terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 March, 2014

586. WAFFEL RANGGUP GEBU

Waffle ini hasil daripada perkongsin resepi di fb oleh rakan dan adik yg manis yang amat rajin memasak untuk keluarga. Boleh dikatakan hari2 beliau memasak dgn pelbagai juadah untuk keluarga.
Terimakasih dinda zalieda zaliedana ..ct terima kasih atas share resepi dari web dapat juga kak ilah mencuba resepi yg mudah ini.. kepada tuan puan punya resepi minta dihalalkan yee..

Acuan ku beli dari rakan taici..taman tasik
Rm138.60 offer...

Bahan2nya:

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan buttermilk (3/4 cawan susu segar +3/4 sudu besar cuka@jus lemon)
1/4 cawan susu (ilahjy guna susu pekat)
6 sudu besar minyak sayur @masak
1 biji telur saiz a. Asingkan putih dan kuning telur
1 sudu besar gula pasir

Cara2nya:

Ayak kesemua bahan kering.
Putih telur dipukul sehingga putih tambah gula putar lagi sehingga bertanduk.
Campur kuning telur,susu, esen, minyak, buttermilk, kacau sebati.
Masukkan bahan2 kering ke dalam bancuhan, kacau sebati.
Kemudian masukkan putih telur kaup dan balikan sehingga sebati.
Panaskan acuan waffle masukkan adunan bakar sehingga masak
Boleh dimakan dengan pelbagai jem dan seri kaya.



28 March, 2014

585. BERTIH JAGUNG KARAMEL





Bahan2nya:

2 sudu besar butter
2 genggam jagung untuk bertih

Caranya:

Panaskan butter sehingga cair dengan api sederhana
Masukan jagung kacau rata
Tutup periuk biarkan jagung meletup sambil digoyangkan periuk sehingga ia berhenti meletup. Padamkan api. 
Masukan gula karamel kacau rata2. Bakar dalam oven 160 darjah sehingga gula tadi bertukar kering dan perang dalam 15 minit.
Keluarkan dari oven sejukan bertih sedia untuk dimakan.

Bahan karamel:

1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu pekat
2 sudu besar butter

Caranya:

Panaskan kesemua bahan dengan api sederhana sehingga semua bahan cair 
Sedia untuk digunakan.


19 March, 2014

583. MEE diy DAN KUAHNYA



Bahannya:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning..ilahjy guna warna oren.
Air secukup uli sebatikan adunan sekeras karipap kurangkan lagi air. Biar keras senang nak putar dengan mesin jika lembut mcm karipap nanti tak cantik mee. Tak tau nak cakap macamana.. x reti nak sukat... main agak2...


Caranya:
Campur kan kesemua bahan uli sebati. Tapi keras dari karipap. Guna mesin no7 leperkan sebanyak 3x ulang baru ubah ke no 5 sebanyak 2x.
Lepas tu potong guna pemotong mee
Rebus air dgn minyak setelah timbul masukan ke dalam air ais.toskan sedia untuk digunakan.
Sila rujukanN3 lepas bahagian mee langkah2nya..



Kuahnya:

3 biji keledek direbus dan blend halus
4 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar rempah sup
2 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Kicap lemak
Garam
Gula melaka
1 kiub ayam
Air secukupnya
1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ketul lengkuas ketuk
10 biji cili kering

Caranya:

Blend cili,bawang2, halia sehingga halus.
Tumiskan bahan2 ini bersama2 rempah2 tadi sehingga pecah minyak.
Masukan keledek bersama air secukupnya
Kulit kayu manis, bunga lawang, garam, gula,kiub ayam, kicap dan lengkuas masak sampai mendidih. Sedia untuk dihidangkan.



17 March, 2014

582. AHLI BARU DAPUR KUSSS...

Girang nya hati walaupun bukan koleksi vantage.. janji serupa warnanya.. takanlah vantage belum ada produk ni... kalu ada dah lama ilahjy beli. Terpaksa dptkan  dari syarikat menang melalui seorang kakak dari senam taici di tasik keramat pagi tadi. Harga offer  pula tu dpt rm138.60 sebijik.. lps ni ilahjy nak beli lagi utk tamakan hati ni hehehe ada kee patut... hikhik..
Bagi merasmikan nya ilahjy masak cara berlauk inti  kari udang dgn kentang. Sedap lah juga. Senang nak masak dgn pan ni tak melekat dan mudah tanggal. Masak pun sekata janji api sederhana. Pusingkan atas bawah supaya masak sekata.





16 March, 2014

581. NASI LEMON REMPAH SUP

Hari ini hari ahad 16 mac, masa berlalu begitu pantas. Mac sudah pun memasuki pertengahan bulan. Pencarian MH370 pesawat mas malaysia yg hilang masih belum dijumpai sudah pun memasuki hari ke 9. Dlm berita menunjukkan tanda2 positif. Aminnnn.. moga dipermudahkan..
Walau apa pun kejadian.. hanya Allah swt yg maha mengetahui disebalik semua ini.. redha, sabar, pasti terjawab semuanya. Jom layan dulu lagi satu resepi nasi ciptaan  ilahjy. Layanzzzz.. 



Bahannya:

3 pot beras basmathi faiza
1 biji Bawang besar mayang
3 ulas bawang putih mayang
1 inci halia dimayang halus
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji biji  pelaga
Minyak masak
Marjerin
2 sudu besar rempah sup 
2 helai daun bay
Garam
1/4 cawan susu cair
Air secukup melepasi beras dalam 1 inci lebih kurang
Daun pandan
1 biji lemon parut kulitnya dan perah jusnya
Biji gajus bakar

Caranya:

Panaskan minyak dan marjerin, tumis bahan bawang2, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, daun pandan sehingga wangi.
Masukan 1/4cawan air dan rempah sup, kacau sehingga pecah minyak.
Masukan air dan beras. Pastikan air melepasi beras dlm 1 inci lebih kurang.
Masukkan garam, jus lemon, daun bay kering.
Setelah nasi kering, baru masukan pewarna kuning dan susu. Biarkan betul2 masak baru masukan parutan lemon dan biji gajus. Kacau untuk kali akhir. Biar semua bahan sekata. Siap untuk dihidangkan.

15 March, 2014

580. APAM PISANG COKLAT

Dah lama tak buat apam pisang coklat yang gebusss ni. Kemarin beli pisang berangan. Maka ilahjy berangan lah nak bikin apam pisang coklat ni. Rasanya seperti kek tapi memang apam.. ilahjy guna kesemua bahan ni mengikut gerak hati. Janji rasanya sedap. Tu yg penting. Jadinya ilahjy cuba simpan resepi ini utk ikutan anak2 dara kusss..dimasa akan datang.



Bahan:

1 cawan gula
3 biji telur
4 biji pisang berangan sederhana besar
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu teh soda
1 sudu teh esen pisang
2 sudu besar sirap oren sunkist perisa tropikana
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu cair
3 sudu besar marjerin

Caranya blend kesemua bahan kecuali tepung sehingga sebati. Ayak tepung, soda, serbuk koko. Masukkan tepung blend lagi. Jika blend tidak berpusing sila kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
Panaskan kukusan, masukan adunan 3/4 penuh guna acuan  cup cake. Kukus selama 20 minit sehingga masak. Uji dengan lidi memastikan ia betul2 masak.

14 March, 2014

579. KERABU KERANG TAUGEH BERSANTAN

Pestime seumo hidup sejak berkahwin 26thn.. ilahjy mencuba membuat kerabu tinggalan nenek ku tersayang.. nasib tak berapa baik tak sempat belajar kerabu dr nenek. Hari ini ilahjy cuba utk mengabungkan kesemua bahan ikut tekak sendiri...alhamdulillah menjadi dan kena dgn tekak ni..


Bahan2nya:

2 cawan Kerang rebus
2 cawan taugeh segar
1/2 cawan kelapa parut di goreng keperangan
1/4 cawan kelapa putih di blend dgn 1/4 cawan air
Hirisan daun kunyit
Bawang besar mayang
Cili padi, cili merah, cili hijau  kesemua dimayang halus
Garam dan gula 
Jus limau nipis secukup masam

 Bahan di blend halus:

3 btg serai dimayang
1 keping halia
1 keping lengkuas

 Sambal belacan 

Kalau guna cili hijau akan jadi mcm diatas
Jika guna cili merah kerabu jadi merah la.

Caranya :

 Gaulkan kesemua bahan2 satu persatu supaya mesra serata 
Rasa masam masin manisnya.

578. NASI PELANGI KURMA

Nasi ni direka sendiri berpandukan citarasa sendiri yg suka rasa kurma. Guna beras basmathi faiza. Kurang panjang nya berbanding jenama lagi satu. Cuma beza beras faiza putih bersih berbanding yg pjng tu agak kusam.
Apa pun jom layan resepi sebelum ilahjy terlupa. Ilahjh lawan kan dgn kerabu kerabu berapi.. udang masak kari..dan ayam masak lemak



Resepi nasi pelangi kurma ilahjy:

3 pot beras basmathi faiza basuh dan rendam seketika

A
Bawang besar mayang
Bawang putih mayang
Halia mayang
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit jintan manis

B
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah sup

C
3 biji cili hijau
Sedikit susu cair lbh kurang 1/4 cawan
Air sukatan melepasi beras dlm 1/2 inci
Garam
Pewarna merah, hijau, kuning dan oren

D
Sedikit minyak dan marjerin untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak dan marjerin tumiskan bahan2 A sehingga wangi dan perang.
Masukan 1/4 cawan air kemudian rempah2 kacau sehingga pecah minyak
Masuk air dan beras, sukatan air melepasi 1/2 inci beras. Sedikit perahan jus lemon. Setelah kering masukan susu dan cili hijau ,kacau sekata dan biarkan seketika
Tuangkan secara memanjang warna2 yg kita suka
Setelah betul2 sedia untuk dihidangkan baru digaul kesemua nasi tersebut
Rasa kesemua dan sedia utk dihidangkan.


13 March, 2014

577. KUIH TEPUNG TALAM

Untuk kesekian kalinya kuih tepung talam yanga amat ilahjy suka sedari kecil lagi.
Bila makan kuih ni teringat arwah nenek yg memelihara akusss dari usia 9bulan lagi
Resepi ini macam biasa ilahjy amek dari blog ratu talam kita yang terkenal dengan pelbagai jenis talam yg cantik2 belaka. Jom layan resepi yg mudah ini.



Bahan2nya:

Lapisan bawah gula merah
200 gm gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur makan

Caranya:

Masak gula dengan 1 cawan air bersama simpulan daun pandan utk mewangikan kuih, sehingga cair. Padam api masukkan  lebihan  air tadi. Tapis kan air gula ke dalam bekas, setelah  sejuk baru masukkan kesemua bahan lain kacau sebati.
Masukkan ke dalam periuk kacau sehingga naik wap. 
Panaskan kukusan dengan air memenuhi separuh daripada periuk supaya kuih masak sekata. Panaskan loyang yg disapu minyak, tak perlu alas selama 5 minit. Tuangkan adunan tadi kukus selama 20 mt sehingga masak. Cakar permukaan dengan garfu. Tuangkan lapisan santan putih. Kukus lagi 20 minit sehingga masak.

Lapisan kepala santan putih:

3 cawan santan kotak kara (1 kotak santan campur air jadikan 3 cawan)
1  cawan tepung beras
1 sudu teh garam halus

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati.
Panaskan sehungga naik wap. Buang lapisan buih jika ada. Kerana lapisan buih ini akan membentuk kawah2 bulan diatasnya seperti dlm gambar yg telah terjadi. Tuangkan ke atas lapisan gula merah
Kukus selama 30mt sehingga masak. Sejukkan baru dipotong.

12 March, 2014

576. KEK SPAN Kering COKLAT CHEESE

Disebabkan kek span ini tidak lembab maka ilahjy panggil kek sepan kering. Ilahjy telah mencuba resepi dari fb seorang kawan. Jadi untuk memoistkannya kena tambah sedikit bahan2 yg sepatutnya ditambah. Tapi kek ini adalah hasil dari resepi asal. Bahan2 dibawah ilahjy tambah supaya menjadi rujukkan dimasa depan.
Bahan2 cheese dan coklat pula adaptasi daripada kek russian black and white... 
Apa pun resepi asal kek russian adalah yg terbaik utk dibuat. Kek span ini ilahjy buat kerana serbuk koko tak de. Maka ilahjy buat kek span ni.. 
Apapun resepi ini ilahjy simpan utk panduan sendiri dimasa depan.


Potong kek guna benang... disebabkan kek ni kering kena teruskan dgn pisau gergaji


Bahan kek span kering:

6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
1/4 cawan susu cair
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:

Asingkan putih dan kuning telur
Bahagikan gula kepada 2 bahagian
Putar kuning telur dengan gula sehingga kembang
Putar putih telur sehingga bertanduk

Panaskan susu cair, masukan butter kacau sehingga cair padam api sejukan.
Masukan tepung ke dalam telur merah putar sebati.
Masukan putih telur kaup balik dengan senduk sehingga sebati.
Masukkan campuran susu dan butter kacau sehinggaa sebati. Sapu loyang dengan marjerin dan tepung, masukkan adunan. 
Bakar suhu 180 darjah sehingga 30 minit on kipas supaya api sekata. Uji dgn lidi untuk memastikan kek masak. 

Sejukkan kek kemudian bahagikan kek kepada 2 atau 3 bahagian.
Picitkan filling coklat dan cheese, tak perlu disejukan kerana ke dua2 jenis filling ini akan membeku. Ilahjy sarankan setiap lapisan filling tu pastikan ia beku baru diletakkan lapisan seterusnya. Ini untuk mendapatkan hasil yang cantik.

Bahan coklat:

250 gm coklat masak
100 ml susu cair
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
1 sudu besar air panas

Caranya:

Panaskan susu dengan gula, padam api. masukan coklat masak kacau sehingga cair.
Masukkan air panas kacau sehingga sebati. Masukan butter kacau lagi sehingga sebati. Masukkan ke dalam ising beg simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.


Bahan cheese:

250 gm krim cheese tatura
1/2 cawan gula isi
1/2 cawan butter lembut
1 sudu besar serbuk nescafe

Caranya:

Putar kesemua bahan sehingga sebati
Masukkan ke dalam icing beg simpan dalam peti sejuk 
Sedia untuk digunakan.

09 March, 2014

575. LAKSA BERAS DAN KUAHNYA- 370

Walaupun negara kita berada dalam kesedihan dengan kehilangan pesawat 370
Didepan tv tak lepas ilahjy ikuti perkembangan terkini melalui semua saluran berita
Disamping itu ilahjy juga melayan anak2 utk menyediakan juadah utk mereka.ini juadah petang semalam 8 mac 2014-370








Siaran ulang yg entah ke berapa kali.
Kali ni ilahjy ubah lagi bahan2 laksa tapi tetap menjadi dengan cantiknya.

Jom layan resepi campak2 laksa beras:

1 paket kecil tepung beras
2 sudu besar tepung kanji
3 sudu besar tepung gandum
Air panas secukup untuk menguli sehingga boleh dikepal bulat utk dimasukan ke dalam acuan seperti di dalam gambar.

Masukan kesemua bahan dalam mangkuk, guna senduk kayu bancuh tepung dgn air panas. Gaul sehingga sebati. Bila rasa suam sikit baru di uli sampai sebati.
Ilahjy uli dlm keadaan panas tak kisah tak lecur pun tangan ni...

Seterusnya panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
Putarkan laksa tadi ke dalam air mendidih, biarkan sehingga laksa timbul dan masak dalam masa 10 minit lebih kurang.

NI AKU NAK PESAN!!!! KESELAMATAN DIDAPUR KAU ORANG TAK KAN AKU NAK JAGA. MAKA PANDAI2 LA HAMPA SEMUA JAGA DIRI. MELECUR KE PANAS KEEE HATI2 LAA TAK KAN BAB TU AKU NAK AJAR.. BAIK JEMPUT AKU P UMAH HAMPA
TOLONG HAMPA MASAK... ADA BETOIIII...? Ahakssss.. macam2 ragam org2 ni..dah diberi resepi x terima kasih pastu nak perli2 bab tuuu... menyampah akusss...
Yg ptg kalu air x mendidih mcm mn nak jadi laksa tu baik p kukus jeee lagi senang
Takut panas mcm puteri lilin ....hahaaaaaa jgn naree aku ada hak nk bebelllll....



KUAH LAKSA IKAN KEMBUNG





Bahan:

4  ekor besar ikan kembung
4 keping asam keping
Garam 
Air secukupnya

Caranya:

Rebus kesemua bahan sehingga ikan betul2 masak.
Pisahkan isi dan tulang, mesin isi ikan dengan air rebusan ikan tadi, sehingga halus.
Masukkan ke dalam kuah cili.

Persediaan cili:

Cili kering secukupnya dlm 15 biji
6 biji cili padi kesemua cili ikut pedas
Belacan sebanyak yg kita suka
1 biji bawang besar
Garam

Daun kesum 
Bunga kantan

Kesemua bahan dimesin halus dengan air secukupnya.
Rebus cili tadi sehingga mendidih dan masak.
Masukan ikan yg dimesin tadi bersama asam keping rebusan ikan tadi.
Garam dan air secukupnya. Masukan daun kesum dan bunga kantan. Masak sehingga mendidih. Sedia utk dimakan.

06 March, 2014

574. NASI AYAM BERKERABU PESTIME REKA

Salam dan selamat malam semua. Makan malam kami 6 beranak malam ni adalah nasi ayam berkerabu. Pestime ilahjy reka. Mmg tidak memuakan sptmana nasi ayam biasa tu..ayam yg lembut digabungkan dgn sayur yg ranggup dan pedas2 cili api mmg best.. jom tengok resepi ilham ilahjy sendiri..... layanzzzzz sebelum lelap mata....hihihiiikkkkk


Ayam rebusan:

Ayam direbus dlm air yg tenggelam. Ketuk bawang putih, ketuk halia, garam, sedikit gula perang, masuk ke dlm ayam rebus sehingga timbul atau masak. Toskan ayam. Potong nipis2. Curahkan kerabu keatas ayam yg telah disusun dlm pinggan hidangan.

Bahan kerabu jy:

Hirisan kubis, hirisan dadu buncis, hirisan halus halia, dadu cili padi hijau, dadu cili padi merah, sedikit minyak bijan, sedikit air rebus ayam tadi, garam, sedikit kicap manis dan hirisan daun sup... gaul kesemua sebati rasa garamnya. Kemudian siram ke atas ayam yg dipotong tadi. Perap seketika.. sedia utk dimakan.... 


Nasi kuning ayam:

Panas kan marjerin dgn minyak masak, tumiskan bawang merah, putih, halia mayang, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkeh, pelaga sehingga wangi . Masukan air rebusan ayam tadi bersama beras  garam dan sedikit pewarna kuning. Bila dah kering tuangkan sedikit susu cair  gaul sebati teruskan sehinga betul2 kering dan masak.

Sos Cili:

Cili besar, cili padi merah, cili padi hijau, bawang putih dan halia di mesin sehingga  halus campur sos cili dan air rebusan ayam. Rebus sehingga masak dan pekat.

Kuah sup:

Bahan2 tumisan nasi tadi dimasukkan sedikit, kedalam air rebusan ayam dan dijadikan sup. Tabur hirisan daun sup. Sedia utk dimakan.




03 March, 2014

573. KEK CHEESE

Ini adalah percubaan kali ke2 selepas kali pertama bantat. Tahun bila pun tak ingat dah. Yangbpasti masa kek ni menjadi kegilaan peminat kek cis
Nampaknya kali ini pun gagal juga tak segebusss yang dibikini oleh orang lain.
 Mungkin sebab ilahjy guna tepung gandum tanpa baking  powder. Lojik laaa mana nak kembang dan gebusss.. dah la ada penggunaan  cecair jus lemon. Merajuk terbenam laa ia hahaha.
Apapun nak juga ilahjy masukan resepi yang telah terbukti orang lain dah buat dengan jayanya. Layan jeee laaaa.....


Lihat kek tidak segebus yang diharapkan 

Fulamak dah tutup habis mukanya hahaha

Sebelum di make over hikhik

Bahan yang telah dicampur bersama2

Bahan putih telur

Bahan merah telur

Kastard milo oren sedia untuk digunakan

Bahannya A:

250 gm cream cheese ilahjy guna tatura
50 gm butter cup
 100 ml susu segar /70 ml susu cair + 30 ml air
6 biji kuning telur gred a
1 sudu besar jus lemon @ 1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam halus
60 gm tepung kek @ tepung gandum ayak 3x
20 gm tepung jagung
(1 sudu teh baking powder sebab guna tepung gandum ditambah untuk lain masa kerana kek ni bantat.)

Bahan B:

140 gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu teh jus lemon @ 1 sudu teh krim of tatar

Cara A:

Cairkan secara double boil cheese, butter dan susu segar sehingga cair guna whish tangan kacau sehingga hilang ketul2an
Sejukan baru di campur ke dalam campuran yang selebihnya tadi. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.

Cara B:

Putar putih telur sehingga kembang masukkan jus lemon@krim tatar putar lagi sehingga putih gebu kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit putar sehingga  krim bertanduk.

Cara akhir:

 Masukkan  bancuhan telur  putih   ke dalam bancuhan tepung tadi kacau sehingga sebati. Alas acuan dengan kertas yang disapu marjerin. Tuangkan adunan. Panaskan oven 170 darjah letak loyang air dan letak loyang adunan ke dalamnya. Bakar selama 1 jam. Cucuk lidi jika kering tanda sudah masak.

Kastard ganti topping:

 Susu cair
Air
Tepung kastard
Tepung jagung
Gula
Milo
 Jus Oren sunkist
Marjerin


Kacau atas api sehingga likat. Padam api baru masukan marjerin kacau sehingga sebati.