26 December, 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH ANAK KE 3 KU..DPT 8A PMR 24 DIS 09

ingin ku berkongsi kegembiraan ini bersama pengunjung2 blog ku...
dalam kesihatan ku yg tidak mengizinkan ini... ALLAH SWT BERI UJIAN ..inilah hikmahnya dan rahmatnya yg tersembunyi... doa org yg sedang sakit senang dimakbulkan olehNya.. mungkin kerana aku redha dgn kesakitan ini..ALLAH memberi ganjaran kejayaan anak ke 3 ku RAIHAN .
Aku terharu kerana raihan bernazar puasa 8 hari dan menderma 200rm duit biasiswanya (UPSR) kpd anak2 yatim, niat itu telah dia laksanakan semalam, ketika pulang ke melaka.. cuma puasa je akan dilaksanakan selepas ini..

14 December, 2009

KESIHATAN TUNJANG HIDUP KITA

salam semua para pengunjungku,

tahukah kalian penjagaan kesihatan diri sama ada dlm pemakanan dan fizikal amatlah penting?
setelah aku diuji oleh Nya 2 bulan kebelakangan ini, aku amat takut dgn kecuaian ku dlm dua pekara tersebut..

apa yg kita makan amatlah penting sebab itu kita kena percaya pd cakap2 YAKNI PANTANG LARANG ORG2 TUA kita.. itu tak boleh ini tak boleh...

pengalaman yg aku alami ini amatlah berharga utk dikongsi bersama kalian...

kalaulah aku tak seimbangkan kedua2 pekara tersebut kmgkinan aku terlantar sakit...

tetapi aku segera disedarkan oleh yg maha kuasa... aku terus melawan segalanya dgn hanya mendekati ke dua2 pekara trsbut... ditambahi pula usia ku yg kian meningkat ini.. kesedaran aku ini adalah di tahap yg amat genting....95% sewaktu sakit ku mencecah penghujungnya.. alhamdullilah 1000 mcm usaha aku telah usahakan... dgn berkat berdoa ke hadrat Illahi aku terhindar dr bahaya yg mnunggu dihadapanku...

apa yg ingin ku sarankan disini ialah.. jagalah kesihatan kalian dari segi pemakanan dan fizikal yak ni bersenamlah seperti pakar kesihatan sarankan... itulah tunjang kehidupan kita... jgn lalai wpun sehari.... kerana sakit akan dtg tepat pada masanya tak mengira usia jika kita lupakan kdua2 pekara itu.... dan berdoalah jangan putus asa jika kita diujiNYa... krn setiap ujian itu akan mendekatkan diri kita dgnNya...

semoga kalian sihat sejahtera..jgn alami seperti diri ku ini... amin...

08 December, 2009

mohon doa dari kalian

salam pengunjung yg ku kasihi sekelian

maaf kerana dah lama daku bercuti dari memblog.. dan mengupdate terkini masakanku.. kesihatan agak kurang mengizinkan.. mohon doa dari kalian semoga daku sihat spt sediakala..semoga dpt meneruskan sumbangan ini utk kalian.. t.kasih...