salam hari isnin dan selamat melalui ibadah sunat rejab buat semua yg melakukannya...
hari ini 25 jun merupakan tarikh keramat yg disambut saban tahun oleh ilahjy sekeluarga.
sedar tak sedar sudah 24 tahun ilah jy bersama suami melayari bahtera kehidupan bersama dan telah dianugerahi 4 org puteri dah dewasa kesemuanya.
maaf kepada yg tercari2 gmbr perkahwinan yg telah dipost beberapa jam lepas... ilahjy terpaksa draftkan..sbb ada tetamu yg dtg tanpa nama tak berani nak tunjol diri..siapa dia sebenarnya cuba perhati di shoutbox... maka ilahjy terpaksa drafkan serta merta... kadang2 manusia ni tak berapa bersetuju dgn cara kita....
harap maklum...t.kasih tetamu tak berapa berani tuuu.... semoga teguran anda diberkati..aminnn
update 28 jun 2012 jam 2.30 pagi..
terima kasih pada dek ita lawa MASAM MANIS yg sudi dan beri penghargaan dgn ucapan keramat itu di dlm N3 beliau.. terima kasih dek ita lawa...gelaran yg tak pernah putus kak ilah ucapkan sbb lawa tu org kedah cakap cantik.. bagi kak ilah dek ita mmg lawa dlm kerja tangan dlm serba serbi contohnya semua org tahu dan maklum, pakar dlm masakan, hias makanan, reka bentuk makanan, cara mengambil gambar sejak dari awal dek ita membina blog masakan kak ilah sudah terpaut dgn kebolehan yg Allah anugerahi itu...dan sentiasa memerhati dan tidak pernah terlepas pandang kat dapo maya dek ita itu..
apapun terima kasih dan kak ilah sekali lagi nak ucapi lagi sekali selamat hari lahir ke 41 pada 23 jun, selamat hari ulang tahun perkahwinan pada 6 jun (sama tarikh kepulangan ayahanda kak ilah pada thn 1980 sbb tu kak ilah ingat ... kita mempunyai 2 tarikh yg sama yg pasti diingati saban tahun...
izinkan kak ilah masukkan n3 dek ita utk kenangan kak ilah simpan disini...
*****kopi dan pasta dari blog masam manis, ilahjy terasa amat bangga dgn ucapan ini dari blogger terkenal di malaysia****
PETIKAN DARI BLOG MASAM MANIS:-
Satu lagi ucapan ita tujukan khas buat kak Illah JY yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkhawinan. Tahniah ye kak, semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga bertambah rezeki dan sentiasa ceria bersama puteri-puteri kesayangan.
Sebenarnya ulang tahun perkhawinan ita pun jatuh pada bulan Jun jugak, tapi tahun ni ita sambut bersendirian kerana pada tarikh tu ita berada di Jabal Rahmah, huhu sedih.. tapi nak buat macam mana tak de rezeki nak meraikannya bersama suami.
Ok lah jangan sedih-sedih sebab ita dah sediakan kek bersempena dengan ulang tahun ita. uhuhu.. sedih lagi sebab kena buat kek sendiri... uwaaa....
Sebenarnya mula-mula suami ita kata nak buatkan ita kek, entah macam mana keknya tak menjadi.. terpaksalah ita buat sendiri..
Ita buat kek ni pada hari ulang tahun ita, tapi tak dapat nak masukkan dalam blog sebab line internet kat rumah ita masih lagi bermasalah. Macam biskut Chipsmore, kejap ada kejap tak de..
Ada masa ia buatkan ita mengurut dada menahan sabar.. ialah bila kita dah penat menaip tiba-tiba hilang pulak.. aduyaiii.. sabar je le..
Ok lah mesti ramai yang dah tak sabar nak buat kek kan? Jom lah kita mulakan..

7 comments:
Salam, Kak Ilah.. tulah saya pelik, sekejap tadoi tengok ada, tup2 hilang...
Ermmm, manusia ni ada macam2 kak...
Selamat Ulangtahun, semoga kasih sayang berkekalan hingga ke syurga, Aminnnn.
selamay ulang tahun perkahwinan kak ilah... ;)
p/s:ttg komen tu biarkan je lah kak ilah...kita fikir yg positif je kan...
Selamat ulangtahun perkahwinan buat Ilahjy n suami...semoga sentiasa bahagia dan berpanjangan ke akhir hayat di samping anak2 tersayang...amiiin. Ilah, wat pulut kuning berapa tingkat...? >___<
selamat ulangtahun perkahwinan kak Ilah
Semoga berkekalan hendaknya hingga akhir hayat, Amin .....
Assalamualaikum Kak illah
Alhamdulillah dah 24 tahun dah usia perkhawinan kak Illah dan suami..
Semoga perkhawinan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat
Semoga akak bertambah bahagia apatah lagi apabila dikelilingi bunga-bunga yang sedang mekar..
harap akak sentiasa ceria, diberikan kesihatan yang baik, murah rezelki dan sentiasa didalam rahmatnya..
salam syg kak ilah,wahh tadi dh tgok pic kt fb..eeheemmm2 cute miut zaman muda mudi.he hehe zila doakan akk sentisa gembira disamping en somi..hingga ke akhir nyawa..aminn..:)
t.kasih pada semua teman2 kuss yg sudi beri ucapan dan doa semoga kehidupan kita menjadi lebih baik selepas ini dan selamanya..aminnn
Post a Comment