terima kasih kerana sudi ikut kusss

IKLAN KE 2-ILAHJY

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








31 May, 2016

823. BINGKA JAGUNG

mohon izin kak sapinah ahmad ilahjy masukan copy resepi disini, moga mak cik manggis nyeeee blig diberkati.




ganti jus jagung campur air jadikan sukatan air pandan




26 May, 2016

822. KERABU PERUT TAUGEH DIY


taugeh ternak sendiri lebih bersih dan sihat


perut
taugeh
beras digoreng
kelapa diblend dgn air masak
sambal belacan
bawang besar mayang nipis
gula, garam, air limau kasturi

gaul kesemua dan rasa seimbang bahan2nya.

23 May, 2016

821. ACAR DARAT REBUNG MADU

nama acar ni ilahjy sengaja beri nama acar darat. dulu arwah nenek selalu buat acar darat. tak perlu dimasak. contoh timun dgn nanas dibuat mcm kerabu tapi dibubuh santan pekat. masa masak rebung ni teringat acar timun tok.,huhuuu maka ilahjy buh nama masakan niii acar darat. bahan2 nya ringan jeer dan mudah.


3 btng rebung potong nipis2 menegak... cincang2 sblm potong
sejengkal karot potong potong panjang
 2 sudu besar udang kering
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar jintan manis
bawang putih belah 2
bawang besar baji
halia mayang panjang
2 biji jus limau kasturi
sedikit gula dan garam

blend udang dgn sedikit bawang besar
tumis dgn minyak mencukupi
setelah wangi masukan bahan2 mayang setelah wangi masukan 
rebung dan karot goreng sehingga sebati.
masukan air utk menyempok kan rebung dan karot.
rasa masam masinnya. padam api bila dah empuk..

jika nak kaw2 masukan rempah kari masa tumis baruuu best.
lain kali ilahjy buat yeee

22 May, 2016

820. KEK CAWAN MARBLE OREN COKLAT

kesemua bahan2 ilahjy menggunakan sukatan cawan.
manakala oren nya di parut kulitnya dan dipersh jusnya.
memang enak jika coklat bergabung dgn oren. tidak muak.










20 May, 2016

819. PIE CRUMBLE APPLE

resepi ini ilahjy rujuk kpd blog azlita aziz. dan ditokok tambah sedikit di atas topping nye. terima kasih dek ita lawa kusss











APPLE CRUMBLE PIE
Rujukan : www.azlitamasammanis.com

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising

Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti

Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.

masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti

5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis

Ketepikan

Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.

Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat.
Masukkan kulit lemon.
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble

75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat

Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie

Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.

Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan

Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple

Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.

Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang





17 May, 2016

818. KEK 3 IN 1 ILAHJY








sebelum turu nak layan mata dulu....

kek 3in1 sos kayu manis JY

4 biji pisang restali
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat
1 cawan gula pasir

diblend halus
masukan ke dalam mixer bersama

1 sudu besar ovellete
6 biji telur c

putar sehingga gebu kelajuan 4.
masukan pula

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar double action baking powder
1 sudu kecil soda baikabonat
 ayak bersama

putar sehingga gebu.

parut 1 biji oren dan amek jusnya dan masukan  kacau rata.

potong nipis2 apple

sapu loyang dgn marjerin dan tepung
tuangkan adunan atur kepingan apple diatasnya
bakar 160 darjah selama 45


12 May, 2016

817. ROTI SIPUT







bentuk jgn pandang..hihiii tak sekata... x berseni.... tapi halusss mulusss gebusss rotikusss... makan mlm tanpa nasiiii

tepung gandum tak sampai sekilo keluarkan 2 cawan.
1 paket yis
5 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh super bake
susu cair 1/2 cawan
air ais secukup uli 
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat

09 May, 2016

816. DAGING GORENG PEKASAM YA AMPUNNNN SEDAPNYEEE





selepas seminggu daging pekasam sudah berbau wangi dan ilahjy terus mengorengnya dengan bawang dan cili kering.
ermmm daging ni mudah dikunyah dan lembut serta ranggup.
jommmm buat segera. sesuai untuk puasa nanti. boleh buat banyak2 stock.

06 May, 2016

815. REBUNG TAIWAN DARI KEBUN KU

Rebung taiwan ini seakan rebung beting di kampung2 tapi saiznya kecil sedikit
Berbeza dengan rebung madu yang ilahjy tanam dikebun. Saiznya kecil daripada rebung taiwan. Rebung taiwan mempunyai serat yg sedikit kasar dan berbau harum seakan umbut kelapa. Sepohon rebung taiwan cepat memakan kawasan tanah. Ini disebabkan saiznya 3x saiz rebung madu Dan pertumbuhan nya memang lembab daripad tebung madu. Walau apun jua ke dua2 mempunyai keistimewaan sendiri, cara memasak sama sahaja.



05 May, 2016

814. IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

Selalu arwah nenek masak ikan macam ni menggunakan cuka dan simpan beberapa hari semakin hari semakin sedap. Kalau kita tak ada selera nak makan nasi inilah lauk pembuka selera . Kuah nya boleh dihirup.
Disebabkan ilahjy tak boleh makan cuka ilahjy guna air asam jawa yg sedikit pekat untuk memasamkan kuahnya.

Bahannya:

2 ekor ikan kembong Dipotong dua dan digoreng garing
Bawang besar mayang
Bawang putih belah dua
Halia dimayang
Cili padi secukupnya
2 biji tomato dibelah 4
Jintan manis
Biji sawi
Air asam jawa secukup memasamkan kuah

Caranya:
 Tumis kesemua bahan2 mayang dengan rempah sehingga wangi. Masukan air asam jawa dan tomato.  Setelah mendidih masukan ikan goreng dan garam dan sedikit gula seimbang rasa


04 May, 2016

813. PEKASAM DAGING KORBAN



PEKASAM DAGING KORBAN HB KUSSS ..korban dimelaka
baru selesai memerap. tungguuuuu semingguuu apa rasanyaaa
resepi turun temurun arwah nenek kusss
*resepi adaptasi dari pekasam ikan nenekkusss*
testinggggggg.....

resepi agak2 yee

1 kilo daging potong sederhana besar dlm 5 inci
4 pot beras dibasuh tos dan 
goreng tanpa minyak sehingga keperangan, blend halus
seggenggam asam jawa rendam dgn 1/2 cawan air panas sehingga kembang
garam halus segenggam
3 keping gula kabung tumbuk2 kasar
beberapa keping asam gelugor

sapu garam dan gula rata2 pd daging
kemudian, perah air asam jawa tabur beras goreng gaul rata.
lepas tu, tabur beras atas dasar tupperware. 
atur daging selapis. masukan asam keping 2,3 kpg, beras goreng
ulangi sehingga habis.
atas sekali tabur beras, gula, asam keping dan curah sedikit air asam jawa
perap dlm bekas tuu bertutup, simpan dlm peti sejuk. tunggu lah seminggu atau sebulan kikiiiii tak jadiii jangannnn mareee yee