⁶
http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
30 March, 2024
29 March, 2024
1309. KERABU PERUT LEMBU
Perut ni adalah hasil daripada daging korban.
Biasalah menunggu draf ikut giliran maka lambatlah resepi ini dipostingkan.
Bahan2nya boleh nampak dlm bekas dgn jelas.
Ilahjy bukan pandai pun buat kerabu tak sedap mcm arwah tok buat. Segan nk turunkan disini. Kalian lagi pandai dariku.
Bahannya:
Bawang merah
Serai
Lengkuas
Cili merah
Cili padi
Blend sampai halus.
Blend juga kelapa goreng.
Campurkan beras sangai yg telah dimesin halus
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula
Gaulkan perut lembu dan perahkan asam limau
Taburkan potongan cili merah dan bawang besar yg dimayang halus.
22 March, 2024
17 March, 2024
1307. SUP TEPUNG TARIK UTK CU NUH CU HUD
Bahan:
Tepung gandum
Telur
Air
Uli tepung gandum sehinggga sebati seperti kulit karipap. Perap sebentar.
Tumiskan sup mengikut selera kita
Bila kuah mendidih perlahankan api
Tarik tepung terus masukan ke dalam kuah.
Bila sudah selesai baru dikuatkan api dan bila mendidih kali ke dua baru padam api.
16 March, 2024
11 March, 2024
02 March, 2024
1304. BELIMBING BULUH KERING. Cara pertama.
Bahannya:
Buah belimbing buluh direbus dengan garam.
Sehingga mendidih sekejap je.
Biar dalam periuk seharian.
Tapis dan jemur sampai kering.