20 October, 2009

149.KEK SPAN PANDAN BERPUDING

aku bakar pd 17 okt 09

bahan:

350 g tepung gandum diayak bersama
2sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

240 g gula halus
180 g minyak masak biasa
8 biji kuning telur
180 g jus pandan dr 6 helai daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan bahan ini dan dikacau sebati tanpa berketul2..
masukan adunan putih telur kacau sebati dan bakar 160 darjah c selama1jam

bahan putih telur:

10 biji putih telur di putar bersama
1 sudu teh cream tatar
240 g gula halus

putar kesemuanya sehingga jadi buih yg keras bila diterbalikkan bekas buih itu tak tumpahlahhh weyyy... jaga2 jgn kena air walau setitik.. nanti tak jadikkk

pudingnya pula:

2sudu besar tpg gandum
2sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 cawan susu pekat/santan
2 biji telur merah yg lebih drp putih telur tadi..
2 sudu besar mentega

bancuh kesemua sehingga sebati dan kacau atas api sehingga pekat berkilat dah boleh digunakan.. sekejap jer lapisan ni akan merekah..seleloknya guna sebagai peleket dlm kek.. bahagian atas guna la ising kek... tapi bila guna sapuan puding ni maka terasa la sikit kek ni kelainannya... aku kan suka yg pelik2...hehehe

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini