02 March, 2010

168. KEROPOK LEKOR.....dr respeks grp

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung/selayang
100 gm tepung tepung sagu
30 gm tepung tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa.

Untuk Sos

3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan.
2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
3. Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan. Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

sos:

10. Untuk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lepas tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini