terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








25 February, 2014

571. BROWNIES CHEESE KUKUS

Inilah hasil air tangan anak bongsu yg berusia 16thn. Nur liyana yg aku lahirkan di kangar perlis. 3 org kakaknya semua di melaka.
Resepi ni hasil perkongsian di fb. Anna nampak mama screenshot dan simpan, terus anna buat kek ni dgn jayanya. Dibawa ke tuisyen ptg ahad 22 feb 2014 lps.
Jom kita lihat resepinya. Terima kasih pada tuan punya resepi.


Bahan:

2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
100 ml minyak masak

Caranya:

Blend sehingga sebati 
Masukkan bahan2 yang diayak bersama blend lagi sehingga sebati
Sapu loyang dgn marjerin dan alas dgn kertas minyak dan sapu lagi sekali dgn marjerin. Masukkan adunan dan kukus selama 25 minit sehingga masak. Tinggalkan sedikit utk hiasan diatas cheese nanti

Tuangkan adunan cheese dan kukus lagi selama 20 minit sehingga masak. Uji dgn  lidi  bila dicucuk lidi bersih.
Untuk hiasan buat tompok2 dari adunan kek dan lorek dgn lidi.

Bahan2 diayak bersama:

1/3  cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 soda baikabonat

Bahan untuk cheese:

250 gm cheese
2 biji telur
70 gm gula halus
Sedikit esen vanilla

Caranya:

Putar cheese sehingga kembang masukkan telur dan gula terus diputar sehingga sebati. Tuangkan ke atas adunan kek.

19 February, 2014

570. ROTI KAPAS KUSSS

Sudah hampir 16 tahun meroti tanpa berguru..
Hari ini dalam sejarah roti ilahjy macam kapas lembutnya.
Puas hati walaupun nampak sangat masuk tong dayung sendiri.. tergolek2 lah hehe..
Selalu buat tu memang gebusss gebasss tapi yg ni ohhh tidak ... masuk mulut mcm tak payah kunyah boleh ditelan terus... makan suam2 sedap.... 
Tapi mcm kebiasaan resepi main masuk2..  ilahjy nak juga masukan resepi utk panduan diri sendiri takut terlupa.. kalu buat tak jadi tolong belajar dgn guru yee.. lain lah mcm ilahjy ni suka ikut gerak hati..hihi.. 
Sekilo tepung dijadikan 2 jenis untuk dibawa ke BAKAT utk sarapan semasa buat kerja2 persiapan majlis mengenang jasa yg telah pun berlansung pd petang tadi 19hb feb 2014.



Sapu susu cair, taburkan gula pasir selepas masak baru ditabur parutan keju dan dibakar seketika sehingga keju sedikit cair. Angkat baru disapu marjerin.

Setelah doh naik baru disapu susu cair dan ditabur manik2 gula dan terus dibakar
Selepas masak baru disapu marjerin


RESEPI SUKATAN ILAHJY Sendiri KHAS UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG
risiko tak jadi ilahjy tak tanggung...

ROTI SELEMBUT KAPAS

1 kilo tepung gandum
1/2 cawan water roux
2 sudu teh bread improve
1 paket mauripan
4 sudu besar gula utk hidupkan yis
1/2 cawan air suam
6 sudu besar gula utk tambahan dlm adunan
1/2 cawan air ais tambah atau kurang ikut adunan
2 biji telur
1 sudu teh garam
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar marjerin

Bancuh gula dan yis dgn air suam sehingga hancur perap seketika.
Masukan kesemua cecair ke dlm BM. On bm no 8.
Ayak tepung bersama bread improve dan garam.
Tuangkan tepung ke dlm bancuhan yg sedang bergerak tadi.
Setelah sebati baru masukkan marjerin
Terus mengadun sehingga sebati... adunan kena lembut daripada donut.. 2 kali lembut..dr donut... memang melekit di tangan. Ulang on BM sebanyak 3x
14 minit x 3. Tak perlu elastik mcm roti2 yg lain..

Bahagi doh kepada 2 warnakan dan on BM sekali lagi utnuk setiap adunan selama 14 minit.
Sapu besen dgn minyak masak masukan adunan perap naik 2x ganda
Adunan mmg berminyak ini memudahkan kerja membulatkan adunan.. langsung tak melekat ditangan.
Sapu loyang dgn marjerin dan atur adunan molek2 perap naik 2x ganda
Sapu doh dgn susu cair.
Bakar 160 darjah selama 25minit atau sehingga masak ikut kemahuan kita nk garing atau tidak.
Selepas angkat sapu dgn marjerin supaya berkilat
 — 





16 February, 2014

569. QUICHE SARDIN BERCHEESE

QUICHE... inilah namanya. Pernah suatu masa dulu ilahjy buat quiche juga tapi dasarnya berasaskan kentang yang dilenyek bersama cis. Yang ni pula guna tepung macam buat tart. Apapun ini adalah makanan org2 belah barat. Kita dah boleh terima kerana inti dipelbagaikan mengikut selera masing2. Asal ilahjy tengok kawan di fb zaleda zailedana eja tak betul ni... buat ikut resepi che mat guna inti ayam bercendawan.tapi ilahjy tak de ayam dan cendawan, sebab mood nak buat dah ada. Ikan sardin cap ayam pun jadilah.... jom layan resepi. Terima kasih pada siti kerana tayangkan di fb. Kak ilah dah olah ikut selera kak ilah. 

Quiche merupakan sebuah makanan yang berasal dari Perancis . Makanan ini diperbuat daripada tepung gandum dengan isiannya berupa adunan bayam , salmon , ayam , daging asap yang dibalutkeju .
Quiche sering dianggap versi gurih dari egg custard tart. Sebenarnya pastry dengan isian custard gurih sudah jauh lebih dulu dikenali di Inggeris, tepatnya pada awal abad ke-14. Namun, kini quiche lebih dikenali sebagai makanan khas Perancis yang berasal dari Lorraine . Quiche Lorraine ini isi kandungannya adunan susu, telur, potongan daging asap dan keju Gruyere.
Petikan dar wikiepedia




Keseluruhan resepi ini telah ilahjy olah

Bahan2 utk kulit pastry:

250 gm tepung gandum
125 gm butter sejuk dipotong dadu
Secubit garam
1 sudu besar gula ising
1 biji telur dipukul sedikit

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur gaul dgn hujung jari sehingga sebati menjadi serbuk roti. Kemudian masukkan telur terus di gaul sebati dan diuli menjadi doh. Canaikan sehingga nipis dan masukkan ke dlm loyang tak perlu digriskan,  kemaskan sehingga meratakan keliling loyang dan tebing loyang. Cucuk2 dasar pastry dgn sudu garfu supaya gelembung udara semasa proses membakar dilepaskan. Simpan dlm peti sejuk, sementara kita sediakan inti dan bahan2 lain.

Inti sardin:

1 tin besar ikan sardin (ada 4 ekor cap ayam )
5 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
Kacang buncis dipotong dadu
Karot diparut halus
Kentang diparut halus
Cili merah di dadu
Cili hijau di dadu

Caranya:

Tumis bawang2 dengan minyak yg mencukupi sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan cili bersama sedikit air. Setelah pecah minyak, masukkan sardin bersama sosnya, pecahkan2 sardin sehingga halus.
Setelah hampir kering, baru masukkan kesemua bahan2 tadi bersama garam dan bahan perasa ilah jy guna kiub ikan bilis. Masak sehinga sedikit kering dan sedia utk digunakan.

Bahan cheesee penutup inti:

2 biji telur
6 sudu besar parutan cheesee 
1 sudu besar susu cair
Sedikit garam

Caranya:

Campurkan kesemua bahan guna wish telur kacau sebati.

Cara memasukan bahan:

1. Dalam loyang yang berisi pastry tadi, bakar dalam oven bersuhu 190 darjah bakar selama 25 minit. Ilahjy tekan kan pastry dgn garfu semasa proses pembakaran. Kerana pastry mengelembung sbb ilahjy tidak letakan kekacang. Nak senang kerja.

2. Setelah kekuningan angkat, masukkan inti sardin ratakan keseluruhan.
Tuangkan  aduanan cheese menutupi inti

3. Bakar semula dlm suhu yg sama sehingga 25 minit. Redai mesti diletak dibawah sekali. Ikut kesesuaian oven masing2...

05 February, 2014

568. ROTI NAIK SOS KASTARD

Selepas balik bercuti sempena CNY selama 3 hari 2 malam di PULAU LAGENDA MAHSURI LANGKAWI  setelah 15 tahun kami tak jenggah ke sana. semangat kerajenan pun menjelma nak meroti. BM pula ok je walaupun 3 kali ulang uli.
Inilah hasilnya. Macam biasa lah ilahjy membuat roti.. wacampakallaziii... campak2 jadi.. cuma ada sikit perubahan adunan dibancuh keras sikit dari biasa roti yg pernah ilahjy buat. 






Resepi  campak2 jadi ilahjy simpan utk rujukan dimasa depan jgn mengharap jadi hanya puan punya diri lebih arif hehee...

bahan:

 3 cawan tpg gandum
1 sudu besar yis
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 biji telur
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam halus
1/4 cawan air ais ikut keperluan adunan masuk sikit2
3 sudu besar butter

Caranya:

Ayak semua bahan kering  
Masukan cecair ke dalam BM  diikuti  tepung on kan Bm 
Setelah sedikit sebati masukan garam terus uli 
Bila adunan mula menjadi doh masukkan butter terus uli. Ulangi sehingga betul2 ssebati mcm  Perap sehingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angin dan bulat2kan seperti dikehendaki, sapu marjerin dlm loyang susunkan doh ikut kretipan masing2. Perap lagi sekali sehingga naik sekali ganda tutup dgn tuala. Sapu susu cair baru dipaipkan sos  kastard ke atasnya
 Bakar suhu 150 selama 25 mt.  Akhir sekali naikan 170 darjah terus sehingga perang. Keluarkan dan sapu dengan butter serata roti tunggu sejuk bole dimkn.

Sos kastard cara ilahjy:

5 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tpg gandum
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
Sedikit esen vanilla
1/4cawan air

Caranya:
Guna pemutar telur kacau sampai sebati. Panaskan sehingga likat dan pekat
Padam api masuk butter sambil di kacau hingga berkilat dan sedia utk di gunakan seperti dlm gambar. Kepekatan bole diubah suai.. harap maklum.