terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 April, 2012

399. PEKASAM IKAN SELANGAT.

selang seli ikan bersama asam keping...

perasan tak rupa ikan selangat? maaf terlupa amek gmbr semasa belum siang..
penuhkan ikan dengan beras tadi sehingga menutupi ikan2

pernah makan ikan pekasan sungai? ilahjy memang dibesarkan oleh nenek di seberang pantai johor alor setar kedah dari kecil sampai kawen.

hidup kami memang berjiran dengan tebingan sungai kedah yg luas terbentang tu.
tok wan hj othman pula memang biasa hidup dengan laut di kampung asalnya di kuala sungai limau yan kedah sebelum berpindah ke alor star. teroka tanah sawah seluas 13 relong. kuat orang tua dulu2 pugar tanah tanpa jentera hanya berbekal parang dan kapak dan dikerumuni nyamuk dll..

bila hidup sudah bertambah maju dan zaman berubah dapat pula sungai sebelah rumah.. tok wan tidak pernah lepas peluang utk menjala dan memasang pukat ikan bersama cucu kesayangannya ini. hehehe..mmg syg lebih dari yang lain dah macam anak sebab dia sebut diri dia ayah!!!....

bila cerita pasal pukat mesti lah dapat ikan berbagai jenis.. apa lagi ilahjy dengan nenek akan siang ikan dan dijadikan pekasam berguri2(tempayan kecil...) digunakan utk tempat memeram pekasam.. nenek munah akan ajar ilahjy macam mana nak buat pekasam.. inilah sejak dari sekolah baru semalam ilahjy mencuba membuat pekasam. maaf ya arwah tok.. SAYANG bukan tak mau buat tapi boleh beli dah sekarang nie merata2 ada jual..emmmm..sayang memang panggilan tok kepada ilahjy..

kemarin dulu ke kedai iklan rakyat 1 malaysia ada pula ikan selanggat banyak duri dan sisik tebal ni.. terus semalam ilahjy buat pekasam.. harap2 jadilah.. inikan ikan laut..selalu tok munah ajar ikan sungai.. walawalaaa... pandai2 ubah petua dan resepi...

jom lihat apa yg ilahjy dah buat.... layanzzzz


bahan:

10 ekor ikan selanggat.

dibersihkan buang kepala jer.. sapu garam dlm 3 sudu besar dan masukan 6,7 keping asam keping gaul rata. simpan dlm peti sejuk semalaman untuk meresapkan garam.
keluarkan dari peti sejuk bersihkan air garam yang terhasil. asam digunakan kembali.

bahan perapan:

2 cawan rice cooker beras di cuci bersih.
2 sudu besar garam halus
2 sudu besar gula merah(jika suka masam masin manis)
7,8 keping asam keping atau air asam jawa pekat secukupnya. dalam 1/2 cawan

goreng tanpa minyak sampai perang dan kisar halus. gaul bersama garam.
sapu pada ikan dan disusunkan ikan bersama asam berselang seli dengan beras tadi. buat sehingga habis . simpan dalam bekas yg bertutup simpan seminggu dalam peti sejuk. kalau lama lagi bagus... dan boleh lah di goreng..

nota: nenek ilahjy kadang2 juga menggunakan air asam jawa yang pekat untuk mengantikan asam keping dan ditaburkan sedikit gula merah bersama ikan nie.. maaf ilahjy tak mau campur gula sebab tak mau rasa manis... kalau nak masukkan juga juga masukkan sekadar 1/2 sudu besar utk merasa kan ikan lebih enak lagi... ia juga akan memberikan ikan warna keperangan semasa mengoreng dan wangi serumah hehehe..

edit...ooppss update... beras dah tenggelam dalam ikan jam 1.30 tghari ni... dah nampak ikan2nya..terus ilahjy tabur 1/2 sudu gula merah/brown sugar keatas ikan2 tu... memang wangi semerbaknn nak tunggu seminggu lagi lamanya....

28 April, 2012

398. TALAM LABU SAGU SEKOTENG

resepi akan dimasukkan selepas pulang dari uursan hari kecemerlangan kat sekolah anak ke 3 raihan yg amek SPM TAHUN lepas.. dan terus pergi beli barang2 utk ke PLKN.. SABAR YA KAWAN2...
lapisan putih hanya ada silabu
yang lapisan kuning ada sagu dan sekoteng
labu yg separuh hancur dilecek dengan senduk
dikalanagan blogger masakan pasti semua kenal si sekoteng ni... kata orang melaka namanya sagu cha cha... ilahjy terus beritahu penjual tu nama dlm blog adalah sekoteng.. kalu ada orang cari inilah dia ..benda yang sama.. penjual tu tersenyum... dalam hati """ADA AKU KISAH!!!""


lihat pada nama banyak sangat... kalu bubur orang cakap bubur cha cha.. kalau dibuat talam molek lah diberinama talam cha cha... teringat tarian cha cha molek dibuat utk senam pagi untuk ringan kan badan..tapi kalu dlm talam ni gabungan yang amat sejuk.. mau sakit ooorattt.. kata orang tua tua.

hari selasa baru lepas, semasa balik melaka urusan makamah ilahjy singgah di air keroh sebelah MCD ada tapak jualan makanan... terus beli sekoteng tu... apa lagi terus dibuat lah talam ni alang2 si labu tu dah beli hampir sebulan dah belum digunakan sebab tak de mood nak masak apa.. beli setakat berkenan kecantikkan si labu tu jer hehehe


okies sambung jam 4.00 pm 28 april selepsa selesai pulang dari sekolah anugerah kecemrlangan dan beli barangan PLKN...

bahan lapisan bawah :

200 ml santan kotak
100 ml air biasa
65 gm tepung beras
1 sudu makan tepung gandum
60 gm gula perang
secubit garam

100 gm/sepotong labu yang direbus sehingga empuk
(potong dadu kecil2 supaya memudahkan utk di lenyek dan molek semasa dipotong)

sepotong labu seperti gambar diatas ya puan2... bahagian yg kosong tu ilahjy gunakan utk buat talam ini.

caranya:

campurkan kesemua bahan kecuali labu. kacau sebati dan tapiskan.
panaskan kukusan, sapu loyang dgn minyak. panaskan selama 10 minit.
masukkan bancuhana tadi sambil di lenyek2 kan labu tadi sehingga separuh hancur.
semasa mengacau adunan akan mula memekat dan terus tutup periuk
kukus selama 10 minit sehingga kering.
cakar atasnya denga garfu. baru dituangkan adunan atas.

bahagian atas:

50 ml santan kotak
50 ml air
70 gm gula perang
2 sudu besar tepung beras
10 gm tepung jagung
1 biji telur
secibit garam
pewarna oren

bahan tambahan:

1 sudu besar sagu yg telah direndam
2 sudu besar sekoteng yg telah direndam
rebus bersama sama sehingga kembang, tapiskan dan cuci dengan lalu air sehingga habis kanji2. masukkan ke dalam adunan tepung yg telah di tapis.

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau sebati, tapiskan.
masukkan sagu dan sekoteng kacau sebati. tuangkan ke atas lapisan bawah.
kukus selama 15 minit atau kering airnya..
sejukkan baru dipotong..

27 April, 2012

397. NASI BIRU kerabu/merapu/haru biru

sorry lah ya teman2 nasi kerabu tak lengkap telah dibuat dengan segera dan siap dimakan dgn kenyang sekali walaupun tak lengkap... janji ada bahan utama..hehehe
alatan yg digunakan ilahjy dalam memotong hiasan diatas
sambal cili bersantan dalam buah peria
sambal kelapa ikan kembung dalam buah tomato
timun yg dinipiskan boleh dibentuk pelbagai wajah..contoh bunga ros..

Salam hari Jumaat kepada teman2 seangkatan di alam maya dunia blog sekelian.
begitu cepat masa berlalu. ilahjy memang sibuk minggu ini menguruskan anak ke 3 Raihan utk ke PLKN dan matrik tak lama lagi... banyak betul kena uruskan selain kelas memandu kereta raihan yg kandas buat 2 kali. alhamdullillah dah berjaya dan lulus buat kali ke3.
kelas motor pula cuma sekali jer test dah lulus..
apapun tahniah mama ucapkan sbb raihan tak pernah pegang motor dan kereta tup2 p amek lesen ... kesemua anak2 ilahjy akan dibekalkan dgn lesen memandu semasa bercuti SPM.. tinggal yg bongsu saja lagi ...

begitu pun juga kes makamah yang sedang kami sekeluarga alami pun dah selesai buat kali ke 3 naik turun ke melaka. semuanya ALLAH SWT redhai... "JANGAN KAMU LELAPKAN MATA MU UNTUK 2 MALAM...SEKIRANYA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU TIDAK
DILAKSANAKAN UTK ANAK2 MU.." ilahjy amek dan tunaikan ia sebelum terlambat... semoga anak2 mama sudi terima dan redha seperti mana yg telah kita metrai bersama... jadilah kalian anak2 yg solehah buat mama dan abah... semua duniawi tapi itulah tanggung jawab mama dan abah buat kalian 4 beradik...

nampaknya mulai minggu ini dan minggu hadapan jadual perjalanan ilahjy amat ketat sekali. ketat bagaikan kain yg dah sendat ni, akibat berat dah naik lagi..adoiiiii... makan sikit ker banyak ker dia naik dan turun tak menentu.. apa nak kata...

1 mei nanti kami balik lagi ke melaka menguruskan kemasukkan anak ke 3 PLKN di sana. hari seterusnya ilahjy akan ke pakar surgery.. kes orang perempuan..setelah buat mamogram semua dapat dikesan diperingkat awal. jadi ilahjy terpaksa akur utk semua itu dan redha... kemudian ke HKL utk pemeriksaan rutin setiap 3 bulan.. waduhhh mmg ketat dan sendat sehingga hujung bulan..28 mei amek semula anak raihan utk masuk matrik pula...

jadi jika ilahjy tak bersiaran tu. bermakna sedang melayani jaduan yg ketat tu lah... ampun dan maaf dipinta ya teman2 jika ada kesalahan.... semuga kita semua dilindungiNya...

22 April, 2012

396. TART KEK. pun boleh aje... janji sedap..

GABUNGAN RANGGUP DAN GEBUSSSSS JOM LAYAN 2 IN 1
pernah makan tart? sudah pasti lah kan... pernah makan kek digabungkan dalam tart? ni dia.. main hentam kromo jer ilahjy nie... janji sedap...
nie lagi satu gabungan..tangkap maut.. ada ker pisau wali ilahjy kasi tembak...habis nak potong dgn apa? dengan pisau lah... saja nak kasi gempaq sikit... sepupu en hb yg bikin pisau wali ni dia pandai besi... warisan dari arwah bapa dia..abg pada bapa mentua kusss yg pandai buat kompang dan parang seluruh melaka kenal mereka.. kalu tak kenal apa nak kata..
selepas bakar..anak ke 2 shafiqah cakap mcm dorayaki pun ia....


masukkan terus adunan kek kedalam tart terus dibakar..tanpa ragu2 lagi

salam hari minggu 22 april 2012.
tak kemana mana ker duhai teman2 kusss sekelian? kami sekeluarga melepak ajer kat umah sebab si sulung tak berapa sihat, dia alami pening kepala pusing2 dan muntah2... minggu lepas adiknya yg ke 3 raihan dah terkena, ni kak jihah pula kena... kesian mama tengok...tak boleh masuk makanan langsung.. bermula hari sabtu semalam.. hari ni ahad nampak ada sikit2 jer lagi pening... entah kenapa.. mungkin faktor sekeliling atau lain2 hal wallahhualam...

tadi dalam jam 12 tengahari ilahjy terasa nak makan tat. tapi cream cisss tak de... pastu teringat lak kek... terus jer buat ke dua2 sekali dan digabungkan..senang cerita... berebut anak2 makan... depa cakap tak pernah orang buat lagi... hehehe... selalu orang letak inti cokelat masakan.. ini ilahjy taruh kek...

apapun jom layan gambar2 yg masih kurang mahir dengan DSLR CANON tu.... tak reti cari sudut lagi dan bahan2 sampingan... masa duk tembak depa semua dok berebut nak makan...jenuh tepissss tangan depa..hahaha...sebab loyang yg lain belum masak... bila dah masak depa dah merajukkkkkkk kuikuikuuuuiiiii...

update kemasukkan resepi pada 24 april 2012
sebagai rujukkan anak2 kusss dimasa depan... resepi diambil dari dapo ita masam manis...

pastry tart:
170 gm marjerin
50 gm gula ising
1 biji telur c
290 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

putar marjerin dan gula dgn senduk kayu sehingga sedikit kembang.
masukkan telur dan esen terus diputar sehingga sebati
masukkan tepung dan dikacau sebati dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
masukkan adunan dalam acuan tart dan isikan dgn adunan kek terus dibakar 160 darjah selama 25 minit sahaja.

resepi kek/inti tart:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda

ayak bersama.

2 biji telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air mendidih

caranya:
pukul telur dan gula sehingga kembang
masukkan susu cair putar lagi sehingga sebati
masukkan minyak putar lagi dan masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit
setelah itu masukkan air mendidih tadi kacau sebati dan masukkan ke dalam acuan tart tadi dan terus di bakar. cucuk dgn lidi samaada dah masak atau belum.

selamat mencuba...

21 April, 2012

DINNER DGN KE BAWAH DULI AGUNG KE 14 20 APRIL 2012

maaf gambar yg blurrr sebab guna DC kodak yg lama. tak mampu nak heret DSLR CANON yg besar tu..segan aiiihhh..nanti org kata akusss ni jurukamera pula hahaha..
mencari tempat duduk sebelum majlis bermula adalah kemestian yaaa..
semua berkumpul setelah mendapat arahan dan tiba masanya keberangkatan ke bawah duli tuanku serta ahli keluarga baginda..
semua duduk selepas nyanyian negara ku dan lagu rejimen dimainkan..wajib minum ucap selamat, 2 kali yaaa...
selepas ucapan lampu dimatikan maka dian dinyalakan.. nasib tak baik malam tadi ada kebakaran kecil dek titisan lilin yg dah hampir habis..di atas meja depan ilahjy ..sampai ilahjy terlatah ""panggil bomba"" tak perasan kesemua tetamu gelakan. hehehe...amek air depan tu akuss terus siram..
sapa tak kenal puan hajjah norliza nawi penaung anak2 aids...tahniah puan dan suami beruntung akuss dapat makan bersama mereka berdua..akuss curi2 amek gmbr nya segan nak minta izin ...siapa lah akussss..
acara memotong kek ke 79 thn RAMD.. tak dpt jelas sbb tak leh bergerak dr tempat duduk
kelihatan anakanda tuanku..tuanku intan sapinar sebelah bonda nya..
malam ni tak sangka pula ada artis jemputan selalunya askar jer yg nyanyi. sampai 7 buah lagu jamal abdillah nyanyi.. ini kali ke 2 ilahjy melihat secara langsung jamal...dulu semasa kerja... jauh juga nak tarik fokas camera nie jenuh lenguh bahu sambil duduk amek gmbr..nasib laaaaa apa nak buat...
kurang jelas janji ada juga kenangan.. tu yg penting..
lagu gadis melayu kemestian...6 lagu lagi tak ingat lah huhuu
lampu dinyalakan semula menandakan majlis bakal berakhir..
fuhh kena laju nak amek gmbr tuanku...zooommm dan klik adoiii dapat juga..aasyik terlindung kepala rakyat jer..huhuu
waktu melaram ....masa ni baru syiook amek gmbr ada ramai org ..pada awal tadi masa cari tempat duduk tak de org macam kaku jer.. hehehe ni baju raya tahun lepas yaa ..tak larat nak layan baju baru hahaha.. yg ptg sopan dlm majlis rasmi..

ilahjy dan en suami minta kan pegawai muda amek gambar pegawai tua dan isteri hahahaaa ada juga lah kenagan... seronok malam tadi dpt jumpa ramai kwn2 lama ...yg berbelas tahun tak jumpa.. hanya 2 tahun lagi kami dlam RAMD SELEPAS ITU good bye..pencen lah apa lagi setakat lt. kol. pun ok..itu rezeki anak2 juga..aminn kalu dapat datuk ada ler selepang di dada mcm tuanku... datuk utk cucu pun jadi lah yaa darlinggg...hehehe

sepertimana yang kita semua telah ketahui negara kita malaysia telah menyaksikan perlantikan yang dipertuan agung yg ke 14 dan bagi kali ke 2 kebawah duli tuanku sultan kedah tuanku abdul halim... kami sebagai rakyat malaysia menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah ke bawah duli tuanku.. ini kali keberapa pun ilahjy tak ingat sepanjang perkhidmatan en hb...mungkin kali ke 6 ilahjy dan en hb berdinner a.k.a makan beradat bersama sultan kedah. sebagai penaung RAMD.. DAN sebagai agung pula ini merupakan kali pertama...

malam tadi 20 april 2012 merupakan dinner aka majlis makan malam beradat REJIMENTAL SEMPENA ULANG TAHUN KE 79 R.A.M.D rejimen ini merupakan rejimen di bawah naugan ke bawah duli tuanku...sultan kedah... jadi kebetulan pula baginda ketika ini sebagai agung kita... orang kata dua dlm satu sambutan pada malam ini.. UCAPAN TAHNIAH DGN PERLANTIKAN SEBAGAI AGUNG DAN ULANG TAHUN RAMD... daulat tuanku... patik mohon ampun ...

JANGAN TERASA APA2 DGN N3 INI WAHAI SAHABAT DAN PENGUNJUNG.. HANYA UTK TATAPAN ANAK CUCUKUSSS DIMASA DEPAN... KENANGAN SEBAGAI TENTERA YG TAK MUNGKIN DIRASAI OLEH ORG AWAM.. YG PUNYAI CARA TERSENDIRI MERAIKAN MAJLIS MASING2..SYUKUR DGN KEHIDUPAN INI..AMINNN

20 April, 2012

salam rindu JUMAAT ...sayang keluarga kussss...muahh

semoga keluarga ku ini akan berkekalan ke hingga akhir hayat. semoga diberikan kesihatan yg baik dan murah rezeki dan dijauh segala musibah hendaknya.. YA ALLAH ya tuhan ku berkatilah kehidupan kami sekeluarga...rahmati lah selalu... jadikan anak2kussss najihah 23, shafiqah 21, raihan 18 dan nur liyana 14 tahun anak2 yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat.. jgn lupa mama dan abah jika kami dah tiada ya nak... aminnnnn..

salam rindu Jumaat... aikk pelik nauuu bunyi tuu ilahjy? tak delah kawan2 saja2 jer..nak post masakan tak de yg istimewa...tah kenapa tah malas nauuu nak buat N3 pasal masak...

tetiba jer teringat blog family yg dah lama ilahjy tutup utk umum. bila buka tadi teringat pula nak pos kat sini buat kenangan... ini pun gmbr raya tahun lepas .. yg belum kenal siapa ilahjy .. mari lihat keluarga ilahjy... salam kenal yaaa.. terima kasih keran sudi memfollow dapo masakan ilahjy ni... terima kasih kerana singgah lalu dan beri komen...semoga persahabatan kita berkekaln di alam maya ini..ampunilah dakussss jika ada kesalahan ya kawan2...

jommm ikut ilahjy malam ni dinner dgn agung kat hotel istana.. tak yah masak laaa.. oitt anak2 nak makan apa ilahjy????? depa dah pnadai masak sendiri..semua perempuan kan kan .. apalagi.. layanzzzzz

16 April, 2012

395. PATIN MASAK REBUS ASAM JY dan KLCC


asam rebus dimasak petang 16 april 2012.. belum makan lagi masa N3 dibuat hehehe

petang ni masak semua yg ringkas2 jer, masak lemak pucuk manis, rendang ayam dan ikan patin masak rebus asam. rebus asam ikan ni dimasak tak pedas dan masam2. supaya sedap masa menghirup kuahnya nanti. bukan tak de tempoyak dlm esbok tu..ada ..tapi dah jemu asyik2 tempoyak maka ilahjy masak rebus jer...

bahan:

seekor ikan patin sederhana saiznya
3 keping asam gelugor

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 biji tomato

caranya:
kisar kesemua bahan sehingga halus.
rebus dalam kuali bersama 3 keping asam gelugor dan garam.
setelah mendidih masukkan ikan dan timun hijau.
masak lagi sehingga ikan betul2 masak,

dataran merdeka ada persembahan wayang kulit.. kami tak dpt parking dlm kereta sedang bergerak..main tembak apa yg dpt.
KLCC TANPA cahaya canon
anak2 dara kusss dari kiri najihah, shafiqah, raihan dan nur liyana
urutan kelahiran tauuu..

malam ahad baru lepas 15 april 2011 kami sekeluarga seperti biasa menjalankan rutin keboringan tahap gaban.. hehe.. sambil dibawa si CANON baru itu.. kami makan kat DULANG kg baru dan seterusnya pusing2 sambil menembak.. memang meriah suasana malam di KL nie...hilang sebentar kesakitan dan keboringan ini... sikit jer dpt ilahjy gambarkan disini..kerana line tenet slow melow ya amat...

14 April, 2012

394. AGAR KOKO BERPERISA PEACH

ada juga lelubang yg tak mampat ketika hentakkan dibuat. krn lapisan kuning sudah mula membeku
bila diterbalik begini rupanya ya..lelubang tadi..tapi ta berapa kemas huhuhu
lapisan kuning tak cukup tebal..ilahjy blend sebahagian agar2 bersama buah peach dan juga sedikit tepung kastard
lapisan koko ilahjy campur perisa buah mandrin dari jenama sunkist..

sudah lama nak mencuba kekeretipan ini...
dah lama dah tengok kat dapo adinda kusss di masam manis...
resepinya pun dah terlupa apa nama...
ilahjy cuba buat berdasarkan resepi sendiri...
citarasa anak2..iaitu agar2 koko...
sementara buah peach masih ada berbaki terus digunakan utk bahagian kuning.

P.s
hari ni 16 april baru cari kat dapo dek ita masam manis punya lah lama meyecroll.. baru dapat link nie...dek ita lawa dgn izin mu kak letak sini ya buat rujukkan kawan2 dan kak ilah sendiri...tajuk kuih tak de ..tajuk APA LA PULAK NIE...
RUPANYA sama lah pula gabungan warna agar2 kita ya dek ita... resepi jer masing2.

08 April, 2012

393. KEK SUSU KUKUS

bagaimana ia terhasil cuba perhatikan gambar asal..teknik memotong...anak kusss piqa cakap mcm tapak ayam hahahahaaa
anak kusss jiha cakap ini warna GOOGLE dia suruh kasi nama kek google hehehe

2 jenis acuan ni dah byk kali guna
sebelah atas ilahjy tompok2 kan.. sebelah bawah ilahjy lapis2kan... hahaha sajeeerr

lihat acuan utk kek nie..dah 2 tahun beli baru nak try guna.. nasib baik tak melekat.. senang jer kek terjun keluar..
mencuba BG black...guna kain jer ..tak de kertas..


sekali lagi percubaan ke 3 dan N3 ke 3 dgn canon baru nie... tak pandai la kawan2 ilahjy nak gayakan..mcm kawan2 yg dah mahir dan kretip tuu huhuuu adoiii mcm2 gaya tapi tak bergaya juga.... hentam saja lah labuuuuu....

1 jenis kek ilahjy buat 3 jenis acuan... resepi ni ilahjy sekodeng kat fb dek ita lawa..gelaran utk TUAN PUNYA blog MASAM2 MANIS.... SEMASA jalan2 semalam kat blog ita nampak ita buat apom ambon yg tercantik tuuu terus pula ilahjy jengah fb ita dan terjumpa resepi ni yg dicuba oleh teman fb ita... sebelum nie dek ita dah buat rintik2.. di dalamnya.. ilahjy tak buat rintik tapi buat lapis2 saja nak mencuba acuan yg dah 2 tahun dibeli tapi belum digunakan lagi... sikembang anak patung tuuuu ...payah juga nak masak sebab tinggi melangit.. kena guna kukusan yg paling besar tuu baru muat....

dengan izin dek ita masam manis kak ilah nak masukkan resepi kek ni disini utk rujukkan di masa depan.. maaf byk sgt gmbr..maklum lah teruja sangat ilahjy nak guna DSLR baru ni... org kedah cakap PEEERAAKKK Sikit... hehehe
resepi dan gambar2 cantekkk2 sila rujuk ke dapo ita masam manis...

bahan:

250 gm mentega
1 cawan gula halus
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri/ilahjy guna tpg gandum + 2 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1/2 cawwan susu cair
1 sudu teh ovellet/ ilahjy guna 2 sudu
1/2 cawan manik2 gula/ilahjy tak guna

caranya:

putar mentega dgn gula sehingga putih.
masukkan ovellet putar lagi sehingga gebu.
masukka telur satu persatu putar sehingga gebu.
masukkan susu pekat putar sehingga sebati.
ayak tepung dgn baking. masuk ke dalam adunan selang seli dgn susu cair.
outar sehingga sebati ilahjy guna kelajuan yg paling rendah.
kukus selapis demi selapis sehingga masak.
cucuk dgn lidi pastikan ia kering baru angkat.