terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








26 February, 2013

485. JELATAH TIMUN DENGAN LOBAK MERAH

Alkisah...dah  lama  tak  kisah hehehe  sebab  tuu jadi  macam  ni..tapi  sedap  lah  juga  untuk  tekak  kami  sekeluarga bertambah  nasi..cakap sibongsu mama  sedap  la  lauk2  simple  macam  ni...
dek  kepenatan balik  dari  melaka..belum sempat  keluar  ke  pasar utk  membeli  stok  makanan   basah. lauk2  lain  ada..sayuran  jer  kehabisan. tak  tau  nak  buat  lagu mana..tup tup  teringat resepi  yg  lama dah  tak  masak. jelatah  ke  ni?  hentam  jer  la..sepatutnya  dimakan  dengan  nasi luar  biasa, nasi  tomato  ke  nasi  minyak  ker  dll..tapi  sedap  juga  dikawenkan  dgn  nasi  putih  ...ilahjy suka  potong  lebar2 sayur ni agar makan  terasa masa  dikunyah.


bahan:

1 batang timun  dipotong  tebal dan panjang buang  pulur tengah
1 batang  lobak pun  dipotong  sama  lebar
1/2 sudu  teh  biji  sawi
sedikit  lada  hitam jika  suka
2  sudu besar  serbuk  kari  ikan
2  sudu  besar  ikan  bilis dimesin  kasar bersama  sedikit  air
1 biji  bawang  besar  dibaji
5,6  biji  bawang  putih  dibelah  dua
sos cili,sos  tomato, sedikit  kicap
 garam,gula,cili  merah  dan  cili  hijau  sebagai  hiasan  jika  suka
sedikit  bawang  besar  dan  bawang  putih dimayang
ilahjy tak  guna  cuka sbb  sos2  dah masam.   jika  suka  masukkan  sedikit

caranya :

1.  tumis bawang2 dan  biji  sawi sehingga  wangi  masukkan  serbuk  kari  dan sedikit  air
2. setelah  pecah  minyak  masukkan  ikan  bilis  bersama  sayuran. setelah mendidih,  masukkan  semua bahan2  yg  tinggal.  masak sehingga  separuh empuk  padam  api. 

25 February, 2013

484. NASI LEMAK DAUN PANDAN

Sudah  2  kali  nasi  lemaak  pandan  ini  ilahjy  buat  yang  pertama  tak  sempat  masuk  blog  habis  dimakan tak  sempat  amek  gmbr..sejak  guna  samsung  s3 mini  tuu  senang  nak  amek  gmbar tak  yah  set  bagai  dengan  DSLR CANON tuu..  sebab  tu  sejak  akhir2 ni  ilahjy  rajen  mengupdate  blog.benda  baru  mmg  rajen  kan kan.bukan nak layor tapi kongsi  kenapa ilahjy  malas update bulan2 lepas.
disini  ingin  ilajy  simpan  buat  kenangan  utk  anak2  rujuk dimasa  depan  resepi  nasi  lemak  pandan  cara  ilahjy. adaptasi  dari  resepi  nenek  ilahjy  guna  halba  dan jintan  manis pewangi  nasi.
 makan bersama  timun dan  kentang  goreng
bahan  nasi  lemak  pandan:

4  pot  beras  wangi
5  helai  daun  pandan  lebar2(mesin  dgn  1  cawan  air)
1 santan  kotak tambah  air mengikut  keperluan  beras  masing2
1 sudu  teh  halba
1/2  sudu  teh  jintan manis
1 sudu besar  hirisan  halia
garam  secukup  rasa


caranya:
 campurkan  kesemua bahan  dan  tanak  hingga  masak.

kentang  goreng:

potong  kentang  lebar macam  dalam  gambar  rendam  dalam  air  garam  dan  air  kapur selama  20  minit. goreng  sehingga  masak.

sambal  ikan  bilis:

campuran  cili kering,belacan sedikit ikan  bilis dan  bawang  besar juga  bawang  putih  yg  agak  banyak.
mesin  kesemua  hingga  halus  dan  tumis  sehingga  pecah minyak masukkan  santan pekat dalam  1/4 cawan dan  air  asam secukup  rasa.

telur  dadar  gulung:
2  biji  telur,garam  dan sedikit  air  campur  kesemua pukul  sebati  dan  dadarkan  nipis sejukan  kemudian  gulung.padat2. potong nipis.

483. KEK NENAS VERSI ILAHJY

 Salam  sejahtera. selamat  bertemu  kembali  dipagi  isnin.  setelah  2  hari  ilahjy  pulang  ke  MELAKA  untuk  menguruskan  2  buah  kebun  yg  berlainan  kawasan..hari  ini  terasa  juga  keletihannya. ALHAMDULILLAH  dengan  izinNYA. hari  sabtu  ilahjy  bersama  en  hb  selamat sampai  di  MELAKA jam  4.30  petang  sesak  hway  dek  krn  kemalangan  kecil. setibanya  di   kampung  kerja2  menguruskan  iaitu  perancangan  awal  telah berjalan  dengan  lancar.
pertama  semasa  singgah  minum  petang  ditepi  kampung  en  hb  kami  bertemu  dengan  cina  pembekal barangan  pagar kebun,  cina  tu  hantar  papan  ke  kedai tu, kebetulan  ... terus  ilahjy buat  rundingan  dgn en LUTAI. beres  1  kerja.
terus  ke  kebun  adik ipar PULAI  DARAT untuk  melihat kerja memagar  kebunnya yg  hampir   siap. kebetulan  ilahjy  bertemu  dengan  tukang  pagar.  maka  ilahjy  teruskan membuat temujanji  untuk  kerja2  memagar  kebun  getah  kami  pula.di SERKAM  DARAT
seterusnya kami  pergi bertemu  pula  dengan  sepupu  en  hb  untuk  kerja2  meracun  kebun  seluas  11/4  ekar dengan  siap  membeli  beberapa  botol  racun  serta bayaran  upah  meracun  sekali.  sebab  projek  memagar  akan  berjalan  awal  mac nanti..
alhmdulillah  kesemua  berjalan  lancar. tak  pernah  kami  merancang  sebegitu  rupa.cuma  niat  sahaja  utk   terus  membangunkan  kebun  tinggalan  orang  tua. ALLAH  perlancarkannya  dengan  mudah  pada  sabtu semalam.23 feb  2013
pun  begitu  lot  rumah  kg  tersusun  ilahjy  juga  diracuni juga.  hati  bukan  kepalang  suka  sebab  pagar2  keliling  tanah  lot  itu  telah  siap beberapa  hari  lepas. teguh  berdiri  tiang2 besinya .yang  dahulunya  didirikan  dengan  batang  kayu  pokok akasia  sahaja,  telah  mereput  setelah  2  tahun  didirikan..
syukur  kami  sekeluarga  pada  ALLAH S.W.T dengan  semua  kerja  dipermudahkan  ini.AMINNN

BERBALIK  KEPADA KEK PULA 
maaflah ilahjy  kongsikan  kegembiraan di  atas bersama  kalian.
kek  nenas  ini  ilah jy  reka   kerana nak  menghabiskan  nenas  adik  ipar yg  kami  amek  dimelaka  2  minggu  lepas. maka  inilah  hasilnya.  bercucuk  tanam  pada  tanah. 

               selepas  keluar  dari  oven   terus  ilah  jy  keluarkan  dan  terus  potong memang  gebusss  sangat lembut dan agak  lembab. 
   keratan  rentas  kek nenas  ilahjy
  tak perlu  tunggu  sejuk  ilahjy  terus  sapukan  lebihan  nenas  tadi  ke  atas  kek

 Bahan:

1 cawan  marjerin (rupa bentuk asal-tak cair)
2 cawan tepung  gandum
1/2  cawan  gula  halus
1/2 cawan gula  merah/brown  sugat
1 cawan nenas
1/4  cawan  susu  cair
6  biji  telur gred b
1  sudu  besar  ovellete
1 sudu  teh  baking  powder
2  sudu besar  tepung  kastard

caranya:

1. satukan  gula,telur, *marjerin, ovellete putar sehingga  gebu  dan  lembut/mulus
2. masukkan  tepung2, baking  powder,susu,esen  vanilla, putar  lagi  sehingga  gebu. kekalkan  kegebuan adunan.  (maaf  marjerin  lupa  dimasukkan  dlm barisan 1 diatas.) tak  perlu  cair kan.
3.lepas  tu  masukkan  nenas putar sebati.
4. bakar  dalam  oven  kepanasan 170  darjah  30 minit  atau  sehingga  cucuk  lidi  jadi  kering.

cara membuat  nenas  cara  ilahjy:

1 biji nenas  saiz sedang
1  batang  kulit   kayu  manis
1/2  cawan  gula  jgn  manis sbb  kek  sudah  ada  gula
lebihan  nenas  jadikan  sapuan  diatas  kek

caranya:

bersihkan  nenas  buang  pulur,
mesin  bersama  1/4 cawan   air sehingga  halus
panaskan  dalam  kuali  bersama  gula sehingga  pekat tapi  tidak  kering.
ilahjy  perlukan  nenas  pekat untuk  kek  ini.
sila  perhatikan  nenas  yg  ilahjy sapukan  atas  kek  itulah kepekatannya
tidak  kering  sedang2  boleh  disapu seperti  jem.

 VERSI  KE 2 RESEPI  YANG  SAMA

 selain  dari  versi  pertama diatas  ilahjy sediakan  kek  ini  dalam  bentuk  muffin pelbagai  rupa.  ikut  selera dan kemahuan mereka cipta

ilahjy  berikan  inti blueberry ditengah2 lapisan  kek dan  juga  hiasan  diatasnya

letakan  kepingan  oreo dan  tambahkan  adunan  sekeliling oreo supaya  oreo melekat  dan  sedikit  tenggelam selepas masak.ilahjy  guna  aising  beg.

21 February, 2013

482. PIE KENTANG KARI AYAM

 akhirnya  untuk  kali  ke  3  ilahjy  telah membuat  pie  ini untuk berbuka.,  minggu  lepas  ilah jy  beli  sekarung  kentang  yg  hanya  berharga rm7.50. jenuh  nak  menghabiskan   kentang  tu  kalau  tak  dibuat  mega  projek  mcm  ni  hehe..
resepi  pie  ini  amat  senang  tak  banyak  kerenah semasa  mengadunkan  kita  dpat  mengagak kelembutannya.sebab  itu  resepi kali  berbeza  dgn  resepi di n3  lepas sila  klik  kat  link  dibawah utk   melihat  resepinya.
 sila  perhatikan  perbezaan  pie  gambar  atas:  belum  sempat  sejuk  ilah  jy  dah  buka maka masih  lembut dia  terbenam  kebawah  menjadi  datar. ilahjy  bakar  sekadar  berwarna perang berbeza  di bawah agak  garing  sedikit.  dua2  pun  sedap!!! SILA  MAKAN  DGN  SOS
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=pie++kentang SILA  KLIK  SINI  utk N3yg  lepas.

gambar  ini  N3 lepas..  ilahjy  buka  selepas  beberapa  jam  ia  sejuk  bentuk  cawan  tu  masih  kekal
 11. setelah  inti dimasukan seterusnya  telur  di tuang  perlahan2  supaya  rata

10. aturkan  cup2  ke dalam  loyang  pembakar
9.campuran  1  biji  telur  dengan  susu  cair
8.dengan  menggunakan sudu KFC masukkan  inti  secukupnya memenuhi  lubang  kawah pie

7. gambaran  dekat  kawah2  dibentuk

6.kentang  dimasukkan  ke  dalam  cup alumnium dengan  menggunakan  sudu  teh  bentukkan  kawah2nya
5.sediakan  peralatan  seccukupnya  sebelum  memulakan  kerja
inti  kari ayam  hendaklah  dibiarkan  basah  sedikit daripap  inti  karipa  supaya  kelembapan  akan  kekal  selepas dibakar
4.
4.perhatikan  kentang bercampur  dgn  tepung telah berubah  menjadi  sedikit  kental

























3.tambahkan  tepung  secukupnya sehingga  boleh dibentul di  dalam  cup.  tidak  terlalu cair
2.kentang  tanpa  tepung bentuknya  agak  lembek
1.selepas di rebus  toskan  air  masukkan  mentega dan  garam ketika  masih  panas  teruskan  menumbuk kentang  ini

bahan:

8  biji  kentang di  potong  nipis  rebus  sehingga  empuk
2  sudu  besar  marjerin
1  sudu  teh  garam
1  cawan  tepung  gandum

1  biji  telur
3  sudu besar  susu  cair


caranya:

kentang  ditoskan  semasa  masih  panas  terus  masukkan  marejrin  dan  garam
tumbuk  sehingga  halus mulus.
tambahkan  tepung  sehingga  boleh  dibentuk  menggunakan sudu.
masukkan  ke  dalam  cup  aluminium
lubangkan  ditengahnya. masukkan  inti kari ayam  yg  basah. tidak  kering  sperti  karipap.
tutup  dengan  bancuhan  telur  dan  susu.
bakar  230 darjah  selama 20 minit  atau  sehingga  garing seperti  kita  kehendaki.

481. BUBUQ/MOI NASI BERHALBA


SALAM  KHAMIS DAN SALAM  SEJAHTERA  BUAT  YANG BERPUASA  SUNAT  KHAMIS  HARI INI. MUDAH2AN  KALIAN AKAN  DIBERI  KESIHATAN  YANG  BAIK  SAMPAI BERBUKA  NANTI
sahur  kami  hari  ini  ilahjy  sempat memasak  bubur  nasi/moi yg  disebut  oleh  orang  kedah. nasi  ni  ilahjy masak  setakat  kembang tidak  sampai  hancur.  kerana  kami  sekeluarga  tak  suka  jika  bubur  ini  hancur  halus  mcm  bubuq lambuk  bulan  puasa  tuuu, tak  kenyang  rasa nya  bila  Dijamah ..
jika  diikut  resepi  bubur  kanji  kedah menggunakan  santan  tapi  sahur  tadi  ilahjy  tak  letak  sebab  nak  kelainan  rasa dan  supaya  tak  mual awal2  pagi  nak  jamah.

http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=kanji++kedah KLIK  DISINI  UNTUK  RESEPI  ASAL DAN  CARA LANGKAH  MEMBUATNYA


bahan:

1 pot  beras  wangi
air mesti tenggelam  beras 3  kali. tambah  air  jika   belum  cukup  kembang
 1  sudu teh  halba
1  sudu  teh  lada  hitam
3  batang  serai  ketuk
bebola  daging/ daging  segar
1/2 batang carot  di  dadukan
1  biji  kentang  didadukan
sayur yg  digemari
1  biji  tomato  dadu  besar
1  ketul  kiub  uikan  bilis
garam
 
caranya:

1.  rebus  beras  dengan  air  sehingga  mengelegak
2.  masukkan  kentang  dan  karot  dadu,  serai  ketuk
3. setelah  separuh  kembang  masukkan  lada  hitam,  halba, kiub  ikan  bilis  dan  bebola  daging
4. setelah  beras  kelihatan  pecah masukkan  garam jika  suka  lebih  kuah  tambah  air ilahjy suka  bubur  ini  pekat.akhir sekali  tambah  sayur dan  tomato jika  suka 

selamat  mencuba  ilahjy  suka  makan  bila  tergigit  lada  hitam   pedas2  manjaaaa..hehehe

20 February, 2013

480. PULUT SUMBANGAN HARMONI

 selamat  petang sejahtera  hendaknya  semua  pengunjung2  blog dikala  ini.
jam  12  tadi ilahjy  ke  dapo nyata utk  projek  pulut yg  baru  direka ini.  adaptasi  dari  pengalaman yg  telah  lepas  ketika  mebuat  pulut2  lapis... dengan  sedikit  kemahiran yg  ada  ilahjy  sperti biasa  mengadun  resepi  mengikut  keperluan  bahan  tanpa  sukatan..dah  macam  cara  zaman  kuno  dulu2  tak  de  sukatan  tak  de  acuan  tak  de  bekas...  hikhik..tak  pe  dlm  resepi ini  nanti  ilahjy  akan  cuba  gunakan  sukatan mengikut  keperluan yg  telah  ilahjy  gunakan..
nama  pulut  ni  pun  ilahjy  tak  de  cadangan...  tapi  sempena  nama  BLOG  RESEPI  SUMBANGAN  JY  ni  ilahjy  cuba  masukkan  juga.  menyelit  hehe, HARMONI  disebabkan  penggunaan  3  bahan,  pulut,sagu  dan  coklat amatlah  sedap  dan  amat  sesuai  dengan  tekak  yg  sedang  perit  ni.. 
 
 
 penggunaan  alas  plastik  amatlah  memeudahkan  kerja pemindahan  kuih  ini  ke  atas  pinggan

 ilahjy  sejukan   kuih  ini  di  depan  kipas  angin  supaya  cepat  boleh  potong

bahan pulut:  sukatan  anggaran ilahjy:

1  cawan  pulut(loyang   paling  kecil) rendam semalaman
1/4 kotak santan dan  air dicampur mencukupi separas pulut
secukup  garam

caranya:
1.kukus  sehingga  masak,  hendaklah dikacau.
2.angkat pulut, masukkan  ke  dalam  bekas  lain campurkan  1  sudu besar  minyak  masak.
3. alaskan   loyang  dengna  plastik  dan  tekankan  pulut  kembali. dan  kukus semula.
 

 bahan sagu:

1/2  cawan  sagu  direndam  bersama  pewarna  pink dlm  15  minit supaya  kembang dan  toskan
1/4 cawan  santan  kotak (jgn  terlalu  byk setakat  merata sagu  saja)
sedikit  garam

caranya:

setelah  toskan  sagu   campurkan  kesemua  bahan tadi  sehingga  sebati.
tuangkan  ke  atas  lapisan  pulut  dan  ratakan keseluruhan pulut,
kukus  sehingga  bertukar  jernih.

bahan  coklat: (sila  guna  cawan  kecil dari  cawan  pulut.)

1/4  cawan  serbuk  koko
1  cawan  tepung  gandum
4  cawan  santan  cair
1/2  cawan  susu  cair
3  biji  telur
1 1/4  cawan  gula  pasir
garam
2  sudu  minyak  masak

caranya:

campurkan  kesemua  bahan kacau  sebati.
panaskan  sehingga  naik  wap tuangkan  ke  atas  sagu  tadi.
dan  kukus  selama  25  minit
sendengkan  loyang  setelah  masak  supaya  air   wap  keluar.
sejuk  boleh  dipotong. 

 CONTOH  CAWAN  YANG  ILAHJY  GUNAKAN DLM  MEMBUAT TALAM  DI  ATAS.. HIJAU  SAIZ  BIASA..  YG  KECIK  TUU NAK  KASI  LAPISAN  NYA  SEKATA TAK  TERLALU  TEBAL.

479. POPIAH KETAM cepat dan sedap..

 sehari  dua  ni  ilahjy  gemar  sangat  sediakan  makanan  yang  mudah  dan  cepat... hari  ni  selain  pasta  hijau  goreng..  ilahjy  juga  sempat  membungkus  popiah  dengan  isi  ketam. sebelum  anak  bongsu  ke  sekolah  jam  7  pagi  tadi..  jadi dalam  kekalutan  kejar  masa tak  dan  nak  masuk  sayuran dlm  popiah  ni  cuma  isi  ketam  100%  peratus. nak   jadi  cerita ilah  jy  guna  kulit  popiah  saiz  paling  kecil balut  dengan  isi  ketam sebatang  tanpa  belah  dua.  apa    lagi  masa  hampir  nak  angkat  dari  kuali  popiah  tu  MELETOOOOPPP  hehe   habis  tangan  kanan  kena  minyak  masak panas  tuu,  terus  sapu  madu.  panas  ya  amat!!!.  lepas  tu  untuk  gorengan  kali   ke  2  ilah  belah  isi  ketam  menjadi  2. kecil  tapi selepas  goreng  isinya  tetap  padat,.  tapi  yang  tak  belah  tadi  mengembang  didalam.. tak  best  laaa...  

 gambar  diatas  tak  guna  cahaya  berbeza  dengaN  dibawah  guna  cahaya  ..jam  7  pagi  tadi...SAMSUNG  S3 MINI.... 

19 February, 2013

478. PASTA HIJAU ILAHJY

 selamat  sejahtera  dah  minum  petang? apa  menu  tengahari  tadi?
bagi  ilahjy  yang  sedang  menderita  sakit  tekak  ni  perit  tak boleh  makan  pedas2... teringin  nak  makan  pasta  hijau. jam  11  pagi  tadi  selepas  out  dari Fb.  terus  ke  dapo menyediakan  segala  bahan  yang  tak  punya  sukatan.  biasalah  ilahjy  ni  kerja  main  agak2  jer.  akhirnya  terjadi  lah  juga  pasta  hijau  ni..  teringin  nak  masukkan  sayuran  bayam  tapi  kehabisan  stok.  ada  pula  tepung  atta/capati maka  dengan  segera  tangan  ni  mengandunkan  bahan.keputusannya  adalah  terbaik sekali  bagi  tekak  ilahjy  ni.
ada  sapa2  berminat  mau kan  resepi? tunggu  ya..
sebenarnya  sudah  beberapa  kali  ilahjy  buat  pasta sebegini  rupa.  cuma  bentuk  dan wsrna berbeza.


PASTA  INI  BOLEH  DIJADIKAN  SUP SOTO  SEPERTI  DALAM  GAMBAR ATAU  DIGORENG SEPERTI  KUE  TEOW IKUT  SELERA  MASING2
GAULKAN  MINYAK  MASAKA  SECUKUPNYA  SUPAYA  TIDAK  MELEKAT
MASUKKAN  KE  DALAM  AIR  SEJUK  DAN TOSKAN  SEKALI  LAGI
REBUS  DALAM  AIR  MENDIDIH SEHINGGA  TIMBUL  DAN  TOSKAN

BEGINILAH RUPANYA SELEPAS DIMESIN  
 
SAPUKAN  MATA MESIN  DENGAN  MINYAK MASAK BARU  POTONG  ADUNAN  KEBENTUK KUE  TEOW
SAPUKAN  TEPUNG  PADA  ADUNAN  DAN  MESIN KAN SEBANYAK  3  KALI

TEPUNG  DIBULATKAN  TAK  PERLU LICINKAN ADUNAN SEKADAR BAHAN  BERCAMPUR BILA  KITA  MESIN  BAHAN  AKAN  LICIN  SENDIRI
 
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/PASTA KLIK  SINI  RESEPI PILIHAN
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/mee KLIK  SINI  UTK MELIHAT  CARA BUAT  MEE

bahan: resepi  rekaan  ilahjy

2  cawan  tepung  gandum
1  cawan  tepung  capati/atta
2  biji  telur
1  sudu  teh  garam
1/2 cawan air secukupnya
pewarna  hijau secukupnya

caranya:

1.campurkan  kesemua bahan gaul rata  dan  uli  seperti  karipap tetapi  keras sedikit  dari  adunan  karipap.
sila  guna  mesin  mee.
2.bentukan  kecil2  seperti  di  atas. supaya  senang  nak  gelek  dimesin.
gelek  sebanyak  3  kali biar  rata adunan. sambil disapu  tepung  setiap kali masuk  mesin.
3. sapukan  tepung  rata2  dan  mesin  ke  mata kue  teow untuk  mendapatkan  bentuk  pasta di  atas.
 sapukan  minyak  masak  semasa masukan  adunan  ke  mata  mesin tadi. 
4. rebus  dalam  air  mendidih setelah  timbul  toskan.
5. masukkan  terus  ke  dalam air  sejuk supaya mematikan  proses  kembang.
6. toskan  dan  sapu minyak  masak  mengelakkan  melekat. boleh  dimasak dl  pelbagai  juadah samada  nak  mengoreng  atau  merebus.

SELAMAT  MENCUBA

477. PASTA HALUS DAN RESEPI MUDAH

salam  sejahtera semoga  diberikan  kesihatan  yang  baik  pada  hari  ini  dan  seterusnya dan  dipermudahkan  segala  urusan. mudah?  masak  pun  nak  mudah  dan  senang.
Begitu  juga  dengan  makanan  ini salah  satu pasta yang  amat  mudah  disediakan.menjadi  pilihan  ilahjy dikala  tekak  jemu nak  makan  nasi
ilahjy  menggunakan  bahan2  di  dapur apa  yang  ada. ikut  selera  teka  sendiri.
tumisan  cili  ditambah  kuah sphageti keluaran  kimball  dicampur bebola  daging  sayur  bayam   serba  serbi  sos...daun  oregano daun pasli  dll  bagi  menyedapkan  rasa.  terpulang  kepada  selera  masing2...
tekak  orang  melayu  bukan  tekak  mat  saleh  kan...
jom  layan...GAMBAR  DARI  H.SET  SAMSUNG  S3 MINI yg  tak  seberapa  cantik maaf  yee

lagi   satu  puff  yg  mudah intinya  ikan  sardin gabungan  asam  limau,  bawang  besar  dadu dan  sili  besar  dan cili  padi  dadu bersama  daun  sup  dan  daun bawang.  dibakar.  guna  pastry  jenama  KAWAN mudah  dan  senang  

18 February, 2013

476. KEK SPAN DALAM 2 VERSI TOPPING

 Salam  isnin  buat  semua  pengunjung2  RSJY. selamat  berpuasa  buat  kalian  yg  berpuasa  sunat  hari  ni.  ilahjy  tak  kesampaian  disebabkan  tekak  masih  perit.  pagi  ini  ingin  ke  farmasi  untuk beli  ubatsakit  tekak.  makan  pedas2  pasti  pedih.  harap2  akan  sembuh  ..dan  dapat berpuasa  bayar selepas  ni..  
 beberapa  hari  ni dalam  FB  dan  blog  dihujani  dan  dijangkiti  virus  topping  coklat  yg  meleleh dari  dapo  maya  sahabat  kita  NOR  SECUBIT  GARAM..  ramai  dah  mencuba.  ilah jy   pasti  telah  mencuba..tetapi ilahjy  cuba membuat  kek  span resepi nor KEK  CHEESE BERSALJI yg  lembut  gebuss tuu  dan  digandingkan  dgn  sos/ganache  nor dari  resepi  KEK COKLAT  KUKUS..disebab  anak  sulung  telah  pun  membawa  balik  ke  rumah  kek  coklat seperti  nor  buat..ilah  terpaksa  ubah  kek coklat  kukus  jadi  kek  span dan  gabungkan  pula  dgn  ganache  tuu dan  disapu  juga  blueberry  jem  dan  diberi  inti tengahnya  ... ganache  tu  memang  sedap... tak  keras  meleket jer hehe .. ilahjy  tak  tambah  air  panas sebab  dah  cukup  cair dah.  mungkin  1  masa nanti  ilahjy  tambah  air  panas  pula..
apa pun  terima  kasih  nor  secubit  garam  nun  di  terengganu  kiteee..nor  telah  mencubit  hati  kusss  utk  mencuba  2  resepi  sekali  gus..dua2  boleh  rasa.hehehe   ok  tak  nor???untung  dua2  dpt  makan.

sila  klik  sini  utk  resepi  kek  span
abaikan  pelakun  tambahan  si  oren tu  yee..nak kasi  gambar  terang  jer  tuuu

http://www.secubitgaramnor67.com/2013/02/kek-coklat-kukus-dgn-topping-yg-meleleh.html
sila  klik  sini utk  resepi  sosnya.  ilahjy  tak  tambah  air  panas. 
 kaedah  double  boil
 


 masukkan  jem  blue berry kedalam  pipping  beg  dan   bulatkan  seperti  dalam  gmbr dan  tutup  kembali  jem  dgn  adunan  jangan  sampai  penuh ya.. 1/3  jer dari  bekas.

adunan  hendaklah  seperti  ini  baru boleh   digunakan.


mohon  izin  ilahjy  kopi  dan  pasta  resepi  disini  ya  nor..muahhhh!!!

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)


Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
nota ilahjy:  kalu  guna  bekas  kecil   mc  diatas  sila  bakar  15  minit  sahaja 160 darjah
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/02/snow-cheese-cupcakes.html#ixzz2LHOBhYRx


CHOCOLATE GANACHE 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz2LHOgaHyr

16 February, 2013

475. CAPATI DAN PURI cara ilahjy

DUA  SEKAWAN  SIRAM   BERSAMA
puri  ini  ilahjy  guna  2  bahan  gabungan bersama iaitu  lebihan  tepung  ata dgn  tepung  gandum, campur  susu air  panas  dan  baking  powder, garam

semasa  bakar capati  sila  tekan2  dgn  tuala  basah  atau tisu  basah utk  kembungkannya
 dua2 bahan  di gelek  nipis dan  tutup  dgn  tuala supaya  tak  kering dan  diperap  seketika

BAHAN  UNTUK  CAPATI  CARA  ILAHJY: sukatan  main  agak2 ..

2 cawan  tepung  ata 
2  sudu  besar  minyak  sapi
sedikit  garam
1/2 cawan   air  suam (sila  tambah  jika  adunan  keras)

CARANYA:
ayak  tepung  ata, masukkan  garam dan  minyak  sapi  gaul  rata jadi  serbuk  roti.
tambah  air  suam uli  sehingga  sebati.  lembut  sedikit  dari  adunan  karipap.
bulatkan dan  gelekkan bersama  taburan  tepung  ata supaya  adunan  tidak melekat.
ketebalannya sederhana  nipis  mcm  buat karipap.
tutup  dengan  tuala  lembab dan  perap  sebentar.
panaskan  kuali  tanpa  minyak  bakar  dengan  cara  menekan tuala  lembab  keatas  permukaannnya supaya  ia  kembung dan sehingga  keperangan.
semasa  hendak  makan  tepuk  capati dengan  tangan  supaya  ia  lembut. 

BAHAN  UNTUK  PURI  CARA  ILAHJY lebihan  tepung  ata capati tadi,
sukatan  agak2 juga

1/2  cawan  tepung  ata
1  cawan  tepung  gandum
1/2 sudu  teh  serbuk  penaik
1/2 sudu  teh  garam
1/4  cawan  susu  cair
1/4 cawan  air  panas

CARANYA:

Campurkan  kesemua  bahan uli  sehingga  lembut
lembut  sedikit  daripada  adunan  karipap. bulatkan  dan   gelek senipis  karipap
panaskan  minyak  sebanyak  mungkin. bila  minyak  betul2  panas
baru  dimasukkan  kepingan  puri  satu  persatu.  sila  taburkan  minyak  ke  atas
 puri  semasa  mengoreng  supaya  ia  kembung  sekata  macam  dalam  gambar.

kedua dua  makanan  ini  enak  dimakan  dgn  kari  atau  dalca