10 May, 2010

193. muffin pisang mama J

perhatikan betapa halus mulus kalau kalian nampak lah...ehemmm memuji nampak ..perasan tak habiss222...


reka cipta ptg 10 mei 2010

salam sejahtera semua..

ptg tadi aku telah mereka cipta resepi muffin ini tanpa sebarang rujukkan di buku resepi.
kerana bahan2 tak cukup sukatan. maka aku guna cawan supaya senang kerja di dapo. alhamdullillah hasil dari ciptaan ini amatlah membanggakan. halus dan gebu sekali muffin ni. sebab itu aku beri nama muffin mama J, kalau kalian sudi nak berkongsi resepi ini jom kita lihat apa kah bahan2 yg aku telah rumuskan. ahakkksss.... memang terlalu banyak mungkin kalian akan resah.. ini pun nasib baik stok kesemua ada dirumah dan aku mulakan memasukkan segalanya menurut hala tuju hati dan citarasa kussss....
kalau diikutkan resepi2 kekadang mengecewakan... itulah hobi kussss suka sangat buat kerja yg org tak pernah buat.. hehehee..

bahan:

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovellet

diputar sampai gebu, masukkan

1 cawan telur

putar sampai gebu juga.masukkan

1 sudu besar nescafe
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh pewarna coklat

putar lagi sehingga sebati, masukkan

2 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla

putar lagi sehingga sebati, masukkan

1 cawan susu cair, berselang seli dengan

2 cawan tepung gandum yg di ayak dgn
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder

1 cawan pisang yg telah dimesin halus
2 sudu besar oren sunkist

kacau kesemua campuran ini dengan hati2 supaya tidak bantat kek nanti...

masukkan ke dalam acuan bakar 170 darjah c selama 20 minit sahaja.

selamat mencuba harap2 faham dgn resepi ni...

resepi ini langsung tidak rasa pisang...hilang sama sekali hahahahaaaa... anak2 puji sedap ....kembangggg hidung kuss...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini