terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 April, 2013

502. KUPANG SEGAR GORENG KUNYIT

Kupang Ini Dibeli Di Melaka Kat Telok Mas

Senang Jer Nak Masak
Potong Bawang Besar, Halia, Bwng Putih, Cili Merah Dan Hijau, Nenas Bajikan,
Tumis Ke Semua Sekali Harung Dalam Minyak Yg Secukupnya.
Masukkan Serbuk Kunyit Dan Garam. Goreng Sehingga Masak. Beri Sedikit Air.

27 April, 2013

501. KUIH LAPIS PERMATA

Salam hari sabtu salam berhujung minggu.
Alkisah kuih lapis ni ilahjy buat petang semalam. Ia adalah gabungan 2 idea.
Permata adalah ilham ciptaan RATU TALAM kita iaitu YATIE MEMORIES SINAR KEHIDUPANKU. Selera kami berdua sama dalam hidangan Kuih2 Kukus Talam Ni.
Sementara Resepi Kuih Lapis Ilahjy Amek Dari Dapo REEN KHAN.
Terima Kasih Kepasa Dua Org Sahabat Ku Itu.
Ilahjy Cadangkan Kuih Ini amat Sesuai Jadi Hidangan Masa Kenduri Kawen. Kerana Ia Tahan Lasak. Manis2 Buah. Kuih Ini mudah Dipegang Sebab Dia Tak Gedik Mcm Kuih Lapis Yg Biasa Ilah Buat. Ia Kenyal.. Bila Ditekan Antara Dua Jari Selepas Dipotong Ia Akan Kembali Ke Bentuk Asal. Manis2 Buah rasanya.
Apa Pun Jom Layan Resepinya.

Anak Dara llahjy Cakap Macam Demam Campak Jer Rupanya Cikenpox Tuuu Hahaha
Tapi Ada Seni Tersendiri

bahan2nya:

4 Cawan Tepung beras ( 3 Mungkin Lembut sikit )
1 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Tepung Jagung
1 1/2 Cawan Gula
6 Cawan Santan
250 Gm Sagu besar Beli Yang Siap Kembang

Caranya:

Campurkan Kesemua Bahan Kacau Sebati Dan Tapis.
Panaskan Kukusan. Sapu Minyak Pada Loyang. Panaskan Loyang Sebentar.
Tuangkan Lapisan Merah Kukus 5 Minit. 
Tuangkan Lapisan Putih Dan Aturkan Sagu Dan kukus 5 Minit
Tuangkan lapisan Merah Dan Sehingga Habis.
Akhir Sekali Kukus Selama 20 Minit.
Sejukan Baru Dipotong.

24 April, 2013

500. KHASIAT DAUN ANGGUR

Daun anggur ini ilahjy petik tepi pagar kem. tumbuh Segar Selepas Beberapa Bulan Ia Diberihkan. Ia ditanam Oleh Org Awam Dato keramat. 
Bukan Main Menjadi2 Daunnya Sebelum Ini TAPI ilahjy tak tau apa Khasiatnya. Bila Terbaca Dlm Fb SUZANA hari ini Ilahjy Telah Petik Dan Akan Mencuba Memasak Daun Anggur Ini.. Nanti  ilahjy  Paparkan Apakah Resepinya...
Dibawah Juga Ilahjy Kongsikan Info Pasal Daun Anggur Dar Fb SUZANA T.kasih Ya Zana. Semoga menjadi  Panduan Utk Kita Semua.


Hari ni...jom kita bicara khasiat daun anggur. Bukan saja buahnya...malah daunnya juga penuh dengan khasiat. Makan buah anggur bagi rakyat Malaysia adalah perkara biasa kerana kita mudah dapat di kedai-kedai buah dan pasaraya...Tapi, untuk makan daun anggur...sudah tentu ada di antara kita yang berasa agak pelik kecuali yang biasa memakannya. Perkara ini tidak menghairankan...sebab daun anggur sudah tentu bukan makanan ruji kita. Tetapi, ianya adalah makanan ruji bagi penduduk di negara-negara Mediterranean, Greece, Bosnia, negara Timur Tengah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...:)Okay...kita terus ke topik yang ingin saya kongsi di sini iaitu : KHASIAT DAUN ANGGUR , secara ringkas...antaranya ;

Seperti sayur-sayuran yang lain sudah tentu daun anggur rendah kalorinya dan juga rendah kandungan lemak tepu ( saturated fat ), kolesterol dan sodium.Samada diambil mentah atau dimasak...ia adalah sumber serat yang baik. Daun anggur mengandungi antaranya vitamin A , C , E , K , B2 ( Riboflavin ), B6 , B3 ( Niacin), B9 ( Folate ). Selain itu ia juga mengandungi Omega-3 fatty acids dan Omega-6 fatty acids. Juga...kandungan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti Kalsium, Magnesium,Copper dan Manganese.
Dengan segala kebaikan yang terkandung di dalam daun anggur itu...maka tidak syak lagi bahawa ianya sangat baik untuk kesihatan terutama untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengawal tahap kolesterol dalam darah,anti-oxidant bagi mencegah kanser, mengawal berat badan, dan lain-lain lagi....boleh Google untuk dapat maklumat terperinci tentang khasiat daun anggur ni dari segi kesihatan...:)
Malah di dalam Al-Quran juga Allah menyebut beberapa kali tentang pokok buah-buahan ciptaanNya yang memberi kebaikan kepada umat manusia, yang antaranya adalah pohon anggur...yang disebut di dalam salah satu surah :

”Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” ( An Nahl: 11)

Oleh itu...sebagai manusia yang dikurniakan Allah swt dengan akal, mari kita fikir-fikirkan bersama akan nikmat yang Allah swt kurniakan di depan mata kita...dan sama-sama lah kita manfaatkan ia sebaik mungkin...kerana kita disarankan untuk memakan segala yang baik....

23 April, 2013

499. LEMPENG NASI DAN SAMBAL IKAN BILIS KACANG PANGGANG

Nasi malam tadi berlebih tak cukup utk digoreng. Terus ilahjy buat lempeng yang  Mudah Ini.


Bahan2nya:

1 Cawan Nasi
2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Garam
1 Biji telur
2 Cawan Air (bancuhan pekat Tapi Mudah Utk Diratakan Ke Kuali, Cair Sedikit Dari Bancuhan Jemput2  )

Caranya:

Bancuhkan Kesemua Bahan Sehingga Sebati dan Cuba Bakar 2 Sudu Besar Utk Testing Kelembutannya. Tambah Air Jika susah Utk Diratakan Ke Atas Kuali.


Sambal Ikan bilis Kacang Panggang

Buat Sambal Seperti Biasa Cuma Ditambah Kacang Panggang. Jom Layanzzzz

498. AGAR-AGAR KEMENYAN

Alkisah hari Ahad. Hajat nak Makan Cendol tak tercapai. Ilahjy Ke Giant Setiawangsa  Utk Membeli Barangan Dapur. Bila Terpandang cendol terus amek Pernh Sekali Beli Ok Jer. Nak Jadi Habuan Nasib Tak Baik. Dapat Cendol Berbau Hangit Dan Rasanya Macam Makan Arang Dan Ada Pula Serbuk Hitam Didalam Tepung Cendul Tu. Selepas Ditos Baru Nampak Keburukannyaa. Apa Nak Buat Tak De rezeki. Selalu Beli Buah2an Pun Sama. Asyik Terkena Yg Buruk Saja Wpun Dah Pilih.maklum Lah buah didalam Mana Nak Nmpk Buruknya...

Ilahjy Cuba Call IKS DI JOHOR pembuat Cendol Tu.. Tapi Yg Jawaab Seorsng Perempuan Cina Yg Tinggal Di BUKIT JALIL... apa Nak buat tak Boleh Lah Nak Buat Aduan..baiki Kualiti   produk Mereka.lain Kali jgn Beli Lagi buatlah sendiri Bukan susah Sgt Pun... Disebabkan Air Gula Dan Santan Dah Disediakan Seawalnya. Sebelum Ditoskan Cendol, Maka Ilahjy Teruskan Projek Mekemenyankan Agar2 Ni. Ramai Rakan2 Blogger Telah Pun Membuat Agar2 Ni.. Mungkin Nama Yg Berbeza..  Mari Kita Lihat resepi  ilahjy sediakan dibawah. Maaf Update Guna Galaxy Tab Samsung Lagi....tak Berapa Mahir Lagi Huruf2 Pun Membesar Sendiri Jnuh Nak Delete. Tak Larat Biarkn Ajeee..nanti Kena Cari Mana Nak Statikkn Keybod Ni..hehehe
 Setelah Dibedah Siasat
 

Bahan-bahan:

10 Gm Agar2 Serbuk Plain
3 ketul Gula Melaka saiz Kecil
6 Sudu Besar Gula Pasir Tambah Jika Kurang Manis
2 Biji Telur ( kalau suka Nipis 1biji telur)
1 Kotak Santan
1 Liter Air 
2 Cawan Air Untuk Memasak Air Gula
Daun Pandan
Perisa Vanilla
Sedikit Pewarna Coklat 
Sedikit Garam

Caranya:

1. Panaskan 2 Cawan Air bersama gula2 dan daun pandan sehingga Cair dan Tapiskan
2. Masukan Telur Dan Dikacau Sehingga Telur Sebati.
3. Masukkan Santan Kacau Sebati
4. 1 Liter Air Dimasak Bersama Agar2 Sehingga Cair
5. Masukkan Campuran di Atas tadi  Bersama Esen Vanilla Dan Pewarna Coklat. Masak Sehingga mendidih Dan Sentiasa Dikacau Supaya Tidak Melimpah. Setelah Timbul Butir2 Telur Padamkan Api.
6. Ambil 2 Sudu besar agar2 itu letak dalam bekas kecil utk Diuji Kekerasan @ kelembutannya. letak Dlm Peti Sejuk. Jika suka Lembut Perlu Tambah Air panas. Tak Perlu Panaskan lagi. Keras Atau Lembut bergantung pada Selera Masing2.
7. Sedia Untuk Dimasukkan Ke Dalam Acuan Kecil2 Atau Besar.
Selamat Mencuba. 

21 April, 2013

497. IKAN BAWAL EMAS MASAK STIM REBUS

Klik Diatas Utk Resepi 4 Tahun Lepas Ketika Mula Mencuba Cara Ini... Dah 4 Thn Rupanya Ilahjy Praktikan Cara Ini Rasa Baru 2thn He3x Update 23 April...baru Cari Label Diatas..

Salam Sejahtera lama Ilahjy tak Mengpdate Blog.
sejak Menggunakan SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 ni Tak Pandai Nak Guna .berbeza Benar Dgn laptop Amat Mudah Utk Mengawal Segalanya. Tapi Senang Pula Nak On9 Bilang2 Masa... Awal Thn 2013 Ilahjy Dahbeli Samsung  S3  Mini.. Nama  Pun Mini Mak Kecik Sgt Nk Baca Blog Dan Fb.
Apapun Ilahjy Ttp X Mau Lps peluang Yg Kecanggihan Duniawi ada Ilahjy Nak juga 
Merasainya.. Apapun Jom Layan Resipi di Bawah Ygnilahjy C N P Dr Fb Ilahjy.. Belajar Mengopi..susah Juga.. Bila Dah Jumpa Caranya ilahjy terus gunakan disini..


 IKAN BAWAL EMAS MASAK STIM REBUS... cara ilahjy...
Memasak Ikan Stim, Ilahjy Selalu Guna Cara Merebus, Tapi masih Guna Bahan2 Yg Sama Mcm Buat Stim...malas Nak Pasang Periuk kukus , Rebus Jer La Rasanya Pun Sedap...  Pernah Ilahjy Masak Siakap Dgn Cara Ini 2 Thn Lepas Kalu X Silap...
siakap Kurang Sedap..
Rupanya ikan bawal emas ni amat seda
p berbandingkan dgn ikan siakap yg cepat muak..bila makan rasa x cukup sekor sorg...

Caranya:

1 ekor Ikan Bawal Emas berSihkan
2 batang serai diketuk dan siatkan
1 biji tomato
2 keping nenas
2 sudu besar sos tiram
6 biji cili padi diketuk
1/2 biji bawang besar dibajikan
Cili merah di potong bulat
Air secukupnya
Garam 

Caranya:

Masukkan kesemua Bahan Kecuali ikan Ke Dalam Kuali, didihkan Kuah.
Setelah Mendidih Baru Masukan Ikan Masak Shingga Ikan empuk. Sedia Utk Dihidangkn. 

09 April, 2013

496. CHEESE BROWNIES

 LOREKKAN  TANGAN  KU YANG  KERAS INILAH HASILNYA
ada  rupa bunga  mawar tak  kawan2?

SUMBER  RESEPI  DARI  RINNCHAN terima  kasih  rinn..  resepi  dah bertahun2  diprint baru  nak  cuba.  ternyata sedap...ilahjy  tak  guna  acuan besar seperti  rinn ..sebab  nak bawa  ke  UIA utk  anak  ke3 makan dgn  kawan2...jadi  utk  memudahkan mereka  makan ilahjy  guna  cup  cake..

bahan:

250 gm  butter
1  cawan  serbuk  koko( ilahjy guna  1/2 cwn)
3 biji  telur gred b
1 1/2  cawan  gula  halus
1/2  cawan  susu  cair
1  1/2  cawan  teung  gandum  diayak bersama
1 sudu  teh  baking  powder
1  sudu  teh  soda
1  sudu  teh  esen  vanilla

caranya:
1.  cairkan  butter,padam api. masukkan  serbuk  koko kacau  rata.
2. guna pemutar  tangan putar  telur dgn  gula sehingga  sebati,  masukkan  ke  dalam  adunan  butter
3.masukkan  susu  cair kacau  sebati
4.masukkan  tepung dan  esen vanilla, kacau  sebati
5.tuang  dalam  acuan  yg  kita  suka. bakar  dalam  suhu  170 darjah selama  20  minit jika  acuan  kecil  mcm  di atas. keluarkan  dari  oven
6.  tuangkan adunan  cheese lorekkan  dan  bakar  selama  10  minit  sehingga  adunan  atas nya   kering.  sejukkan  dlm  peti  sejuk

BAHAN UNTUK LAPISAN  CHEESE:

250 gm  cream  cheese
1 cawan  gula  halus
1 biji telur
1/4 cawan  whipping  cream (ilahjy  tambah)

caranya:

pukul  cream  cheese  sehngga  kembang
masukkan  gula  putar  lagi  sehingga  kembang  masukkan  telur dan  whipping  cream terus  putar sehingga  sebati.tuangkan  ke  atas  brownies tadi. LOREKKAN  ikut  kreativiti  masing2  dan  bakar selama  10 minit sehigga  permukaannya  kering  bila  disentuh. sejukkan  dalam  peti  sejuk.

07 April, 2013

SARAPAN PAGI MENU PILIHAN ILAHJY..

 SALAM  KERINDUAN  SEMUA.

seminggu  line  tenet  brukban ni  selow  below sampai  tak  dapat  update  blog. nak  buka  blog  hampehhhh   kesemua  gmbr  lembab  jer  nak  membuka  albumnya huhuuu hari  ni  selepas  seminggu  baru  lah  okies  sikit.  inilah  dia  menu2  sarapan  dan  minum  petang  yg  ketinggalan  utk  ilahjy  paparkan. cuma  dgn  gambar  saja  lah.  resepi  sudha  pasti  ada  di N3  lama cuma  klik kat  sebelah  kanan  blog  pasti  ada... OLEH  ITU  JUG A ILAHJY  TAK  DPT  MELAWAT  BLOG  KAWAN harap  maafkan  hamba yaa..



DONUT  COKLAT  CAIR
  APAM BALIK

DONUT  YANG  DIBAKAR

KASTARD JAGUNG