AYAM GORENG SOS TIRAM HALIA (SUMBANGAN DARI AYU RESPEKS)
Bahan
5-6 Ketul ayam ( dibersihkan dahulu)
3 Inci hali ( dimayang nipis-nipis_ lagi banyak halia lagi bagus)
3 Sudu makan sos tiram 5 Ulas bawang putih ( dikisar)
1 Labu bawang besar ( dimayangkan)
1 Sudu makan tepung jagung ( dibancuh dengan air sedikit)
4 Cawan air ( untuk kuahnya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Sedikit serbut kunyit
Cara-caranya
1. Bersihkan ayam perabkan ayam dengan sedikit garam dan serbut kunyit selama beberapa minit,dan bolehlah digoreng macam biasa.Bila ayam sudah masak ketepikan seketika
2. Masukkan minyak sedikit untuk menumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan halia dan bawang besar yang terlah dimayangkan.gaul rata
4. Masukkan sos tiram,air biarkan ianya mendidih.
5. Masukkan tepung jagung kacau lagi.
6. Tambahkan sedikit perasa
7. Masukkan ayam yang dah digoreng dan gaul rata
8. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas dan lada hitam.
selamat mencuba,,,,,,,,sedap,,,,barulah ada selera nak makan. ni duk makan ikan asin je mana ada selerakan?
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini