21 July, 2011

337. PUDING BISKUT HARIMAU MALAYA?

resepi puding biskut harimau ada dibawah yaaaa....

semalam adalah hari lahir anak ke 3 kusss iaitu raihan bt yaakob. yg ke 17 thn.
20 julai 1994-2011

selamat hari lahir ke 17 tahun buat dek ann... sowe semalam mama malas nak update blog.. pagi ni baru rajeennn heheee... tak pe hari ni juga birthday sepupu dek ann iaitu dek yah... yg ke 3 tahun... (anak buah en hb kusss yg lahir setelah 15 tahun usia perkahwinan mak ayahnya...) sekarang ni ibu dek yahh sedang pegnan kan anak ke 2 usia 4 bulan kandungan.. jgn tak cayee dah berbelas tahun kawen baru hujung2 ni dpt anak.... tahniah zul dan ayu aka jalilah jepon..my birassss... sama nama tauuu
ilahjy juga buat puding biskut tiger ni utk dek ann makan dan bawa g sekolah
bila guna biskut tiger maka nama puding kena lah ubah jadi puding biskut harimau malaya..teringat pasukan bola sepak malaysia.. hahaha.. jgn mareee ya kawan2 semua yg pernah buat puding ni...
yg ni pula kuih apam beras dibuat sebelumnya saja nak enterpremmm juga dia.. buat khas utk kawan2 di taman tasik... tak pernah merekah tup2 merekah pula masa buat kemarin...dlm pelbagai perasa..resepi dah ada dlm N3 lepas..apam salju.klik sini..

RESEPI PUDING BISKUT HARIMAU MALAYA

resepi puding biskut harimau malaya aaummm.......adaptasi dari puding biskut cream cisss yg ramai kawan2 telah buat tapi ilah jy macam biasa suka suki tambah ubah bahan2 sbb bahan2 tak de dlm dapo..layanzzzz jer laaa...
resepi puding biskut harimau malaya:
bahan:

1 paket agar2 serbuk jenama nona 8 gm
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar mentega
2 biji telur
1/2 cawan gula/ikut manis masing2
100 gm biskut tiger dimesin halus
1 sudu besar tepung kastard

caranya:

1. campurkan 2 1/2 cawan air dgn agar2 serbuk kacau sebati. panaskan sehingga mendidih dan masuk gula masak sehingga gula hancur.

2. campurkan susu pekat, susu cair, tepung kastard, serbuk biskut tiger, dan telur ke dalam bekas, kacau sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ke dalam agar2 tadi terus di kacau sehingga mendidih seketika dan padamkan api.

3. adunan ini agak pekat tetapi mudah dituangkan ke dalam acuan2 kecil. sejukan baru dikeluarkan dari acuan. acuan hendaklah dibasahkan dahulu. semasa tuang adunan hendaklah dihentak2 supaya memenuhi semua bahagian.

8 comments:

  1. Happy B'day Raihana... semoga sentiasa di murahkan rezeki... berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat...

    ReplyDelete
  2. t.q antie ita...aminnnn...

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Raihana, moga sentiasa beroleh kejayaan dunia dan akhirat...amiiinn...

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Raihana,
    moga semoga sentiasa di murahkan rezeki dan sentiasa beroleh kejayaan dunia dan akhirat...
    amiiinn..

    ReplyDelete
  5. salam kak ilah..senang2 nanti jenguk la dapur saya..link akak ada di sana..i follow...

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday utk anak dara akak ye...
    Meriahnya kaler apam.. Muncit2 lak tu.. Puding pun comel jer kejadiannya...

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday Raihana...cantik mcm maknya juga anak akak tu. apapun didoakan semoga berjaya dunia dan akhirat.

    wahh mcm-mcm menu best dh keluar kak..sedap semuanya kuih apam dan puding yg menarik.

    ReplyDelete
  8. t.kasih kepada mak cik2 yg beri ucapan utk dek ann ya...aminnnn

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini