08 September, 2009

142. KUIH LOMPAT TIKAM dr blog jiran kuss..

pestime aku try hari ni 8 sept 09 hari ke 18 posa...

wala wala walaaaa menjadikkk betol kuih ni macehh jiran bloger kusss....bukan kenal pun terjumpa dlm web jer blog puan tuuu... itulah hasilnya jika sering berkongsi ilmu kita pasti akan mendapat yg terbaik satu masa nanti... 100 kita beri 1 akan kita dapat yg terbaikk..wpun tak harapa balasan.. habisss kuih ni..berebut dgn anak2 masa berbuka tadi..selalunya kuih segini lembek depa tak sukeee.... si abah pun sama dari tak sukee jadi tak cukup lakkk..lain kali leh ulang2 lagi buat.. daun pandan pun dlm pasu jer... ....

atas permintaan pengunjung blog kuss ..saudari illa sama nama lakk tuu...aku kopi dan pasta dari blog mamatiera fm kuantan.. kata ummi dia pun amek resepi dr hanieliza..

inilah resepi yg aku telah cuba buat tu.... maceh umi dan chef hanieliza
(15 sept 09)

Bahan (Lapisan Hijau):-
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh air kapur
  • sedikit garam

Bahan (Lapisan Putih):-

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam

Cara Membuat:-

LAPISAN HIJAU:-

  1. Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan.
  2. Kacau adunan di atas api sekejap (lebihkurang 5 minit dengan api perlahan).
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

LAPISAN PUTIH:-

  1. Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan.
  2. Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap.
  3. Kemudian cakarkan sedikit permukaan LAPISAN HIJAU dan tuangkan adunan putih ni.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Sejukkan dan potong. Hidangkan dengan air gula merah.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini