09 November, 2018

968. SAMBALBIKAN BILIS TERUNG PIPIT DAN BELIMBING BULUH


Buat sambal mcm biasa cuma tambahlah terung pipit dan belimbing buluh.



06 November, 2018

967. RENDANG REMPAH 7 RASA NANGKA CEMPEDAK MADU







Waaalllaaaweiii RENDANG!!! nangka cempedak ilahjy.. sedap weii gabungan 5,6 jenis rempahannnn.. sila tutup mata... setelah hati sedikit meruap dgn sikap seseorg... makan ni kasi angin kluar...

Rendang Rempah 7rasa JY

1 biji nangka cempedak muda dlm 2kg berat spt dlm gmbr yg cute tuu saiz nya
 Potong nipis2 dan Celur nangka dlm 10mt je. Toskan

Bahan dimesin sehingga halus mulus

4 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar
5  ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
1/2 cawan 

Rempah 7 rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah daging beriani
4 sudu besar kerisik

1 kotak santan
Garam
Daun limau purut diracik halus

Panaskan 1 cawan minyak, tumiskan bahan mesin sehingga wanggi
Masukan sedikit air dan kesemua rempah2 diatas. 
Masak sehingga pecah minyak. Masukan nangka, kerisik, garam, daun limau purut dam santan.
Masak sehingga mendidih dan kepekatan kuahnya ikut selera masing2.