29 November, 2010

251. kuih talam pisang

masak 26 hb utk dibawa balik ke melaka


bahagian bawah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
6 biji pisang (ilahjy guna pisang rastali)
4 cawan santan cair (ilah jy guna 1/2 kotak santan kara + air)
1/2 cawan gula apong dari sarawak ( kalian boleh guna gula merah)
gula apong ni tak manis langsung cuma rasanya yg enak...

caranya:

campur kesemua bahan dalam blender kisar sehingga halus. masukkan dlm bekas dan masukkan tepung gandum kacau sebati.

panaskan kukusan dgn api yg kuat kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit. kemudian tuangkan bahagian atas. (atau sehingga adunan pisang tu kering dari adunan tepung

bahagian atas:

4 cawan santan pekat ( 1kotak santan kara + air)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

campurkan kesemua bahan sehingga sebati. kacau atas api sehingga naik wap (jgn pekat) tuangkan atas bahagian pisang. kukus sehngga masak. lebih kurang 30 minit.

sejuk depan kipas angin kalu nak cepat makan. tapi jika sejuk semalaman lebih cantik jika dipotong. selamat mencuba... ini pestime ilahjy mengolah resepi ini. nasib baik menjadik... kalu kalian buat tak jadi ilah jy tak dapat nak tolong..hehehe..

ingat ya puan2 kuih ini terlalu banyak utk keluarga yg kecik... buatlah 1/2 adunan ya.. ilah jy bawa balik ke melaka dan beri pada saudara disana ....

5 comments:

  1. cantik jer kuih talam kak ilah ni...nnti mas nak try buat juga laa...

    ReplyDelete
  2. Salam kak ilah,
    Bestnya kuih talam pisang tu. Akk ni termasuk dalam kategori pandai dn terer masak. Kalau gna pisang jnis lain pn blh kn. Pisang kapas blh tak? Pisang rastali di Kelantan dikenali dgn nama pisang kelat keling. Pisang ni paling banyak kembar siam dlm setandan.

    ReplyDelete
  3. salam cik adik:) pagi ni sarapan apa?wah suka sangat kuih kuih cam ni nak buat kurang rajin..ada lagi tak?minta sikit hehe

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Ilah.. ni kalau saya yang buat mesti berombak2 jer lapisannya tu.. kih3

    ReplyDelete
  5. 2 mas:
    maceh puji hikhik tapi kurang lemak mas.. kak x berpa suka lemak sgt2..ni sedang2 jer..

    2 kak cm cyg:
    pagi ni anak bongsu ilah 12 thn tu buat apam balik..sekali ajar dia dah faham.. talam dah habis..org melaka semua suka..sbb pisang tu dr melaka..hehehe

    2 adry:
    jgn la nak pujii sesgt malu laaa lagi ramai yg oandai buat talam ni kak saja suka olah2 resepi...cuba kelainan

    2 sari:
    kenapa berombak2? mungkin lapisan bawah tak cukup kering??? emmm leh cuba lain kali tau...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini