terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 5 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI

Pageviews today
9
Pageviews yesterday
581
Pageviews last month
19,879
Pageviews all time history
1,010,180
terkini 13 feb 2013

pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







23 March, 2012

392. KEK STOBERI BERKACANG SUJI..




satu lagi kek terbaru ilahjy...campuran kacang tanah dan tepung suji rasa lemak2 masam...hehehe masam bila terkunyah stoberi lah puan2...lawaklah ilahjy nie...

15 March, 2012

391. MASAK LEMAK NANAS

salam sejahtera kalian semua... ilahjy masak lemak nanas ini khas utk anak ke 3 yg sedang demam..dia tak leh makan pedas2..kegemaran dia adalah paceri nanas.. tapi tak mau la makan rempah2 dimasa demam ni.. setelah di masak dan dimakan mmg sedap juga la walaupun tiada ikan masin.... betul tak dek Ann???
makan malam tadi 14 mac 2012.

walaupun masakan ni senang tapi ilahjy masukkan juga utk tatapan anak2 kusss dimasa akan datang....

bahan:

1/2 biji nanas masak potong nipis
1 sudu kecil jintan manis
2 biji cili padi merah
sepotong nipis kunyit (jangan banyak2 nanti kuning sgt)
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai (serai yg ilahjy kering dulu)
1 cawan santan pekat

caranya:
kisar kesemua bahan dgn air sehingga halus. masukkan dalam kuali bersama nanas masak sehingga bahan betul2 masak. baru dimasukkan pati santan dan garam.

05 March, 2012

390. PIZZA MERIAH GUNA BM

selepas dibakar dan d baru dihiasi dengan mayonis dan sos cili
sebelum di bakar lauk pauknya di lapisi bawahnya dng sos cili dan black paper sos

petang semalam Nur Liyana si bongsu kusss asyik merenggek mcm budak kecil nak makan donat. sampai mama nak tidur rebah badan selepas penat memasak tengahari pun dia tak kasi...mama kata nak mask donat petang sikit lah.. maka lepas solat asar semalam baru mula mengodek kat dapur.

sejak nov tahun lepas 2011 B.M direhatkan kerana Bm meragam tak mau berpusing untuk mengadun tepung. alhamdulillah baru semalam di ON kan BM tu mula bergerak semula.
sambil buat donut tu ilahjy amek sikit adunan utk di buat pizza. sebab stok utk hiasan banyak dlm esbok tu.. donat masak awal sikit dalam jam 6.30. tapi pizza ni siap dlm jam 9.

nampaknya pagi ini 5 mac 2012 pizza ini menjadi sarapan kami sekeluarga.. resepi mcm selalu ilahjy tak de sukatan, main masuk jer bahan2 ke dalam BM. kali ni adunan betul2 lembut sampai nak uli kena sapu tepung baru boleh adunan. maka hasilnya mmglah gebusss...

jom layan mata ....zzzaaaaasssss....

04 March, 2012

389. AYAM GOLEK ILAHJY

INILAH DIA AYAM GOLEK CIPTAAN ILAH JY PADA HARI NI..4 MARCH 2012
ayam yg baru dikeluarkan dari oven masih togel lagi... ada beza rasa antara rempah bersantan dan tidak bersantan kalian pilih mana satu maunya..
bahan perapan yg sudah dimasak bersama santan
ayam diperap bersama bahan2 perapan***ayam comel***

resepi ayam golek ciptaan ilah jy

1 ekor ayam paling kecil dalam 10rm
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula

bahan mesin halus mulus:

3 sudu besar jintan putih/kecil
1 sudu besar jintan manis/besar/kasar
3 biji buah keras /melemakkan
1 sudu besar rempah biji
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih


1/4 cawan santan pekat

caranya:

1. perap bahan2 diatas bersama ayam. gaul rata2 dan masukkan bahan2 itu ke dalam perut ayam yg telah dikosongkan. selama 1/2 jam atau semalaman lagi sedap....
2. keluarkan kesemua bahan2 perapan tadi. masukkan ayam ke dalam loyang. bakar 250 darjah selama 1 1/2 jam. ikut kepanasan oven masing.
3. bahan-bahan perapan tadi hendaklah di tumis dalam minyak panas secukupnya, sehingga pecah minyak.
4. masukkan santan pekat dan sedikit garam, masak sehingga pekat dan masukkan sedikit jus limau. padam api.
5. keluarkan ayam yg telah masak tadi, masukkan ke dalam pinggan dan curahkan kesemua bahan perapan bersantan tadi.
sedia utk dimakan.....

anak2 cakap tadi masa makan: kenapalah mama ni masak sedap sangat..... nah kauuu habis seekor ayam comel tuuuu...hahahha maka perasan lah mamanyaaaa...kembang kempis kena puji...


03 March, 2012

388. LAGI KEK PENAWAR RINDU

mengekek pada petang 2 mac 2012... guna acuan ni utk dpt belangan mcm yat maria buat .. tapi tak secun yat maria buat huhuuuu..
resepi telah digunapakai semasa bersekolah menengah rendah dulu...teringat kat arwah tok munah suka makan kek ni..
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2012/02/ilahjy-kembali-kek-penawar-rindu.html

sila ke N3 lepas utk resepi
cuma tambahan dan sedikit olahan seperti berikut ya puan2

telur ilahjy guna 5 biji yg asal 4 biji
gula ilahjy guna 3/4 cawan yg asal 1 cawan... manis nya sgt molek yg terkini..

yg lain semua adalah sama..

satu lagi kepanasan oven 160 darjah selama 40 minit
cucuk lidi uji.... tambah masa jika tak masak..

ilahjy masukkan sekali lagi resepi..supaya senang nak rujuk..dan telah diolah,,,tak pe resepi sendiri tak perlu minta izin hehehee,,,

bahan:

3/4 cawan gula halus
1 cawan marjerin
2 cawan tepung gandum
1 cawan telur/5 biji
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat
warna yg digemari

caranya:

putar gula dan marjerin sampai kembang,
masukkan ovellet dan putar sampai gebu.
masukkan kesemua telur dan putar sehingga kembang dan gebu.
ayak tepung dan baking powder terus masukkan kedalam adunan bersama esen vanilla dan susu pekat terus diputar sehingga gebu. berikan warna ikut citarasa masing2.
bakar dalam kepanasan 160 c selama 45 minit.
kek ni mmg gebu dan mudah utk dibuat.

02 March, 2012

387,.. PETUA HILANGKAN LENDIR BENDI CARA ILAHJY

cuba jeling2 dekat2 lendir tiada.. bendi masih dlama kuali ni masih berasap....

kat bawah pula en2 bendi baru lepas ditoskan selepas menggunakan petua baru ilahjy cipta sendiri...
salam jumaat penghulu segala hari buat teman2 kusss sekelian.

hari ini ilahjy ingin kongsi bersama kalian petua baru utk hilangkan lendir bendi.
nak jadi cerita tadi semasa memotong bendi ilahjy macam biasa
mesti cuci bersih dulu**
supaya tak berlendir semasa memasak. terutama ketika mengoreng yg memerlukan sedikit air utk melembutkannya...pasti ilahjy
memasukkan sedikit perahan air asam jawa**
utk mengatasi masalah itu.. tapi yg pasti lendir itu tetap ada walaupun sedikit.. ini membuat kan en hb tak suka..

hari ni dgn kuasaNya ilahjy mendapat ilham baru dan telah mencuba, dan berjaya dengan cemerlang sekali. semasa digoreng dan dimasukkan air kesemua bendi2 tak mengeluarkan lendir sehingga kunyahan2 yg ilah jy lakukan semasa makan amat membanggakan tiada langsung rasa lendir bendi... alhmdulillah...

atau antara kalian ada petua yg nak dikongsi bersama???? jom masukan dlm ruang komen.. nanti ilahjy updatekan disini....
SEBELUM TU ILAHJY NAK RAHSIAKAN DULU APAKAH PETUA YG ILAHJY BARU DAPAT HARI INI...kita tungguuuuu....
kalau petua yg ilahjy buat ni sama dgn kalian tak peee... tak kisah..bukan ada pertandingan nak dipilih kasih heheheheheee...

**sabar menanti yaaaa....

diupdate pada jam3.25 petang...

PETUANYA SEPERTI DI BAWAH YA PUAN2 DAN TUAN2:

1. RENDAMKAN HIRISAN ATAU BENDI KE DALAM AIR YANG DICAMPUR 2 SUDU CUKA MAKAN. SELAMA 5 MINIT. SAMBIL2 SEDIAKAN BAHAN2 UTK MENGORENG.

2. TOSKANA AIRNYA. KEMUDIAN RENDAM KEMBALI DALAM AIR BIASA DAN KOCAK2 AIR ATAU RAMAS2 UTK MEBUANG SISA2 LENDIR.

3. ULANGI SEKALI LAGI UTK MEMASTIKAN LENDIR YG DEGIL ITU TERUS HILANG.

4.TOSKAN SEKALI LAGI DAH BOLEH DIGUNAKAN UTK DIMASAK.


tadaaaaaaaaa.... ada sapa2 yg telah menggunakan petua nie sebelum ilah jy menggunakannya??ilahjy terpikir masa nak dapat idea ni.. ilahjy tak suka masukkan asam jawa lagi dlm gorengan bendi..hilang rasa manis sayur.. kalu ikan ok juga laa.... ilahjy terus dapat idea nak rendam dlm cukaaaaa. itulah alkisahnyaaaaaaaa..terima kasih pada kwn di Fb kerana kongsi petua mereka yg tersendiri ...

selamat mencuba jika tidak berjaya jgn mareeee yaaaa adalah silap tang mana tuuuu hehehehe