16 October, 2011

363. APAM MEKAR

sarapan pagi 16 okt 2011
salam hari minggu. sebelum ilahjy dan keluarga ke tasik titiwangsa utk bersenam sempat juga ilahjy buat apam mekar nie..
pada mulanya takut tak jadi mekar ilahjy cuba dulu separuh adunan.dapat 15 biji cup cake saiz yg besar sekali tuu... alhamdulillah menjadi nampaknya kembang mekar nie.. inilah kali ke 3 ilah jy buat baru menjadi.. apam yogurt dah 2 kali buat pun tak mekar mcm kwn2 semua buat. tapi hari ni ilah jy guna apam mekar yg di buat oleh cendana kasih.
akhirnya ilahjy dah tahu apa tipnya utk apam ni mekar.. dan kenapa apam dot2 kwn2 buat tak berapa menjadi... meh sini ilahjy kasi tau::: petua sebagai ingat buat diri kusss sendiri..

1. apam mekar ni kalau nak mekar setaman kena keras sikit adunan dari apam dot dot... adunan di bawah ni mmg sgt cantik tuk apam mekar.tak perlu baking powder

2. sementara apa dot2 kena cair sikit dari apam mekar.. baru naik mengebussss. dan jgn lupa masukkan serbuk penaik baking powder

bahan: rujukkan dari cendana kasih terima kasih ilahjy kongsikan disini utk rujukkan di masa depan

250 gm gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200 ml susu segar (ilahjy guna susu cair)
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovellet
pewarna dan acuan cup cake

caranya:

1.panaskan kukusan dgn air separuh periuk. baluti penutup dgn kain.
2.pukul telur dengan gula sehingga gebu
3.masukkan esen dan putar lagi
4. masukan ovellet dan diputar sehingga kembang putih
5. masukkan tepung dahulu putar sebati
6. masukkan susu putar sebati .
7. buat sehingga habis dengan mengakhiri susu supaya adunan cantik sebati ya puan2.
petua ilahjy.
8. masukkan dalam acuan cup cake dan letak warna asal 3/4 acuan dan letak kan sedikit di tengah adunan.
9.kukus selama 15 minit dengan api yg sgt besar....

5 comments:

  1. Assalam kak illah, memang canti mekar setaman apam tu, saya pun teringin buat juga.

    ReplyDelete
  2. lagi satu kan kak Ilah, kalo nk mekar setaman dan gebu lembut, saya pukul dulu putih telur dan gula sampai kembang, pastu baru masukkan kuning, pukul lagi kemudian baru masukkan susu dan bahan2 lain.. (ni cara selamat saya laaa...hahaha....)

    ReplyDelete
  3. kak dah baca dah petua tu ..tapi kak tak ikut pula kira lagi cantik laa cara norma ..emmm nanati kak buat lagi mcm tuu

    ReplyDelete
  4. oo gitu yer kak...nanti boleh cuba ni. lama dah tak buat apam ni.

    ReplyDelete
  5. Salam. Suka tengok cantik sgt. X perlu bubuh baking powder ye kuih ni?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini