masak berbuka ptg semalam 17 ogos 2010
salam ramadan ke 7 hari ni..betoii keee ..kejap jer masa berlalu..
hari ni (17) piqa tepon dari kuliah..minta mama masak mee hari nie..dia jemu makan nasi hari2.. maka si mama pun p lagi sekali ke kedai beli mee kuning... layan selera anak..
dah berpakat kami nak makan mee kuah..jom meh tengok apa ilah masukan... keputusan nya bolah tahanlaa ..ada rasa....
bahan:
1 biji keledek kuning
direbus dan blend hingga halus bersama air. air rebusan keledek diamek juga.
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili mesin
8 biji cili padi nak bagi pedas supaya tak muak..
3 sudu besar udang kering(ilah jy dpt dari kwn dari sabah)
blend sehingga halus
kemudian tumiskan dgn minyak secukupnya bersama:
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar rempah soto
1 sudu besar rempah sup
1 batang kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
tumis sehingga wangi dan pecah minyak, masukkan pula:
1 cawan daging yg di dadu bersama
2 batang serai diketuk
selepas itu masukkan sedikit air utk empukkan daging.
setelah itu masukkan ubi keledek tadi bersama air secukupny dan juga
2 keping asam gelugur
3 sudu gula pasir/merah dan garam
akhir sekali masukkan:
2 biji tomato dadu,
sayur bayam secukupnya,
sotong dipotong dadu
cili merah dan hijau dipotong dadu
didihkan sehingga masak..sedia utk dimakan..
begitulah senang jer ... cukup rasa asam gula garam maka sedaplah ia..
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini