24 February, 2020

1062. UDANG GALAH MASAK SAMBAL PURI


Masak seperti sambal biasa ilahjy cuma tambah tomato puri
Bagi kelainan rasa.

06 February, 2020

1059. REBUNG MASAM MANIS

Masakan rebung ini sama mcm masak cuka ikan. menggunakan bahan2 yang telah  saya ubah suai sedikit.
 Bahannya: 
Rebung madu dipotong seperti dalam gambar

Sedkit cuka setakat masam
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan manis
Bawang kecil dimayang
Bawang putih dimayang
Sedikit halia dimayang
Boleh ditambah cili merah potong
Bawang besar baji nipis

Caranya:

Tumis kesemua bahan sehingga wangi
Masukan air dan cuka garam dan gula
Masukan rebung dan bahan tambahan jika suka
Masak sehingga mendidih. Rasalah seimbangkan rasa masam dan manis.

02 February, 2020

02022020

02022020
CANTIK TARIKH HARI INI 
No madalan hari ni...
Layan tarikh je

01 February, 2020

1058. SAMBAL UDANG KECIL


Sambal dan lain lain masakan tak perlukan sebarang msg utk sedapkannya.
Cuma ikhlas dlm mnyediakan bahan. Dan oerbanyakan kegunaan bawang.
Maka manislah sedap lah ia. Tapi jika cili jenis pedas terpaksa lah guna,sedikit gula
Dan asam jawa bagi seimbangkan rasa.
Yang penting cili mesti dimasak dgn.minyak yg mncukupi. Jika minyak terbentuk dlm pinggan selepas masak ceduk buangkan ia.
Jika tidak mncukupi minyak.sambal cepat basi.