30 October, 2022

1207. SAMBAL PUCUK UBI CARA REBUS





Caranya: 

Rebus pucuk ubi perah airnya

Buat sambal ikan bilis gula cili kering seperti biasa
Bila kering masukan pucuk ubi dan santan pekat
Goreng sehingga garing. 

Bila buat cara rebus daun pucuk ubi tidak hancur. Kekal panjang . Yapi kalau daun digoreng dulu selepas siap masak daun ubi mnjadi hancur. 

Kedua2 cara pun sedap. 
Ikut mana kita suka. Nak yang hancur atau panjang2. 

27 October, 2022

1206. SAMBAL PUCUK UBI CARA GORENG DAUN pestime try









Caranya: 

Daun ubi digoreng sehingga garing

Buat sambal ikan bilis seperti biasa
Ilahjy guna cili padi ye
Bila cili dah garing masukan daun ubi kayu.

Disebabkan tidak dicelur daun pucuk ubi ni rasa sedikit pahit. Tapi memang ranggup sungguh. 


                              










16 October, 2022

1204. ACAR LIMAU ILAHJY















4 kg buah2an jeruk
Dipotong kecil supaya mudah nak makan
Lepas tu tolong cuci bersih selawat banyak2
Toskan sehingga kering.
50 ulas bawang kecil dijerukan 
50 ulas bawang putih dijerukkan
Secawan halia tua di mayang

Bahan mesin:
30 biji bawang kecil
30 biji bawang putih
1/2 cawan halia mayang
1 cawan sos cili
1 cawan rempah kari daging
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah soto
Cili kering mesin dlm 5,6 cawan ikut  pedas
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan manis

1 botol cuka
3/4 kg gula
5,6 sudu besar garam

Caranya:
Tumis bahan mesin bersama jintan manis dan biji sawi, cili kering, rempah2
Bila,pecah minyak masukan bawang jeruk 
Masak sampai separuh lembut, baru masukan buah2an lain.
Masukan cuka gula dan sos cili.
Tambah air utk melembutkan buahan
Rasa masam masim manis. Masukan bahan tu secara peringkat. Lps tuu seimbangkan rasanya. Ikut selera kita


 

02 October, 2022

1203. LIMAU ACAR SAIZ BESAR TOMATO






 0
Percubaan ketiga menggunakan limau acar utk dibuat halwa
Limau ini bersaiz besar drp limau nipis 
Hasilnya lagi power. 

Caranya:

Parut kulit yg tidak cantik tinggalkan yg hijau
Potong tampuk tangkai 
Rebus Celur sehingga lembut

Masak air gula dan masukan limau
Padam api biar sejuk baru simpan dlm bekas bersama air gula. 
Simpan sampai serap gula baru dimakan. 
Buang