08 June, 2010

204. kek oren berkastard


bakar petang semlam 7 jun 2010
siaran terluper lagi nie...

salam sejahtera semua

petang semalam tak ada pe yg nak dibuat.. kepala ku agak berat sedikit sejak asyik makan2 di tasik.. dah berminggu2 langgar pantang larang pemakanan...
aku ajak si sulung buat kek oren. asyik2 kek koko jer dah 3 kali jiha membakau..
malas nak guna ising butter aku masak kastard dan dipicit ke atas kek ni dan kebetulan stoberi ni masih ada lagi 5,6 biji maka aku pun mulalah mendeko seringkas yg mungkin. tak perlu sapu bedak asas.. susah sikit maklumlah kastard..

kek ni ringkas ajer bahan nya.. supaya senang anak sulung ku nak mengadun. kek ni masa aku sekolah dulu2 tak de sukatan timbangan.. main cawan jer..

bahan:

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 cawan telur
1 biji buah oren parut kulit dan amek jus
2 cawan tepung gandum diayak dgn( kalau bancuhan keras kurangkan)
1 sudu teh baking powder

caranya:

1. pukul marjerin dan gula sehingga kembang
2. masukan telur putar lagi hingga kembang
3. masukkan tepung dan jus juga kulit oren tadi
4.kacau sebati bakar 170 drjh celcius selama 40 minit.

kastard:

4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cawan susu cair
jus oren
pewarna kuning

kacau sebati panaskan sehingga pekat dan paipkan ke atas kek. kalau keras tambah susu.

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini