terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.







18 June, 2013

512. BINGKA BISKUT 4 SEGI

HARGAILAH KESIHATAN SEMENTARA KITA SIHAT.

Beberapa Hari Malah Minggu Ini, Cuaca Di Kuala Lumpur Amatlh Panas Sekali.
Minum Air Kosong Dgn Byk Memang Tak Pernah Dilupakan.
Sejak Pulang Ke Kampung Di Alor Star Ilah Jy Diserang Membuang Air Kecil Yg Amat Kerap Sekali. Lebih 10 Kali Sehari. Setelah Pulang  KL. Seminggu Lps Tu Masih Juga Tak Berhenti, hari jumaat Lepas Anak Ke 2 Ku Pun Diserang Penyakit Yg Sama.
Terus Dihantar Ke Pakar Mizan... Mama Tak Pergi,  Anak Ilahjy disahkan Ada Jangkitan.. Selepas Itu Pada Hari  Ahad Mama Pula Makin Teruk..15 Kali Sehari.. Dah Tak Tahan, Malam Tu Ilahjy Diserang Kepala Pusing, macam Kipas Angin No 5 Berputar. Habis Keluar Apa Yg Dimakan. 4 Jam Teruk Ilahjy Diserang Pusing... Mungkin Cuaca Yg Panas Agaknya... Dan Mungkin Sebab Lupa Makan Tghari Ahad. Semasa  Anta Anak No 3 balik Ke Uia.
Jadi Hari Isnin semalam, Terus Ke Klinik kem Buat Ujian Urine
Sahhhhh!!!  Ilahjy Pun Sama Terkena Jangkitan Kuman Dan Ada Darah Dlm Urine.
Hari Ini Selasa Dah 2, Hari Makan Ubat Belum Pulih Sepenuhnya, Apapun Ilahjy Berdoa Semoga Kan Pulih Selepas Ni...

Tghari Tadi Tengok Kat Fb MARSHITAH Dek Mas Tayang Bingka Ni. Resepi Ni Juga Telah Dibuat Oleh Yatie Memories. Bila Tengok Resepi Ni Senang Terus Petang Tadi Ilahjy Blend Dan Bakar. Jom Lihat Resepi Mudah Ini. Terima Kasih Pada Dua insan Tadi. Atas Resepi Mudah Ini.mari Lupakan Seketika Kesakitan Ini. Semoga Akan Ringan Segala Dosa2 Ku..aminnn




Bahannya:

140 Gm Biskut 4 Segi 
85 Gm Tepung Gandum
3 Biji Telur
210 Gm Gula
710 Ml Santan @ Susu Cair  Ilahjy Guna Dua2 Sekali
1 Sudu Teh Garam
Pewarna Kuning
1 Sudu Besar Butter
Sedikit Bijan utk ditabur

Caranya:

Masukkan Kesemua Bahan Ke Dalam Pengisar
Kisar Sehingga Halus
Sapu Marjerin dalam Loyang
Masukkan Kesemua  Adunan 
Bakar 180 Darjah Selama 1 Jam Guna Api Atas Dan Bawah
Selepas Masak Padam Api Bawah 
Dengan Api Atas Teruskan Bakar Selama 10 Minit Utk Keraknya





14 June, 2013

511. KEK SPAN OREN

Kek span dan deco pertama hasil dari kerjatangan anak no3 ilahjy.
Boleh tahan .. kak long dah kasi markah penuh Siap Dgn Pujian. Hehe..
Resepi dek Ann Amek Dari Dapo Antie  Yatie Memories. Resepi asal Kek Span Pandan.


Bahan:

150 Gm Tepung Gandum
150 Gm Gula Halus
5 Biji Telur
1 Sudu Teh Ovellette
80 Ml Susu Segar/air Pandan
80 Ml Minyak Masak/mentega Cair
1 Sudu Teh Jus Oren Minuman
1 Sudu Teh Serbuk penaik
Sedikit Pewarna Oren

Caranya:

1. Pukul Telur Dgn Gula Sehingga Kembang. Masukkan Ovellette. Pukul Lagi Sehingga Kembang.
2. Masukan  Susu Segar, Jus Oren, Dan Pewarna Oren Pukul Sehingga Kembang
3. Masukkan Mentega Cair Berselang Seli Dengan  Tepung Yang Diayak Bersama Baking Powder. Gaul dengan Senduk Kayu.
4. Masukkan Ke Dlm Acuan Bersapu Marjerin Dan Tepung.  Bakar 45 Mt Suhu 170 Darjah. Sehingga Masak. Kemudian Hias. 


CARA KE2:
Campurkan Kesemua Bahan Dan Putar Sehingga Kembang Dan Putih.


06 June, 2013

510. NASI ULAM KEDAH

MAKAN MALAM NASI ULAM KEDAH

DAUN PUTAT GAJUS SALAM DAN RAJA, 
SERAI LADA HITAM KERISIK  JUGA LENGKUAS, 
ADUN SERATA NASI PANAS SAJA,
SEDAP DIMAKAN BERSAMA ASAM PEDAS 

nasi Panas siap Sedia Digaul Dgn Bahan2 Mentah

Daun Putat Kampung, Gajus, Salam, Raja
Ikan Talang Masin Goreng, Lengkuas, Serai, Lada Hitam,kerisik

Jom layanzzzz 

04 June, 2013

509. ROTI BERINTI DAN CARA BERLAUK SAIZ L

SARAPAN PAGI INI SELASA 4 JUN 2013
2 JENIS HIDANGAN SEKALI JALAN SEMANGAT OVEN ELBA BARU

ROTI BERINTI SOSEJ  TELUR DAN CIS



Sarapan Paling Ringkas Pagi Tadi. Senang Jer Resepi Ni... 

beberapa keping roti gardenia
Beberapa sosej dipotong bulat2
Telur di kocak dgn sedikit garam
Cheese 

Caranya:

Letakkan sekeping roti ke dalam acuan diatas tekan dan bentuk mengikut acuan
Masukan sosej, telur dan cheese
Bakar dalam oven 180 darjah selama 25mt.
Keluar hiasa dgn sos dan mayonis

CARA BERLAUK SAIZ L



Cara Ini ilahjy buat dlm acun kecik2. Tapi bila teringat oven  tu masih panas lepas bakar roti terus ilahjy  bakar cara dlm acuan bunga ni. Cepat sikit kerja kusss pagi ni

Senang jer cara ni main campak2 jer

1 cawan Mug Tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan santan
Air secukup nya  mcm buat dadar
Sedikit garam
Pewarna kuning
Sedikit baking powder


Blend kesemua sehingga halus Sedia utk digunakan. 
Panaskan acuan atas dapo gas dan tuang minyak serata acuan.
Padamkan api gas masukkan tepung dan inti karipap dan tuang lagi lebihan adunan Dan bakar dalam oven 180 darjah selama 25 mt hingga masak
Keluar tabur cheese atasnya dan hias dgn sos kegemaran

InTinya:

Tumis bawang sehingga wangi masukan air dan serbuk kari ayam
Masukan isi ayam cincang. Masukan garam mask sehingga hampir kering. Siap utk digunakan.


SELAMAT DATANG AHLI BARU, VANTAGE LAGI.

Selepas Balik Dari Klinik Gigi Pergi Ambil Ahli Baru Untuk Dapo Kusss
Hati Girang Sebab Doktor Cakap Kesakitan Gigi Kusss Disebabkan Makanan Yang Keras Bukan Gigi Yang Rosak. Lega Rasanya Hati. Tambah2 Dapat Pula Set Periuk VANTAGE ni. Selamat Duit Untuk Simpan Ke TABUNG HAJI... Hehehe Beli Sorok2 Dari En Hb.. Itulah Perangai Akussss.. Siap Sorok Bawah Toto..kantai En Hb Tolak Toto Terpecah Rahsia.. Kekeke... Rasanya Ini Lah Set Ke10 Dan Terakhir Utk Koleksi VANTAGE Kusss Sebelum Pencen Tahun Depan..leh Caya Kee Janji Ni.. Tak Mau Janji Nak Tunggu Lagi Mana Tau Ada Yg Berkenan Lagi..bulan 7 Ada PULON SAKAN kat PERNAMA  jualan Raya..siaaappp...

03 June, 2013

508. PELBAGAI BENTUK ROTI JALA


Salam Hari Isnin. Hari  Ni Ilahjy Bersiaran Dari Klinik Pergigian
Sudah seminggu Gigi Ni Sakit, seingat Ilahjy Makan Kenduri  Kawen  Kat  Melaka Hari  Sabtu Lepas...terrrrrmakan Terkunyah Daging Yg  Agak  Liat, Hari Jumaat Lepas  Setelah  Genap  Seminggu  Ku  Tahankan  Dan  Terpaksa Juga  Telan  Panadol...
Hari Ni  Dah  Kurang  Sikit Kesakitan,kenyiluan, Takut Berulang  Lagi Nekad Dtg  Jumpa Doktor. Sementara  Menunggu  Giliran..mungkin  Jam 11 Nnti.. Biar  Ilahjy  Tunjukan  beberapa Bentuk  Roti  Jala Yang Telah  Ilahjy  Buat Minggu  Lepas. 
Maaf Gambar kurang Memuaskan. Dslr  Rosak. Guna Hanset Jer Ni..
Ilahjy Guna Botol Muncung 3.  Kena Ada Beberapa Botol Utk Menjayakan Kerja  Ini.
Jom  Lihat Bentuk2nya.. Lain Kali Ilahjy Amek gambar cara Membuatnya...

01 June, 2013

507. KEK PISANG NIPAH


Sukanya Hati Ini dapat Ahli Baru Dapo Kuss. Ada Lampu,kipas, Pemanggang Ayam
Yang  Lama Jasa Dikenang Tetap Disimpan Dihati..

Selamat Bercuti Sempena Hari Yang Di Pertuan Agung 1 Jun 2013
Bila Masuk Saja Bulan Jun, Bermakna Usia Perkahwinan Ku Bakal bertambah Lagi Usia Kematangannya. Pada 25 Jun Nanti Akan Menjadi 25 Tahun Usia Perkahwinan Ini.
Apa Yg Cuba Ilahjy ceritakan Disini Mengenai 2 Buah Oven di Atas. Dan Sebiji Kek.
Setelah Beberapa Minggu Ilahjy Tidak Mengupdate Blog Ni.. Jelaslah Sawangannya.
Okies Kita Sapu Sawangan Dgn Pameran Oven Baru... Hehe...
Sejak Berkahwin oven Jenama National Di Atas  Telah Byk Jasanya Kpd Ilahjy Sekeluarga. Semua Jenis Makanan Telah Dimasukkan Ke Dalamnya. Tibalah Masanya sejak Tahun 1989-2013 Oven Ini Terbakar Mentolnya. Maka Api Atas Tak Berfungsi Lagi. Tinggal Yg Bawah Saja, Ilahjy Perasan Sejak Sebulan lepas. Bakar Kek Atasnya Tak Garing. 
Alhamdulillah Dengan Izin Dari En Hb.. Dan Rezeki Dari Nya.. 2 Hari Lepas Ilahjy Ke Eon Big Wangsa Maju Dulunya C4. Pilih2 Punya Pilih. Jenama Elba Jadi Pilihan.
Lampu Ada, Kipas Ada Dan Tempat Panggang Ayam Berpusing Pun Ada. Dengan Harga Tak Sampai 300rm, Ilahjy Rembatlah... Dulu National Dekat 500rm... Sekarang Zaman Dah Murah.. Mcm2 Ada... Boleh Pilih. Dulu Terhad Kpd Jenama National Je. National Pun Dah Tukar Ke nama Panasonik.. barangan National Amat Tahan Lasak... Bayangkan Berpuluh Tahun Ilahjy Telah Gunapakai.. baru Nak Rosak.  Petisejuk Pun Masih Molek Lagi.. Saiz Paling Kecil.. Sekarang Kena Beli Yg Besar Krn Keluarga Pun Dah Besar. Hehe...

Sempena Hari Agung 1 Jun Ilahjy Pun Nak Merasmikan Oven elba Baru Ni... Keputusannya Boleh Tahan.. Seperti Diidamkan....bersama Ini Juga Ilahjy Sertakan Resepi Kek Pisang Nipah Yg Dibawa dari Kg Melaka Minggu Lepas.

Bahannya:

4 Biji Pisang Nipah Yang Ranum
1/4 Cawan Susu Cair
1 3/4 Cawan Tepung Gandum
1 1/2 Cawan Gula Halus
1/2 Cawan Minyak Masak
4 Biji Telur
1 Sudu Teh Soda Baikabonat
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Ovellet
Sedikit Garam
Sedikit Esen Pisang

Adunan Koko:

3 Sudu Besar Milo
1 Sudu Teh Nescafe
1 Sudu Besar Pewarna Koko
Bahan Ini di Campur Ke Dalam Adunan Utk Mewarnakanya

Caranya:

1. Mesin Pisang Dengan Susu Sehingga Halus.
2. Masukkan Kesemua Bahan Ke Dalam Bekas. Putar Dengan Pemutar Kek Sehingga Gebu Dan Putih
3. Masukkan Pisang Tadi Teruskan Diputar Sehingga Gebu.
4. Sapu Acuan Dengan Marjerin Dan Tepung. Bakar 170 Darjah Selama 45 Minit.
Atau Sehingga Masak.
Boleh Diwarna Atau Dibiarkan Kosong...

Untuk Rujukan Ku Di Masa Depan...