24 August, 2011

355. KASIDAH DAN VANTAGE BARU SAMPAI

JUADAH BERBUKA KE 23 23 OGOS 2011

SALAM SEMUA para sahabata kusss sekian.
setelah berdiam diri tak buat N3 masakan bukan bererti dapo tak berasap..ada...cuma ada M nak buat posting ke sini..
petang semalam ilahjy kena buat kuih utk di hantar ke surau sempena penutup tadarus oleh YB dato zulhasnan ahli parlimen titiwangsa kalu tak silap laaaa,, aku pelupaa...
sebelum buat apam salju yg senang tuu ilahjy buat kasidah ini utk kami berbuka dirumah. cuma en hb jer yg hadir ke surau..
resepi sila ke sini
http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/01/kasidah-mak-saudaraku.html

ahli baru utk raya walaupun tahun lepas dah beli SAGO vantage kristal tuuu cuma ada 4 biji jer.mana cukup kan... petang semalam oder yg dibuat sebelum posa dah tiba.. terus ilahjy amek dan bayar kat PERNAMA bawah tu jer... yang akusss nak gelak tungging ni ialah...bekas kuih punya la byk kat umah ni sedangkan SEKUTTTTT harammmm 1 biji belum wujudddd huhuuu tunggu lepas balik dari raya nanti kami anak beranak gadap oven ya kawan2.... tungguuuu....jeeee...

ada sapa2 berminat nak beli boleh ilahjy uruskan... cash n carry yaaa.. no utang2 yaaa.... sbb kita hanya boleh membeli 5 set paling sikit kalu 1 set kim salammmm PERNAMA TAK LAYAN.. huhuuu sistem kutu yg gatal2 tuuu ahakssss... saja ilahjy nk buat kepohhhh..hehehe
harga kat PERNAMA MURAH JER..kalu luar berapa yer??? ce cite ce cite..
rm199 PERNAMA

19 August, 2011

354. PULUT KUNING 45

JUADAH BERBUKA KE 19 19 OGOS 1966
1966???
KESINAMBUNGAN DARI n3 DI BAWAH
NASIB BAIK MASAK PULUT KUNING dan RENDANG dan nasi.. plan nak p restoran nelayan tasik titiwangsa terbantut kena si sulungkusss balik lewat dr tmpt kerja..ada hal sampai umah jan 7.20.. mana sempat nak terjah ke restoran.. tak de rezki. maka kami semua berbuka kat restoran ILAHJY jer laaa hehehe... lam betoi tak mkn rendang daging ni.. habis sekali hadap jer.. jimatttt....hikhikkk




18 August, 2011

353. PUDING ROTI & NASI OREN KISMIS JAGUNG

JUADAH BERBUKA KE 18 18 OGOS 2011

puding roti main campak2 tanpa sukatan tetap jadi tapi sos terlampau pekat hentam sajalah dara2 kussss
nasi oren dan sarap2nya... jagung dan kismis... lawan dgn kurma ayam.. abaikan kekuningan daun sup...huhuuu



352. AGAR-AGAR SOYA

JUADAH BERBUKA KE 17 17 OGOS 2011
ADA KISAH DISEBALIK TAKBIR INI..ahakssss apa cerita..ce cita ce cita.....

alkisah semalam, ilahjy buat xperimen aka uji kaji atas kacang soya. konon2 nak buat tahu fah tanpa menggunakan ubat membekunya siako. hanya menggunakan tepung jagung saja. maka setelah 1/2 jam tahu fah masih tak membeku. apa lagi dek kerana sayangkan air soya tu. terus jam 6.30 ptg smlm juga dah dekat berbuka ilahjy masak agar2 dan dicampurkan air soya ini. bila azan agar2 ini belum membeku sepenuhnya. balik tarawih perut dah kenyang. tapi sempat lah merasa sepotong. maka tersimpanlah agar2 ini. hari ini akan ilahjy ooootttteeee mungkin nak buah kuah laici berkastard kasi meriah sikit....

esok 19 ogos BIRTHDAY ILaHJY cuba kasi idea nak masak apa.... nak buat kek ker? lama betul tak buat kek.. anak2 ajak berbuka diluar...emmmmm..dimana yaaaaa....

17 August, 2011

352. BUAH MELAKA BANDUNG SELASIH

JUADAH BERBUKA KE 16 16 OGOS 2011

salam ramadan ke 17 sekejap je masa beredar meninggalkan kita. begitu juga ramadan ini. begitu jua dgn sajian2 yg kita hidangkan silih berganti menunya.
petang semalam sempat juga ilah jy pergi petik buah melaka dan kutip biji selasih utk hidangan berbuka. ahakkkkssss betul ker ayatan tuuuu... biasa lah nak melayan keletihan baru balik dari beli ikan dan sayuran di NSK sri rampai yg amat murah itu.
seronok membeli penuh 1 troli berbagai jenis ikan baru 100rm..
tak perlu resepinya semua dah mahir. sajian ini disediakan oleh anak ke2 kusss shafiqah sambil dipantau oleh mama...


16 August, 2011

351. PUDING SUJI JY

JUADAH BERBUKA KE 15, 15 OGOS 2011

ada sapa2 yg nak diet tak mauu makan nasi masa berbuka? meh sini makan puding suji yang mengenyangkan ini. ini kali ke 2 ilah jy buat. tapi ilah jy sudah permudahkan resepi ini. kali ini rajin sikit makan bersama sos kastard pula. hari tu makan dgn susu cair jer.. kesemua anak dara kuss suka sgt sampai ulang2 makan. tak sia2 akuss membuatnya. cuma en hb mcm biasa la tak suka kuih lembek2 ni ekekeee... kali ni ilahjy guna loyang besar utk membekukannya dan mudah dipotong jika disejukan dlm petisejuk. molek dibuat tengahari.


aikkk awat ada anggur hijau tuu?? pelakun tambahan.. semalam ilahjy pergi petik tepi pagar jiran sebelah kuaters kami ni. sepanjang pagar kem penuh dgn buah2 anggur ni.. pakan lah masam kalau manis dah lecauuuu dah..hahaha... beribu2 anggur tuan punya tak dpt petik sebab sebelah kami sebelah dia habuk pun tak dak... kesian.. tak lama lagi datang la pemotong pokok..kem pantang semak la weyyy.. nanti ilahjy amek gambar pokok anggur tu yaaa...

JUADAH BERBUKA KE 15, 15 OGOS 2011

bahan: ilahjy

1 cawan tepung suji
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gulaa:

3 biji buah pelaga(jika suka harumnya) setelah masak keluarkan
1 sudu teh garam

1 sudu besar marjerin
2 sudu besar serbuk koko

caranya:

1.satukan kesemua bahan kecuali marjerin dan serbuk koko. kacau sehingga berkilat dan pekat.
keluarkan biji pelaga. tuangkan separuh dalam bekas.

2. masukkan serbuk koko yg dibancuh dgn 1/4 cawan susu cair/air, terus di kacau sehingga sebati padamkan api. tuangkan ke atas adunan lapisan pertama tadi. sejukan dlm peti sejuk baru dipotong dan makan bersama sos kastard.

bahan sos kastard:

2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
8 sudu besar gula
sedikit garam

caranya:

satukan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga pekat. tambah susu jika pekat, tambah tepung kastard jika cair. semua kepekatan mengikut selera masing2.


13 August, 2011

350. LANGKAH MEMBUAT ACUAN TEPUNG PELITA JY

Salam hari sabtu ramadan ke 13 bagi tahun 2011

21 LANGKAH DAN GAMBAR ILAHJY SEDIAKAN UTK KALIAN
SEBARANG PENGAMBILAN GAMBAR KE MEDIA CETAK UTK KOMERSIAL ADALAH DILARANG MELAINKAN DGN IZIN ILAHJY
HARAP MAKLUM

hari ni ilahjy hendak berkongsi ilmu pengetahuan dlm membuat sarang /bekas/kotak tepung pelita. petang semalam semasa membuat kuih tepung bungkus ada lebihan daun pisang sekeping 40sen tuuu kalu kat kg free jer kan...? ilahjy terus buat acuan ini utk dipamerkan pada pengemar kuih pelita yg kurang mahir aka belum tahu cara membuatnyan ilahjy sudah berpuluh tahun mempraktikannya lihat lah kotak ubat tu pun dah berubah warna. ubat batuk anak sulung yg kini berusia 22 tahun. ketika itu dia masih kecil lagi dlm usia 4,5 thn. bayangkan..punyalah sayang bekas botol ubat tuuu contoh/ acuan diguna sampai sekarang..
dulu2 org guna kotak mancis tapi mudh pecah. jadi ilahjy dapat idea utk guna botol ubat batuk jihah dan digunting/potong kepala botol dan dibuangkan.

jadi dgn kudrat yg ilah jy ada hari ini mari kita sama2 saksikan berbelas2 gambar langkah membuat nya dgn penuh detail tanpa tinggal satupun langkahnya. diharap kalian semua akan faham dan abaikan keburukan daun pisang , tangan ilahjy yg kusam, bekas ubat yg bertukar warna, kerja tangan yg kurang kemas dan sebagainya itu . yang penting hala tuju N3 ini dibuat. semoga kita mendapat ilmu dan berkat dlm alam maya ini...aminnnn..

apa lagi jommm lah kita lihat langkah2 dari bawah ya puan2....
ini hasil dari N3 lepas 2009 tak lah berapa molek. mungkin kalian lebih pakar sapa tau kan hehe
resepi sila klik di atas ya
21.beginilah akhirnya. maka dgn itu tamatlah kelas membentuk kotak kuih tepung pelita.. terima kasih ya murid2... kerana sudi mempelajarinya dari guru yg kurang kretip ini..hehe

20. dah siap...!!! 2 lapisan daun pisang itu akan menguatkan kotaknya. berbanding selapis daun pisang.

19. akhir sekali gunting lagi satu hujungnya


18. beginilah hasilnya

17. guntingkan bahagian atasnya, sama paras ketinggian kotak

16. beginilah hasilnya stelah ke dua2 belah di klipkan

15. keluarkan terus kotak putih dan klipkan dgn kemas, sebaiknya klip berada di luar. elakan termasuk dlm kotak. lihat keadaan klip itu berada diluar kotak.

14. begini lah bentuk yg dikehendaki

14. sama seperti langkah di bawah tadi langkah 8

13. ulangi lamgkah tadi melipat bahagian hadapan dan sisi kiri dan kanan

12. masukan semula kotak putih utk melipat bahagian akhir

11.keluarkan sikit kotak putih/keluarkan terus. kemudian klipkan ia

10. melipat bahagian sisi ke 2

9. bahagian sisi pertama.

8.kemudian lipatbahagian sisi

7.mulakan melipat bahagian hadapan

6. setelah hujung ke hujung berada ditengah2 maka bolehlah kita teruskan melipat

5. mulakan langkah ini, memastikan kotak putih berada betul2 ditengah2 daun pisang

4. daun yg panjang adalah yg terbaik. kerana kita akan lipatkan menjadi begini

3. ketinggian daun kiri dan kanan akan mentukan saiz kotak kuih kita

2. pastikan ukuran daun tepat dgn saiz kotak putih.

1. letakan kotak putih seperti ini dah koyakkan daun pisang mengikut saiz kotak itu.

SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MENCUBA
SALAM RAMADAN KE 11 2011

penghargaan buat kak cik manggis kerana telah sudi mempelajari kaedah ini. sila ke dapo kak cm ya kalu nak lihat hasilnya. tahniah kak cm cyg...klik sini
HASIL DARI KERJATANGAN KAK CIK MANGGIS

seterusnya NOR SECUBIT GARAM telah mencuba meh kita lihat hasilnya.tahniah nor 21 ogos 2011 ilahjy hupdet

12 August, 2011

349.LANGKAH MEMBUAT TEPUNG BUNGKUS

sedia utk di kukus dgn api perlahan ya puan2 selama 20 minit. tadi ilahjy kukus api sgt kuat pecah kesemuanya terpaksa betulkan semula. pengajaran...

mulakan membungkus dgn cermat dan hati2 kalu tak cukup tepung tambah di atas intinya
buat mcm buah melaka cuma gantikan inti kelapa
letakkan mcm di atas inti kelapa bersalut tepung pulut
sapukan pada daun pisang mengguna sudu sebanyak 1 sudu besar
bila dah jadi macam ni padam api dan teruskan mengacau supaya hilang ketulan besar2 tu.
kacau sehingga pekat

salam para sahabat kusss sekelian.
petang ini lagi sekali atas permintaan anak2 ilahjy buat tepung kena bungkus itusss.. siap dgn gambar2 langkah membuatnya semoga menjadi rujukan anak cucukusss dimasa depan mereka jika ilahjy tidak ada lagi kat muka bumi ini...huhuuuu
tak mau ulangi kesilapan semasa nenek kusss masih hidup ilahjy gagal menyalin resepi..huhuuu
sebab anak2 ilah jy sesangat suka akan ini kuih...tak sangka la pula... hari ni ilahjy cuba buat warna kuning dan pink.. siap dah tadi kasi kawan2 kat PERNAMA merasa..alhmdulillah...