31 May, 2010

201. solok lada cara jy..

masak hari nie 31 mei 2010
apam cute do dot utk jualan di cafe...

salam hari isnin buat para sahabat kusss sekelian.

hari nie masak solok lada dan kerabu kerang ... anak dara kusss cakap hari nie mama masak selera kampung jer... maka aku pun jawab tu lah yg paling sedap....

solok lada nie aku tak ikut resepi org kelateeee..tapi resepi sendiri... ubah suai yg ikut tekak jy...hahahaha... 4 hb nie kena p HKL ameks, jangan naik kolestrol dah ler...

sementara apam cute dot dot tu aku buat utk jualan di cafe dlm kuaters aku nie..... baru nak cuba nasib..

***resepi solok lada cara jy:***
5 biji cili hijau kelate punya bukan cili hijau biasa..aku beli di pasar tani setiawangsa
2 ekor ikan kembong direbus amek isinya saja
6 sudu besar kelapa parut putih
serbuk lada hitam secukupnya
sedikit garam
2 ulas bawang putih

mesin kesemua bahan sehingga sederhana halus.. dan sumbat dlm cili yg dibelah ditengah2nya jgn putus.
kukus bersama pati santan yg pekat.
dalam santan tu masukkan sedikit garam dan bawang putih ketuk

senang jer kan kan...

****kerabu kerang pun ikut selera jy..****

rebus kerang dan celur taugeh gaulkan bersama bahan2 ini:

cili merah dan hijau dan bawang besar dimayang nipis.
daun limau purut dipotong nipis
kulit limau kasturi diperah airnya juga dipotong nipis

kelapa digoreng sekejap jer supaya kering airnya jgn bertukar warna.
mesin kelapa ini bersama cili padi dan belacan gula dan garam secukup rasa

gaulkan kesemua bahan dan rasa lah garam. masam dan manisnya..

selamat mencuba yaa... lain org lain seleranya..

2 comments:

  1. oh lapar la pulak nampak solok lado nih.Cantik cilinya ..panjang panjang:)

    ReplyDelete
  2. hehe panjang macam iklan beras dalam tv...
    kwbwtulan cm ilah jumpa di pasar tani setiawangsa..apa lagi terus beli walaupun mahal..dari cili hijau biasa..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini