terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








13 August, 2013

540. TAUHU TERATAI LAYU DITASIK MADU

Sedapnyeee ranggup tapi lembut di dalam
Sesuai dengan nama yg ku beri diatas
2 tahun lepas pernah cuba buat, tapi tak jadi sebab tak de resepi cuma berdasarkan 
Tauhu yg diberikan seorang kawan.kekonon nak tiru aksi pandai sendiri laa..
Pula tu guna tauhu 4 segi yg tebal tu. Mana nak jadi. 
Baru2 ni Bila dpt info terus ilahjy mencubanya. Syukur menjadi walaupun tak sekemas yg diharapkan.



06 August, 2013

539. RENDANG PUYOH-IFTAR 27

10 ekor burung puyoh ini kami beli di sebuah kedai pembekal sejuk beku, di taman Melawati hari ahad lepad, kebetulan pergi beli kasut raya anak2 di giant permata.


Bahan: resepi  jy sendiri

10 ekor puyoh di potong empat

Bahan dibawah dimesin halus:
3 sudu besar jintan putih biji
2 sudu besar jintan manis biji
2 sudu besar rempah biji
3 inci halia
1 ketul kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 sudu besar cili mesin

Bahan tambahan:
1 batang serai diketuk
5,6 helai daun limau purut
5 sudu besar kerisik
1 cawan pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula

Caranya :

Perap kesemua bahan dengan puyoh 1 jam
Panaskan minyak, masukkan kesemua bahan perapan.
Masak sehingga pecah minyak dan rempah menjadi garing dan tambah air.
Masukkan kesemua bahan tambahan setelah mendidih, masukkan pati santan. Masak sehingga pekat.

03 August, 2013

BUAH SETIR@SETEY DAN BUAH SETOL@SETOI- bakal pupus

Nak jadi rezeki ilahjy semalam pagi misi mencari di chow kit kl, durian belanda gagal ALLAH swt gantikan dgn buah setir ni..dah berbelas tahun tak makan buah yg bakal pupus ni.org belum kenal ia bakal pupus pula. Oleh kerana itu ilahjy sedang dlm misi menanam semula buah2an yg tak berapa digemari jika ada depan mata.
Setakat ini ilah jy telah berjaya tanam buah2 yg bakal pupus sebelum ia dikenali  anak  cucu cicit ku sendiri bukan org lain pun...
4 batang Buah keriang dot telah ilahjy tanam di kebun dah beusia 1 1/2 thn . buah setoi baru disemai dlm 2 bulan.. dan  setir ni baru dlm proses.. 


 Beza setir dan setol..wpun nmpk sama
Setir kulitnya kasar ..buah setol kulitnya agak berbaldu dan tebal
Rasa setir masam manis dan setol siam manis2 masam

02 August, 2013

538. TIMUN SUSU-IFTAR 24

Setelah berbelas tahun tak jumpa buah nie akhirnya pagi tadi  misi mencari durian belanda gagal di pasar chow kit ALLAH taala gantikan dgn TIMUN SUSU berkulit putih. Selalu makan kulit hijau berbelang mcm tembikai biasa.
Saiz buah ini sebesar labu air. Dlm 2,3 jengkal panjang. 
Timun ni sejuk. Orang yg ada sakit urat tak molek memakannya. Ilahjy juga tak boleh. Tapi membolehkan juga utk makan walaupun sepotong dua utk hilangkan kempunan belas tahun ni...



Caranya:

Pati santan yang diperah guna air panas
Gula secukupnya
Garam secukup rasa

537. PUDING BUIH MAJIDEE-IFTAR 23

Sengaja ilahjy beri nama puding buih majidee, sempena tempat ilahjy belajar buat  puding buih ini. Selama 10bulan kami tinggal di kem majidee pd thn 2003. Sesingkat itu juga kami tinggal di kangar perlis juga selama 10 bulan pd tahun 1998 dan juga 10 bulan juga berada dibentong pahang 1999... aduuuiii bygkan betapa penat pindah randah sebanyak 18 kali 18 rumah sehingga la ke kl ni tmpt terakhir kami. Sudah hampir 7 tahun di mindef ni... lega rasanya tak pindah2 lagi sehingga pencen 2014 nnti... aminnn
Jom kita lihat resepi olahan ilahjy 


Bahan puding:resepi olahan ilahjy.

1 1/2 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
 1 sudu teh esen vanilla
3 biji  putih telur- pukul sehingga kembang

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur.
Dengan api yang sederhana panaskan sehingga berkilat
Padamkan api, masukkan putih telur terus dikacau sehingga sebati dengan senduk kayu. Basahkan acuan tuangkan adunan dan ratakan
Sejukkan baru dipotong.
Boleh juga diwarnakan dan diletak dalam acuan kecil2.
Pernah ilahjy buat tahun lepas.


Bahan kuahnya:

3 biji  merah telur dipukul seketika
2 sudu besar tepung kastard

1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla

1 tin buah2an campuran ambil airnya juga

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur Kacau sebati, panaskan sehingga mendidih
Masukkan telur kacau sebati padam api.
Kemudian masukkan buah2an bersama airnya sekali.

Semasa makan hidangkan bersama puding buihnya sekali
Boleh dicampur ketulan ais.