terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







25 September, 2011

apam dot dot utk jamuan raya blok kami

apam dot dot dalam berbagai WAJAH KESAYANGAN HAMBA...
JANGAN TAK CAYA.. SIBONGSU JUGA BERKEMAHIRAN MENGALAHKAN MAMA

salam hari minggu semua
dah 3 hari tuan rumah tak berapa sihat. bukan ilah jy sahaja malah sekeluarga diserang hendap oleh batuk sakit tekak dan demam. dah 2 tahun ilahjy tak merasa seperti ini..

namun ku gagahi jua utk JAMUAN AKHIR RAYA bagi tahun 2011 khas utk penginapan keluarga di blok kami SETIAP tahun diadakan. tapi BILA AJK BERTUKAR, maka perjalanan aktiviti akan berubah setiap tahun. maka kena lah terima seadanya usaha masing2 dlm apa jua keadaan pun..

ilahjy dgn bantuan anak bongsu 13 tahun tu, liyana dpt jua kami sudahkan dgn beberapa corak di atas apam comel ini.. kejadian agak kurang kemas.. namun terimalah seadanya.. huhuu..
resepi ilahjy tetap mengunakan apam pelanggi.. mudah dan senang... inti coklat buatan sendiri..

resepi lihat di n3 apam pelangi

23 September, 2011

akhirnya VANTAGE Kusss berumah

SELAMAT DATANG AHLI BARU RUMAH KUSSS

syukur kehadrat Allah swt kerana izinNya kita smua masih bernafas dgn keadaan aman sejahtera dan sihat seadaanya...

di hari Jumaat dan dlm syawal yg masih ada kehangatan ini 23 SEPTEMBER 2011 JAM 11.30 PAGI tadi tempahan *rumah* vantage kusss tiba jua dgn selamatnya. itupun setelah 3 tahun ilahjy menjadi pengemar VANTAGE baru tercapai utk merumahkan mereka.. ini dek kerana en hb tak sukeeeeee tak sukeeeee tak sukeeeee akusss beli sebrg perabot... kali ni dgn nekattt dan berani ilahjy beli jugakkkkk.. hahahaha gelak bertanduk ni kawan2...

murah jer... takat mampu org tak bekerja... itupun masih ada lagi yg tak muat seperti foodwarmer... yg gedabak tuu kenalah letak atas meja bulat jer laaa.... bukanlah nak menunjuk atau riak cuma inilah pejabat harian ilahjy yg tak bekerja.. tak pernah meminta sejak 23 thn kawen utk beli segala mcm ..hanya mengguna pakai HAK KERAJAAN SHJA... sedangkan jejiran yg lain nak lalu kena senggetkan badan kerana penuh dgn perabot jati dan segala... maklum lah susah nak pindah randah kemahuan terpaksa dimatikan..

bila en hb balik dari office tadi dia punyalah terkejut berukkk hahaha.. bila masa sibini p beli?? pandai2 la kami anak beranak...sorok2... tumpang dlm tentera belilah pinggan mangkuk yg murah2 nie...dah pencen tak merasa nanti.. ramai betoi org luar berebut2 beli set2 yg ada di PERNAMA. contoh corelle... ada jua ilahjy beli tapi belum juga ada*rumah*... duduk la kamu2 yg 4 set tu dlm kabinet kerajaan tu huhuu.. janji tak berabuk...kan kan..

buat pengetahuan yg berminat.. set vantage ni sejak 3 tahun ilahjy terbeli ke semua 9 set pelengkap(2 bekas kuih raya) tuuu dah 3 kali harganya naik... nasib baikkk ilahjy beli harga lama....
dan set corelle juga dah 3 kali naik serentak dgn vantage... nasib baik 4 set telah ilahjy rembat dari ketidak tahuan en hb...hahaha... jahat ker ilahjy ???? hehehe... ada geng ni sbb tu menjadi.. apa pun cukup lah dgn kenaikkan harga selepas kami berjuang membeli... nasib masih di sebelah kami... aminnnn ... kwn2 yg lain dgn harga baru...

***kalu berminat boleh ilahjy tolong oderkan bayaran kena berbincang dulu ya..*** hehe

begitulah seadanya kaum2 wanita yg tak pernah lekang dgn kemahuan dipejabat harian mereka tak kira apa jua kemudahan pasti diingini.. cuma dapat atau tidak saja... perlu atau tidak dan menyusahkan diri atau tidak... semua keputusan di dlm tangan masing2... janji jgn terjejas keperluan asasi.

MAAF JIKA ADA YG TIDAK SENANG DGN N3 KALI INI..ABAIIIIKAN IAAA.... EMMMM

20 September, 2011

KELAS PERTAMA KU DAN HADIAH DARI MURIDKU

SELAMAT DATANG AHLI BARU RUMAH KUSSS
Secara rasmi petang semalam semasa berbuka posa ilahjy telah pun menggunakan ke dua2 ahli baru dirumah kuuu.....
mangkuk comel utk bubur kacang ilahjy beli di JJ EON SETIAWANGSA pada 18 sept 2011
sementara mangkuk besar pyrex tu pula telah dihadiahkan oleh pelajar pertama ku dalam menghasilkan apam dot dot pada hari Jumaat lepas 16 hb sept. razlin dtg belajar secara percuma dgn ilah jy semua bahan2 disediakan.. tak sangka pula ibu razlin membawa hadiah PYREX INI utk ilahjy..t.kasih ya lin dan kak azah... semoga apam dot dot itu akan terus menjadi ....
INILAH HASIL kerjatangan anak murid ilahjy semasa kelas apam dot dot diadakan pada 16 sept 2011.. termasuk apam coklat..tak masuk N3.. jom lihat dlm FB ada... KLIK SINI

13 September, 2011

358. APAM DOT DOT RESEPI APAM PELANGI


haiiiiii kawan2 semuaaaa apa khabar? ada yg berpuasa? ilahjy dan anak2 dah hari ke2 hari ni mula berpuasa. minggu pertama raya hari tuuu coootiiiieee mana leh puasa...
pagi tadi jalan2 kat MUKA BUKU nampak ita masam manis buat apam ni.. sempat bual2 dgn ita. lepas tu out..terus buat apam dot dot versi apam pelangi.

dah kali ke 3 ilahjy buat guna resepi apam pelangi, yg ilahjy ubah suai dan diguna pakai oleh kawan2 dlm N3 masing2...
pernah masa mula2 buat apam dot2 ni, tahun lepas ilahjy guna resepi hana memories..mama darwish.. memang sedap resepi dr mama hana...

al kisah..selepas dah ubah suai sukatan bahan2 asal apam pelangi dan ilah jy terus gunakan resepi itu sampai hari ni. minggu depan ada sorg kawan nak tempah apam dot dot ni.. maka hari ni ilahjy cuba buat inti cekelat sendiri nampaknya menjadi... klik sini resepi apam pelangi yg telah ilahjy ubah suai suatu ketika dulu...dapat 95 biji kesemuanya

inti coklat hasil ciptaan ilahjy pagi tadi:

3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu sejat/cair
5 sudu besar gula/ikut manis masing2.

2 sudu besar marjerin

caranya:

kesemua bahan hendaklah di kacau sebati kemudian dipanaskan dgn api perlahan. sehingga pekat. kemudian masukkan marjerin dan padam api kacau sehingga sebati. sejukkan baru di isi dalam beg ising. kemudian rendam sebentar dlm air batu. sedia utk digunakan. selepas ia masak ia akan mengeras di dalam apam.. tidak langsung menjejaskan apam....

selamat mencuba....

ulang tayang resepi apam:

4 biji telur ayam rendam dlm air ais
2 sudu teh ovellet
300 gm gula halus

1 sudu teh esen vanilla

dimesin sehingga gebu dan ringan kemudian masukkan esen vanilla.

kemudian masukkan:

300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder< diayak bersama

berselang seli dengan
250 ml santan kara (1 kotak santan campur dgn air jadikan 250ml)

kacau sehingga sebati kukus selama 10 minit.

10 September, 2011

357. KACANG PHOOL

sarapan pagi 11 september 2011

hari nie genap 4 hari ilahjy tak jamah nasi langsung.. terkejut juga bila dah dihitung hari... al kisah bermula nya en hb berbuka posa sunat ke 6 nya hari akhir/selasa lepas.... masa tengah makan dia cakap..jemu laaa asyik makan nasi jer... aahaaakssss apa lagi bila si telinga tuan punya diri yg sememang nya malas nak masak nasi terdengar jer sungutan sedemikian rupe apa lagi... bertepuk tangan laaa akusss.... sejak tuuu nasi tidak lagi mendidih dlm dapo tuuu cuma sajian lain yg silih berganti..mengantikan nasi... tambah pula ada jemputan makan raya2 nie...

bila dah terbiasa 4 hari tak jamah nasi..alhmdllah tak pula rasa letih mcm selalu tuuu.. maklumlah tiriod ni kdg2 mendesak ilahjy mkn tak kira masa.. hari ni nak pergi ke klang umah adik beradik en hb..pakai baju kurung lama dah rasa sikit longgar.. kat pinggang tuu.. bestnyeeee... sebab tuuu bila jamah kacang phool resepi ayu singapore ni ilah jy bedal 3 keping roti..sedap pun ya lapar tuuu tak la sgt... maklum la sarapan pagi.... berebut 1 buku roti dgn anak2...
lepas tu terus kemas2 rumah bilik stor yg 4 buah tu sebenarnya 5 bilik stor jgn tak cayeee.....cuma ilahjy dpt beresssi 2 buah jer dulu... lapang otak bila bilik stor tu dah terkemas... maklumla dah 5 tahun ginap di sini tentu berhabuk... lagipun hari ni cuti masak sbb layan 4 buah rumah makan free.. eheheee... tapi ilahjy tetap menten jaga pemakanan...


bahan:
sumber resepi dari ayu singapore..ilah jy ucapkan t.kasih atas perkongsian resepi ini kalu mahu resepi yg ori jom ke dapo ayu... ayuuuu sedap tauuuu resepi ni kak ilah makan 3 keping roti..tu pun tak cukup hehehe... anak2 semua suka...muahhh...

1 tin kacang parang
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar minyak sapi
1 1/2 sudu besar minyak masak
air secukupnya
garam secukup rasa.

hiasan:

2 biji telur mata kerbau oppp mata ayam laaa buat apa mata kerbauuu..hehehe
cili besar hijau dan merah potong nipis
2 biji air perahan limau kasturi
1 biji bawang besar potong dadu

caranya:

tumiskan kesemua bahan sehingga wangi. masukkan kacang parang bersama airnya dan garam. tambah sedikit air utk didihkan nya sebentar. setelah sedikit kering masukkan minyak sapi dan bahan2 hiasan kecuali telur goreng tuuu dan kacau rata. tutup api dan sedia utk dimakan dgn roti putih.

sedappppppppp............ nanti nak cuba dgn daging pulaaa mcm resepi ayu yg memula tuuu ...

03 September, 2011

356. KETUPAT PERTAMA ILAHJY

salam kepada pengunjung dapo maya kusss

didoakan semoga kalian semua sihat dan jaga lah pemakanan kalian hindarilah dari lemak2 tepu yg menambahkan kadar kolestrol dalam darah kita.... jauhi dari memakan makan yg susah nak di hadamkan seperti daging dsbnya... juga jauhi minuman yg bergas.. yg akan memudaratkan perut bagi yg berpenyakit gastrik... ingat yaaa kenyang diperut sedap dimulut tapi sakit di otak sapa yg kena tanggunggg tentulah kita sendiri.... sebelum semuanya terlambat jagalah pemakanan kita ketika berada di rumah terbuka yg bakal rancak diadakan selepas bercuti dari raya nanti...

kekangan terhadap semua pekara itu mudah dilakukan hanya menanam perasan ""TIDAK SEDAP PUN""" setiap kali kita berada di tempat yg penuh dgn makanan... hanya sentuh yg terbaik buat kita... dgn kadar yg sedikit..... ilahjy telah pun berjaya lakukan semua tuuu sebab penyakit ni susah nak pergi dari akuuuuusssss... adoiii laaaa serikkkk sakit.... semoga aku akan sihat ....aminnnn...
MARI LIHAT HASIL PERTAMA ILAHJY MEMBUAT KETUPAT NASI JGN TAK CAYEE LAK
ini adalah hasil pertama ketupat nasi setelah usia aku mencecah 45 tahun. sebelum ni aku cuma membuat nasi empit jer... nampaknya raya tahun ni 2011 ada lebihan daun kelapa kat kampung en hb kusss.. jadiii DGN IZIN...aku pun rembat la bawa balik ke KL.. dan pada ptg semalam raya ke 4 aku sempat membuat beberapa biji utk makan berbuka posa 6 ...

megah rasanya... tanpa tunjuk ajar cuma curi2 tengok depa masak raya2 lepas,
aku dpt juga memasak dan memakan ketupat pertama kusss ini kat rumah sendiri masak atas dapo gas selama 3 jam..
ketupat bawang dan ketupat pasar
ini adalah ketupat yg aku *mahir buat*... belajar semasa aku masih bersekolah menengah di kedah lagi... semasa tu usia aku baru 19 tahun... ketupat org kedah guna daun palas 3 segi ... jadi kami tidak pernah memasak ketupat nasi ini... jadi aku cuma belajar sahaja mempraktikannya hanya lah semlm... huhuuuu

ketupat bawang dan ketupat pasar kot namanya... wahai org2 yg pro silakan beri nama ketupat diatas.... disebabkan terlalu mahir sebiji ketupat dekat 15 minit nak siap hahahahhaaaaa...