terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








24 May, 2015

742. SAMBAL BELACAN ASAM NANAS

Resepi sambal belacan asam nanas ini terbaru ciptaan ilahjy.
Kebetulan masa nak buat sambal ini buah tomato kehabisan. Sekali tengok 
Nanas dah masak betul. Terus potong dalam 2 keping. campur ke dalam sambal belacan. Ermmm wangiii sedap...masam2 manis... cuba lah yeee

22 May, 2015

741. MUNGGAI KELO GULAI LEMAK UDANG KIUT

Mungai atau kelo adalah buah kekacang yg sama. Berbeza sebutan di negeri daerah masing di malaysia ini.
Buah ini seakan kekacang yang panjang nya boleh mencapai 2 kaki seperti pernah ilajy jumpa dulu di kampung kedah.
Mengikut arwah nenek buah ini tidak elok utk penghidap sakit angin urat.
Sebab itu ilahjy tak pernah membelinya.
Tapi alhmdulillah bila dimasak semua anak2 suka makan dan pandai pula memakannya. Tak perlu diajar memakan nya bagaimana.. hendaklah di bersihkan dibuang urat buah ini seelpas itu perlu dikikis kulitnya. Setelah itu dipotong dan dimasak. Ilahjy suka masak gulai lemak arwah nenek ajar. Tapi ilahjy tokok tambah kasi sedap.
Sebatang 20 sen shja. Tapi sekaki sahaja pjgnya.

Bahan2nya:

4 batang mungai dibersihkan kulitnya dan dipotongkan
Sedikit udang kecil
santan pekat secukupnya

1 sudu besar serbuk kari ikan

1 biji bawang besar
5 Ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
4,5 biji cili padi

Bahan2 ini dimesin halus.

Caranya:

Bahan2 yg dimesin dipanaskan terus  bersama mungai masak sehingga empuk.
Masukan udang, garam dan santan pekat. Setelah mendidih padam api.



19 May, 2015

739. KARI ITIK SERATI SALAI

Itik serati salai ini ilahjy beli di pasar tani keramat permai. Sekor rm40 sahaja.
Anak no 3 teringin nak makan. Disebabkan dek ann kat UIA.
Mama masakmseparuh dulu lah nanti separuh lagi tunggu dek ann balik rumah sabtu nya. Alhamdulillah setelah menjadi kari memang sedap betul ada rasa salai dlm isi daging itik ini. Semua suka makan.
Kuah yang lebih ilahjy buatkan roti jala.


15 May, 2015

738. PIE LABU MANIS











Bahan2 pastry:

250 gm tepung gandum
150 gm butter
1 biji telur
2 sudu air
Sedikit esen vanilla

Caranya:

jadikan tepung dan butter serbuk roti. Masukan kesemua bahan dan gaul rata uli seketika. Simpan dalam peti sejuk. Sementara itu  sediakan inti pie.

Keluarkan dari peti sejuk dan rehat sebentar kemudian uli dan canai
Letakan ke dalam peti tin cucuk2 dan bakar seketika. Kemudian baru masukkan inti... terus dibakar sehingga masak.
suhu 200 darjah selama 25 mt atau sehingga kulit pie keemasan.


Bahan2 inti labu manis.

300 gm isi labu  yang dikukus dan dilenyek halus
3 biji telur ayam
150 gm gula perang atau pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu makan cream cheesse
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan kotak

Caranya:

Blend kesemua bahan masuk kan ke dalam pastry yang dibakar terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.


13 May, 2015

737. ROTI CHEESE SUPERBAKE TANPA TELUR




Bahan2nya:

300 ml air 
2 sudu besar susu tepung
70 gram gula
1 sudu teh garam
500 gm tepung gandum
5 gm superbake
2 sudu besar shortening @butter
1 sudu besar yis
Perisa pandan 
Pewarna hijau

Caranya:


Campurkan kesemua bahan2 ke dalam mixer adunan sehingga 30 mt sehingga doh licin. Perlu diingat butter dimasuka setelah adunan bergaul sebati. Terbentuk doh dlm 5mt ulian.

06 May, 2015

735. MASAK LEMAK REBUNG DENGAN UDANG


rebung
udang
santan 
serai

bahan mesin:

 bawang merah, bawang putih, kunyit hidup,
2sudu rempah kari ikan
1 biji cili merah

rebus bahan mesin dgn rebung dan serai ketuk sehingga mendidih
masukan udang dan  santan secukupnya. rasa garamnya.

04 May, 2015

733. PEPAHAT MASAK 3 RASA

Resepi ini sememangnya hasil dari citarasa ilahjy sendiri. Digabungkan bahan suoaya tidak muak. Dan dengan tomato dapat mengurangkan sedikit kadar kolestrolnya.


Bahan2:

1 kilo pepahat dibersihkan dengan asam limau

1 biji tomato
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 biji cili besar
6,7 biji cili padi ikut kepedasan sendiri

2 batang Serai diketuk
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
Garam

Mesin kesemua bahan.
Tumis sehingga wangi, masukan serai dan kesemua sos2 dan garam
dan sedikit air. Setelah mendidih masukan pepahat dan masak sehingga sedikit pekat kuanya.