terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








30 May, 2014

645. ROTI 4 JENIS DARI SATU ADUNAN

 Ekperimen lagi... kali ini ilahjy abaikan serbuk baking powder dan kurangkan sebiji telur berbanding resepi yg terbaik ilahjy olah. keputusannya memang kurang memuaskan hati..walaupun roti tetap lembut cuma sedikit berat.
Keputusan hati kena tetap pada  resepi yang satu juga. Walaupun macam tu ilahjy masukkan juga resepi ini. Mana tau kalian tak cukup bahan boleh aje buat roti.,yang lembut. Cuma tidak seperti kapas..
Jom lihat 4 jenis roti ini. Yang paling sedap bun piza mini.






Bahan2nya: tiada penggunaan perangsang roti

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm garam
3 sudu besar  susu pekat
1 biji telur 
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 .  bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.



29 May, 2014

644. PURI CAPATI JY




Bahannya: resepi ilahjy buat anggaran asalnya campak2 je

3 cawan tepung atta
1/2 cawan tepung gandum
Air suam, suam2 kuku secukupnya
Garam
Sedikit Marjerin anggaran 3 sudu

Caranya:
 Ayak kesemua tepung, masuk garam, masukan air sedikit2, kacau dengan senduk kayu Setelah sebati  uli dengan tangan. Biar adunan lembut dan sedikit melekit.
Sapu marjerin dan terus uli sehingga sebati.
Bulat2kan dan gelek dalam tepung gandum kemudian canai sederhana nipis. Kalu nipis sangat puri akan ranggup.. jika tebal sangat tak sedap. Biar sederhana baru puri lembut.
Goreng dalam minyak panas, masuk je dalam minyak terus ketuk2 manja hujung puri supaya ia kembooongggg.. setelah kekuningan toskan.. makan dengan kari sardin sedappppp.

RESEPI KARI SARDIN

1 tin besar sardin
1/2 kotak santan
1 biji bawang besar mayang
5 ulas bawang putih mayang
Cili merah dan cili hijau potong bulat
3 susu besar rempah kari ikan

Caranya:

 Panaskan minyak tumiskan bawang2 sehingga wangi
Masukan sedikit air dan serbuk kari
Bila dah pecah minyak masukkan santan dan ikan sardin bersama sedikit air
Setelah mendidih dan rasa garamnya baru masuk cilii2.
Setelah masak sebati padam api sedia untuk dimakan dengan puri capati..

28 May, 2014

643. ROTI 1 MALAYSIA JY - YANG TERBAIK UTK KU-

Roti 1MALAYSIA ilahjy beri nama sebab ada pelbagai hiasan toppingnya. 
Senang nak makan banyak pilihan tak payah berebut..
Adunan yg sama ambil dari resepi  adunan donat yang lepas. Cantik mulus kejadiannya. Ilahjy dah mahir dan suka dengan resepi ini.








Bahan2nya:

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver ganti water roux 2 sudu besar(ilahjy guna 1 sudu kecil baking powder sbb bahan2 tsbt tak de)
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur ( ilahjy guna 2 biji)
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 .  bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.

27 May, 2014

642. LAKSAM LAGI LAGI LAGI

Sila rujuk resepi di n3 lama label  laksam
Tetiba sebelum magrib ubah haluan dari nak masak nasi... dgn semangat terus melaksam... walaupun ulaman tak cukup kawan... ku teruskan jua. Bermula 7pm selesai 8.30pm... dengan bantuan anak no3 dek ann sediakan kuah.. mama melapis laksam...dengan jayanya. Sila rujuk n3 di link bawah ini.





Penggunaan tpg beras 3 cwn 1/2 cawan tpg gandum...

25 May, 2014

641. MANGGO CASABLANCA KE2

Kali ke2 dgn idea yg terpenjuru....t.kasih...


Bahannya:

1 buku cheese tatura 250 gm
1 kotak whipping cream 200 ml
300 ml susu pekat
27 kpg biskut 4 segi
Buah mangga secukupnya

Caranya:

Putar cheese sehingga jembang , masukan susu prkat dah0n whipping cream
Putar lagi sehingga sebati.
Guna loyang 4 segi.
Tuang 3 senduk besar ke dasar loyang ratakan
Susun 9 kpg biskut.. ulang 3x , akhir sekali tuangkan dadukan mangga. Bekukan 4,5 jam dalam peti sejuk..


23 May, 2014

640. SOTONG GAJAH MASAK LEMAK PUTIH- candatan pulau kapas

Sotong gajah diberi nama kerana saiz nya yg besar tu adalah hasil dari candatan anak sulung ilahjy ...semasa percutiannya di pulau kapas trengganu minggu lepas.
1 ekor tepah digoreng tepung dan hari ini 1 ekor 1/2 telah dimasak lemak putih dibawah. Jom tengok resepi ciptaan ilahjy..



Bahan: resepi  ciptaan ilahjy

1 ekor sotong saiz xxl
1 ketul halia diketuk
5 biji bawang putih diketuk
6,7 biji cili padi diketuk
3 helai daun limau purut
Karot dipotong nipis
Cili merah dan cili hijau di belah 2
1 sudu teh halba
Santan pekat secukupnya

Caranya:

Rebus semua bahan sehingga empuk
Baru masukan pati santan dan sotong dan garam
Masak sehingga mendidih.




22 May, 2014

639. APAM MEKAR AIS KRIM SODA

Jom cuba apam mekar aiskrim soda pula.
Bukan senang nak dapat semekar ini. Petua2 yang nor azua beri dalam fb menjadi panduan kepada pembuatan apam ini. Nor azua tidak kedekut ilmu untuk berkongsi ilmu dengan kami rakan fbnya. Terima kasih azua. 
Resepi pula ilahjy sekodeng dari fb june ahmad. Terima kasih ya june cayang. Halalkan resepi.




Bahan2nya:

2 biji telur
250 gm tepung gandum
230 gm gula halus kurangkan  50 gm manis sgt ais krim soda dah manis
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan ais krim soda

Caranya:

Putar telur, gula dan ovellete sehingga kembang dan  gebu
Masuk esen putar lagi
Masukan tepung dan aiskrim soda secara berselang seli 
Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati
Masukan dalam paper cake yang di isikan ke dalam acuan lompang
Adunan mesti dipenuhkan separas acuan c.cake atau separas acuan lompang
Untuk mendapat hasil yang mekar setaman.
Kukus selama 15 minit sehingga masak.


18 May, 2014

638. MANGGO CASABLANCA

Zaman sekarang kalau giler bukan di tanjung rambutan atau hospital bahagia
Tapi giler pada keadaan. Hahaaa. Umpama MANGGO CASABLANCA ni. Memang sedap giler makan desert ni, sampai tak terkata sibongsu ku 16tahun tu... sedap giler hahaaaa.. rugi lah sapa2 yang tak ada hati nak mencuba membuatnya. Bukan kena masak pun. Hanya putar2 lapis2 dan bekukan..
Pertama tamanya ingin ilahjy rakamkan penghargaan buat cik gu salami simon rakan blog masak yg tersohor dialam maya ini. Selamat hari guru buat amie.
Kerana resepi manggo casablanca ini adalah hasil ciptaan amie bersama rakan gurunya, kajian demi kajian untuk hasilkan juadah yang memang sedap giler ni.
Tanpa usaha amie dan rakannya siapalah ilahjy untuk menikmati juadah istimewa ini. Kalau berdekatan rumah boleh laa oder dan rasa. Ini terpisah dek laut cina selatan... amie mengajar di lahad datu sabah..
Terima kasih ye amie. Kak abadikan resepi di blog kak yee. Disebabkan bahan2 tak de seperti mana amie buat, kak ilah cuba gantikan apa yg patut. 
Jika pengunjung2 blog nak mencuba sila ke blog amie yee. Dapatkan resepi ori amie.






Bahan2nya: olahan ilahjy sebab bahan tak de.

27 keping biskut 4 segi
1 buku cream cheese tatura 250 gm
1 kotak kecil 200ml whipping cream
300 ml susu pekat manis- ikut manis
1/4 cawan susu cair

2 biji buah mangga saiz L
Potong Nipis2 isi mangga untuk melapis
Dadukan untuk bahagian atas

Caranya: 3 lapisan biskut 4 lapisan cheese

Putar cream cheese sehingga kembang
Masukan whipping cream dan susus pekat,  putar sehingga sebati
Kemudian masukan susu cair putar lagi sehingga betul2 sebati
Ingatan semasa memutar hati2 guna kelajuan rendah dahulu kerana cecair akan terpercik. Lepas sebati baru guna kelajuan tinggi.

Guna loyang 4 segi
Masukan 3 senduk besar adunan cheese atas dasar loyang, sapu rata2
Susunkan 9 keping biskut. Tuangkan 3 senduk besar adunan cheese dan susun hirisan mangga.
SEBENARNYA ILAHJY DADUKAN KESEMUA MANGGA UNTUK SEMUA LSPISAN. KEPUTUSAN AMAT MENGECEWAKAN SEBAB SUSAH NAK POTONG. JADI IKUT PETUA AMIE. NIPIS2KAN ISI MANGGA.
Seterusnya lapisan ke2. Susun 9 keping lagi biskut dan tuangkan 3 senduk besar adunan cheese. Susun hirisan mangga.
Akhir sekali susunkan 9 keping biskut  yang terakhir. Tuangkan 3 senduk adunan cheese dan kesemua baki nya dan taburkan mangga yang DIDADUKAN diatas lapisan atas yang terakhir.
Sejukan 4 jam dalam peti sejuk. Untuk makluman hasil yang ilahjy buat ini  tidak membeku seperti amie buat. Sebab penggunaan susu cair(amie tak guna susu cair)
Hasilnya memang macam kek cheese leleh heheeee sedappppppp.... 
Terpulang mana satu kalian suka.
YANG PENTING KITA ENJOY BILA MEMAKANNYA.


Ini resepi hasil ciptaan amie



17 May, 2014

637. ROTI GIRLSSS

Roti girl ni ilahjy buat tanpa mengguna bahan pelembut atau water roux
Adunan ini  Ilah jy buat donut dan bun mexican ni..
SelemBut sutera doh ni... malas nak sukat2 ilahjy campak2 je.. uli pun sekejap je
Dalam 15 minit je membantingnya. Tak elestik pun hihii bun tetap menawan hatikusss.. jangan risau pasal buat  roti pasti jadi.. yg penting jangan jemu









16 May, 2014

636. ROTI TAWAR AKA POTONG

Roti ini hasil dari resepi roti di n3 yang lepas.
Senang hendak potong jika menggunakan alat pemotong ini. Cuma madukan mata pisau gergaji dan potong ikut lelubang yg tersedia.



1