terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








19 November, 2016

853. KUPANG REBUS SERAI BAWANG


masakan yg paling mudah. ketuk serai dan hirisan bawang besar bersama sedikit  garam dan air.

13 November, 2016

852. IKAN SELAR MASAK CEKUR

pestime mereka masakan sedap ni.,, ikan selar masak lemak cili padi cekur...
lauk utk malam ni.... lapaqqq niii.. dah rasa sikit ..ya allah sedappp

bahannya:

2ekor ikan selar kerat 2

1/2kotak santan kara

bahan mesin halus:
1 inci isi cekur
1 inci halia
1 inci kunyit
4 biji cili padi ikut pedas
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar

1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah potong serong
4 helai daun cekur hiris kasar.

panaskan  bahan mesin dalam kuali sehingga mendidih
masukan ikan , tomato dan santan pekat sedikit air jika perlu.. ikut pekat yang kita suka
setelah mendidih baru masukan cili potong dan daun cekur dan garam, 
masak sehingga mendidih sentiasa dikacau yee....

selamat memcuba resepi ilham ilahjy...
ilahjy x guna asam kecuali tomato utk seimbang rasanya.

10 November, 2016

851. REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI KURMA


1 lagi resepi rebung madu., baru ilahjy reka malam tadi utk makan malam tambah 3x makan nasi,. naik laaa kg akusss hr tu 60kg hari ni 62kg. pulakkkk

masak lemak cili padi kurma... mmg sedap ratah ranggup..gitusss

tempahan rebung madu segar dibuka mulai hari ini... nama2 akan disimpan.. sila tinggal pesanan diruang komen. tq yeee

5 batang rebung dipotong ikut selera

 bahan mesin:

cili padi ikut pedas
sedikit kunyit hidup
bawang besar 
bawang putih

2 sudu besar rempah kurma
5 batang serai diketuk2
sejemput ikan bilis ditumbuk kasar2

mesin kesemua bahan dengan sedikit air sehingga halus
panaskan bersama rebung, serai dan rempah kurma sehingga mendidih.
selepas itu tambah santan pekat dan rasa garamnya.

06 November, 2016

850. KEK UBI KAYU JY






kek ubi kayu mulus gemoksss

bahannya:

1cawan ubi kayu parut
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin daisy
4 biji telur saiz a
2 cawan tepung naik sendiri
pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

pukul gula marjerin sehingga gebu
masukan telur putar lagi. masukan esen vanilla dan pewarna kuning, masukan ubi kayu putar lagi sehingga sebati
ayak tepung masukan kacau dengan senduk kayu.
sapu loyang dgn marjerin dan tepung.
bakar 170 selama 30 mt atau masak.

03 November, 2016

849.. IKAN SERKUT



satu lagi resepi baru tiada nama drpd  ilahjy
ikan sekut

alkisah ikan ni  kegemaran  arwah mak n pak mentua ku.
disebabkan isi ikan tawar mereka hanya masak sup ikan jer.,.
tapi mlm ni ilahjy cuba menyedapkan rasa kuah dan ikan niii sekali harung.

maka terhasil lah resepi tiada nama. mcm biasa laaa hobi kuuu ..ada sapa nk tau resepi nya. kenal kee ikan sekut?

sebelum terlupa baik cepat2 aku masuk resepi baru ni

1 kepala dan 3 keping isi ikan sekut, yg berlebih simpan yeee

bahan ditumis sehingga layu:
3 biji cili hijau solok di potong tebal serong
1 inci halia di mayang kasar
3 ulas bawang kecil mayang
1/2 biji bawang besar  dipotong bulat2
1 sudu besar rempah masak cap rose

bahan dimesin halus:
1 batang serai dipotong halus
5 ulas bawang putih
6,7 biji cili padi
2 biji cili besar

3 keping asam gelugor

caranya:

panaskan minyak secukupnya, masukan bahan2 tumis di atas.
masak sehingga betul2 layu dan pecah minyak.
masukan air dan asam gelugor dan garam.
setelah kacau sebati dan mendidih baru dimasukan ikan tambah air secukupnya.
masak sehingga sedikit kering. siap...

28 October, 2016

847. SAMBAL SERAI PUCUK UBI KAYU


buat sambal mcm biasa cuma tambah sedikit serai blend  bersama cili.

26 October, 2016

846. LEPAT UBI KAYU



syukur rezeki pagi ini. ubi kayu tanam sendiri
LEPAT UBI KAYU
jam 6 lipat melipat 6.30 dah bole makan. sat jeee  kukus dlm 10 minit
sebab saiznya kurang sejengkal. terima kasih kpd kwn2 yg bg resepi smlm.
ilahjy  mcm selalu buat tanpa sukatan....ilahjy gabungkan semua resepi dan pandangan kwn2, menjadi satu resepi ciptaan ilahjy yg tersendiri.

bahan2nya:
2 cawan ubi yg dimesin halus dan sejat airnya
4 sudu besar gula perang 
1 sudu besar gula putih
3 sudu besar santan pekat kotak
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
sedikit pewarna kuning

gaul kesemua sehingga sebati, masukan 1 sudu besar dlm daun pisang dan lipat molek2 kukus selama 10 minit.
 nyummyyyy makan panas2 pagi niii.....

22 October, 2016

845. IKAN DORY MASAK BUTTER




bahannya:

2 keping ikan dory
lumurkan sedikit garam

bahan perapan:

2 sudu besar butter
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
gaul sebati

lumur pada ikan tadi

bahan sampingan:

1 inci halia
2 batang serai di mayang nipis
5,6 biji cili padi diketuk
5,6 renjisan lada hitam
5,6 biji limau kasturi perah jusnya

kesemua bahan tadi dilumur serata ikan 
dan diperap seketika

caranya:

panaskan kuali vantage nonstick.
letakan ikan tadi bersama2 bahan2nya
masak sehingga kering airnya.

20 October, 2016

844. STEW AYAM REMPAH ROSE, BAYAM REBUS DAN CENDAWAN GORENG BERSANTAN


stew ayam kali ni agak berbeza daripada yang biasa ilahjy buat.
kerana kali ni ilahjy  menggunakan serbuk rempah rose yang hitam. namanya rempah masak. oder terus dari kelantan.

satu mangkuk sedang ayam dipotong kecil agar menyerap bahan
1 biji bawang potong baji
1 biji tomato potong baji
1 batang karot potong memanjang atau ikut selera
1 inci halia
2 biji cili merah di potong panjang
cili padi
2 sudu besar rempah masak rose
1 sudu teh lada hitam serbuk

panaskan minyak, tumis semua bahan asas bawang2 masukan serbuk rempah dan ayam. masukan sedikit air. lepas tu masukan kesemua bahan sekali harung dan garam,
masak sehingga semua empuk.

14 October, 2016

843. KEK SANDWISH ANAK BONGSU KU


ini adalah hasil kerjatangan anak bongsu kusss nur liyana 17thn.
gigih ana menyiapkan aising sorg2 diri. hasil rujukan daripada  blog azlita masam manis. tahniah ana cyg. sedap kek ni. setahun dah berlalu baru draf kek ni dapat dilepaskan .

01 October, 2016

POS KHAS: BEDAK SEJUK DIY BERAS BASMATHI















bedak sejuk ini turun temurun daripada arwah nenek ilahjy. yg menjaga ilahjy sejak dr umur 9 bulan lagi. entah berapa kali nenek buat bedak sejuk untuk kegunaan kami sekeluarga. tapi ilahjy tak pernah ambil indah dengan resepi membuatnya. cuma pernah tolong nenek tukar air rendaman beras beberapa kali. yang pasti 3 bulan sehingga beras itu hancur.
kemudian kami akan kisar dengan
 pengisar batu. lepas tu disejat airnya sehingga pekat tepung tu baru dititik atas kain dan dijemur sehingga kering dan disimpan dalam botol bersama daun pandan atau bunga2 kenanga, tanjung atau kerak nasi untuk mewangikannya. semasa rendaman beras memang bau masam amat kuat. setiap kali air bertukar masam baru diganti air baru. selepas dijemur bau masam akan hilang sendirinya bertambah wangi dgn pewangi ori itu. 


27 September, 2016

841. MINI ROOL CAKE






bahan:
200 gm gula
200 gm tepung gandum
60 ml santan@susu cair @susu tepung +air suam
150 ml minyak masak
6 biji telur
1 sudu besar ovellet
secubit garam
1 sudu besar esen vanilla
loyang 8" gris dan lapik dgn kertas kek

caranya:
campur telur, gula, esen, garam pukul sehingga kembang dan gebu selama 10minit
masukan tepung sikit dan pukul sebati
masukan santsn guna spatula kacau sebati
akhir srkali madukan minyak kacau sebati
bahagi kepada 6 warna

kukusan nesti panaskan dahulu
masukan adunan ratakan,kukus 10minit
ulang sehingga semua habis
akhir sekali kukus sehingga masak selama 15 mt

setelah masak, keluarkan panas2 drp loyang.
lepas itu potong dengan menggunakan pembaris biar sekata tebalnya
sapu filling krim cheese
guna tuala lembab gulung kemas2.




19 September, 2016

840. CENDAWAN SISIR GORENG BERSANTAN










bahannya:

cili padi ikut pedas
sedikit ikan bilis
bawang besar
bawang putih

sedikit pati santan
cendawan sisir ternak

blend kesemua bahan sehingga halus
panaskan minyak tumis sehingga wangi
masukan cendawan  dan sedikit air
masak sehingga mendidih dan empuk
masukan pati santan dan garam
masak sehingga mendidih jangan terlalu kering kuahnya.



21 August, 2016

838. TUMIS AIR REBUNG DENGAN KAROT


semasa balik ke chalet kami, barang2 dapur memang terhad untuk dimasak. malas rasanya nak kekedai makan. alang2 rebung ada keliling chalet ilahjy petik dan terus masak tumis air ikan bilis bersama karot. ermmm sedap  hiruppp panas2.

senang jee tumis bawang dengan ikan bilis,
setelah wangi masukan sayuran dan goreng sebentar
tambah air dan garam biar mendidih dan empuk.
rebung di celur dahulu buang airnya.

07 August, 2016

837. APAM AYU BERCHEESE


mohon kopi n pasta resepi dari blog azlita masam manis
kak ilahjy malas nak taip resepinya. t.kasih dek ita lawa kusss kongsi resepi yg enak niii.

bahan apam:

2 biji telur
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovellet
pewarna
esen vanilla

caranya:
pukul gula dan telur sehingga kembang
masuk ovellet pukul lagi
masukan esen vanilla
masukan tepung berselang seli dengan santan
kacau sebati dengan senduk kayu
bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan
boleh diberi pelbagai perisa
sapu acuan dengan minyak jagung/masak
masukan krim cheese, kukus 2 minit api yg sederhana
masukan adunan apam kukus selama 7-10 minit api sederhana
setelah masak keluarkan daripada acuan.

bahan cheese:
250 gm krim cheese
80 gm gula kastor
25 ml air
20gm tepung gandum
1 biji telur

caranya:
satukan kesemua bahan putar sehingga sebati
sedia untuk digunakan