25 June, 2016

829. SAMBAL KERING IKAN BILIS HITAM


tak sangka ikan bilis hitam ni sedap digoreng  mcm ni. ranggup berderai bila dikunyah. tidak mengguna air walaupun setitis. jika terkena air pasti liat. ilahjy guna cili mesin tanpa bawang.
selepas digoreng ikan bilis hitam sehingga separuh garing, toskan sebentar masukkan cili secukupnya ke dalam minyak goreng sehingga pecah minyak baru masuk kembali ikan bilis tadi. goreng sehingga kering dgn api yg paling perlahan. ermmm sedap. pestime mencuba.

22 June, 2016

828. SAMBAL TUMIS REBUNG TAIWAN TEMPOYAK UDANG


buat sambal macam biasa tambah tempoyak ermm kaw kaw nyeer lah

rebung taiwan ini ilahjy tanam dikebun. susah nak dpt rebungnya.
2,3 minggu sekali tumbuh sebtg dua je. haiii rugi kawasan tanamnya. sbb makan ruang dgn cepat. berbanding dgn rebung madu. 

20 June, 2016

827. TOSEI SEGERA JY

penggunaan tepung tosei  segera.
memudahkan kerja ilahjy yang tak pandai nak mengadun bahan2nya.





09 June, 2016

825. KEK OREN WALNUT JY



kek oren walnut for my en hb kusss birthday ke54
lembut gebuzzz... resepi main masuk jeee nanti nak ingat apa yg dah aku buh tadi... ps. resepi draf baru nak publish. 18 okt 2015.

 KEK OREN WALNUT ILAHJY
1 cawan marjerin daisy
1 cawan gula
4 biji telur B
1 biji oren BELAH buang biji 
1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar double action baking powder
sedikit pewarna kuning
4 biji walnut  blend halus
4 sudu besar minyak zaitun

putar marjerin dgn gula sehingga gebu
telur, oren, minyak blend sehingga halus
masukan kedalam marjerin, putar lagi sehingga sebati
ayak tepung bersama baking, masukan ke dalam adunan
kacau dengan senduk kayu. masukan pewarna.
bakar 170 darjah selama 45mt,