18 March, 2010

176. emas bermadu coklat

masak 18 mac 2010

dalam tak berapa sihat ni tekak teringin nak makan pisang. dah beli. cantik tol pisang ni. pas tu jam 3.00 ptg baru kejap ni tadi ilham muncul tetiba jer...
dah mula la tu mereka cipta resepi baru ni. entah2 dah ada org pernah masak tak???

nama pun tak adeee sooo aku pun men taram jer laa.. emas bermadu coklat. sebab resepi ni asalnya pisang saja nak gelemeerrrkan wajahnye maka adalah stok lama coklat ni..belang2 lagi cantik laa... ilham nak reka cipta ni dia mai bukan diundang jam tu datang jam tu terus buat terussss ler menjadi la pulaaa..ahakssss sukee nye hati...

dari loyang tak sempat sejuk dah potong terus rasa.. emmmm boleee tahan juga rasanya.. anak2 sukeee ...kalian belom tentu suke sbb tak de org pernah buat kot... meh meh pakat2 cuba dan rasa.. pasti tak mengecewakan..

bahannya:

pisang emas dibelah dua aturkan secara terlentang dlm acuan
kukuskan dahulu dalam 10 minit supaya dia lembut sebab pisang aku ni keras

bahan tepung:

1 cawan tepung beras
1 tin susu cair..
aku tak guna santan sebab takut kolestrol naik lagi.. 1 tin bersamaan 2 cawan.
1/2 cawan air....
jumlah cecair kesemuanya 2 1/2 cawan lah yeee kalau nak lembut lagi tambah air
1/4 cawan gula..
kalu suka manis 1/2 cawan laa aku tak suka sbb takut kencing manis..

oiiii banyaknya takutt dan tak sukaaaa.. jom buat adunan ni....

campurkan kesemua bahan2 tu kacau atas api sehiingga sedikit pekat,
tuangkan terus atas pisang tadi dan kukus 15 minit dah cukup
pas tu taburkan coklat tu atasnye.. dan teruskan kukus 5 minit lagi supaya coklat tu cair berair biar anak2 terliur tengok...hehehe...dah siap.. jom la potong walaupun masih panas dia tak melekat tauuuu...

ada sesapa yg pernah buat kuih ni??? meh kit kongsi resepi...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini