terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








29 June, 2015

749. TEMPOYAK DAUN ULAM DGN GENUAK

Resepi ini tak mengikut langsung cara orang2 negeri dan kebiasaan dimasak.
Biasalah ilahjy suka memasak mengikut tekak sendiri. Pada asal nak masak nasi ulam, tapi tempoyak pula ada sikit lagi teruskan misi dengan genuak aka kerdas petai tak ada ganti genuak pun ok juga.

Bahan2nya:

5 jenis daun ulam, daun bebuas,ulam raja, putat, daun kunyit,
5 sudu besar tempoyak
3 biji cili merah
Bawang besar dan bawang putih
Santan pekat
Secekak ikan bilis
2 batang serai di ketuk

Bawang2 dengan  cili ikan bilis dimesin sehingga halus
Campurkan kesemua sekali dan panaskan sehingga mendidih dan masukan santan pekat. Masak sehingga pekat.






27 June, 2015

748. LEPAT LABU KU






Enaknya lepat citarasa ilahjy ni...hehehe sendiri olah sendiri suka laaa
2 hari masih lembut. Labu ini adalah puri yg disimpan tahun lps.. tempat beku... nak guna keluarkan.

Bahan2nya:

Resepi ilahjy sendiri:
1 cawan puri labu
6 sudu besar gula perang
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung beras
3/4 cawan santan kotak
Sedikit garam

Campur semua sehingga sebati. Macam bancuhan jemput2 pisang.
Bungkus molek2 kukus api perlahan sehingga masak. Dlm 30 mt. Petua pembalutnya molekkkkk jeee x terbuka ponggggg


26 June, 2015

747. PIE KENTANG AYAM

Rebus kentang lecek halus.
Gaul kan bersama susu cair, tepung beras, garam,



Telur sebiji dikocok dengan sedikit garam dan sedikit tepung gandum




Rebus kentang lecek halus.
Gaul kan bersama susu cair, tepung beras, garam,

Isi ayam, bawang besar, bawang putih,diblend. Campur cili dadu dan daun bawang juga sup

Taburan lada sulah, lada hitam, oregano, serbuk sup, serbuk jintan manis


23 June, 2015

745. KEK PISANG NIPAH NUTELLA

Kek pisang nipah ini adalah hasil daripada pokok pisang nipah yang ilahjy tanam sendiri. Alhamdulillah walaupun lama tanam baru kutip hasilnya. Serangan monyet membantutkan tumbesarannya.
Jom layan  resepi kek pisang nipah nutella yang sedap.mulus dan ringan.




Bahan2nya:

Mesin halus:
1 cawan pisang nipah ranum.
1 cawan minyak jagung

Putar gebu:
1 cawan gula
7 biji telur
1 sudu besar ovellete

Ayak bersama:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder doubel action
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh nescafe
1 sudu besar nutella

Caranya:

Putar telur, gula dan ovelete sehingga gebu.
Mesin minyak dengan pisang sehingga halus.
Ayak tepung dengan kesemua serbuk2 tadi. 
Masukan berselang seli dengan pisang putar sehingga sebati.
Sapu acuan dengan marjerin dan tepung.
Bakar dalam suhu 170 darjah selama 40 minit sehingga masak.


16 June, 2015

744. NASI AYAM CARA JY


Sos kicap, mesin bawang putih, halia, panaskan sedikit sup ayam bersama bahan mesin masak sehingga mendidih. Taburkan daun2 bawang dan sup.

Cili benggala merah dan hijau dipotong memanjang.
Taburkan garam, lada hitam dan lada sulah dan sedikit minyak masak.
Bakar sehingga bertukar perang,



Sos cili, mesin sedikit karot, cili merah, cili padi, bawang putih
Panaskan bersama sos cili sehingga mendidih.

02 June, 2015

743. NASI EMPET BERAS WANGI

Penggunaan beras wangi dalam membuat nasi impit aka ketupat nasi perlu dikurangkan sukatan airnya dlm 1/2 cawan.
Ilahjy guna beras wangi 5 pot putih. 
Selalu 1 pot 3 air. 5  x 3= 15 air tetapi buangkan 1 atau 1/2 pot airnya.
Masak macam biasa. guna  rice cooker. Pastikan air betul2 kering sentiasa di kacau dgn senduk nasi. Padatkan dalam loyang dgn menggunakan tuala bersih beralaskan plastik spt dalam gambar. Letak lesung batu utk memberatkannya. 
Selamat mencuba.