14 February, 2023

1218. ROTI ARAB LEMBUT




Bahannya:

500 gm Tepung gandum
1 paket Yis
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
3 sudu besar gula
 Air secukup lembut

Caranya:


Ayak bahan kering bersama
Campurkan kesemua bahan uli sehingga doh menjadi ringgan dan tidak melekat di tangan
Perap sehingga naik dua kali ganda.
Bulatkan doh dan gelek sederhana nipis
 Biar sebentar baru di bakar atas kuali. 
Drp doh tuu ilahjy juga buat donut utk cucu hud sayang. Balik mlka okt 2021. 3 minggu 

06 February, 2023

1217. SPAGHETTI LADA HITAM JY, UTK CU HUD

Bahannya:

Tumbuk bawang putih dan lada hitam sehingga lumat. Panaskan butter tumis bhb tumbuk sehingga wangi. Masukan chiken kiub kacau sebati. Masukan tepung gandum kacau sehingga sebati. Masukan susu segar dgn air. Kacau sehingga sebati.  Setelah mendidih masukan sayuran dan bebola ikan dll.  

Rebus spaghetti sehingga lembut campurkan kedalam kuah tadi. Kalu tak mahu kembang boleh campur semasa hendak dimakan. 







 

05 February, 2023

1216. SAMBAL FUCUK TAUHU SOTONG KERING

Buat sambal macam biasa. Tapi mesti masukan belacan semasa blend cili dan bawang 

Fucuk mesti direndam sehingga lembut. Masukan kedalam sambal tadi bersama santan pekat. Buat biar berkuah sikit. Sebab fucuk akan serap kuah sedikit.