31 March, 2025

1384. GETUK UBI KAYU JY








bahannya:

1 mangkuk ubi kayu direbus dan ditumbuk2
1biji Kelapa parut muda
4 sudu gula pasir ikut manis
Sedikit garam

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan dan Bulat-bulatkan sebesar bola golf.  Celup dalam adunan tepung goreng kekuningan. 

Bahan celup tepung:

1 senduj tepung gandum
1 senduk tepung beras
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Air secukup bancuhan 
Bila sudah selesai bancuh 
masukan 2 sudu besar minyak panas petua ilahjy yee utk ranggup





 

30 March, 2025

1383. ITIK SALAI MASAK LEMAK BERIANI

 









Bahannya:

1 biji Bawang besar potong baji
6,7 biji Cili padi diketuk ikut pedas
2 biji tomato potong dua
Daun ketumbar jawa
Lengkuas diketuk
1 sudu teh Serbuk kunyit
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari daging
Sedikit rempah sup dan kurma.
Santan pekat
Garam

Caranya:

Rebus semua bahan dengan itik sehingga empuk
Masukan tomato masak sehingga tomato lembut 
Masukan santan sehingga mendidih padam api.


29 March, 2025

1382. KARIPAP PUSAR ILAHJY










setelah sekian lama tidak memusaukan karipap memang agak teruk la pengakhirannya
Tetapi kulitnya ranggup gebu dan lembut. 

Macam biasa ilahjy buat tanpa sukatan.
Bila nak masuk blog kena lah buat anggaran kasar. Moga kalian buat jadilah nnti.

Kulit karipap:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar buttercup
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Panaskan buttercup dan minyak tadi. Tuangkan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu.
Bila sudah sebati masukan air sejuk air uli sehingga boleh jadi duh lembut
Bulat2kan dapat dlm 6 biji.

Duh tengah:

Tepung gandum dicampur dengan buttercup diadun sehingga boleh dikepal dapatkan 5 biji

Leperkan duh kulit masukan duh buttercup tu dan bulat2kan. Perap sekejap. Buat lah intinya.
Koi
Ambil duh tadi leperkan memanjang. Gulung dan leperkan sekali lagi dan terus digulung lagi
Potong dlm 5 bahagian, amek duh ke6 yg tak de duh marjerin..  cubitkan sebesar jari letak atas duh2 tadi dan leperkan
Ia jadi pengalas karipap , Supaya inti tak terbarai. 
Dah boleh dimasukan inti dan bentukan. Dan goreng.  


Ini catatan ILAHJY semasa kawan kat fb minta resepi diFB. Nak simpan rujukan
 Panaskan 2 sudu buttercup dgn minyak 3 sudu .. agak2 je ni. 
Buh garan sedikit agak2 masinnya. 

Tepung gandum dlm 3 cawan 
Tepung beras 1/2 cawan

Ini pun agak2 je tuang je td xde sukatan

Masukan butter cair td gaul dgn sudu   dah rata masukan air ais semua. Uli jd duh yg lembut. 

Utk tengah pula buttercup dgn tepung gandum bancuh hingga bole kepal. 

Bulat2kan semua duh. Duh butter td kecik jee drp doh kulit.
Buat mcm biasa la .

27 March, 2025

1380. AYAM GORENG KUNYIT BERSOS TIRAM




 
bahannya:
Isi ayam dipotong nipis
Serbuk kunyit
Sedikit cili mesin
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Daun ketumbar jawa
Bawang besar dipotong tebal

Caranya:

Goreng ayam, masukan serbuk kunyit.
Bila dah empuk masukan kesemua bahan2 diatas. Masak sehingga mendidih tambah sedikit air untuk sedikit berkuah. 



 

24 March, 2025

1377. SUP NASI DAGING SOS ILAHJY



bahan2 SOS nya:

Cili padi
Bawang putih
Daun ketumbar
Daun ketumbar jawa
Air rebusan daging
Kicap
Sos cili
Gula garam


Blend kesemua bahan dan panaskan sehingga mendidih