26 September, 2022

1202. HALWA LIMAU KULIT SEPARUH BUANG



  
Percubaan kedua kulit dibuang yg tidak cantik sahaja.
Yang ni mmg menepati rasa ku. Ada pedau limau yg membangkitkan selera.

Caranya: 
 
Kulit limau diparut dibuang bhgian yg tidak cantik

Potong tampuk tangkai

Rebus dalam air sehingga lembut

Toskan 

Masak air gula secukup manis
Masukan limau masak sebentar shja
Padam api
Biarkan sejuk baru simpan dlm bekas

Biarkan serap gula baru dimkn dgn nasi

 

20 September, 2022

1201. LIMAU HALWA POKOK SENDIRI




 
Kali pertama buat kulit dibuang semua agar tidak 
Pahit. 


pedau. Hasilnya mmg hanya sedikit sangat rasa pedau tu ada. Rasa mcm tak mkn limau. Tunggu next percubaan ye




 

18 September, 2022

1199. SAMBAL TERUNG PIPIT


Terung pipit ni  ilahjy amek dr kebun 
Masak macam sambal biasa je. Jangan guna yg tua nanti keras. Yang muda sedap di gigit.






 

04 September, 2022

1198. ROTI CANAI BANYAK REST



Bahan:

500gm tepung gandum
1 biji telur ayam saiz c
1 sudu besar paras susu pekat
1 sudu besar paras planta
1/2 sudu teh garam
Air secukup doh lembut macam pau

Caranya:
Campurkan kesemua bahan uli dalam 10mt rehatkan 20mt.
Uli kali ke dua rehat 10mt
Uli kali ke3 terus bulatkan dan sapu sedikit je planta dan rehatkan dalam 30mt.
Leperkan sedikit kesemua doh dan rehatkan sebentar. 
Tekan dan leperkan perlahan2 lepas tu tebarkan sehingga nipis. Bentukan lipatan dan rehatkan dlm 5mt terus bakar. Lepas suam sikit baru ditepuk roti canai yg telah masak tadi.