28 July, 2009

KURMA AYAM

masak pada 27 julai09
bahan:

ayam yg dibersihkan (separuh)
1 paket kecil rempah kurma
1 paket santan (ikut pekat yg kita nak)
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar kerisek
1 biji kentang di potong
1 biji bawang besar di belah 6
2 biji cili merah/hijau belah 2
2 ulas bwng merah
1 ulas bwg putih
1 inci halia

caranya:

1. tumiskan bawang merah dan putih, halia yg dimayang dgn k.k.manis, bga lawang sehingga wangi.
2. masukkan rempah kurma yg dibancuh dgn air sejuk, kalu suka pedas tambahkan cili hijau mesin.. muaahhhh muaaahhh sedap..
3. setelah pecah minyak masukan ayam dan kentang.
4. setelah empuk masukan kerisek, bwg besar dan cili .
5. kepekatan kuahnya ikut selera memasing..

catitan: bahan utama yg lain selain ayam
1. telur rebus
2. daging

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini