terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








25 January, 2014

567. KEK BUTTER

Petang semalam jumaat tetiba perut ni teringin benauuu nak makan kek butter. Tup2 terpandang resepi kek lava, terus buat kek lava yang dpt dlm 20 biji jee.
Terus kan niat nak makan kek butter. Apa lagi bahan2 semua dah ada jalan jeee laaa.
Ini lah hasilnya. Jom layan resepi yang ringkas je ni.


Bahannya:

250 gm @ 1 buku buttercup
200 gm gula halus
4 biji telur gred A
290 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna merah jambu
50 gm susu pekat manis
100 gm susu cair

Caranya:

Putar butter dengan gula halus sehingga kembang.
Masukan telur satu persatu sambil diputar sehingga sebati
Masukan susu2 tadi ke dalam adunan telur berselang seli dengan 
Tepung yang telah ayak bersama baking powder,  kacau sehingga sebati.
Panaskan oven 150 darjah bakar selama 30 minit, tambah masa jika cucuk lidi kek  masih basah.

Cara buat belang:

Warnakan 1/4 adunan dengan warna pink... 3/4 biarkan warna asal..
Guna 2 sudu saiz yang berbeza
1. Besar
2. Kecil sedikit

Masukan 4 sudu besar warna kuning, kat tengah2 loyang yang digriskan dan ditabur tepung.. ratakan sehingga menutupi 3/4 loyang jgn penuh.
Masukan 2 sudu kecil warna merah jambu, ratakan
Masukkan  3 sudu besar adunan kuning,
Ulangilah sehingga habis..akhir sekali hentak2 loyang supaya sama rata.
Ambil lidi satay lorekan bentuk S DARI tepi loyang ke tengah loyang sampai memenuhi semua permukaan... 

23 January, 2014

566. APAM PISANG BERAS KOKO SARANG SEMUT

Alkisah apam ini yang punyai bahan2 utama yang banyak jenis menyebabkan ilahjy tak tahu nak beri nama apa. Tak kisah lah namanya yang penting sedap dan wangi.  Janji nasi lebihan semalam dan pisang kapas 3 minggu lepas yg dah nazak  dapat dihabiskan serentak. Jom kita lihat resepi yang telah ilahjy tokok tambah adaptasi daripada apam beras menjadi asasnya. Hasilnya pula berongga2 macam sarang semut. Bila dipicit melantun2 semula ke bentuk asal.. adunan ni cair sedikit
Kalau pekat pasti tak de rongga2 ni...




Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
3 biji pisang yang sudah ranum lembek
 1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
1 biji telur
3 sudu teh yis mauripan
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen pisang star brand
3 sudu besar butter dicairkan
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung  gandum
1/2 sudu teh garam halus

Mesin nasi bersama air sehingga halus. Masukkan gula2 mesin lagi sehingga halus.
Masukan pisang dan serbuk koko mesin sehingga sebati.
Ayak bahan2 kering ke dalam bekas besar.
Masukkan bahan2 pisang tadi dan butter cair, kacau sehingga betul2 sebati kemudian perap selama 1@2jam sehingga adunan naik. Kacau adunan guna senduk utk membuang gelembu g udara. panaskan kukusan. Sapu acuan dengan minyak kemudian masukan adunan 3/4 acuan. Perap seketika dan kukus selama 20 minit api kuat.

22 January, 2014

565. ROTI PANDAN

Roti pandan 2 perisa
Taburan gula  dan parutan keju cheedar
Resepi macam biasa main campak2 dalam BM yang mood terbaik semalam..
Kalau tak meragam macam selalu tuu mau juga laa ilahjy meroti hari2. Apa lah yang tak kena dengan BM COSWAY ku itusss... dah nak masuk tahun ke 4 menjadi ahli keluarga ku.. jom layan roti pandan hijau ni..





564. KETAM STIM BERSAMBAL

Pelbagai masakan bole dibuat dengan che tam ni.. ilahjy beli ketam merah bukan ketam biru. Cuma nak rasa mana yang lebih sedap. Terbukti ketam merah yang murah ni lebih sedap...  selalu ilahjy masak sup atau masak lemak dengan nenas.
Tapi kali ni ilahjy cuba kukus pula ketam ini. Untuk mengekalkan kemanisan dan kegebuan isi ketam ini.. kalau digoreng atau direbus pasti isi nya akan kecut.
Terbukti dengan cara kukus isi ketam ni kekal manis dan lembut.
Jom semak resepi ciptaan ilahjy ni. 


Bahannya:

6 ekor ketam merah dibersihkan dan potong dua
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Caranya:
Campur kesemua bahan dan perap sebentar
Panaskan kukusan. Kukus selama 10 minit. Ketepikan.

Bahan sambal:

6 tangkai cili kering(ikut pedas )
5 tangkai cili kering yang digoreng garing
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato masak
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram

Garam
2 batang serai diketuk dan dicarik2

Caranya:

Mesin kesemua bahan sehingga halus
Panaskan minyak, masukan serai sehingga wangi
Masukkan semua bahan mesin.
Masak sampai pecah minyak. Masukan sedikit air dan isi ketam
Masak sampai mendidih seketika sahaja dan terus padam api.
Hias ikut selera.

21 January, 2014

563. GULAI AYAM DAN GULAI IKAN REMPAH MESIN

Teringat masa sekolah menengah di alor setaq dulu.. ilahjy belajar mengiling rempah kari dengan nenek saudara setiap kali cuti sekolah. Nenek saudara tu adalah adik kepada atok ilahjy. Mereka punya ramai anak yg masih kecil2. Jadi ilahjy amek peluang utk belajar masak, siang2 ikan dsnya dengan tok cik piah. Kalau dengan nenek sendiri agak susah sikit.. sebab atok tak kasi ilahjy buat kerja2 di dapur. Tapi kerna minat mendalam dalam masakan ilahjy pasti bercuti di rumah tok cik... 
Ceduk dan mandi air perigi, guna dapur kayu untuk memasak. Dirumah nenek sendiri semua dah lengkap ... tok cik duduk di kg tempat ilahjy dilahirkan ..kg yg agak pendalaman. Tapi sekarang semua jadi sebaliknya sebab zaman dah berubah.
Jom kita lihat resepi ingat2 lupa ilahjy belajar masak sekolah dulu di tahun
 1979-1985.

Bahan2 ingat2 lupa ye hehe:
Resepi olahan ilahjy

2 sudu besar jintan kasar/manis
1sudu kecil jintan halus/putih
2 sudu besar rempah biji
1/4 sudu kecil lada hitam
10 tangkai cili kering nak pedas lebihkan
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis

Caranya:
Mesin kesemua bahan sehingga halus mulus.
Sedia untuk digunakan seperti biasa kita memasak kari.

Untuk gulai ikan agak berbeza bahannya:

10 biji cili kering (ikut pedas)
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar rempah biji
1 sudu teh halba
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Caranya:
Mesin kesemua bahan sehingga halus, sedia untuk digunakan.

13 January, 2014

562. BUBUR CHA CHA, JEJEMPUT

Selepas subuh tadi projek bermula tanpa perancangan.
Bubur chacha untuk dibawa ke taman tasik, latihan akhir sempena maulidul rasul esok 14 jan 2014. Jemput2 pedas, jagung kobis berperisa ikan bilis ini untuk sarapan kami sekeluarga.
Ke dua2 menu ada mengandungi jagung yg dibeli dari kuala selangor seminggu lepas... kg sg haji dorani. Semasa percutian kami sekeluarga di sekinchan resort.

Labu, jagung, sagu, sekoteng, gula apong, gula pasir dan santan

Cili besar, cili padi, ikan bilis, bawang besar, telur, garam
Dimesin halus bersama air

Tepung gandum ayak dengan soda baikabonat, kobis diracik halus,
Bancuh sebati campur sedikit minyak panas. 
Sedia untuk digoreng.

12 January, 2014

561. TAKOYAKI KUEH JEPUN

Tak maooo tak maooo nasiiiii ganti cucur jepun pun dah ok.. kenyang juga malam tadi..  Hiasan seaweed dan bonito flake  yang membuatkan selera meletup2 dalam mulut. 8 biji sekali hadap tak perasan.... jangan rasa pelik yee.. tak cuba tak tau..tak buat lagi rugi.. kalu beli 3 biji rm4.50 buat sendiri puas hati nak perasa apa... jom layan kueh jepun pula..  bahan2 bukan susah.. tak maooo ikut resepi .. cipta sendiri mcm ilahjy... malas bagai nak buka resepi. Tabur jer... hikhik...
Tepung gandum
Telur 
Air ais
Lada sulah
Garam 
Kicap

Bancuhan cair sedikt dari dadar.

Inti dalam hirisan kobis dan sosej atau apa saja yang kita suka

Hiasan bonito flake, sea weed, sos cili, thousand island semua boleh janji sesedap rasa kita

http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=takoyaki
Sila klik sini untuk resepi lengkap dan pelbagai gambar sebagai panduan

11 January, 2014

560. KOLEH KACANG TAIK MINYAK KELAPA MAWAR

Balik melaka baru2 ni, kakak ipar buat minyak masak guna kelapa mawar belakang umah. Terus ilahjy amek sedikit taik minyak..utk buatkoleh kacang. Malam tadi tanpa guna resepi,ilahjya main campak2 jer bahan2. Sambil kacau sambil tambah apa yg kurang. Jom layan mata...

RESEPI KOLEH KACANG DISINI YA

10 January, 2014

559. RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE nyummmyyyyy

Entry pertama di tahun baharu 2014

 Sedapnyee kek nie, patut lah ilahjy tengok ramai yg telah ulang tayang di blog masing2.. terutama yg berniaga melalui blog dan fb.
Akhirnya malam tadi tercapai hajat dihati.
Semasa sedang melorekan hiasan hitam putih tu masuk call dari fifi anak bos en hb kusss semasa di tapah dulu.. mereka nak ziarah kami mlm tadi.. akhirnya ilahjy tuliskan nama baby mereka berdua..anak sulung 7 bulan... di atas kek yg kebetulan tak cukup utk ditutupi dgn ising tu.

Terima kasih kepada azlita masam manis, hana memories dan juga yatie memories kerana kalian bertiga kak ilah sudah tergoda dan sudah pun merasa kesedapan kek ini. Memang sedap gileeeerrrr... hahaaa rugi sapa2 yang tak mencuba.
Lain kali kena potong guna pisau panas baru sekata

Kalu ada lebihan ganache dan cream pasti cantik dpt dikemaskan tepian kek ini

Maaf yeee kek ilahjy cooommmmooottt
Nak cepat..15 minit menunggu tetamu yg bakal sampai.. bersama baby mereka yg comel sgt2 tuuu

Cantik dan sekata hehehe perasan.. sambil picit sambil jaga tangan jgn bergoyang.. picit atas sementara bahagian hujung juga kena picit supaya ia keluar sekata. 
 petua niii...


Bahan kek:

170 gm   tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
400 gm  susu cair
100 gm serbuk koko
200 gm minyak jagung
250 gm susu pekat
250 gm gula halus
5 biji telur blend 5 minit

Caranya:

Ayak tepung dan serbuk2 penaik
Campur kesemua bahan kacau atas api sehingga naik wap, padam api.
Masukkan telur kacau sebati
 Masukkan tepung kacau dengan pemutar telur sehingga sebati.
Panaskan kukusan dengan air yang banyak
Sapu acuan dengan marjerin
Masukan bahan2 dan kukus selama 1 jam

Sejukan kek,  guna benang untuk memotong kek kepada 3 bahagian
Letakkan benang keliling kek kemudian tarik perlahan2 sehingga benang habis memotong kek ..tarik benang ke hadapan kita tanpa mengoyangkan benang. Benang mestik statik dgn garisan sekeliling kek. Supaya potongan kek sekata.

Coklat ganache:

500 gm coklat masak
200 ml whipping cream dairy ( ilahjy guna susu pekat 3 sudu campur air jadikan 200ml)
2 sudu besar sirap glukos (tak buh sbb tak de)
2sudu besar butter
1 sudu besar air panas

Caranya:

Panaskan whipping jangan mendidih, padam api. Masukan coklat masakan kacau dengan wish sehingga cair.
Masukkan air panas kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan butter kacau lagi sehinnga sebati
Masukan adunan ke dalam beg ising simpan dalam peti sejuk seketika sedia untuk digunakan.

Coffee Cream cheese:

500 gm cream cheese
1 cawan Gula ising
2 sudu besar serbuk nescafe
1 cawan butter lembut

Caranya:

Campur kesemua bahan putar sehingga betul2 sebati. Sedia untuk digunakan.
Masukkan ke dalam ising beg.
Ilahjy simpan sebentar dalam peti sejuk.

CARA SEDIAKAN LAPISAN KEK

potong kek kepada 3 bahagian sama tebal ,  guna benang.
Paipkan adunan coklat sepanjang kek
Paipkan adunan coffee cheesse sepanjang  kek berselang seli sehingga habis
Letakan kek bahagian tengah di atas lapisan pertama tadi secara perlahan2
Ulangi paipan tadi sehingga habis dan letakkan kek yang terakhir secara berhati2.
Sapukan lebihan coffee cream cheesse diatas kek.
 Kemudian sapu pula adunan coklat ganache seluruh kek
Simpan sebentar dalam peti sejuk.
Sedia untuk dimakan