25 December, 2008

7. NASI LEMAK JALILAH JY


sarapan pagi... ku masak pada 16 mac..siap dgn vantage ku.. baru la cantikk walaupun lauknya tak cukup set hikhikhik..

masak 1feb 09 makan di RNR temerloh sebab tu pinggan plastik je ni sowe ye

RESEPI NASI LEMAK SPECIAL JALILAH JY

BAHAN-BAHANNYA:

3 POT RICE COOKER BERAS(RENDAM SEKETIKA)
1/2 BIJI KELAPA PARUT(MAU LEMAK TAMBAH KELAPA)
1 INCI HALIA DIMAYANG HALUS
3 ULAS BAWANG MERAH DIMAYANG HALUS
SEDIKIT HALBA
SEDIKIT JINTAN MANIS
DAUN PANDAN
GARAM SECUKUP RASA

KALAU NAK NASI LEMAK ANDA BERDERAI PERAH SEDIKIT LIMAU NIPIS BERSAMA SANTAN
(PETUA SAYA.. RAHSIAKU..) KONGSI DGN RESPEKS

CARA MEMASAK:

1. PERAH SANTAN SECUKUPNYA.. SUKATANNYA. .MELEPASI PARAS NASI SETINGGI 2 RUAS JARI KITA..PETUA NENEKKU.. ATAU IKUT LAH KEHENDAK MASING2 DAN JENIS BERAS APA YANG DIGUNAKAN
2.MASUKAN SANTAN KE DLM BERAS BERSAMA SEMUA BAHAN2 TADI...MASAK MCM BIASALAH..
3. NASI MESTI DIKACAU SETELAH KERING SUPAYA CANTIK BERDERAI..

NASI LEMAK KU INI HARUM WANGI.. PASTI MEMIKAT SELERA ANDA...KALAU X SUKA JGN LER MAKAN BAGI JER KAT JIRAN...


SAMBAL NASI LEMAK JALILAH_JY

BAHAN-BAHANYA:

20 TANGKAI CILI KERING
1 BIJI BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH(KALAU LEBIH LG SEDAP)
SEDIKIT BELACAN..(KALAU TAK SUKA JGN BOH..SEDAP OOO KALU BOH..MEWANGIKAN SAMBAL HE HE HE)
IKAN BILIS SECUKUPNYA

CARA MEMASAK:

1. CILI KERING DIMESIN BERSAMA BAHAN-BAHAN DIATAS KECUALI IKAN BILIS
2. TUMISKAN DGN MINYAK YANG SECUKUPNYA. SEHINGGA GARING DAN PECAH MINYAK.
3.MASUKAN SEDIKIT AIR ASAM JAWA DAN GARAM
4. IKAN BILIS TADI MENGIKUT SELERA SAYA. DIMESIN SEKETIKA TIDAK BERAPA HANCUR SANGAT..
5. MASUKKAN KE DLM CILI TADI..MASAK SEHINGGA PEKAT
6. TAMBAH SEDIKIT GULA MENAIKAN RASA..YG ADA DIABETIS JGN LER..HE HE..
7. PETUA AKHIR SAYA..MASUKAN SEDIKIT SANTAN PEKAT SUPAYA SAMBAL INI BERTAMBAHAH KAW-KAW... RASANYA.
SESIAPA YG TAK SUKA BUAT LAH IKUT SELERA SENDIRI.
PAYAH ORANG NAK BERI PETUA ATAU RASIA TAMBAHAN..
APAPUN CUBA DULU BARU TAU..

HAK CIPTA TERPELIHARA DALAM MEMORYKU...KESALAHA N TIDAK ADA DLM MANA2 UNDANG2 DINEGARA INI...KALAU TAK CUBA YG MENJADI KESALAHAN
..HA HA HA

2 comments:

  1. emmm muah muah sedapnya :)

    ReplyDelete
  2. tq...bru jmpa resepi nasi lmak yg dap...tq tuk rhsia tu...=)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini