terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








31 March, 2015

726. SAMBAL BELIMBING BULUH SEBUTIR2

Sambal ini dihasilkan oleh adik perempuan ilahjy. Dia masak versi selera dia sendiri.
Penggunaan bahan masih sama. cuma buah belimbing buluh tu direbus tapi tidak diblend. Dimasukan terus sebiji2 macam tu je. sedap juga katanya. 
Maaf gambar dan kuali masakan semua ehsan daripada adik ilahjy.
Kita cuma kongsi pelbagai cara boleh dibuat dgn buah belimbing buluh ini.


 

23 March, 2015

724. RASSAM TELUR

rassam salah satu makanan kegemaran ilahjy. Emak ilahjy yang perkenalkan kpd ilah masa umur ilahjy 15 tahun. Disebabkan kawan2 emak ramai orang india banyak juga maskan india yang dibelajarnya.
Tetapi sejak berkawan dengan geng masakan di fb dan blog  rassam telur telan diperkenalkan oleh ZZ ZALIEDA ZALIEDANA DARI PINANG. Ini makanan kegemaran zz dan suaminya.. emak ilahjy buat rassam kosong sahaja. Wah bila dicubai memang sedap... anak2 pun suka. Tetapi ilahjy buat agak pekat sedikit. Resepi ini pun ilah jy main hentam jee ingat2 lupa emak ajar.


Bahan2nya:

2 sudu besar rempah rassam.

Bawang kecik
Bawang putih
Halia
jintan manis
Biji sawi
Cili kering di gunting serong
daun kari 

Asam jawa
2 biji telur
1 biji tomato

Caranya:

Tumiskan kesemua bahan sehingga wangi
Masukan sedikit air dan rempah rassam
Setelah wangi masukan air asam jawa secukup masam Dan garam dan sedikit  gula.
Setelah mendidih, masukan telur dan tomato bajikan.
Setelah telur masak padam api. Rasa semua supaya seimbang.

20 March, 2015

723. REBUNG TAIWAN

Apa perbezaan antara rebung madu dgn rebung taiwan! Pasti berbeza... kena rasa baru tahu.... secara ringkas ilahjy akan cuba gambarkan fizikal mereka ini.
Isi rebung taiwan kasar, rebung madu halus
ketinggiannya 2x rendah, daripada buluh madu
lepas di masak rasanya manis, drp rebung madu

Perbezaan rasa selepas masak bergantung kpd jenis dan kesedapan masakan. 
Sendiri  masak sendiri rasa sendiri tahu...




Ilah jy menanam sendiri buluh taiwan ini. Sepokok rm30.
Saiznya 3x besar drpd buluh madu. Kecil sedikit drpd buluh beting hutan.
 Daunnya 3x lebar drpd buluh madu. Boleh bikin kuih chang ni...


19 March, 2015

722. KEMBONG STIM SERAI

Bahan2nya:

3 ekor ikan kembong saiz besar bersihkan dan belah belakang
6 batang serai di mesin halus
1 biji bawang besar di mayang
2 biji cili besar di mayang
 6 biji cili padi dadu
2 inci halia di mayang kasar
1 biji air asam limau nipis
Sedikit garam

Gaulkan ke dalam ikan
Kukus sehingga mata jadi putih dalam 20 minit api sederhana



17 March, 2015

721. APAM GULA MERAH

Hasil campak2 menjadi juga.
Akibat malas nak buka resepi. Alhmdulillah menjadi  dengan gemok2 sekali apam ni berkembang. Ilahjy letakan resepi yang diagak2 bahan2nya. Mohon carilahresepi lain jika tak yakin. Ilahjy suka kerja dengan penuh keyakinan pasti menjadi.




Apam gula merah

2 cawan tepung gandum 
1 sudu besar yis
1 biji telur
1/2  cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
1 cawan air agak2 bancuhan macam cucur kodok

Caranya:

Masak  gula dengan air dan daun pandan, sehingga  cair. Tapiskan dan sejukan.
Campurkan kesemua bahan dan adunan dengan menggunakan pemutar telur sehingga sebati. Perap 1 jam.
Panaskan kukusan. Sapu minyak pada acuan. Tuang  3/4 penuh. Kukus selama 25minit,


10 March, 2015

720. LABU LECEK UNTUK PELBAGAI GUNA

Labu dibelah2 dan dikukus sehingga empuk dan dilecek2 sehingga halus
Simpan dengan cara berbalut supaya tahan lama paling2 seminggu

06 March, 2015

718. JEM ROSSELLE

Sambungan daripada sirap rosele.
Lebihan kelopak rosele yang ditapis tadi diblend dengan air sehingga halus.
Masak dengan gula dan sedikit tepung beras sehingga pekat. Boleh diberi perasa kayu manis. Jika suka. Ini adalah warna asal buah rosele. Tak perlu pewarna tambahan.
Selamat mencuba.





03 March, 2015

717. SIRAP BUAH ROSSELLE SEGAR DARI KEBUNKU

Buah2 rosele dipisahkan daripada kelopaknya. Yang bulat ditengah2 tu dikeringkan dan dijadikan biji benih untuk semaian semula.
Kelopak2 bunga tadi dicampur dengan air dan dimasak sehingga lembut. Tapis ambil airnya dan dimasak sekali lagi dgn gula pasir.
Tambah air bila hendak menyediakannya. 
Kelopak yang ditapis tadi boleh dijadikan jem.
Sila lihat entry selepas ini untuk resepi jem ciptaan ilahjy.