27 November, 2022

1210. KURMA IKAN TENGGIRI JY

bahannya:

Ikan tenggiri di goreng seketika 

Tumis bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu Manis, bunga lawang, sehingga wangi masukan rempah kurma dan daun kunyit juga daun limau purut. Kacau sehingga pecah minyak.

Tambah air sedikit dan masukan ikan dan sedikit santan pekat.  Masukan jug apotongan cili hijau. Masak sehingga mendidih api perlahan. 







 

21 November, 2022

1209. CUCUK IKAN BILIS BESTARI LOKIO





Bahannya:

Ikan bilis
Cili padi
Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
  
Kesemua bahan dikisar kasar

Masukan yepung gandum dan sedikit tepung goreng  bestari

Potong lokio spt potong daun bawang 
Gaul sebati dan goreng spt biasa.
 

11 November, 2022

1208. SPAGHETTI LADA HITAM MY STYLE

Caranya:

 Bawang putih lada hitam ditumbuk  halus

 Panaskan mentega tumis bahan tumbuk sehingga wangi masukan kiub ayam kacau lagi masukan daun sup daun bawang dan daun ketumbar

Masukan tepung gandum kacau sehingga sebati. Masukan udang dan air secukup nya masukan spaghetti yg telah direbus. 

Tambah air jika terlalu kering. Rasa garam.