 hari lagi .. huhuuu...

mari kita sama2 saksikan resepi rekaan dan iham sendiri ilah jy.

serunding daging:

persediaan bahan utama:

1 kilo daging dibersihkan dgn asam limau
dipotong empat segi besar lebih kurang 2 inci kali 2 inci.
direbus sehingga empuk. toskan airnya dan disiatkan sehingga halus .
maaf ilahjy tak guna air rebusan kerana lemak daging itu tidak berapa sesuai dgn kesihatan ilahjy. air rebusan itu dibuang.

bahan mesin:

3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
6 batang serai
2 inci lengkuas
3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan kasar

1/2 cawan cili kering mesin

bahan tambahan:

2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar jintan putih serbuk/jintan halus
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa

caranya:

1. tumiskan bahan mesin dgn bunga lawang dan KKM sehingga wangi dengan minyak yg mencukupi.
2. masukkan cili mesin, serbuk sup dan serbuk jintan masak sehingga garing dan pecah minyak.
3.masukkan daging tadi kacau rata sehingga sedikit kering.
4. masukkan pula santan pekat garam dan sedikit gula dan kacau dgn penuh sabar sehingga kering dgn api yg perlahan.
ilahjy masak dekat2 3 jam baru tutup api.

memang berbaloi2 jika masak sendiri... semasa sekolah dulu saban tahun ilahjy masak sendiri utk nenek makan. setelah 23 thn kawen baru ini kali pertama buat kembali serunding ini walaa walaaaaa.. lama tuu.. .dapat tau semalam harga serunding daging dah naik lagi kalu tak silap 45rm sekilo... itu terus dr pembekal.. kalu dekat pasaran???? semasa beli dari kg laut tahun2 lepas dpt harga istimewa 30rm sekilo..yuhoooo jgn maree..mak angkat yg masak.. murah laaa weyyy.. tapi kali ni sendiri masak.. huhuuuu ...maaf ya org kg laut....bukan tak sudi cumamasak nak resepi sdiri pula....
dah cukupppp melalut la pulaaa... depa semua dah balik solat terawikh mama belum siap taipannnn... okiessss layannnzzzzz...

SELAMAT BERPUASA YA ....JANGAN PONTENG2 SEBARANGAN.. JAGA TINGKAH LAKU TUTUR KATA.... MAAFKAN ILAHJY JIKA ADA SBARANG KESILAPAN SEMOGA IBADAH INI DIBERKATI..AMINNNNN...


28 July, 2011

339. TALAM NANGKA MADU DAN MACARONI KERUTUB CAJUN

salam pada semua pengunjung resepi sumbangan JY sekelian tak kira yg setia masuk, yg singgah lalu, yg kebetulan, yg mencari resepi baru dan sebagainya...
masyaAllah dah beberapa hari tak buat N3 baru.. bukan tak berasap dapo tapi ilahjy sakit tekak yg melampauuuu.. dah jumpa puan dok amek ubat hari ni baru ok harap2 sambut posa nanti dah sembuh sepenuhnya...

kenapa tajuk diatas ilah jy taipan..? macamni alkisahnya:
kebetulan malam tadi sahabat lama en hb kusss datang dari Ipoh naik ketapi laju.... atas urusan peribadi... pada mulanya mungkin beliau bermalam disini.. ilah jy sediakan ke dua2 jenis sarapan ini malam tadi.. setelah sajian siap jam 9.30 malam tadi dapat panggilan sahabat en hb kuss dah balik bersama kawannya..
apa nak kata bukan rezekinya.. makan bersarapanlah kami tanpa tetamu itulah sebab2nya... kebetulan hari ni ada jamuan di tasik keramat ...akhir sambutan posa.. maka akan ku bawa ke sanaaa.... resepi akan dimasukkan selepas ilahjy balik dari jamuan di tasik...

MACARONI CAJUN DAN TALAM NANGKA
baru nak merasa apa itu CAJUN. nasib baik ada sebotol di gergasi tuu dptlah merasa.. memang enak masakan bila ada perasa ini.. ada kelainannya..cubalah... ilahjy agak ketinggalan sedangkan kawan2 dah lama merasa...

puan cajun berada disisi macaroni kerutub.. sebab apa nama puan kerana dia berada didapo puan... heheheee


talam nangka:sumber rujukan dari sinar kehidupanku adik manis yatie JB
terima kasih resepi ini...duhai ratu talam..emmmm sedapppp lembutttt...gedik2 lagi tauuuu

TALAM NANGKA MADU
(pemberian datuk aminah dan en latif pokok tanam sendiri ni weyyy .t.kasih )
bahan:

bahagian bawah:

1 cawan nangka di cincang dadu
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan cair ( 1/2 cawan santan kotak + 2 1/2 air)
sedikit garam.

caranya:

campurkan kesemua bahan kecuali nangka.
kacau atas api sehingga pekat. masukkan nangka dadu kacau sebati.
tuangkan dlm kukusan. terlebih dulu sapukan minyak pada loyang panaskan 10 minit baru tuangkan adunan. supaya senang lekang. petua ilahjy.
kukus sehingga kering adunan baru di masukan adunan atas.

bahagian atas:

1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan pekat ( 1 cawan santan kotak + 2 cawan air)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
pewarna oren campur pewarna kuning serlahkan warna spt digambar....(ilahjy punya akai hehe)

caranya:

campur kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat. kemudian tuangkan ke atas bahan nangka yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu. kukus selama 20 minit.
sejukan semalaman baru dipotong.



MACARONI KERUTUB CAJUN

bahan: maaf tiada sukatan yg khas... main agak2 jer...rekaan ilah jy sendiri.

3 sudu besar rempah kerutub
2 biji bawang besar
5 ulasa bawang putih
serbuk cajun seperti dalam gambar secukupnya 2 sudu kecil
1 cawan daging cincang
1 cawan santan pekat

3 cawan macaroni rendam rebus dan toskan
( bila kembang macaroni akan jadi separuh dari loyang yg digunakan utk membakar... masa sukat ilah jy terlupa nak guna cawan main tuang dari paket jer...jadi kena agak2 ya..)
6 biji telur dipukul rata
sedikit sos cili
sedikit sos tiram

caranya:

bawang2 ditumis sehingga wangi dan dimasukkan rempah bersama sedikit air setelah pecah minyak masukkan santan bersama daging garam dan serbuk cajun.
setelah mendidih masukkan sos cili dan sos tiram. setelah sedikit kering angkat dan tuangkan ke dalam macaroni yg telah direbus dan ditos terlebih dahulu.
gaul sehingga rata sambil direnjis lagi sekali serbuk cajun dan lada putih...
pukul telur kemudian tuang ke dalamnya dan gaul sebati.
alas loyang tuangkan dan ratakan kemudian bakar 200 darjah selama 30 minit atau sehingga masak.

23 July, 2011

338. ROTI GIRL

dirotikan malam 23 julai utk srapan 24 julai 2011...
gedebak gedebukkkk besarnyaa.. tak cantik mcm kat kedai tapi sedapppp...hehee tapi inti dia tak cair apasal yer??? kalu guna marjerin cair kot.. ilahjy guna cremcissss....hikhik..

selamat malam

ilah jy baru siap membakau roti girl aka roti boy.. oleh kerana dlm rumah ni semuanya anak dara.. maka molek lah diletakkan nama roti girl..tak gitu kawan2?

dah seminggu lebih bibik melayu berehat... malam ni dia dah mula mengodek 500gm tepung yg menghasilkan 14 biji roti.. lebih kurang sebesar saiz yg kami selalu beli kat roti boy...
wah mmg puas makan wpun sebiji.. ilahjy buat utk sarapan pagi ahad esok.. tapi bakaran pertama dah rasa dah.. enak lah juga... kalu beli mmg tak cukup sebiji... beli tepung harga sebiji roti boy kita dapat buat 14 biji wowww.. mmg jimat...

terima kasih pada yg telah menyumbangkan resepi ini... dah lama kwn2 kita mencuba... baru malam ni ilahjy ada kerajinan itusss... maka harumlah serumah semasa proses membakau.. kesian kat jiran yg terbauuuu roti ni... maklumlah dah malam2 nii...
sambil2 nonton bola malaysia lwn sgpura 3-5 tahniah buat AYU SINGAPORE KEMENANGAN INI YA Heheh dan musabaqah ke dua2 qari dan qariah menjuarai bg negara kita malaysia.. adil kan kalah bola menang quran.. tentulah kemenangan ini lebih berkat.. sementara tu pula sepaktakraw sedunia juga sedang berlangsung... aahhh mana satu nak tonton ni....hehe... byk betul kejadian2 sebelum ramadan... padat dan sendat....

apapun jom layan resepi ilah jy simpan di sini utk rujukan masa depan...

bahan: roti girl

500 gm tepung gandum /14 biji
1 biji kuning telur
180 gm gula
4 gm yis
113 gm marjerin
37 gm shortening
1 cawan air

caranya:

campurkan kesemua dlm BM on no 8 setelah selesai. keluarkan dan bulat2kan masukkan inti dan bulatkan semula perap sehingga naik. baru di picitkan topping nya dan bakar 160 darjah selama 25 minit.

bahan topping:

100 gm mentega
80 gm gula ising
2 biji telur
3 sudu besar indocafe
2 sudu besar serbuk koko
100 gm tepung gandum

caranya:

putar mentega dan gula sehingga gebu masukkan telur sebiji2 putar sehingga sebati kemudian masukkan serbuk koko dan indocafe dan tepung gandum putar lagi sehingga sebati. masukkan dlm pipping beg. sedia utk digunakan,

bahan inti:

100 gm cream cheese
esen vanilla
35 gm gula perang

caranya:

putar mentega sehingga kembang masukkan esen dan gula putar sehingga sebati. bekukan
dlm peti sejuk lepas tu sedia utk digunakan..

terima kasih kepada penyumbang resepi.. dah lama ilah jy simpan dlm list menunggu baru hari ni dpt mengirlkannya.. walaupun tak ada boy... layanzzz anjasmoroooo.... sambil menaip.....

22 July, 2011

petua

Jadual Campuran WarnaILACHEQSUE


terima kasih ila kak kongsikan bersama disini....
Assalamualaikum & salam bahagia


Kali ni cheq sue teringin nak kongsikan satu maklumat yang rasa-rasanya berguna untuk geng2 masak cheq sue, terutama yang selalu mendeco atau menggunakan warna untuk membuat kek, kuih atau aising. Penggunaan warna memainkan peranan penting bagi menyerlahkan sesuatu hasil yang dibuat. Kesuraman, kemenarikan dan keserian juadah yang terhasil tentunya lebih menarik untuk di cuba.
Kebiasaannya, di rumah hanya ada warna2 yang asas sahaja...merah, hijau dan kuning wajib ada la kan. Tapi macam mana jikalau kita hendak mendapatkan warna yang lain pulak, contohnya biru muda atau pastel. Takkanlah kita nak cari semua tu? Kat mana? Kalau cheq sue secara jujurnya tak pernah jumpa. Masalah jugak tu..
Jadi, dalam buku Panduan Asas Menghias Kek oleh Zati d'Hati (m/s 40) ada dikongsikan jadual campuran warna. Jom kita tengok...

HITAM
= coklat / coklat emulco + hitam. (perap satu malam, jika tidak dicampurkan warna coklat, hitam tak akan menjadi)

EMAS
= sedikit warna coklat + kuning limau
= 3 bahagian kuning limau + 3 bahagian oren + 1 bahagian merah

COKLAT
= merah + hijau

MERAH
= campurkan pewarna merah ke dalam krim mentega dan simpan 24 jam. (warna semakin terang dan gelap)

UNGU
= biru + merah. tambah sedikit susu untuk mengelak warnanya pudar

PASTEL
= 2 bahagian putih dan satu bahagian mana-mana warna pilihan

BIRU AIR
= 5 bahagian biru langit + 1 bahagian hijau daun

APRICOT
= 2 bahagian oren + 1 warna kuning keemasan


AVOKADO
= 4 bahagian kuning lemon + 1 bahagian hijau daun + sentuhan warna hitam

MERAH POLOS
= 5 bahagian ros merah jambu + 1 bahagian violet

KUNING LIMAU GELAP
= 5 bahagian kuning lemon + 1 bahagian hijau daun

COKLAT KARAT
= 8 bahagian warna oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian coklat

COKLAT TEMBAGA
= 1 bahagian kuning keemasan + 1 bahagian coklat + 1 bahagian merah krismas

KARANG
= 3 bahagian ros merah jambu + 2 bahagian kuning lemon

LAVENDER
= 5 bahagian ros merah jambu + 1 bahagian ungu manis

KELABU / PERAK
= 1 bahagian hitam + 1 bahagian biru


BIRU FIRUS
= 6 bahagian biru + 1 bahagian kuning lemon

BIRU FIRUS NYATA
= 9 bahagian biru + 1 bahagian kuning lemon

LEMBAYUNG MUDA
= 5 bahagian ros merah jambu + 2 bahagian jingga + 2 bahagian merah + 1 bahagian hitam

PLUM
= 1 bahagian ungu manis + sentuhan merah krismas


MERAH GELAP
= 4 bahagian merah + 1 bahagian merah polos

HIJAU LUMUT
= 3 bahagian kuning lemon + 2 bahagian ungu manis

BIRU LAUT GELAP
= 1 bahagian biru langit + 1 bahagian ungu manis

MANIS ANGGUR
= 1 bahagian biru langit + 6 bahagian ros merah jambu

21 July, 2011

337. PUDING BISKUT HARIMAU MALAYA?

resepi puding biskut harimau ada dibawah yaaaa....

semalam adalah hari lahir anak ke 3 kusss iaitu raihan bt yaakob. yg ke 17 thn.
20 julai 1994-2011

selamat hari lahir ke 17 tahun buat dek ann... sowe semalam mama malas nak update blog.. pagi ni baru rajeennn heheee... tak pe hari ni juga birthday sepupu dek ann iaitu dek yah... yg ke 3 tahun... (anak buah en hb kusss yg lahir setelah 15 tahun usia perkahwinan mak ayahnya...) sekarang ni ibu dek yahh sedang pegnan kan anak ke 2 usia 4 bulan kandungan.. jgn tak cayee dah berbelas tahun kawen baru hujung2 ni dpt anak.... tahniah zul dan ayu aka jalilah jepon..my birassss... sama nama tauuu
ilahjy juga buat puding biskut tiger ni utk dek ann makan dan bawa g sekolah
bila guna biskut tiger maka nama puding kena lah ubah jadi puding biskut harimau malaya..teringat pasukan bola sepak malaysia.. hahaha.. jgn mareee ya kawan2 semua yg pernah buat puding ni...
yg ni pula kuih apam beras dibuat sebelumnya saja nak enterpremmm juga dia.. buat khas utk kawan2 di taman tasik... tak pernah merekah tup2 merekah pula masa buat kemarin...dlm pelbagai perasa..resepi dah ada dlm N3 lepas..apam salju.klik sini..

RESEPI PUDING BISKUT HARIMAU MALAYA

resepi puding biskut harimau malaya aaummm.......adaptasi dari puding biskut cream cisss yg ramai kawan2 telah buat tapi ilah jy macam biasa suka suki tambah ubah bahan2 sbb bahan2 tak de dlm dapo..layanzzzz jer laaa...
resepi puding biskut harimau malaya:
bahan:

1 paket agar2 serbuk jenama nona 8 gm
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar mentega
2 biji telur
1/2 cawan gula/ikut manis masing2
100 gm biskut tiger dimesin halus
1 sudu besar tepung kastard

caranya:

1. campurkan 2 1/2 cawan air dgn agar2 serbuk kacau sebati. panaskan sehingga mendidih dan masuk gula masak sehingga gula hancur.

2. campurkan susu pekat, susu cair, tepung kastard, serbuk biskut tiger, dan telur ke dalam bekas, kacau sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ke dalam agar2 tadi terus di kacau sehingga mendidih seketika dan padamkan api.

3. adunan ini agak pekat tetapi mudah dituangkan ke dalam acuan2 kecil. sejukan baru dikeluarkan dari acuan. acuan hendaklah dibasahkan dahulu. semasa tuang adunan hendaklah dihentak2 supaya memenuhi semua bahagian.

10 July, 2011

336. PAI PISANG BADAM- ummi


di paikan minum petang 10 julai 2011

minum petang 10 julai 2011 dgn sajian dari resepi dapo ummi kuantan...
kerana badam tak de ilah jy gantikan dgn kismis dan sedikit tepung suji.
maaf ya ummi biasa lah kita org dapo ni tak sah kalu tak diubah suai bahan kalu dah teringin sgt nak makan...walaupun bahan tak cukup nak juga buat..hikhikhik.. selepas dipotong panas2 mmg ranggup yg dalam umpama kek yg luar mmg lah pai... fuhh pandainya ummi buat pai ni...terima kasih ya ummi kongsi resepi.

bagi yg nak resepi meh kita lihat bahannya... tapi agak musykil bancuhan agak lembut sangat tk boleh diuli...atau ilahjy yg salah timbang?? pas tu ilah jy tambah2 la sikit tepung sampai boleh di uli ...simpan tempat beku nak cepat canai...heehe..

PAI PISANG BADAM

bahan pai:

125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum ( ilahjy tambah dlm 1/2 cawan)
2 biji telur c

caranya:

putar mentega dan gula sehingga kembang.
masukkan telur putar lagi sehingga sebati.
masukkan tepung dan uli sehingga sebati. dan lembut simpan dalam peti sejuk 1/2 jam.
keluarkan dan tekap dlm acuan pai.
isikan inti nya dan bakar 160 selama 30 minit atau kuning.

bahan intinya:

175 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm badam kisar(ilah jy guna kismis 1/2 cawan dan3 sudu besar tepung suji)
50 gm tepung gandum
3 biji telur b
pisang utk hiasan

caranya:

putar mentega dgn gula sehingga kembang masukkan telur dah sebati masukkan tepung, dan lain2 guna senduk kayu kacau sebati dan tuang kedlm pai tadi bakar sehingga kekuningan

335. IKAN PARI MASAK ASAM KICAP- tok munah


tenghari tadi masak simple2 jer...

teringatkan masakan arwah nenek munah ilahjy.. tok suka masam asam kicap cam ni bila dihirup rasa masam2 masin...sedikit pedas.. terus ilah jy masak ikan tu tadi..
mungkin kalian pernah makan atau tak pernah langsung jamah. kejap lagi ilah jy kasi resepi yg mudah ni...

bahan: sumber resepi dari arwah nenek ilahjy

1 keping ikan pari besar tapak tangan saiznya(siap potong dari kedai) lepas tu potong kecil2

bahan tumisan:

6 tangkai cili kering di gunting serong
1 biji bawang besar di mayang
5 ulas bawang putih diketuk
sebesar ibu jari halia mauyang pjg
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil jintan manis/kasar
2 tangkai daun kari

sedikit kicap
air asam jawa secukup masam yg kita suka
minyak tumisan

caranya:

1. panaskan minyak masukkan kesemua bahan tumisan sehingga kekuningan.
2. sediakan air asam jawa secukupnya, dan tuang ke dalam bahan tumisan tadi, bersama kicap secukup warna yg kita suka.. beri garam
3. setelah mendidih masukkan ikan pari dan didihkan dgn api perlahan sehingga masak... rasalah masam masin nya. dah siap.. mudah jer kan...

09 July, 2011

334. ROTI MAYONIS-DEKMAS

yang ni pula diadun jam 2 ptg tadi dah siap jam 4.30 ptg ni masih panas2 lagi masuk n3 ni hehe
yg cekelat kuning tuuu ada mayonis... hasil sama lembut cuma rasa yg cekelat tu mmg lah sedapp sikit...sbb kami suka cekelat... hehehe...ingattt dlm adunan lebihkan gula supaya manis sikit sebab tak de inti mcm kat bawah tuuu.. ingattt!! yg ni 2 adunan menjadi satu..dibakar bersama.. baru cukup kotaaaa isi padu rumah ilahjy ni...hiklhikkk
diadun pagi tadi oleh bibik melayu sarapan jam 9.30. inti ikan kembung semalam punya karipap
yang inti ikan kembung ni tak de mayonis... tghari p cari kat PERNAMA bawah tuu terus buat adunan di atas pula... sebab nak habiskan kanji gandum aka water roux...
terima kasih mas duniaku resepi kak nak tepek kat bawah kejap lagi yaaa.....

bahan:

300 gm tepung gandum
110 gm air
50 gm water roux
50 gm mayonis
45 gm gula
45 gm marjerin
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung

caranya:

guna BM.. masuk kesemua bahan ke dalam pengadunn tekan on no 8 setelah selesai keluarkan dan bentukkan mengikut selera kita dan perap sehingga naik sekali ganda dan bakar 180 drjah selama 25 minit.
ilahjy bakar oven 5 minit padam api.. masukan adunan yg diperap tu supaya cepat naik. lepas tu baru di on semula oven utk pembakaran sebenar...ahaksss punya la pemalas nak tunggu lelama..

08 July, 2011

333. KARIPAP PUSING IKAN TEMENUNG.???

Sarapan pagi 8 julai 2011 direka cipta oleh ilahjy pada 7 julai 2011 intinya...
ada 2 petua nak kasi pusingan karipap terbuka dan tidak terbuka semasa mengoreng..tanya sama ilahjy yaa.. berminat??? hehehe..mungkin kalian lagi pakar?
kalau nak pusingan dia terbuka cuba buka resepi di sini ya.. ada beza dgn resepi hari nie.. punya resepi goreng tak terbuka kerana ilah jy menggunakan air biasa.. tanpa menggunakan air dari peti sejuk... tapi bahan2 masih sama...cara memusing juga sama... bilaguna air ais gorengan akan terbuka. tapi tidak menampakan inti.. lekang sikit2 jer..
PETUA ILAHJY:
1.guna air ais_gorengan akan terbuka
2.air biasa _gorengan merapat mcm dlm gambar diatas.

inilah hasilnya inti karipap pusing ikan kembung/temenung... sedapppp ikut selera ilahjy..

bahan menumis dan serbuk kari sedang masak bersama lobak merah
isi ikan kembung yg telah di rebus dan dihancurkan

PERNAH MAKAN KARIPAP PUSING TEMENUNG????
PELIK TUUU...JOM BACA DULUU.. IOOYAAA DAH PUSING, PENING, TEMENUNG LAAA HAHAHA JOM GELAK2 JUMAAT..
SABTU NAK BERKURUNG DLM UMAH NAK DUK DIAM2.. MENGERAMMMMM...

temenung ni adalah satu jenis nama ikan..sapa tak kenal nama ikan ni jangan jadi rakyat malaysia... amboii KASAQQ nya ... sebelah kedah negeri kusss ikan kembung kami panggil temenung. sebab lepas naik dari laut ikan2 ni akan temenung susah hati.. nak hantar ke mana lepas ni... rupanya nak di hantar ke klompooo jauhhh.. sampai sini KL IKAN tu dah kembung laaa tak berapa elok lagi.. hikhikkkk ... maka itulah sejarah nama ikan kat malaysia ni ..jgn tak tauuu yaaa...

SOALAN:::sapa berminat nak tahu resepi inti karipap ikan kembung ciptaan ilah jy pada 7 julai 2011... sila angkat/tulis KOMEN kat kotak bawan tuuu hikhikkk.... selagi tak de permintaan selagi tu tak masuk resepi ..ececeee... sapa lah nak ??? pelik sikit dari org lain kan kan... layannnzzzz.... tungguuuuuuu....

dah masukkan resepi lewat sikit sbb ada tamu dtg umah.. jahit tepi
resepi inti ikan kembung:
sumber kazanah dari ilham kusss sendiri...direka cipta pada 7 julai 2011

bahan:

4 ekor ikan kembung sebesar 4 jari. (ikan dibersihkan dan rebus dlm air secukupnya. simpan air utk digunakan.)
1 biji kelapa ambil pati dlm secawan
3 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam tumbuk halus
1 ulas bawang besar dadukan
1 batang lobak merah dadukan

bahan utk menumis:

bawang merah dimayang
bawang putih di mayang
daun kari 2 pelepah
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

caranya:

1. panaskan minyak masukkan kesemua bahan tumis. goreng sehingga wangi.
2. masukkan sedikit air rebusan ikan dalam 1/2 cawan, masukkan rempah kari dan serbuk cili kacau sehingga pecah minyak.
3. masukkan lebihan air rebusan ikan secukup utk melembutkan lobak merah. boleh digantikan kentang. setelah empuk masukkan, ikan, serbuk lada hitam, bawang dadu, pati santan dan
garam secukup rasa. kacau sehingga kering sedia utk digunakan.

selamat mencuba yaa...itulah alkisah nama karipap temenung...

332. PANCAKE MARJERIN MUDAH


manisan dari buah epal yg dimasak dgn air gula dankulit kayu manis sedikit gula perang dan sedikit tepung jagung memekatkan kuahnya..
maaf sajian ni minum petang utk 6 julai dek keran
a tenet kat note book buat hal maka tertunda sampai hari ni.. 8 julai 2011... bila guna laptop ok pula..adeeehhh kenapa la NB tuuu ada virus ker nak masuk icu pula?? sian dia...

sumber dari ummi kuantan-ilahjy dah ubah suai bahan ikut keperluan yg ada di dapo hehe terima kasih ummi.. sila ke dapo ummi utk resepi ori.. pancake ummi tembammm tapi ilahjy nipisss kurussss..hukhukk sbb tak guna tepung naik sendiri... apapun mmg gebuss dan ringannnn.. kalau guna tepung naik sendiri lagi gebusss agaknya mcm kat mcd...betoi tak ummi?

bahan:

3 sudu besar marjerin cairkan
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1/4 biji oren kisar dgn kulit sekali
sedikit garam

caranya:

kisar kesemua bahan sehingga hingga halus. dan biarkan 10 minit. panaskan nonstick pan bakar mcm biasa. kalau buat sebesar mulut mug dap
at 11 biji.

ilah jy terus buat waffle guna adunan ini ..bo
leh... mengikut kata ummi.. memang menjadi dan lembut sampai ke esok hari... jgn x cayeee

inilah dianyer waffle sarapan pagi 7 julai 2011...adunan yg sama.. tak yah masuk buah oren.. cuma dapat 5 keping jer.... kalau nak byk kena 2 adunan.. jadi dapat 5 pasang waffle.

04 July, 2011

331. PUDING TAUHU LAICI nor

dipudingkan petang 4 julai 2011 nampak tak air gula dlm puding tu bergenangggg

yeeee haaaaahhh
amboiii sukanyer.. semalam p c4 beli laici niat nak buat pudng tauhu laici akhirnya tercapai juga, biarpun kawan yg lain semua dah merasa puding nor secubit garam yg enak lemak berkrim dn lembut mcm tahuuu fa.... anak2 cakap mcm mana nak makan ni mama? mama kata sendukkan air gula yg bercampur buah laici dan peach tu masukkan dlm mangkuk kendian makan lah ..fuhhh mmg sedap bukan mama jer kata anak2 makan berketul2 nasib baik 1 adunan ni dapat lebih 20 acuan.... tunggu cik abg jer balik kerja nak saji kat dia...

terima kasih nor resepi ni ilah masukkan dlm dapo maya, terima kasih juga buat ita pasir gudang kerana kak copi pes kat umah ita gambar2nya simpan dlm laci..tenkiuuuu... kak ilah peminat tegar gambar2 dlm blog ita....jgn mareee ita ...

jom layan resepi yg mudah ini pada mulanya ingat kan susah bila dah buat senang juga laa..
ilahjy guna bahasa/ayat sendiri yaaa.. senang nak ingat...

bahan:

18 gm agar tali (dlm paket mmg 18gm)
1.5 liter air (sukat guna botol mineral kalau tak de bekas sukatan)

masak sehingga agar2 cair.

dalam bekas mangkuk: ( sukatan bahan ilah jy dah ubah suai sikit)

1 cawan santan pekat (ilahjy guna santan kotak)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
8 sudu besar gula
2 helai daun pandan

campurkan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam agar yg dah mendidih tadi . kacau shingga mendidih sekali lagi dan tutup api tapis kedlm bekas jag supaya senang utk tuang dlm acuan kecil2.

bahan air gula:

1 tin buah laici
2 tin air guna bekas tin laici
8 sudu besar gula
3 sudu besar perasa laici jika ada

kesemua bahan ini dimasak sehingga mendidih dan sejukkan . masukkan buah2 laici dlm air gula dan makan bersama puding tadi.

03 July, 2011

330. LALA/REMIS DAN KEPAH

2 jenis masakan yg ilahjy suka hasil dari lala/remis
lala yg dibasuh bersih
*************************************************************************
kepah masak gulai lemak.. bukan masak lemak yaaa puan2 wala wala sedapnye
tengahari tadi g c4 wangsa maju dlm ramai2 manusia hari ni terjumpa sudut makanan laut yg disediakan khas amat cantik dan bersih dan tanpa bau seperti dulu.. c4 dah ada kemajuan.. tapi agak pening sbb masih baru dgn susunan brg terkini.. jenuh mencari brg2 dah berubah haluan

kebetulan si sulung nak balik U ptg tadi.. mama dgn bangga nya terus capai 2 jenis kepah dan lala ini sekali harung utk dimasak utk jihah dan terus bawa bekal ke U..makan malam di sana...
teringat arwah nenek suka makan lala kecik tuuu rebus mcm tu jerhirup kuah manisnyeee... ilahjy tak suka tambah daun kunyit dll sbb tak mau rasa lala dan kepah itu hilang...
nak resepi ker?? ilahjy masukan supaya anak2 kusss dpt buat rujukan 1 masa nanti..

sambal remis/lala jy

bahan:

1 kilo remis di basuh bersih selawat 3 kali supaya tak sakit perut
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap

bahan mesin:

15 tangkai cili kering rebus sehingga lembut
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

mesin kesemua bahan2 ini sehingga halus dan tumiskan dlm minyak yg mencukupi sehingga pecah minyak. masukkan kesemua bahan cili sos dan kicap dan garam secukup rasa.
tambah sedikit air supaya kuah mendidih seketika. setelah itu baru masukkan lala dan didihkan sekejap dlm 10 minit dah sedia utk dimakan. rasa manis lala itu akan menyedapkan kuah..

lala/remis rebus:

rebus air bersama bawang dan sedikit garam sehingga mendidih baru masukkan remis/lala.


kepah gulai lemak. (bukan masak lemak!!!) cara nenek ilahjy ubah suai sikit...

bahan:

2 kilo kepah berus dgn berus sabut supaya kotoran ia hilang dan selamat utk dimakan..

santan pekat secukupnya
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kari ayam
3 btg serai ketuk

bahan mesin halus:

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

caranya:

masukkan bahan mesin,rempah sup dan rempah kari dalam kuali.
masak sehingga rempah bertukar wangii. jika kering air tambah lagi. lebih kurang 20 minit. lepas itu masukkan santan pekat, serai dan garam. sentiasa dikacau sehingga mendidih dan masukkan kepah tadi . masak lagi sehingga kesemua kepah terbuka. baru ditutup api.

nenek selalu masukkan buah gajus bukan biji nye.. buah gajus dibelah 4. fuhhh meleleh air liur teringatkan buah gajus/janggusssss...

selamat mencuba ya.

329. ROTI CEKELAT RAJUK KUSSS

sarapan 3 julai 2011 dibikin malamnya.. bersama pizza sardin yg dah hilang ditelan zaman..kami
berbeza sikit dari doh lepas. walaupun resepi yg sama.. ini adalah kerana bila di isi inti adunan tak dpt di gulung sepenuhnya..setakat sekali gulungan. kalu tanpa inti gulungan yg berkali itu akan membentuk roti yg lembut dan bila ditarik akan pjg2 isinya..ada faham ker hehehe..
adunan sedang bergedik2 dlm bibik melayu 2 adunan sekali harung ni..kesian bibik penat
inti cekelat ilah jy yg di campur jus oren sebiji maaf gmbr blurrrr..huhu.. diadun dari resepi sos kastard dan diberi 3 sudu serbuk koko.. tu jer kacau biar kental senang di bentuk dlm roti
resepi dibawah
inilah rupa pelembut roti yg dibuat sendiri water roux susah nak sebut.. nenek ilah jy sebut.. kanji gandum.. dibikin nenek semasa ilahjy kecik2 dulu.. makanan semasa baby yg mudah dihadam...dan diberi perasa gula. rupanya mende alah ni diguna utk buat roti zaman moden kita yaa..hehehe..alkisah.... baki disimpan utk pau pula.. tahan 3 hari dlm esbok..resepi dlm N3 lepas..


Selamat pagi ahad buat semua yg sedang bercuti

selamat mengisi masa berharga ini bersama keluarga masing2. bagi ilahjy hari ini tak berapa ada semangat sikit. selalu tu ke T.T.Wangsa utk bersenam seni di dataran. tapi dek kerana rajuk seseorang tu maka terbantut lah aktiviti hari nie.. maka roti pun diberi nama rajuk muaahuahuuaaaaa.... ce teka ce teka sapa rajuk??? booo layannn laaa..dh pujuk masih rajuk. biarkan siluncai dgn labu2nya...hanyuttttt....

lagipun si sulung yg balik bercuti dah nak balik ke GAMBANG semula ptg ni... jihah akan kembali dan berada di rumah hujung bulan julai ini. dengan itu berakhirlah/tamatlah pengajian jihah di UMP GAMBANG selama 3 tahun dlm jurusan SAINS KOMPUTER peringkat IJAZAH.

mari kita layan sarapan pagi ini dgn roti lagi sekali. kali ke 2 dibuat dgn bibik melayu tuu, sooo jgn jemu yaa resepi yg sama juga. masih menggunakan basic doh. cuma ditambah kan inti cekelat buatan sendiri di dalamnya...
selepas masak malam tadi terus dijamah dlm keadaan panas2 inti cekelat tu lembut cairnya..(nampak keras tapi bila dijamah ia amat lembut. semasa mengisi kan inti cekelat ni agak berketul dan mudah di bentuk dan dibulatkan dlm doh.
baki adunan ni anak2 buat piza sardinnn..dah habis dah malam tadi..

resepi inti cekelat rajuk kusss:

4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air.... tambah air jika suka cair
4 sudu besar serbuk koko
1 biji perah oren
1 sudu besar marjerin

caranya:
kesemua bahan di masak atas api sehingga pekat masukkan marjerin kacau sehingga kental. tutup api biarkan sejuk. dan bulatkan masukan dlm adunan roti. ubah suai kepekatan coklat ini ikut selera masing2 ya.